Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lelaki itu bukan muda - Noniswara

BEBERAPA bulan lalu, kes penceraian pelakon Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan sudah selesai dan kini dia sudah kembali solo. Namun, belum pun cukup setahun usia penceraiannya, wanita yang mesra disapa sebagai Nonis ini kini dihimpit kontroversi dengan gosip baharu tentang dirinya. Menerusi perkhabaran yang masih bertiup itu, khabarnya Nonis, 44, kini sudah mempunyai kekasih baharu yang jauh lebih muda daripadanya. Nonis juga dikatakan sering juga membawa kekasih baharunya itu ke majlis-majlis dan ada yang pernah terserempak dengan mereka berdua. Namun, itu sekadar gosip kerana tuan punya badan, tidak mengesahkan apa-apa tentang kebenaran berita tersebut. Justeru, bagi mendapatkan kepastian dan tidak ingin membuat apa-apa spekulasi tentang perhubungan baharu itu, Kosmo! telah menghubungi Nonis. Ikuti pengakuan Nonis yang berbicara tentang kesahihan cerita yang disebarkan itu. Kosmo! Bagaimana dengan kehidupan Nonis sekarang ini selepas kembali solo? NONIS: Kehidupan saya masih seperti biasa. Sibuk dengan beberapa tawaran lakonan serta kerja yang saya lakukan dan juga anak-anak. Namun, jika dahulu, ada suami, masa bersama suami harus ada. Kini, saya lebih banyak luangkan masa bersama rakan-rakan dan juga punya masa untuk sesi manjakan diri sendiri. Selain lakonan, adakah Nonis ada melakukan kerja sampingan seperti perniagaan atau seumpamanya? Bagi tawaran lakonan, saya pilih yang tidak mengambil tempoh masa lama. Saya ada ambil beberapa tawaran drama dan telefilem sahaja. Selain itu, saya juga ada membuat kerja separuh masa iaitu menjadi perunding kewangan peribadi.
Bolehkah Nonis komen tentang gosip yang mengatakan anda kini sudah ada pengganti? Memang tiada pengganti atau kekasih buat masa ini. Memang saya akui, ada yang mahu mendekati, namun sekarang belum lagi masanya. Tambahan, saya baru habis tempoh edah tempoh hari, mana mungkin pula saya sudah mahu raikan dengan punya kekasih baharu. Saya kini ingin beri fokus terhadap karier dulu. Jadi, tidak benarlah dakwaan tersebut? Tak baik cerita begini dibuat. Saya ketika itu mengajak rakan saya untuk menemani saya ke majlis itu sahaja. Dia bukan kekasih atau sesiapa yang istimewa. Banyak lagi benda dalam perancangan saya yang ingin saya lakukan. Bukannya saya serik tapi malas saya ingin fikirkan tentang cinta buat masa ini. Adakah ini bermakna Nonis tidak serik lagi untuk menjalinkan hubungan yang serius selepas ini? Jodoh adalah ketentuan Allah, jika benar jodoh saya bersama sesiapapun, memang perkara tersebut tidak dapat dielakkan. Namun, jika benar saya mengenali seseorang, saya akan nilai dan kenal betul-betul sebelum membuat keputusan. Ini perkahwinan saya yang ketiga, jadi saya mahu sangat berhati-hati dalam memilih pasangan dan membuat keputusan. Memang saya tidak menafikan ada yang mahu rapat tapi saya masih tidak buka ruang itu untuk sesiapa. Jadi, boleh Nonis beritahu siapakah gerangan jejaka muda yang dilihat bersama anda ke majlis seperti yang diperkatakan? Lelaki itu sebenarnya kawan saya dan dia bukan muda seperti yang dikatakan. Dia sebaya dengan saya. Orang kenal saya, tahu umur saya, dan orang tidak kenal dia. Mungkin juga penampilannya, orang nampak dia muda. Memang belum terbuka hati saya dan jika keluar pun kami ramai-ramai bersama kawan-kawan. Mungkin juga orang salah sangka kerana saya sering bertemu dengan klien atas urusan kerja. Saya mahu fokus terhadap masa depan saya kini, dan bukan perkara sebegini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails