Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nur Fathia mengaku rapat dengan Aiman sejak Mac

Pelakon jelita Nur Fathia Abdul Latiff, 25, tidak menafikan yang dia memang rapat dengan Aiman Hakim Ridza Abdoh, 24. Menurut Nur Fathia, mereka mula rapat sejak Mac lalu kerana sama-sama terbabit dalam penggambaran drama 13 episod, Diandra. Katanya, meskipun mereka berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama terbitan Asia Media Content namun hubungan mereka sekadar rakan artis. "Pantang saya baik dengan lelaki, ada sahaja gosip. Kadang-kadang saya sendiri tidak sedar, saya bercinta dengan siapa kerana orang luar lebih tahu. "Saya memang baik dan rapat dengan mana-mana pelakon yang pernah bekerjasama dengan saya, termasuklah Aiman. Industri ini kecil, kerana saya akan bertemu orang yang sama juga," katanya kepada Utusan Online. Jelasnya, dakwaan yang mengatakan dia dan Aiman berpegangan tangan di lapangan terbang tempoh hari adalah tidak benar kerana ketika itu hero drama Vanila Coklat hanya meletakkan tangannya di bahu Nur Fathia. "Kami tidak melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah. Aiman sekadar meletakkan tangannya di bahu saya dan di waktu yang sama, Fizo dan Tasha Shila pun ada. "Saya tidak faham kenapa ada orang yang nak membesar-besarkan cerita itu, sedangkan mereka itu adalah rakan-rakan saya. Saya mohon hentikanlah buat cerita yang tidak benar kerana bila cerita sebegitu timbul, saya perlu menjawab dengan keluarga. Banyak hati yang perlu dijaga," katanya penuh harap. Menurut Nur Fathia, dia lebih selesa kalau orang ramai memberi tumpuan pada perkembangan kerjayanya berbanding kisah peribadi. Jelasnya, bila sudah temui pasangan yang sesuai, dia pasti akan menguar-uarkan berita gembira itu kepada para peminat. - UTUSAN ONLINE
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails