Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nurul Syuhada Nurul Ain. Show all posts
Showing posts with label Nurul Syuhada Nurul Ain. Show all posts
PENGACARA TV3 NURUL SYUHADA DIKURNIA ANAK KEMBAR
Tahniah diucapkan buat pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain, kerana selamat melahirkan anak kembar semalam. Berita gembira tersebut telah disampaikan oleh Nurul sendiri melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi.
Untuk info, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.
"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon.
Tahniah diucapkan!
Pengorbanan Nurul buat suami
"Sementelah saya juga berasa masih muda dan mahu membuat perkara lain seperti melanjutkan pelajaran," tambah Nurul lagi.
Mengaku rasa cinta terhadap bidang penyiaran masih ada, Nurul merasakan membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai wartawan penyiaran bukan sesuatu yang mudah, namun dia harus berani untuk keluar daripada kepompong kehidupan sebelum memegang status isteri.
Bukan dikongkong suami, sebaliknya kata Nurul, dia memerlukan ruang untuk diri sendiri berehat daripada kesibukan yang telah meragut banyak masa senggangnya.
Jelas Nurul lagi, sebelum berumah tangga, dia tidak pernah berasa lelah untuk sentiasa sibuk di lokasi, malah amat mencintai dunia kewartawanan. Enam tahun sembilan bulan bergelar wartawan penyiaran adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dia mengakui dunia kewartawanan telah mengajar 1,001 perkara tentang kehidupan selain memberi banyak pengalaman yang tidak mungkin diperoleh dalam pekerjaan lain.
Jika ramai khalayak melihat aura dan pesona dirinya di kaca televisyen, namun realitinya, sebelum didandan lawa dan siap sebagai produk untuk dipertontonkan, Nurul sebenarnya melakukan segala perkara asas seperti - bermula daripada mencari bahan, mengatur temu janji, membuat skrip dan semua kerja belakang tabir.
"Ia memenatkan, namun hal itu akan selalu membuat saya rindu tentang dunia kewartawanan kerana saya tak pernah menganggap diri sebagai seorang personaliti televisyen. Saya merupakan seorang wartawan penyiaran, dan itu juga jawatan yang tertulis dalam kontrak kerja saya," katanya berseloroh.
Ditanya bagaimana kehidupannya selepas berhenti kerja, sambil ketawa si manis berlesung pipit ini memberitahu, dia belum terasa bahang kebosanan lagi. Ini kerana Nurul berasa masih baru berhenti kerja dan sedang sibuk menguruskan keperluan ibu bapanya yang bakal menunaikan haji.
Kini, Nurul hanya mengendalikan program Malaysia Hari Ini (MHI) pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Sengaja dia memilih MHI berbanding Majalah 3 kerana program tersebut (Majalah 3) menuntut komitmen yang besar berbanding MHI yang hanya memerlukan dia berada di set dua kali seminggu dan untuk tempoh waktu yang tidak panjang.
Ditebak adakah stesen televisyen lain telah menawarkan pekerjaan kepadanya, pantas dia menggeleng, dan sekali gus memberitahu: "Belum, mungkin sebab muka saya ini terlalu sinonim dengan TV3. Tapi jika ada yang berminat, saya tidak menolak, hanya ia bukan dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya masih selesa bersama TV3 dan mahu menjalani rutin hidup normal yang baru bermula."
Sementara menjawab persoalan tentang program bagaimana yang diimpikannya jika diberi peluang pada masa hadapan, Nurul tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi keinginannya.
Katanya: "Kalau ada peluang, saya teringin punya program masakan dan bual bicara seperti program Rachel Ray. Saya memang bukan pakar masakan seperti peserta program masakan Masterchef, tapi saya begitu tertarik untuk punya program masakan kerana berpendapat memasak perlu ada seni dan sains memasak. Dalam masa yang sama, jika mengikut format seperti Rachel Ray, ada bual bicara tentang isu semasa. Hal ini yang membuat saya berangan punya program seperti ini."
Kisah peribadi
Selepas setahun lebih memegang status isteri, ujar Nurul, hal yang paling membahagiakannya apabila dia tidak lagi perlu berhadapan dengan persoalan tentang kisah peribadinya. Faham benar bahawa sebagai orang terkenal kisah peribadi antara yang paling ingin digali banyak orang, namun ada kala, kata Nurul, dia lelah melayan hal seumpama itu, terutama yang memberi impak kepada keluarga.
"Saya kira beberapa tahun sebelum berkahwin merupakan antara tahun paling sukar untuk saya apabila kisah cinta saya terus digali. Berbeza selepas berkahwin, saya rasa sangat selesa apabila semua hal peribadi tidak lagi dipersoalkan.
"Saya juga punya suami untuk melindungi dan membimbing saya. Malah, saya suka apabila orang lebih menghormati saya sebagai seorang wanita yang memegang status isteri dengan memanggil saya puan," katanya sambil tersenyum manis.
Kini selepas punya banyak masa untuk diluang sebagai seorang isteri, dia berasa teruja memasak untuk suami selain melayan kehidupan harian mereka dengan sempurna
Nurul Syuhada mahu berehat
PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.
"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.
Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.
Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.
Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak.
Nurul Syuhada Tinggalkan TV3 Bukan Kerana Tudung
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini pada Khamis.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.
Nurul Syuhada Tinggalkan TV3 Bukan Kerana Tudung
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini pada Khamis.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.
Keperibadian Nurul Syuhada memikat Amir

SIAPA sangka hanya dengan pertemuan singkat semasa menghadiri majlis pertunangan rakan menjadi detik permulaan hubungan pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin dan suaminya Raja Amir Shah Raja Azwa.
Salam perkenalan yang dihulurkan tahun 2009 itu akhirnya mencambahkan benih-benih cinta dalam hati mereka sehingga membawa ke gerbang perkahwinan.
Lalu bertempat di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu, Nurul Syuhada sah menjadi milik Raja Amir hanya dengan sekali lafaz.
Mengimbau kembali detik perkenalan itu, Nurul Syuhada mengakui, ruang masa yang dilalui sepanjang tempoh berkawan digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
"Kami berkenalan dua tahun lalu semasa menghadiri majlis pertunangan rakan di Subang. Bermula dari situ kami selalu berhubung sehinggalah menjadi semakin rapat.
"Sepanjang dua tahun itu juga, kami mengambil masa untuk mengenali diri masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersama membina mahligai cinta," ujar Nurul Syuhada yang ditemui selepas majlis resepsi yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah pengacara berusia 27 tahun itu lagi, sikap dan penampilan yang ditonjolkan Raja Amir telah berjaya mencairkan hati wanitanya.
Baginya, jejaka berusia 29 tahun itu pandai mengambil hati dan membuatkan dirinya sering diulit rasa selesa untuk terus berdampingan bersamanya.
"Cara Amir membuatkan saya rasa selesa kerana dia seorang yang sederhana dalam banyak perkara, baik dan prihatin.
"Dan yang paling penting, dia seorang yang amat memahami diri saya dan tugasan saya yang tidak menentu waktu," jelas Nurul Syuhada yang kelihatan anggun dengan busana pengantin rekaan Datuk Radzuan Radziwill.
Berkongsi detik indah ketika dilamar oleh Raja Amir, dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir Nurul Syuhada, matanya melirik memandang ke arah suaminya untuk mengingati semula, detik-detik manis itu.
Jelas Nurul Syuhada, tiada apa yang istimewa dilakukan oleh Raja Amir ketika menyatakan hasrat untuk memperisterikan dirinya.
"Macam mana ya dia lamar? Sebenarnya tiada yang istimewa pun cuma apa yang Amir lakukan, dia datang berjumpa ayah untuk berterus terang tentang niat di hatinya.
"Dalam pertemuan itulah dia memberitahu ayah bahawa dia berhasrat untuk menjadikan saya sebagai suri hidupnya.
"Permintaan Amir itu tidak mengejutkan saya kerana saya sedar, dalam usia kami berkawan, dia menunjukkan sikap keikhlasannya, bukan sekadar bercinta sahaja," ujarnya.
Sementara itu, Raja Amir ketika ditanya, apakah yang membuatkan hatinya terpaut kepada Nurul Syuhada? Dengan pantas dia menjawab, kejelitaan wanita itu telah menawan hatinya.
"Raut wajah Nurul Syuhada yang lembut dan ayu menarik perhatian saya untuk terus mendekatinya.
"Tetapi saya bukannya memandang kepada kecantikan luaran semata-mata sebaliknya peribadi Nurul turut menambat hati saya.
"Dia yang saya kenali adalah seorang wanita yang merendah diri, baik hati dan memahami saya.
"Apa yang penting, Nurul adalah jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya untuk saya," tegas Raja Amir yang segak bertanjak, berbaju Melayu moden putih gading, warna sedondon dengan isterinya.
Dalam majlis yang mendapat sentuhan pereka pelamin Khalid Ahmad, majlis berkonsepkan moden-tradisional itu dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti pasangan Raja Sehari itu.
Antaranya, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri, pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Azizah Ariffin serta rakan-rakan personaliti TV3 yang lain iaitu Teh Syuhaida, Azliyanti Ibberahim, Azawate Zenol Abidin, Saiful Nizam Ismail dan Puteri Erin.
Nurul Syuhada, Raja Amir Rancang Bulan Madu di Paris

PETALING JAYA: Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan pasangannya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada Oktober depan.
Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan danSyawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.
“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.
“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, di sini,Sabtu.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan personaliti TV3.
Majlis yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu ini bertemakan moden tradisional dengan menggunakan tema warna peach dan putih dengan sentuhan daripada Khalid & Favor By Eddy sebagai perundingperkahwinan.
Pasangan mempelai mengayakan busana rekaan Datuk Radzuan Raziwill dan solekan dari jurumekap TV3 Laila Rohani.
Dalam pada itu, Nurul turut bercerita detik pertemuan pertama mereka ketika menghadiri sebuah majlis pertunangan seorang rakan pada tahun 2009.
“Kami berkenalan pada tahun 2009 ketika majlis pertunangan rakan kami dan di situ kami berkawan sehinggalah awal Januari lalu kami telah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu tahap lagi dalam hubunganini,” tuturnya.
Ketika ditanya tentang keistimewaan yang membuatkan juara Malaysian Top Hos memilih jejaka tersebut , Nurul berkata Amir merupakan seorang yang bersederhana dan merendah diri.
Sementara itu, Amir turut menjawab Nurul seorang yang cantik, bijak, dan merendah diri.
“Kelebihan dia tertalu banyak di mata saya, dia cantik, bijak, merendah diri dan yang pentiang dia adalah jodoh saya,” katanyaringkas.
Sementara itu ditanya tentang cahaya mata, pasangan ini merancang untuk memiliki sebuah keluarga yang besar.
Selain itu, Nurul turut memberitahu akan meneruskan kerjayanya sebagai personality tv di stesen televisyen tersebut.
Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada 16 Julai lalu di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Nurul turut menerima mas kahwin sebanyak RM 777 dan wang hantaran sebanyak 20,111.
Maaf? Itu mengarut! - Nurul Syuhada

KURANG seminggu lagi majlis resepsi perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, dengan Raja Amir Raja Azwa, 29, akan berlangsung.
Diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada 23 Julai ini, perkahwinan itu tentunya menjadi tarikan kepada mereka yang sudah lama menantikan saat pengacara Majalah Tiga ini disatukan dengan buah hati pilihannya itu.
Namun, dalam asyik menanti bunyi kompang dipalu, tiba-tiba sahaja terdengar cerita tidak enak melibatkan si cantik ini.
Semuanya gara-gara dia dituduh bermulut biadap dan telah memburuk-burukkan segelintir pihak yang singgah memberi komen di laman sosial Facebook di bawah lembaran MisteriDan KeajaibanAlam.
FakeAndFact baru-baru ini.
Mengikut cerita, Nurul telah membalas komen di laman tersebut yang sedang hangat membincangkan topik berkaitan planet bumi.
Mungkin topik yang dibincangkan dilihat hanya sekadar suka-suka dan santai, namun ia bertukar menjadi panas apabila Nurul didakwa telah campur tangan dengan cara yang tidak bersesuaian.
Nak dijadikan cerita, pergaduhan kemudiannya tercetus dengan masing-masing cuba menegakkan pendapat dan pendirian sendiri berhubung topik.
Pun begitu, komen Nurul didakwa merupakan yang paling biadap sehingga menyebabkan sesetengah pihak terasa dan berkecil hati.
Tak cukup dengan itu, ada pula yang tampil mendakwa tidak berpuas hati dengan tindakan Nurul tersebut. Pancaindera lantas menghubungi Nurul bagi mendapatkan kepastian mengenai isu ini.
Bagaimanapun, berdasarkan penjelasan yang diterima, Nurul tegas menafikan bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan komen-komen biadap sebagaimana yang didakwa pihak terbabit.
“Sebetulnya, saya tak tahu menahu pun mengenai apa yang dikatakan sehinggalah diberitahu oleh pihak TV3 mengenainya pada hari ini.
“Saya tak pernah bagi sebarang komen untuk ruangan seperti itu dan ingin ditegaskan yang menulis komen itu bukanlah saya!
“Saya pun tak tahu macam mana isu ini boleh timbul tapi tak menolak bahawa yang menulis itu adalah di kalangan peminat yang menggunakan fanpage saya,” katanya.
Melahirkan rasa kesalnya berhubung isu, kata Nurul, dia tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menggunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.
Pun begitu, dia mengaku tidak tahu siapa yang terlibat memandangkan fanpage tersebut dikelolakan oleh individu tertentu yang merupakan peminatnya sendiri.
“Nak tuduh siapa pun tak boleh sebab saya tak kenal siapa yang menjadi pengendali fanpage itu.
“Memang perkara ini nampak macam tak ada apa-apa, tetapi secara tidak langsung ia boleh menjejaskan nama saya.
“Yang saya paling bimbang, ia boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan peminat kerana ia bukan akaun peribadi saya.
“Nanti mereka sangka saya yang sengaja mencari gaduh dengan menulis benda yang bukan datangnya dari saya,” katanya kesal.
Maaf untuk apa?
Dalam pada itu, Nurul yang mengaku tidak mahu terus-menerus memperbesarkan isu ini bagaimanapun tidak mahu mengikut telunjuk pihak tertentu yang mahu supaya dia tampil membuat permohonan maaf.
Menganggap ia sesuatu yang tidak relevan, kata Nurul, dia tidak punya alasan kukuh untuk berbuat demikian apalagi dia merupakan mangsa keadaan.
“Maaf? Itu mengarutlah. Buat apa saya nak mohon maaf sedangkan saya tak bersalah dan tidak ada kena-mengena dalam hal ini.
“Sudahlah, saya pun ada benda lain yang nak difokuskan,” ujar Nurul dalam tenang.
Sementara itu, Nurul juga memohon semua pihak terutama mereka yang mengendalikan fanpage selebriti atau artis supaya mengambil langkah waspada dalam segala aktiviti melibatkan perkara seperti itu.
Malah, kata Nurul, mereka juga perlu berfikir dengan rasional berhubung sesuatu isu yang dikeluarkan sebelum bertindak berlandaskan emosi.
“Jangan cepat percaya dengan apa yang dilihat atau dibaca, kadang-kadang kita perlu fikir dan menilai dulu.
“Macam dalam kes saya ini, terang-terang dalam komen itu ada tertulis perkataan admin (pengendali).
“Maknanya pandangan yang diberikan bukanlah pandangan peribadi saya. Saya harap semua pihak ambil iktibar dari isu ini,” katanya.
Jemputan Perkahwinan Nurul Syuhada Terhad

PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan untuk tetamu jemputan sahaja.
Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan pihak media terpilih.
Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.
“Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut untuk ahli keluarga, kenalan rapat dan pihak media tertentu sahaja. Ia disebabkan tempat agak terhad," ujar sumber itu mStar Online, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, majlis sebelah pihak perempuan dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Rembau, Negeri Sembilan iaitu kampung halaman Nurul.
Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu.
Sebelum ini pengacara tersebut memberitahu telah mengenali bakal suaminya sejak dua tahun lalu dan rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lepas.
Dia juga pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
Pelamin Nurul Syuhada RM100,000

RASANYA semua dah tahu yang pengacara cantik manis seorang ni dah nak menamatkan zaman bujang pada bulan Julai nanti. Dah orang cantik, bila-bila masa sahaja boleh dapat pengganti baru, betul tak?
Baru-baru ni gempar juga bila Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27 tahun datang ke pelancaran buku Sanggul hasil karya juru solek popular Zulfazli. Bukan datang seorang diri okey tapi datang bertemankan lelaki yang cukup kacak di sisi.
Amboi, dalam diam-diam rupa-rupanya Nurul Syuhada dah bertunang dengan Raja Amir Raja Azwa. Dengar ceritanya lelaki tersebut merupakan seorang pegawai bank yang berusia 29 tahun.
Memang ramai wartawan yang ada masa tu. Tapi Nurul Syuhada ni tak buka langsung mulut bercerita lebih lanjut. Katanya dia terikat dengan TV3 dan peraturan sebagai penyampai di stesen itu. Hanya beritahu rakan-rakan media yang lain hal-hal biasa semata-mata.
Selang beberapa hari selepas itu ada orang yang cukup rapat dengan pengacara Majalah 3 membisikkan sesuatu ke telinga Syed. Katanya pelamin pasangan ini nanti bakal mencecah harga RM100,000. Mak oiii, boleh tahan harga macam tu.
Risik punya risik ia termasuk dengan harga bunga hidup yang katanya diimport khas dari luar negara lagi. Majlis nikah pula dikhabarkan akan diadakan di sebuah restoran terkenal manakala majlis resepsi di sebuah dewan konvensyen popular di pinggir ibu negara.
Hmmm... Syed tak pasti sama ada semua itu tepat atau tidak. Kalau tak betul awal-awal lagi Syed minta maaf. Bertuah sungguh orang cantik macam Nurul Syuhada ni. Rasa-rasa nanti bekas teman lelaki Nurul Syuhada datang tak?
Nurul Syuhada Nikah Pegawai Bank Julai Depan

AMPANG: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.
Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.
“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.
Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.
Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.
Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.
Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.
Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.
“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.
Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
Nurul Syuhada Akan Maklumkan Tarikh Kahwin

PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, masih berahsia tentang tarikh perkahwinannya walaupun sering ditanya oleh para wartawan.
Bagaimanapun, jelitawan itu berkata, dia akan memaklumkan perkara tersebut apabila masanya sudah tiba.
“Insya-Allah, kalau ada berita baik, saya akan kongsi bersama dengan anda semua. Itu semestinya," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Avon yang ke-125, di ibu pejabat syarikat kosmetik itu di sini Selasa.
Nurul Syuhada ialah jurucakap produk Avon.
Ditanya sama ada hari bahagianya itu pada tahun ini, Nurul Syuhada berkata; “kita tunggu dan lihat."
Dia pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed sebelum ini.
Sementara itu, Nurul Syuhada yang juga bekas pengacara Nona berkata, dia berasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh syarikat kosmetik itu untuk tampil sebagai wajah Avon.
"Saya rasa menjadi jurucakap set mekap Avon Colours amat serasi. Ini kerana saya turut terlibat dalam banyak aktiviti luar serta menghadiri acara-acara lain.
"Dengan penawaran set mekap ini, ia bermakna saya tidak mempunyai alasan lagi untuk tampil cantik di mana sahaja. Sama ada kita panjat gunung, mengembara dalam hutan, hadir ke majlis rasmi, kita akan tampil cantik, segar dan menawan dengan produk kosmetik Avon," jelasnya.
Mengenai perkembangan kerjayanya, Nurul Syuhada berkata, dia masih mengacarakan Majalah TV3, bergelar wartawan penyiaran stesen televisyen itu serta menjadi pengacara Misi Hari Ini yang ke udara seminggu sekali.
"Apa-apa pun, prioriti masih kepada Majalah Tiga," katanya.
Nurul Syuhada cari tarikh keramat

ENGGAN terus menoleh episod cinta lalu yang tidak kesampaian, pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin mengakui, hatinya kini sudah dimiliki dan merancang untuk melepaskan status gadisnya pada tahun ini. Tanpa berahsia, gadis yang mesra membahasakan dirinya Nurul memberitahu, dia dan jejaka itu sedang mencari tarikh sesuai bagi tujuan itu.
Sementara menanti tarikh itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan berusia 26 tahun ini selesa mengunci mulut. Nurul memilih untuk tidak banyak bercerita selagi belum ada ikatan yang mengukuhkan cinta yang lebih setahun disulam itu. “Kami belum bertunang. Doakan saja ia menjadi kenyataan nanti, Insya-Allah. Kurang manis jika saya sebagai perempuan terlalu banyak bercerita sedangkan antara kami belum ada apa-apa ikatan kukuh. Perancangan ke arah itu (perkahwinan) sudah ada, malah saya sendiri sudah bersedia melangkah ke alam baru. Saya bukan muda lagi, November nanti usia saya menganjak 27 tahun.
“Saya dapat rasakan perlunya satu perubahan dalam hidup ini. Saya mula bekerja sejak usia 21 tahun, jadi tiada apa lagi yang perlu dikejar. Saya juga seperti orang lain ingin melengkapkan hidup sebagai seorang wanita,” katanya enggan mendedahkan nama lelaki yang bertakhta dalam hatinya ketika ini.
Kegagalan cinta dengan calon angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed mengajar Nurul supaya menyimpan sedikit sisi peribadi hidupnya. Semuanya akan telus dikongsi apabila tarikh hari bersejarah mereka sudah ditetapkan. Akui Nurul, cukup dulu kisah cintanya mendapat liputan meluas media massa tetapi akhirnya semua diimpikan putus di pertengahan jalan.
Hari ini, Nurul memilih untuk menjalani cintanya secara privasi tanpa perlu terlalu disorot wartawan. Nurul bagaimanapun, berjanji dia tidak akan sesekali berahsia apabila tarikh hari bahagianya sudah ditetapkan. Ditanya mengenai ciri-ciri jejaka itu yang membuatkan dia terpikat, Nurul sekadar memberi gambaran ringkas tanpa terlalu memperincikannya.
“Dia orang kebanyakan, sama juga seperti lelaki lain. Cuma pada pandangan mata saya, dia mempunyai keistimewaan tersendiri untuk bertakhta di hati saya. Lelaki semuanya sama, terpulang bagaimana kita mentafsir dan memandang mereka. Alhamdulillah, dia seorang lelaki yang memahami. Dia menerima saya yang berkerjaya tidak menentu masa, malah sentiasa mendorong saya bekerja keras," katanya.
Januari lalu bertiup khabar mengenai perancangan Nurul menamatkan zaman gadisnya pada Julai ini namun dia menafikannya.
Bahkan juara Malaysian Top Host pada 2005 itu memberitahu, tiada perancangan besar untuk diperkatakan pada 2011.
Beralih perbualan mengenai kerjaya pengacaraan yang semakin berwarna-warni, Nurul yang turut diberi tanggungjawab sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI) ternyata masih teruja berbicara mengenainya. Enam tahun dilalui sebagai wartawan memperkukuhkan rasa cintanya pada dunia penyiaran, niatnya mahu terus memantapkan mutu persembahan tanpa terlalu memikirkan mengenai glamor atau populariti.
Diberi pilihan untuk mencuba pengacaraan bagi dua genre berbeza, Nurul nyata selesa dengan program berbentuk majalah yang memberinya lebih banyak ruang untuk meneroka sisi kreatif dirinya sebagai seorang wartawan.
“Tetapi MHI mengajar saya untuk menjadi penyampai yang peka, pantas berfikir dan berpengetahuan tinggi tatkala berbicara mengenai sesuatu topik.
Semuanya perlu dikuasai dalam masa singkat. Namun jika ditanya mengenai kepuasan, saya menemui lebih dalam Majalah 3. Program itu mengajar saya mengenai dunia kewartawanan penyiaran yang sebenar dan ia sangat mengujakan,” katanya yang juga finalis Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.
“Saya tidak pernah letak diri sebagai seorang selebriti. Cuma mungkin kerana saya bekerja di stesen televisyen dan muncul di kaca TV, jadi penonton meletakkan saya sebagai seorang selebriti. Saya cuma mahu bekerja dan pada masa sama, menjaga nama baik stesen televisyen supaya tidak dicemari oleh kontroversi yang memalukan serta memualkan,” katanya.
Nurul melihat kepercayaan diberikan peminat hingga meletakkannya dalam senarai Top 5 kategori Pengacara TV Wanita Popular sebagai ruang memperbaiki diri dari masa ke semasa.
“Berada dalam senarai Top 5 adalah penghormatan daripada peminat dan pembaca Berita Harian/Berita Minggu, membuatkan saya melihat masih terlalu banyak untuk saya capai bagi menjadi seorang pengacara versatil. Cuma saya senang kerana kesempatan seperti ini memberi saya ruang untuk belajar dan bertukar idea kerana semua lima finalis datang dari genre berbeza. Siapa juga yang menang, perlu diraikan,” katanya.
Nurul Syuhada Yakin Vanidah Mampu Kukuhkan 'Nona'

KUALA LUMPUR: Bekas Pengacara Nona, Nurul Syuhada Nurul Ain yakin pengacara baru rancangan itu Vanidah Imran mampu mengalas tanggungjawab sebagai pengantara program berbentuk majalah tersebut untuk musim depan.
Jelasnya, Vanidah merupakan seorang pelakon hebat dan mampu menarik lebih ramai penonton bagi membantu meningkatkan rating program tersebut.
“Saya percaya dia mampu bawa dengan cara tersendiri, kita kenal dia sebagai pelakon yang hebat dan ramai peminat, dia juga mempunyai aura sendiri dalam bidang pengacaraan.
“Bagi saya Nona sendiri ada pengikut setia namun untuk meningkatkan rating sebenarnya tidak boleh meletakkan tanggungjawab pada pengacara tetapi pengisian program tersebut,” jelas Nurul ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai jurucakap produk kosmetik Avon, di Hotel Hitlon di sini, Jumaat.
Bagaimanapun, menurut Nurul Syuhada, tugas pengacara bukan sahaja sebagai pengantara tetapi juga sebagai sebahagian dari pasukan tersebut.
“Dahulu kami juga bertindak sebagai wartawan penyiaran, kami terlibat secara langsung dengan segmen di Nona, jadi perasaan mungkin berbeza berbanding hanya pengantara semata-mata.
“Lebih banyak kesan emosi apabila kita berada bersama di lokasi penggambaran, misalnya ketika episod gempa bumi di Yogjakarta rating agak tinggi,” ujarnya yang mengacarakan Nona pada tahun 2006 dan 2007.
Kahwin
Diusik dengan persoalan peribadi, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu belum lagi mempunyai perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat ini.
“Saya belum lagi merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Mungkin dalam masa empat tahun lagi,” ujarnya yang pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed.
Nurul Syuhada yang baru dilantik sebagai jurucakap Avon turut menzahirkan rasa bangga kerana terpilih mewakili produk tersebut.
“Saya membesar dengan Avon terutamanya ketika zaman belajar. Malah ketika saya dipilih menjadi jurucakap produk kecantikan itu, saya sangat tidak menduga.
“Maklumlah, sebelum ini nama-nama besar seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz yang memegang gelaran tersebut,”jelasnya.
Selain itu Nurul mengakui Avon bukan hanya sekadar produk kosmetik yang dekat di hati pengguna, malah pihak syarikat itu turut menjalankan aktiviti sosial dan kempen kemanusiaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]


