Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rezeki hari lahir Roslan Shah


WAH! WAH! WAH! Joyah dengar bukan main ramai yang bermurah hati mahu menaja sambutan meraikan hari lahir pengacara nombor dua, Roslan Shah pada 17 November (Selasa) nanti.

Sama seperti setianya Roslan di Restoran Cerana begitulah juga dengan restoran itu yang sudah tujuh tahun berturut-turut menaja sambutan hari jadi Roslan.

Bertuah badan. Itulah yang dinamakan rezeki. Lagipun, kalau kita buat baik dengan orang, jaga adab sopan, tentulah orang pun suka dengan kita.

Khabarnya ramai yang sudi menaja majlis hari lahir Roslan. Iyalah, banyak acara yang bakal berlangsung tentulah banyak juga hadiah yang perlu disediakan.

Selain persembahan artis seperti Ifa Raziah, Razali Hussain, Zed Zaidi, Aliff AF6, Salima AF4, Ery Putra dan ramai lagi, dengarnya banyak acara kejutan pada malam itu nanti.

Antaranya tentulah cabutan nombor bertuah dan hadiah misteri. Tapi yang paling menarik tentunya acara pakaian paling glamor.

Siapa yang hadir ikut tema putih-merah khabarnya berpeluang menang hadiah mahal. Joyah dengar ada pihak menaja enam bentuk cincin emas putih untuk pemenang pakaian paling glamor.

Mesti meriah majlis Roslan itu nanti. Tak sabar Joyah nak meraikannya bersama. Dengar-dengarnya selain media dan para artis, akan hadir sama memeriahkan majlis adalah kerabat di raja Perak turut hadir sebagai tetamu kehormat iaitu Raja Datuk Seri Nor'Aini.

Selamat menyambut ulang tahun Roslan. Tapi yang ke berapa ya?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails