Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sarimah Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Sarimah Ibrahim. Show all posts

MAJLIS BERTUNANG SARIMAH & CUCU RAJA BAGAIKAN MAJLIS NIKAH

And..... were engaged!!! Itulah luahan Sarimah Ibrahim, 36, apabila dia selamat bertunang dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dipanggil Jamie, 42, kelmarin di sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Untuk makluman, majlis pertunangan itu telah dimulakan dengan acara merisik dan bertukar barangan hantaran. Ibu saudara kepada Tunku Jamie, Datin Raja Massaha Raja Harun telah menyarung cincin pertunangan ke jari Sarimah. Pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang dan dibalas lima oleh pihak perempuan. Menurut Sarimah, dia dan tunangnya Jamie sudah sepakat memilih 2 April 2015 sebagai tarikh perkahwinan.
"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah. "Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," ujar Sarimah dipetik sebagai berkata.
Apa yang menarik, majlis pertunangan tersebut turut dihadiri oleh nenek Jamie iaitu Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin, ibu bapa kedua belah pihak iaitu Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Hanlon dan saudara-mara juga rakan-rakan terdekat pasangan itu. Tahniah diucapkan!

AKAN BERTUNANG : SAYA TAK TAHU DIA 'KERABAT RAJA' - SARIMAH

"Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja," begitulah komen Sarimah Ibrahim, 37, mengenai bakal tunangnya. Jika benar apa yang dikata Sarimah, kiranya perhubungannya itu ibarat rezeki datang bergolek! Mana tidaknya, selepas mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu, dia bertemu dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 atau lebih dikenalinya sebagai Jamie.
Namun begitu, awalnya dia tidak menyangka yang Jamie berasal dari golongan kerabat Diraja iaitu cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10. "Ketika itu, saya belum bersedia untuk bercinta. Walaupun menjalinkan hubungan dalam masa yang singkat, namun kami sudah boleh menerima sikap baik buruk satu sama lain," ujar Sarimah yang pada awalnya tidak mengetahui asal usul Jamie.
Untuk info, pertunangan mereka pada 27 September ini akan dilakukan dalam satu majlis tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Namun begitu, tarikh untuk melangsungkan perkahwinan pula masih belum dibincangkan lagi. Sebagai rekod, Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berbangsa Inggeris, Amir Andrew Browning di Dublin, Ireland pada 13 Mei 2006. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka bercerai pada Disember 2008.

Sarimah pilih coklat

MELIHAT potensi perniagaan ini dalam kalangan selebriti, dia terus mengambil keputusan untuk menceburinya. Sungguhpun agak gusar pada mulanya, namun dia percaya minat yang mendalam bakal memudahkan urusan yang baru dimulakan ini. Mengambil masa hampir setahun untuk meletakkan produknya ini di hadapan, Sarimah Ibrahim akui cintanya terhadap S-Chocolates sebagai yang paling utama buat masa sekarang. Sungguhpun S-Chocolates hanya berupaya mengambil pesanan secara online sahaja buat masa ini, Sarimah berpandangan jauh terhadap perniagaan tersebut. Mahu melebarkan bisnesnya sedikit masa lagi, Sarimah berharap untuk mempunyai sebuah butik pameran buat S-Chocolates. “Sebenarnya sebelum saya memilih perniagaan ini, saya banyak buat kajian dalam kalangan artis-artis negara ini. Saya teliti perniagaan apa yang mereka selalu ceburi. “Akhirnya saya memilih perniagaan coklat yang pada saya jarang selebriti negara ini mahu ceburi," katanya. Mengakui meminati coklat sejak dari kecil, Sarimah berkata, memandangkan coklat sangat dekat dengan dirinya, dia percaya ia sedikit sebanyak memudahkan dirinya mengetahui pilihan pembeli. Malah sebelum memulakan perniagaan ini juga, Sarimah kerap berada di luar negara bagi mencari ramuan coklat terbaik untuk S-Chocolates. “Saya memang seorang yang meminati coklat, jadi menikmati coklat dari pelbagai ramuan yang berbeza membantu saya memilih coklat yang terbaik untuk S-Chocolates. “Saya mengambil masa beberapa bulan untuk mencari jenis coklat yang sesuai bagi menghasilkan S-Chocolates, dan setelah yakin, baru saya mulakan perniagaan ini," katanya. Menggunakan kelebihan sebagai selebriti, menurut Sarimah cara pengiklanan terus kepada pembeli memberi ruang buat dirinya meletakkan S-Chocolates berada dalam kalangan peminat coklat eksklusif. Menurut Sarimah, memandangkan dia masih mengambil pesanan melalui dalam talian buat masa sekarang, maka permintaan S-Chocolates mestilah dalam kuantiti yang banyak. “Selain sebagai penyampai di stesen radio Mix Fm, saya juga banyak melakukan tugas sebagai pengacara majlis. Secara tidak langsung, saya guna kelebihan itu untuk mempromosikan coklat saya kepada klien," katanya sambil memberitahu beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di kawasan Lembah Kelang. Sungguhpun sibuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio melalui segmen ‘breakfast show’ di saluran Radio Mix Fm, Sarimah tidak pernah lupa untuk melawat tempat pembuatan S-Chocolates bagi memastikan kualiti coklat itu kekal sama. “Saya akui memang agak sibuk dengan urusan kerjaya saya buat masa ini, namun saya akan tetap pastikan untuk melawat tempat pembuatan S-Chocolates. “Selain memastikan kualiti S-Chocolates terjaga, ia juga membantu saya memastikan tiga pekerja saya sentiasa selesa bekerja dengan saya," katanya. Bercakap mengenai rasa setiap coklat ciptaannya itu, menurut Sarimah, sungguhpun coklat masih menjadi bahan utama, namun dia akan menyesuaikannya dengan pilihan pelanggan di negara ini. “Sebagai seorang penggemar coklat, maka setiap kali keluar negara, saya tidak melepaskan peluang membeli coklat. “Melalui pengalaman sebegitu, saya cuba mencipta S-Chocolates yang pada saya bakal memuaskan hati peminat coklat di negara ini, “katanya.

Sarimah Rayu Jangan Bunuh Jerung, Penyu

PETALING JAYA: Pengacara Sarimah Ibrahim menyeru masyarakat agar menghentikan kegiatan membunuh ikan jerung serta menangkap penyu untuk memastikan hidupan laut itu terus terpelihara. Sarimah berkata, haiwan-haiwan tersebut semakin pupus disebabkan aktiviti tidak bermoral manusia sementara keadaan laut juga pada ketika ini menjadi semakin tercemar. “Saya perhatikan kehidupan laut di pulau Mabul semakin berkurangan, terutama ikan jerung dan penyu. “Keadaan ini amat membimbangkan. Saya nampak sampah-sarap semakin banyak. Laut semakin tercemar, tetapi tak ramai yang tahu betapa teruknya keadaan di sini," katanya kepada portal redcarpet.net.mysekembalinya daripada menjalani aktiviti menyelam skuba di Pualau Mabul, Sabah minggu lalu. Penyampai radio Red FM itu menyertai misi penyelamat hidupan laut yang disokong oleh pusat menyelam Scuba Junkie. Sarimah berkata, demi menyelamatkan nyawa ikan jerung yang terancam, dia sanggup mengharungi cabaran menyertai aktiviti berkenaan selain mahu menyelami masalah kehidupan laut yang terdapat di pulau tersebut. Katanya, selain aktiviti menyelam dia juga turut menyaksikan beratus-ratus ekor anak penyu menetas di pusat penetasan penyu yang diwujudkannya pada tahun lalu bersama-sama Scuba Junkie. “Pusat ini berjaya menetaskan sejumlah anak penyu yang banyak tapi saya tak pasti daripada jumlah itu, berapa ekor sebenarnya yang hidup,” jelasnya. Sebagai personaliti yang dikenali, Sarimah turut mengambil bahagian bersama kanak-kanak sekolah yang kurang bernasib baik di pulau itu dalam menerapkan perasaan sayang terhadap alam sekitar serta penjagaan laut kepada mereka. Antara aktiviti lain yang turut dijalankan seperti membersihkan pantai, ceramah serta klinik renang secara percuma.

Sarimah Ibrahim Bersama Kekasih Baru Di Anugerah Industri Muzik Ke 18


Siapa menonton siaran langsung Anugerah Industri Muzik ke 18 malam tadi pasti perasan akan telatah Sarimah Ibrahim & Nora J di’atas pentas.

Sarimah Ibrahim ada mengajukan soalan kepada Nora J tentang tips mengekalkan perkahwinan lama & rupa rupanya Sarimah Ibrahim kini ada pacaran baru.

Ketika berjalan masuk ke arena menerusi karpet biru Celcom, Sarimah Ibrahim kelihatan di’iringi oleh seorang jejaka berbangsa luar yang kelihatan sangat mesra & bergaya ringkas.

Jejak ini sebenarnya berasal dari Perancis dan hanya mahu di’kenali sebagai Guillamae. Sarimah Ibrahim tanpa berselindung berkata mereka sedang mengenali hati budi masing masing & serius dengan hubungan sedia ada.

Lagi gambar Sarimah Ibrahim bersama kekasih baru, Guillamae di karpet biru Celcom Anugerah Industri Muzik ke 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Enjoice!

Sarimah Bangkit Dari Duka


KALAU hendak dihitung titisan air mata dan ratapan yang menyelubungi hatinya susulan kehancuran rumah tangga dua tahun lalu, ia tidak mungkin terungkap dengan kata-kata.

Akui Sarimah Ibrahim, hari ini dia mahu bangkit semula daripada episod duka dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

"Sebelum ini, saya terlalu mendambakan diri pada perhubungan itu dan menjadi putus harapan apabila perkahwinan itu berakhir.

"Saya bersyukur pada Tuhan kerana membangkitkan saya daripada kedukaan yang memudaratkan ini.

"Saya bagai dilahirkan semula dan kian sedar tujuan sebenar kehidupan ini selepas bergelar solo," katanya dalam satu pertemuan bersama OopStarz!, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, walaupun hampir dua tahun bagaikan berkabung dan tenggelam punca susulan perceraian dengan bekas suami Amir Andrew Abdullah, dia sebenarnya bertuah kerana dilahirkan semula dengan semangat baru.

"Saya mula sedar apabila bersendirian, saya sebenarnya ada Tuhan di sisi. Saya belajar untuk mengatasi tanggapan yang selalu menganggap diri berada dalam keadaan baik walaupun sebenarnya tidak.

"Kini, saya kembali ke trek asal dan nampak objektif hidup dengan jelas. Terlalu banyak perancangan menanti di depan," katanya yang baru saja dilantik sebagai duta kempen Goodyear Women With Drive, baru-baru ini.

Melebarkan perbualan kami, peluang bersua dengan janda muda ini tidak dilepaskan begitu saja tanpa usikan tentang teman istimewa.

Apabila diajukan pertanyaan itu, pantas saja Sarimah membalas: “Selain bahagia dengan kehidupan baru di samping keluarga dan bisnes, saya juga sedang didekati oleh seseorang.

"Cuma, ia terlalu awal dan saya sebagai wanita masih menantikan kata-kata daripada pihaknya untuk terus melayari hubungan yang baru bermula ini."

Bercerita lanjut, Sarimah mengakui dia sering dilabelkan cenderung kepada lelaki berasal dari Eropah berbanding Melayu. Namun, wanita kacukan Melayu-Ireland ini punya jawapan sendiri tentang isu itu.

"Nampaknya, sekali lagi saya berkawan rapat dengan seorang lelaki dari Eropah. Bukan sengaja cari lelaki asing tetapi keserasian itu kian menyerlah antara kami.

"Hakikatnya, saya tidak pilih bulu sama ada lelaki Melayu atau apa bangsa sekalipun. Yang penting adalah hati dan keterbukaannya dalam menjalani hubungan.

"Saya mencari lelaki yang boleh menerima saya seadanya dan terbuka untuk menyokong apa yang mahu saya lakukan,” kongsinya.

Kejayaan rakan suntik semangat

Keterujaan Sarimah terus meledak apabila bersembang tentang cinta barunya sejak enam bulan lalu iaitu perniagaan.

Kata hos program 1,2,3 Tukar ini, pemerhatiannya terhadap beberapa rakan industri seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Ahmad Izham Omar, Sandy Monteiro dan Darren Choy yang berjaya dalam lapangan masing-masing telah menyuntik inspirasi untuknya menyusuri jejak itu.

"Nama-nama ini semuanya adalah rakan-rakan dalam industri hiburan yang berjaya. Mereka telah membuktikan dengan kesungguhan dan komitmen kita sebenarnya boleh mengukuhkan penjenamaan diri sendiri.

"Selama ini, saya memiliki platform untuk ke arah itu berbekalkan tiket Sarimah Ibrahim tetapi saya tidak nampak dan tidak menggunakan kelebihan itu dan kini saya mahu mencapai visi itu," katanya.

Bangkit daripada kesuraman yang menyelaputi hidupnya, Sarimah terus melangkah dengan menumpukan sepenuh daya untuk kemajuan diri dan bisnesnya.

"Sejak enam bulan lalu, saya semakin fokus dan melakukan pelbagai perkara untuk mengembangkan syarikat saya, Sarimah Sdn Bhd.

"Kami hanyalah sebuah pasukan kecil tetapi punya semangat dan visi yang besar. Saya mencari peluang untuk menghasilkan pelbagai program televisyen, perunding penjenamaan untuk sebarang produk, menganjurkan acara dan majlis untuk mana-mana pihak," katanya.

Kembali ke pentas teater

Dunia lakonan tidak pernah pudar dalam sanubari Sarimah. Mungkin akhir-akhir ini, wajahnya lebih mesra ditonton sebagai pengacara di televisyen tetapi hakikatnya, Sarimah masih aktif di pentas lakonan.

Sementara menantikan filem Apokalips arahan Mamat Khalid menjengah pawagam hujung tahun ini, Sarimah terlebih dahulu mengikat komitmen dengan pementasan teater Mak Dara Nyonya bermula 6 hingga 12 Julai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang.

"Selepas Muzikal Tun Mahathir 2, saya cukup teruja untuk ke pentas teater lagi. Kebetulan pula, untuk Mak Dara Nyonya ada watak yang bersesuaian, mengapa tidak saya sahut cabaran ini," katanya yang bakal menjayakan watak anak saudara yang gilakan harta dalam produksi itu.

Selain itu, Sarimah yang masih menyimpan hasrat untuk kembali mengemudi musim baru The Biggest Loser Asia ini juga sedang rancak menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Psikologi, menulis buku dan menunggu khabar gembira untuk bertugas di konti radio di bawah pengurusan Astro.

Astro Tawarkan Sarimah Deejay Radio


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 33, sedang mempertimbangkan tawaran untuk bergelar penyampai stesen radio Mix FM atau Sinar FM.

Kata Sarimah, pihak pengurusan dua stesen radio di bawah AMP Radio Network itu sebenarnya sudah lama menawarkan peluang itu kepadanya tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran komitmennya sebagai pengacara untuk program Akademi Fantasia musim kelapan dan The Biggest Loser Asia musim pertama.

"Mereka sudah lama menawarkan peluang untuk menjadi penyampai radio tetapi saya belum memberi kata putus sebab ketika itu sedang sibuk dengan tugas sebagai pengacara.

"Saya anggap sekarang adalah waktu terbaik untuk menerima tawaran ini. Buat masa ini saya sedang menunggu kontrak sebelum membuat keputusan sama ada untuk ke Sinar FM atau Mix FM," katanya dalam satu pertemuan bersama mStar Online, Khamis.

Mengulas lanjut, pelakon yang bakal muncul dengan filem Apokalips pada hujung tahun ini berkata: "Saya tidak memilih apa juga slot siaran dan stesen yang dirasakan wajar, saya akan terima dengan hati terbuka.

"Memandangkan saya lebih aktif pada waktu tengah malam, menarik juga kalau berpeluang untuk ke udara pada waktu itu.

"Walau ke stesen mana sekali pun, saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan pendengar khasnya wanita dan remaja."

Bercerita tentang tugas sebagai pengacara, Sarimah turut berkongsi keinginan untuk mengacarakan semula musim terbaru program The Biggest Loser Asia.

"Jika diberi peluang, memang saya teringin untuk mengacarakan semula program berkenaan.

"Apa juga kekusutan atau masalah yang timbul ketika saya mengacarakan musim pertama program itu sudah saya lupakan dan maafkan," katanya.

Sarimah Ibrahim Pernah Ditipu Cinta Siber


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim mengaku pernah kecewa gara-gara ditipu cinta siber menerusi laman sosial Facebook.

Menurut Sarimah dia tidak sangka dirinya mudah ditipu walaupun tahu tentang risiko meminati lelaki yang dikenali di Internet.

"Memang ramai yang datang dan ingin berkenalan secara lebih mendalam dengan saya. Tetapi mereka semua mahukan Sarimah Ibrahim yang berada di kaca televisyen dan bukannya diri saya sebenar.

"Bagaimanapun saya pernah kecewa gara-gara ditipu cinta siber. Kami berborak menerusi Facebook dan merancang untuk bertemu. Selamatlah saya tidak ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.

"Sebaliknya saya hanya menunggu dia menelefon saya. Malang sekali, saya tidak dihubungi pun seperti yang disangka. Memang saya sedikit terkilan dengan lelaki itu," katanya.

Tambah Sarimah, kini dia sedang mengenali seseorang tetapi enggan bercerita lanjut mengenainya.

Sebaliknya, dia menyatakan hasrat untuk menjadi seorang ibu seperti rakan-rakannya yang lain.

"Sekarang ini naluri saya begitu teringin untuk menjadi seorang ibu, entahlah kenapa?

"Justeru, saya perlu mencari seorang teman hidup yang mempunyai impian yang sama seperti saya iaitu mahu menjadi seorang bapa. Dan ya, kini saya sedang mengenali seseorang," ujar Sarimah yang bakal muncul dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya yang bakal berlangsung pada 6 hingga 12 Julai 2011.

Sementara itu, Sarimah juga sedang membuat perancangan untuk menerbitkan dua buah buku mengenai cara-cara menjadi seorang artis dan juga berkaitan dengan masalah-masalah wanita berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.

Sarimah Ibrahim Mengaku Tidak Boleh Menyanyi Lagu Sendiri


PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi Sarimah Ibrahim mengakui tidak boleh menyanyikan semula lagu-lagu dari album pertamanya berjudul Kini Kau Tiada.

Menurut Sarimah, setelah 10 tahun meninggalkan bidang nyanyian suaranya kini sudah berubah menjadi lebih matang.

“Saya tidak boleh membawa lagu-lagu lama kerana suara saya kini sudah berubah menjadi lebih besar. Lagu-lagu lama memerlukan saya menjerit dan bernada tinggi

“Mungkin dengan peningkatan umur menyebabkan suara saya turut berubah. Jika ada permintaan menyanyi saya lebih selesa membawakan lagu-lagu nyanyian penyanyi lain,” ujarnya.

Jelas Sarimah, dia juga sedang mengikuti kelas vokal daripada Siti Hajar bagi mendapatkan teknik nyanyian yang betul.

“Saya juga ada mendapat undangan nyanyian dari situ saya rasa perlu menghadiri kelas vokal. Justeru saya mengikuti kelas vokal dari cikgu Siti Hajar.

“Dari situ juga saya mengetahui teknik nyanyian yang betul dengan suara kini,” katanya yang sedang dalam perancangan untuk kembali menyanyi.

Bagaimanapun, Sarimah memberitahu ramai peminatnya yang mahu dia kembali semula ke bidang nyanyian. Malah dia sendiri sedang dalam perancangan ke arah itu.

“Walaupun sudah 10 tahun berlalu, masih ada yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu seperti Kini Kau Tiada dan Damai.

“Peminat juga sering bertanyakan tentang lagu baru saya, tapi sejak 10 tahun lalu saya rasakan terlalu banyak penyanyi baru yang muncul dan rezeki saya bukan di bidang tersebut.

“Namun Insya-Allah saya akan keluar dengan lagu baru bagi mengubati peminat dan secara tidak langsung saya juga boleh menyanyikan lagu sendiri apabila menerima undangan nyanyian,” katanya.

Diusik dengan pertanyaan mengenai jodoh, Sarimah memberitahu dia kini lebih selesa bersendiri.

“Saya rasa saya bukan seorang yang bertuah dalam sebuah hubungan percintaan. Bukan saya tidak mahu tetapi ada sahaja dugaannya.

“Buat masa ini biarlah saya bercinta dengan diri sendiri dan kerjaya sahaja,” jelasnya.

Sarimah Tetap Jadi Pengacara Selepas Buka Syarikat


KUALA LUMPUR: Selepas aktif dalam bidang pengacaraan, Sarimah Ibrahim kini melangkah setapak lagi dalam kerjayanya dengan menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Sarimah Sdn Bhd.

Menurutnya, ini merupakan masa paling sesuai untuk dia menerbitkan sendiri program-program televisyen selepas lebih 10 tahun terlibat dalam industri ini.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk terlibat secara langsung menerbitkan program televisyen sendiri. Sekarang fokus utama saya ialah kepada syarikat yang sedang dalam proses menerbitkan sebuah dokumentari.

“Matlamat saya bukan untuk program hiburan semata-mata, malah lebih kepada rancangan berbentuk sejarah dan dokumentari tentang Malaysia dan Insya-Allah tentang agama Islam,” ujarnya yang menubuhkan syarikat tersebut pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, pengacara Akademi Fantasia musim ketujuh ini memberitahu dia tidak akan meninggalkan dunia pengacaraan biarpun sibuk menguruskan syarikatnya itu.

“Saya masih menerima tawaran untuk jadi pengacara, malah kontrak dengan Astro juga sudah disambung selama tiga tahun lagi.

“Saya sangat sayangkan bidang ini, kalau boleh saya ingin jadi pengacara sehingga akhir hayat saya,” ujarnya yang bakal mengendalikan sebuah rancangan reality tyerbaru terbitan Astro berjudul 1.2.3 Tukar.

Tambah Sarimah, program 1.2.3 Tukar ini lebih istimewa kerana dia terlibat secara mendalam terutamanya dari segi proses pembikinannya.

“Walaupun sebelum ini saya juga terlibat dalam Tangkap Muat tetapi hanya sebagai pengacara. Bagi rancangan ini saya terlibat dari banyak aspek.

“Mereka beri peluang kepada saya untuk beri idea terhadap program ini. Saya juga sempat pergi ke Jepun bagi membuat kajian terhadap trend program-program televisyen di sana dan fesyen pakaian mereka,” katanya.

Program hiburan ini bakal ditayangkan pada setiap Rabu, 10.00 malam bermula 15 Disember ini menerusi saluran 104.

Program 13 episod ini merupakan sebuah program gaya hidup yang mengubah penampilan individu dalam mencapai impian yang mereka idamkan.

“Program ini membuka peluang kepada para peserta dalam mencapai impian mereka dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

“Apa yang lebih menarik ia turut disertai oleh artis dan selebriti Malaysia mahu impian mereka dilaksana,” ujar Sarimah.

Sarimah bahagia sendirian


SUNGGUHPUN mahligai yang dibinanya bersama lelaki bernama Amir Andrew Abdullah, 39, telah menemui titik penamatnya pada Disember 2008, Sarimah Ibrahim, 32, tidak pernah rasa kesunyian.

Dikenali sebagai seorang yang gila-gila, kelakar dan banyak cakap, kehidupan pengacara popular itu selepas bercerai sedikit pun tidak memudarkan rutin hariannya.

Sarimah dilihat menempuhi detik-detik sukar itu dengan penuh kecekalan dan tabah di samping teman-teman yang sentiasa memberi sokongan.

Ketika ditemui baru-baru ini, Sarimah menjelaskan, dia kini rasa cukup bahagia bersendirian tanpa insan bergelar suami mahupun kekasih hati.

Pada majlis minum petang yang diadakan di Restoran Delicious, Bangsar Village 2 baru-baru ini, Sarimah menjelaskan, sepanjang dua tahun memegang status janda, keluarga dan teman banyak memainkan peranan mereka.

Kata Sarimah, keluarga dan teman banyak memberikan dorongan dan sokongan agar hidup perlu diteruskan walau apa jua yang terjadi.

"Pada awal penceraian, saya akui tiada kekuatan untuk menempuhi masa mendatang.

"Namun, atas kata-kata nasihat yang diterima daripada orang sekeliling, saya temui semula kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

"Saya mula libatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti kelas pilates," ujar pengacara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu.

Namun, selepas setahun keseorangan, Sarimah sempat bermain cinta dengan seorang pemuda Melayu yang dirahsiakan identitinya.

Malangnya, hubungan yang terjalin selama dua bulan itu tidak mampu mendaki lebih tinggi apabila masing-masing mengucapkan kata putus terhadap cinta mereka.

Alasannya, Sarimah tidak sanggup melepaskan karier yang telah digalasnya selama 14 tahun demi cintanya terhadap si jejaka.

Sekali lagi Sarimah dirundung kesedihan. Akan tetapi, keruntuhan rumah tangga yang dialaminya sebelum itu dijadikan sebagai pendorong untuk melupakan kekasih amat disayanginya itu.

Pilates tenangkan Sarimah

Dalam kesibukannya memenuhi pelbagai undangan kerjaya seni, Sarimah masih mencari ruang dan waktu untuk diri sendiri.

Aktiviti yang menjadi pilihan Sarimah ialah senaman pilates. Seperti yang diketahui ramai, pilaters merupakan senaman yoga yang membantu menguatkan tubuh badan melalui pelbagai teknik latihan sama ada menggunakan mesin atau tidak.

"Sejak mula aktif menyertai kelas pilates, jiwa saya lebih tenang dan tubuh saya sentiasa segar.

"Pilates mampu menghilangkan rasa stres saya ketika bekerja. Sedikit sebanyak, saya lupa yang kini saya bersendirian.

"Saya juga masih lagi aktif dengan kelas karate yang telah lama saya sertai serta sering pergi ke gimnasium untuk mengisi kekosongan masa yang terluang," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Sarimah memberitahu, dia begitu menitikberatkan penampilannya agar kelihatan menawan di samping menjaga kesihatan tubuh badannya.

"Umum mengetahui, saiz badan kita akan kelihatan lebih besar di kaca televisyen berbanding jika dilihat secara berhadapan.

"Jadi, saya akan pastikan tubuh badan saya lebih ramping dan kecil supaya tidak nampak besar di kaca televisyen," jelas Sarimah yang juga pengacara program realiti The Biggest Loser Asia (TBLA) musim pertama itu.

Sarimah jawab kontroversi TBLA

Memandangkan TBLA musim kedua sudah pun memulakan siarannya pada 21 September lalu, ketiadaan Sarimah sebagai hos dengan digantikan Marion Caunter mula menjadi buah mulut ramai pihak.

Timbul khabar angin yang mengatakan Sarimah terlalu demand dalam meletakkan bayaran selaku hos program popular tersebut.

Apa sahaja spekulasi yang didebatkan, Sarimah mempunyai alasannya tersendiri untuk menolak pelawaan sebagai hos TBLA2.

Memetik kata-kata Sarimah, pentas hiburan di Malaysia sememangnya sebuah industri yang kecil.

Namun, negara kita tidaklah ketandusan dalam melahirkan bakat-bakat seni yang boleh dipersendakan melalui bayaran yang ditawarkan.

"Itulah situasi yang saya alami apabila pihak produksi rancangan itu datang berjumpa saya untuk menawarkan kontrak sebagai hos.

"Saya bukanlah meletakkan harga yang tinggi tapi setiap orang walau tukang cuci pun berharap mendapat bayaran yang sewajarnya," katanya menjawab kontroversi itu.

Sarimah juga menerangkan, faktor kedua yang dipertikaikan adalah mengenai prosedur pemakaian yang ditetapkan pihak produksi sebagai syarat.

"Lontaran suara peminat yang tidak mahu melihat saya memakai pakaian menjolok mata membuatkan saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut," tambah Sarimah yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Apokalips arahan Mamat Khalid.

Sementara itu, pelantun lagu Damai dan Kini Kau Tiada itu mengumumkan, dia mungkin akan dipilih semula sebagai hos program realiti nombor satu, AF musim kesembilan.

Katanya, dia tidak sabar menunggu kedatangan semula AF dengan kerenah para pelajarnya yang pelbagai.

"Diam tak diam, AF musim seterusnya akan mula menjelajah ke serata Malaysia untuk mencari pesertanya.

"Saya tidak sabar untuk sibukkan diri dengan pelbagai program sepanjang AF berlangsung kelak selain mengacara," kata pengacara itu yang menyambung semula kontrak sebagai artis eksklusif Astro selama dua tahun.

Sarimah rasa nak terkencing


Ramai pembaca memberi komen menyaksikan rancangan pertama Akademi Fantasia Kelapan (AF8) yang mula bersiaran pada hari Sabtu minggu lalu.

Ada yang kata tahun ni semua peserta ada suara yang power-power. Tapi muka pula tak boleh "blah" sangat.

Tak apalah... soal muka tu nak buat macam mana? Ia ciptaan Tuhan. Tapi kalau rupa paras tak cantik atau kacak sekalipun tak semestinya mereka tak boleh berjaya.

Dalam masa yang sama Niezam dapat juga respons daripada penonton yang mendakwa mereka tak puas hati melihat kolaborasi pengacara Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.

Kata peminat macam ada yang tak kena saja.

Yalah.. kedua-dua pengacara ini masih lagi baru. Tentulah mereka sedang mencari keserasian. Lagipun bukan senang nak kendalikan sebuah program besar macam AF ni.

Rabu lalu Sarimah sempat singgah ke pejabat Pancaindera. Niezam tanya apa komen dia mengendalikan AF8?

Kata Sarimah, dia macam nak terkencing. Seperti biasalah bila di atas pentas, memang perasaannya gugup tapi lama kelamaan dia dapat sesuaikan keadaan.

"Masih baru lagi. Saya pun macam tak percaya jadi pengacara AF8 ni. Rasa macam nak terkencing. Hebat betul penangan AF," katanya.

Niezam tanya macam mana gandingannya dengan Jimmy? Okey ke tak?

Menurut Sarimah buat masa ni keserasian di pentas AF8 itu masih belum wujud kerana kedua-dua pengacara rancangan tu masih lagi baru.

Mungkin kalau sudah beberapa minggu bersama baru ada keserasiannya walaupun pada dasarnya mereka berkawan baik.

Mudah-mudahan Jimmy dan Sarimah dapat melakukan yang terbaik untuk AF8. Bukan apa, selama ini imej Aznil Nawawi masih terpahat tebal di hati penonton yang merasakan dia pengacara terbaik dalam AF.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails