Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts
Sharnaaz Jangka Beraya Sebagai Suami Tahun Depan
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan keinginannya untuk merasai bagaimana menyambut Aidilfitri di samping wanita bergelar isteri seperti saudara dan beberapa rakan yang lain.
Sharnaaz berkata, dia berharap, keinginannya itu terlaksana pada tahun depan dan pastinya Aidilfitri pada ketika itu akan menjadi sangat bermakna buatnya.
"Sekarang ini, kalau nak cakap fasal raya, setiap tahun sama sahaja, tiada yang beza.
"Cuma saya harap tahun depan saya dapat beraya disamping orang tersayang. Barulah seronok. Asyik tengok orang lain beraya dengan pasangan, saya pun nak juga," katanya kepada mStar Online.
Tambah Sharnaaz, sehingga kini hanya dua orang wanita sahaja yang pernah diperkenalkan kepada keluarganya, namun tiada jodoh diantara mereka.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, sambutan Aidilfitri sangat bermakna buatnya walaupun terpaksa berdepan dengan soalan-soalan 'cepu emas' bertanyakan tentang soal kahwin.
"Seronoknya beraya apabila seluruh keluarga kita dari pelbagai negeri berkumpul dalam satu rumah.
"Tetapi kena bersiap sedialah, makcik-makcik akan tanya 'bila nak kahwin?' Saya dah biasa dah dengan soalan itu. Hahaha..." selorohnya.
Sharnaaz Ahmad Enggan Lagi Lantang Bersuara
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan tidak mahu terlalu lantang dalam mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya seperti yang sering dilakukan sebelum ini.
Kata Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, dia menyedari setiap status yang dimuat naik di Instagram sering mendapat perhatian sehingga menjadi kontroversi dan perkara itu membuatkan dia lebih berhati-hati selepas ini.
"Itulah, kebanyakan status saya mesti jadi isu. Mungkin saya perlu perlahankan kelantangan saya itu.
"Cuma sebab saya buat macam itu pun bagi menjelaskan sesuatu isu atau mengelakkan kekeliruan terutamanya peminat. Dan apabila mereka baca, mereka akan faham," katanya kepada mStar Online.
Sharnaaz yang ditemui di majlis pelancaran filem Darah Panas di TGV One Utama pada Isnin diminta mengulas mengenai kebanyakan kenyataannya yang dimuat naik di Instagram menimbulkan pelbagai kontroversi.
Sementara itu, mengenai filem Darah Panas, Sharnaaz berasa risau mengenai respons peminat mengenai mutu lakonannya memandangkan penggambaran filem itu dibuat tiga tahun lalu.
Namun pelakon itu sedia menerima kritikan jika lakonannya itu tidak memberangsangkan.
"Saya tak kisah jika orang nak kritik lakonan saya. Kalau saya kritik orang boleh, takkan saya tak boleh dikritik pula bukan?
"Tetapi, tidak dinafikan saya berdebar menantikan respons peminat mengenai mutu lakonan saya," ujarnya.
Darah Panas mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial.
Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya dan menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya.
Bagaimanapun dia tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran.
Filem arahan Arjin Uppal yang turut membariskan pelakon Fathia Latiff, Datuk Jalaluddin Hassan, Sofi Jikan dan Aznah Hamid bakal ditayangkan bermula Khamis ini.
Sharnaaz Ahmad Mulai Sayang Jambangnya
Pelakon Sharnaaz Ahmad mulai sayangkan jambang disimpannya walaupun ada pihak yang mempersendakan langkah itu kononnya cuba meniru personaliti fesyen, Wak Doyok.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata, dia hanya akan mengambil langkah mencukur jambang tersebut sekiranya tidak sesuai untuk watak yang bakal dibawa untuk projek seterusnya.
“Saya simpan jambang bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar kerja sebagai seorang pelakon untuk menjayakan telefilem Hidupku Solatku Matiku.
"Insya-Allah untuk telefilem seterusnya, tengoklah sesuai atau tidak penampilan saya macam ni… Kalau tak sesuai, saya potong tapi sayanglah pulak,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, bercerita mengenai sesetengah pihak yang cuba samakan jambangnya dengan Wak Doyok, Shanaaz melahirkan rasa kecewa kerana ramai lagi ikon jambang yang boleh dijadikan contoh.
Dia juga sudah malas nak ambil peduli kerana jambang yang disimpan itu hanya untuk watak dalam sebuah lakonan dan ia tiada kaitan dengan mana-mana individu.
“Saya pun tak faham kenapa orang nak samakan saya dengan Wak Doyok sedangkan ramai lagi orang lain yang berjambang.
“Tak kisahlah nak bandingkan kami berdua ke macam mana, mulut manusia tak boleh tutup tapi saya simpan jambang untuk lakonan,” katanya.
Mengenai telefilem Hidupku Solatku Matiku arahan Raja Ahmad Alauddin, Sharnaaz memberitahu ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Puteri Balqis.
Ia bakal ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi.
Sharnaaz Ahmad Dituduh Berlagak Kerana Pilih Watak
Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu sedar ada dikalangan orang dalam industri menuduhnya mula menunjukkan sikap berlagak kerana terlalu memilih skrip.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata, dia mengakui bertindak agak memilih dan cerewet terhadap sesuatu watak bagi menjaga kualiti kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Saya tahu ramai yang tegur dan menuduh saya berlagak, naik kepala dan bersikap 'diva'. Saya tidak peduli tentang itu kerana bagi saya setiap kerja perlu ada sistem.
"Saya memilih kerana ia adalah karya yang saya akan bawa dan sama mahu ia dibuat secara betul-betul. Lagi pula saya tidak ambil dua kerja dalam satu masa," ujarnya kepada mStar Online.
Sharnaaz ditemui pada pratonton tayangan episod akhir drama Suamiku Encik Sotong, di The Starnd Mall, di sini, malam Isnin lalu.
Sementara itu, bercerita tentang watak lelaki lembut dalam drama tersebut, Sharnaaz berkata ia adalah satu cabaran buat dirinya. Katanya, dia tidak mahu hanya dikenali sebagai pelakon drama yang streotype dengan satu-satu watak sahaja.
"Saya anggap watak ini berlainan dan mencabar saya sebagai seorang pelakon. Saya kaji watak lelaki lembut melalui rakan-rakan dalam industri dan cuba mengaplikasikan dalam watak itu.
"Saya suka watak sebegini yang boleh dikatakan satu eksperimen buat diri saya sendiri, kalau ditawarkan lagi watak seperti ini saya akan terima jika ianya lebih mencabar kemampuan saya sebagai pelakon," katanya.
Selain itu, ditanya tentang perkembangan lain, Sharnaaz berkata, dia kini bercuti sebulan daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan perhatian terhadap bisnes kosmatik dibawah syarikatnya Science Tech Industries.
Katanya, dia bakal keluar dengan produk makanan tambahan bagi lelaki dan perempuan dalam masa terdekat ini.
Selain itu, Sharnaaz berkata, dia juga sibuk menguruskan gimnasium Sharnaaz Ahmad Fitnes Centre yang dibuka di Segambut, dekat sini.
"Saya rehat sebulan daripada bidang lakonan bagi beri perhatian terhadap produk makanan tambahan yang bakal keluar tidak lama lagi.
"Selain itu juga saya dalam perancangan untuk buka cawangan gimnasium saya di kampung halaman saya di Pulau Pinang," ujarnya.
Isu Bawa Troli Berisi Minuman Arak Tidak Jejaskan Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin minuman arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.
"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?
"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.
Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.
Troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin minuman arak jenama terkenal di Jepun.
Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.
Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya.
"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya.
Bagaimanapun dalam mesej Whatsapp yang diberi, Sharnaaz tidak menyatakan bagaimana arak berkenaan berada dalam troli tersebut.
Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.
Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.
Anis Al-Idrus Tidak Hirau Kisah Lama Sharnaaz Ahmad
Pelakon baharu dan model Anis Al-Idrus tidak hirau dengan kisah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan teman lelakinya, aktor Sharnaaz Ahmad kerana menganggap perkara itu sebagai cerita lama.
Anis, 26, berkata, dia tidak pernah menilai Sharnaaz ekoran kisah silam pelakon itu kerana ia tidak adil tambahan pula semua cerita berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya.
"Itu semua cerita lama yang tidak menggambarkan siapa dirinya hari ini. Saya tidak pernah menilai dia kerana kisah silamnya termasuk hubungannya yang lalu," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Anis berkata, sepanjang dua tahun mengenali Sharnaaz dia menyifatkan lelaki itu berbeza daripada digambarkan menerusi kontroversi.
Jelas Anis, selain menganggap Sharnaaz seorang lelaki yang baik, dia juga mudah didekati sepanjang perkenalan mereka.
"Dia seorang yang 'selamba' tetapi sangat baik dan sesetengah pihak melabelnya sebagai seorang yang panas baran tidak benar," jelasnya.
Tambah Anis, keluarganya juga turut menyenangi sikap Sharnaaz dan mengakui beberapa kali aktor itu bertemu keluarganya.
Sementara itu, bercakap lanjut mengenai hubungan mereka, Anis berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terburu-buru dalam membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya dan masih belum bersedia untuk berumah tangga.
Jelas Anis, buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan meletakkan karier sebagai keutamaan.
"Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya kami meletakkan perkara itu kepada jodoh.
"Sekiranya dipertemukan jodoh dengan Sharnaaz saya terima tetapi masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Anis berkata, selain masih bergiat aktif dalam dunia peragaan dia kini semakin selesa bergelar pelakon dan memberitahu bakal muncul dalam sebuah drama istimewa bersempena tribute khas buat Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Oktober ini.
Sharnaaz minta Shila jangan ego
PELAKON Sharnaaz Ahmad pernah mendedahkan hubungannya bersama seorang wanita bernama Anis Al-Idrus. Di laman sosial Instagram miliknya, Sharnaaz beberapa kali memuat naik gambar bersama Anis, malah mereka juga dilihat hadir bersama-sama dalam beberapa acara hiburan.
Difahamkan, Anis pernah bergelar penyampai berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen sebelum melebarkan kerjayanya sebagai model dan usahawan tudung. Wanita itu juga pernah membintangi beberapa buah drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Tangisan Bulan Madu 2.
Terbaharu, Sharnaaz dan Anis dilihat hadir bersama-sama ketika majlis ramah mesra dan tayangan perdana filem Dollah Superstar di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Memanjangkan bicara mengenai perkembangan hubungannya dengan wanita itu, Sharnaaz mengakui masih belum mempunyai perancangan khusus. Dia bertegas, hubungan dengan Anis masih dalam fasa mengenali hati budi. Ikuti temu bual berikut.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut ditanya tentang isu yang mengaitkan krisis bekas kekasihnya, Shila Amzah dengan media Melayu gara-gara konsert penyanyi itu pada 13 September lalu.
KOSMO!: Difahamkan anda sudah mempunya teman wanita istimewa bernama Anis, sudikah anda kongsikan sejauh manakah hubungan kalian berdua?
SHARNAAZ AHMAD: Alhamdulillah saya sekarang sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama dan akan membuka sebuah gimnasium Sharnaaz Ahmad Fitness Centre hujung tahun ini. Buat masa sekarang saya tidak pernah memikirkan sebarang perancangan lanjut bersama dia (Anis) dan itu saja yang boleh saya kongsikan buat masa sekarang.
Mungkin anda juga ada mengikuti perkembangan kemelut antara Shila Amzah dan media tempatan. Apakah komen anda?
Berbaik-baiklah. Sebab kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain dan saya pun suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah sama dengan media. Bagi saya, tidak salah sekiranya kita saling membantu dan harus disedari bahawa media tempatan sebenarnya banyak memberi sokongan sebelum dia ke China. Mungkin dia pun ada betul dan ada salah, tetapi saya melihat semuanya berpunca daripada laman sosial seperti Instagram.
Nasihat anda kepada Shila?
Bersemuka dan jangan menggunakan laman sosial kerana orang sekeliling boleh tersalah tafsir, tambah pula dalam ruang tersebut terdapat ramai ‘kaki bakar’. Memang sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada kesilapan, sama seperti kejadian yang menimpa saya sebelum ini. Kalau saya buat salah, saya mengaku saya yang silap dan sedia berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego masing-masing dan khalayak pun akan lebih menghormati kita.
Terbaharu anda juga difahamkan telah menolak tawaran untuk sebuah sesi fotografi. Apakah komen anda?
Saya berada dalam industri untuk berkarya dan tanggungjawab terhadap terhadap seni, bukan untuk publisiti tetapi berlakon. Saya fokus kepada kerjaya dan seperti kenyataan saya sebelum ini, saya menjadi pelakon bukan kerana mahu popular. Saya tidak kisah orang benci asalkan saya buat apa yang saya rasa selesa.
Ceritakan sedikit tentang watak anda dalam filem Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia?
Saya melakonkan watak lelaki lembut dan metroseksual bernama Shah Dazzle. Saya banyak membuat rujukan daripada jurusolek dan individu di sekeliling saya. Kabir pula memberikan 11 jenis bahan rujukan berbeza untuk dijadikan panduan.
"Jangan Gaduh Dengan Wartawan" - Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.
"Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.
"Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa.
Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayu hanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.
Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.
Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.
Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.
”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.
Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.
"Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.
Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humor spontan.
"Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama," katanya.
Dollah Superstar turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Neelofa, Fizz Fairuz, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.
Dalam perkembangan lain Sharnaaz bakal membuka sebuah pusat kecergasan yang bakal beroperasi pada Oktober ini di Segambut Kuala Lumpur dan hanya mengenakan bayaran RM5 kepada pengunjung.
Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati Pelakon Baharu
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.
"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini.
"Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.
Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.
Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.
Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.
"Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu.
"Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya," ujar Sharnaaz.
Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.
"Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong bawah produksi Global Station.
Kes Serang: 'Tuduhan Lisdawati, Suami Mengarut' - Sharnaaz
Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.
"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah.
"Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini petang Isnin.
Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.
Lisdawati bersama suami dan anak mereka.
Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.
Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.
Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar.
"Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis," ujarnya dalam nada tegas.
Lisdawati yang dihubungi mStar Online pada Isnin pula berkata, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut.
"Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu," tuturnya yang mengandung lapan bulan.
Tindakan Sharnaaz bersebab – Nelydia
Kosmo!: Patutlah tidak dapat hubungi anda. Qi beritahu telefon anda rosak?
NELYDIA: Ya. Telefon lama saya memang ada masalah sedikit. Saya rasa ia berpunca daripada bateri. Sebab bila cas telefon okay. Tetapi kemudian telefon saya akan mati semula. Sudah dua minggu jadi macam itu.
Boleh anda komen mengenai berita yang mengatakan anda kini sudah sombong selepas nama semakin popular?
Saya tidak salahkan mereka yang menulis. Sebab mungkin mereka tidak dapat hubungi saya. Terus terang, saya tidak pernah terdetik mahu buat hal. Sebabnya, dalam industri kita kena bekerjasama dan saya gembira sangat kalau dapat bekerjasama dan menjayakan sesi fotografi dengan media. Mungkin sekarang susah sikit sebab saya kena fokus penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Pihak produksi kena habiskan penggambaran kerana mengejar waktu tayangan. Saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terasa.
Bilakah anda menerima tawaran membintangi drama tersebut?
Sebelum ini saya lapang sahaja menerima mana-mana sesi fotografi. Namun sejak sebulan yang lepas iaitu pada 1 November lalu saya mula sibuk menjalani penggambaran drama itu.
Bagaimana pula dengan isu Qi tulis di Twitter yang seolah-olah merujuk kepada anda dan Sharnaaz?
Semuanya sudah selesai. Ia cuma salah faham sebab Qi tidak bertanya saya terlebih dulu. Dia terus memberi reaksi di Twitter. Tindakan Sharnaaz itu semuanya disebabkan drama terbaharu lakonan kami. Kapsyen yang ditulispun merujuk pada dialog yang digunakan dalam drama tersebut.
Bagaimana pula pandangan anda terhadap reaksi Qi itu?
Sejujurnya Qi seorang kekasih yang sangat terbuka. Dia sangat menyokong dan mahu saya buat yang terbaik dalam lakonan. Mungkin dia terkena tempias orang dan terus memberi reaksi.
Apakah pandangan anda mengenai tindakan Sharnaaz yang memuat naik gambar-gambar termasuk yang memaparkan Sharnaaz mendukung anda?
Sharnaaz sekadar ingin mempromosikan drama tersebut. Saya tidak salah dan marahkan Sharnaaz sebab dia menjalankan kerja yang betul.
Apakah nasihat Qi terhadap anda memandangkan dia orang lama dalam industri?
Dia sentiasa menasihati saya. Dia beritahu kena hormat orang dan sentiasa jaga hati orang. Dia tahu saya darah muda, jadi dia selalu minta saya bertolak ansur. Dia banyak meredakan saya.
Sharnaaz Dilarang Bersara, Buat Keputusan Tergesa-Gesa
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata, keputusannya untuk bersara dalam dunia lakonan mendapat bantahan ramai terutamanya pengarah dan penerbit drama tempatan.
Menurut Sharnaaz, antara individu yang menghubunginya termasuklah pengarah Shirin Khuzaimi, Michael Ang, Bade Azmi dan penerbit Sheila Rusly yang menasihatinya agar berfikir dahulu sebelum membuat keputusan meninggalkan industri seni tempatan.
"Selepas membuat kenyataan ingin bersara, saya tidak sangka ramai yang memberi pelbagai respons dan ramai juga penggiat seni menghubungi saya dan memberi pelbagai nasihat.
"Mereka kata industri seni kita sedang tenat dan memerlukan pelakon yang mempunyai ideologi dan pembawaan tersendiri. Dan kerana itu, mereka meminta saya untuk fikir betul-betul sebelum membuat keputusan," katanya.
Sharnaaz ditemui pada pratonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Khamis.
Pada Isnin lalu, Sharnaaz menerusi laporan sebuah akhbar menyatakan ingin bersara daripada dunia lakonan dan kembali semula bekerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas selepas berlakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Keputusan itu dibuat selepas dia berasa tertekan dengan pelbagai kontroversi yang membabitkannya selama ini.
Bagaimanapun tambah Sharnaaz, dia mengakui kenyataannya itu bersifat tergesa-gesa kerana dia lupa bahawa jadual lakonannya sudah pun disusun sehingga Jun tahun depan.
"Saya lupa pula yang saya dah berjanji secara lisan dengan beberapa syarikat produksi untuk bekerjasama dalam beberapa drama.
"Memandangkan saya sudah berjanji, maka saya akan siapkan kesemua kerja dan kemudian baru berfikir semula dengan niat mahu bersara itu. Tetapi jujurnya, saya memang dah nekad," ujarnya.
Gosip Cinta Elfaeza & Sharnaaz Tersebar Di Singapura
Pelakon Elfaeza Ul Haq terkejut apabila gosip cintanya dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad turut mendapat perhatian dan tersebar luas di media Singapura.
Elfaeza, atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq, 28, berkata, khabar angin tersebut turut disiarkan oleh sebuah saluran radio tempatan di negara itu.
"Tak sangka pula media di Singapura turut mengambil serius dengan gosip itu kerana ia merupakan perkara tidak benar.
"Berita itu disampaikan kepada saya selepas dia mendengar gosip berkenaan di radio. Mujurlah keluarga saya tidak hairan dengan gosip tersebut," katanya yang berasal dari negara itu.
Tambah Elfaeza, dia berharap agar khabar angin percintaannya dengan Sharnaaz tidak lagi menjadi isu memandangkan tiada apa-apa perhubungan yang terjalin di antara mereka melainkan sekadar rakan artis.
Sementara itu pelakon yang popular menerusi drama Adam dan Hawa itu berkata, tawaran lakonan yang diterimanya pada tahun ini tidak sebanyak tahun lalu.
Namun dia tetap berpuas hati kerana kebanyakan watak yang diterima kesemuanya peranan utama.
"Ini menunjukkan para penerbit mula mempercayai bakat lakonan saya yang mana sebelum ini mereka kurang yakin dengan saya.
"Walaupun tidak banyak tawaran yang saya terima pada tahun ini tetapi watak yang saya dapat semuanya peranan penting.
"Ini merupakan peluang saya untuk menonjolkan bakat kepada penonton yang masih belum mengenali saya lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Elfaeza akan memulakan penggambaran drama berjudul Janji Adam di bawah produksi Singapura iaitu CSS Productions.
Sharnaaz Ahmad Tidak Terdesak Cari Pengganti Shila Amzah
Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak terdesak untuk mencari pengganti bekas kekasihnya penyanyi Shila Amzah bagi mengisi kekosongan dihatinya.
Sharnaaz, 28, berkata, buat masa ini dia selesa tanpa kekasih kerana dengan itu dia dapat memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.
"Saya tidak terdesak untuk mencari pasangan buat masa ini kerana ia bukan keutamaan pada saya sekarang tambahan pula saya selesa dengan keadaan sekarang.
"Buat masa ini biarlah saya memberi tumpuan kepada lakonan dan soal cinta biarlah dulu," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, dia tidak menafikan sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk pulih kesan daripada perpisahan tersebut.
Namun kata Sharnaaz, sepanjang tempoh itu juga dia sentiasa bermuhasabah diri tentang kejadian yang berlaku di antara mereka.
"Semasa awal perpisahan saya akui rasa sunyi dan kekosongan itu ada sehingga saya tidak keluar rumah untuk berjumpa orang kecuali yang terdekat dengan saya sahaja.
"Tetapi apabila difikirkan kembali jodoh saya dengan Shila tidak panjang dan kini saya tidak langsung menyimpan sebarang dendam," jelasnya.
Tambah Sharnaaz, dia juga bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan mencurah-curah walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi.
"Ada hikmah pada setiap kejadian yang berlaku dan Alhamdulillah rezeki saya mencurah-curah sehingga kadang-kala saya terpaksa tolak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya dengan Nelydia Senrose selain bakal muncul dengan filem Dollah Superstar.
Pernah marah pada Johan - Sharnaaz
SATU persatu cerita tidak elok terpalit pada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Cerita-cerita negatif tersebut hampir melumpuhkan ingatan khalayak terhadap keberkesanan lakonannya.
Khalayak hampir lupa bahawa anak muda tersebut merupakan antara pelakon pelapis lelaki baharu yang tidak patut dinafikan bakatnya. Malangnya, saban hari, bermula sejak percintaan lamanya bersama penyanyi Shila Amzah menjadi bualan, serentak itu, surut cerita tentang perjalanan kariernya.
Antara berita-berita yang tidak elok mengenai dirinya, Sharnaaz dilabelkan sebagai panas baran dan kaki pukul, terbaharu dia dilabelkan pula sebagai perampas kekasih kawan sendiri.
Semuanya gara-gara pendedahan berani pelakon Pekin Ibrahim kepada pihak media mengenai hubungan sulit yang terjalin antara tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dengan sahabatnya, Sharnaaz sekitar dua minggu lalu.
Bagaimanapun, baik Uqasha mahupun Sharnaaz, mereka sudah menafikan dakwaan Pekin. Malah, mereka terpaksa mendedahkan kekeliruan yang timbul disebabkan ingin merancang kejutan pada majlis sambutan hari ulang tahun Pekin.
Terkini, akui Sharnaaz, hubungannya bersama Pekin sudah kembali pulih dan pintanya jangan memanjangkan spekulasi kisah mereka.
"Saya dengan Pekin sudah tiada masalah. Benda ini sudah selesai. Lagipun kami sudah berkawan lama. Sama-sama minat motor. Bila dia salah sangka hubungan saya dengan Uqasha saya terus bertemu dengan dia (Pekin). Saya kalau nak cari kekasih pun, tidaklah sampai mahu rampas kekasih kawan sendiri," ulasnya ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Bicara Sharnaaz lanjut, jujur dia juga akui tidak pandai menipu orang mengenai soal hati dan perasaannya.
Lantaran itu, dedah pelakon berusia 28 tahun itu, selama setahun dia mengambil masa untuk pulih daripada derita cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.
Dia juga akui pada mulanya pernah berasa marah dan dendam pada pelakon Johan As'ari yang kini dikatakan sedang bercinta dengan Shila.
"Selepas putus dengan Shila saya rasa sangat sunyi dan kosong. Balik penggambaran duduk rumah dan habiskan masa menonton televisyen.
"Saya juga tidak keluar bertemu orang, kecuali berhubung menerusi telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) dengan kawan-kawan rapat sahaja," dedahnya tentang kehidupannya selepas putus cinta.
Sementara dirinya bergelut membuang perasaan cinta terhadap Shila, bekas kekasihnya itu dikhabarkan pula sedang akrab dengan pelakon Johan Ashari.
Akuinya tanpa berselindung, perasaan marah terus menyelubungi diri.
"Bila tengok kemesraan hubungan Shila dengan Johan saya pernah rasa marah dan tidak rela dengan apa yang berlaku. Namun, bila saya fikir balik, Mungkin Allah sudah tetapkan yang hubungan saya dengan Shila tidak panjang. Tetapi, sejak itu rezeki saya dalam bidang lakonan mencurah-curah dan tidak pernah putus tawaran.
"Daripada situ saya mula terima hubungan Johan dengan Shila dan beranggapan buat apa mahu menyimpan dendam lagi," luahnya tanpa ditahan-tahan.
Biarpun sunyi apabila hidup tanpa kekasih, kata Sharnaaz, dia tidak terdesak untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih orang.
Jelas Sharnaaz lagi, buat masa ini dia masih belum terfikir mencari kekasih selepas kekecewaan yang berlaku sebelum ini.
Bina badan
Sementara itu, Sharnaaz yang kini kelihatan semakin berotot itu sedang membina badan bagi memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Ujarnya yang akan berlakon di samping Nelydia Senrose itu, dia membawakan watak Jebat, seorang gangster berhati kering tetapi mempunyai sikap romantis.
Sharnaaz juga mengakui, terpaksa mengunjungi pusat gimnasium setiap hari demi membina otot badannya.
"Saya kena naikkan berat badan daripada 74 kilogram hingga 80 kilogram untuk watak Jebat. Jadi terpaksa diet dan pergi gimnasium setiap hari," ungkapnya mengenai drama 60 episod untuk siaran Astro itu.
Pernah berdendam
Top 5 Anugerah Skrin
Dalam pada itu, Sharnaaz berterima kasih dan berbangga kerana tercalon dalam Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama untuk Anugerah Skrin 2013 (ASK2012).
Sharnaaz tercalon di samping empat pelakon senior hebat iaitu Faizal Hussein, Wan Hanafi Su, Rosyam Nor dan Azhan Rani.
"Saya sangat hormat dengan pelakon-pelakon yang turut tersenarai dalam pencalonan ini. Ia satu penghargaan buat saya bersama mereka," ujarnya yang tidak meletak sebarang harapan.
Mengulas mengenai senarai pencalonan ASK2013 kali ini yang dilihat seimbang iaitu persaingan antara pelakon senior dan junior bagi setiap kategori, dia melihatnya sebagai satu petanda yang bagus untuk industri lakonan tempatan.
Katanya, artis muda perlu mengambil contoh pembawakan lakonan artis-artis senior. Malah, dia juga mengaku mahu menyerap disiplin pelakon senior untuk memastikan jangka hayat dirinya dalam bidang seni berpanjangan.
Sharnaaz Sudah Temui Pekin Selesaikan Tuduhan Jadi Perampas
Pelakon Sharnaaz Ahmad telah bertemu dengan aktor Pekin Ibrahim pada malam Rabu (semalam) bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.
Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.
“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 32, mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose, 21, sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.
Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, pula menerusi laporan yang sama menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.
Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Ikuti jawapan Sharnaaz berhubung isu itu.
Bagaimana reaksi Sharnaaz apabila dikatakan menjadi orang ketiga sehingga terputusnya hubungan Pekin dan Uqasha Senrose?
Pada mulanya saya agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi melibatkan saya, namun pengalaman lalu membuatkan saya lebih bertenang dan berfikir jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Apakah tindakan Sharnaaz untuk menyelesaikan masalah ini?
Sejurus selepas mendapat tahu berita itu, saya terus mengatur pertemuan dengan Pekin (pada Rabu) dan saya menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara saya dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali. Saya beritahu dia bahawa ia hanya hubungan seperti rakan sekerja dan saya yakin ada orang lain yang menyampaikan berita yang bukan-bukan kepadanya. Sebagai lelaki saya faham situasi dia dan tidak menyalahkan dia.
Bagaimana reaksi Pekin semasa pertemuan tersebut?
Sebenarnya saya dan Pekin sudah berkawan baik sejak dua tiga tahun yang lalu, saya mengenali dia seorang yang bagaimana. Dia juga meminta maaf kerana salah faham ini.
Bagaimana pula dengan Uqasha selepas kontroversi ini?
Saya harap hubungan mereka kembali seperti dahulu dan saya tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka. Saya harap Uqasha tenang menghadapinya dan orang ramai tidak menyalahkan dia dalam perkara ini.
Selepas kontroversi ini, adakah Sharnaaz takut atau lebih berhati-hati untuk berkawan dengan artis wanita?
Saya seorang yang mudah rapat dengan sesiapa tidak kira artis atau bukan, perempuan atau lelaki, bagi saya tidak perlu takut jika ianya tidak bersalah.
Bagaimana Sharnaaz berhadapan dengan kontroversi demi kontroversi yang melanda diri anda?
Saya hanya ingin mencari rezeki dalam industri dan saya tidak tahu mengapa banyak sangat kontroversi datang bertimpa-timpa, kes saya bertumbuk di tepi lebuh raya pun belum selesai lagi ini sudah ada kontroversi baru.
Setiap kali ada isu yang melibatkan saya, saya hanya bertenang dan berhadapan dengannya, asalkan ia tidak melibatkan keluarga saya tidak kisah.
Sharnaaz Ahmad Nafi Bergaduh Depan Khalayak
Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai dia terlibat dalam pergaduhan dengan berbalas tumbukan bersama seorang pengguna jalan raya di kawasan Ampang adalah mengarut.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.
"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu.
"Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok melaporkan Sharnaaz telah bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya lain sehingga membelasah lelaki tersebut dengan teruk.
Sharnaaz juga tidak terkecuali terkena tumbukan ketika insiden tersebut. Pergaduhan itu membuatkan kawasan jalan raya itu sesak kerana ia turut disaksikan orang ramai.
Dalam pada itu tambah Sharnaaz yang baharu saja selesai penggambaran drama Baby Yana (untuk saluran RTM), dia berharap masyarakat tidak sembarangan mempercayakan gosip tersebut hanya kerana dia dilihat seorang yang baran.
Bagaimanapun, bekas kekasih Shila Amzah itu mengakui, dia akan mempertahankan dirinya andakata dia dikasari mana-mana pihak.
"Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan?
"Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal," ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Sharnaaz kini sibuk membuat latihan senaman bina badan di sebuah gim bagi tuntutan wataknya sebagai lelaki antagonis sebuah drama 60 episod (belum tahu judulnya) bagi siaran Astro Mustika.
Kata pelakon itu, kerana drama itu juga dia terpaksa menurunkan berat badannya daripada 80 kilogram (kg) kepada 72 kg. Dan kemudian dia membina badan semula sehingga berat mencecah 82 kg.
Sementara itu, ditanya pula sudahkan dia memiliki pasangan baharu selepas putus hubungan dengan Shila, katanya, dia belum bersedia lagi untuk bercinta.
"Saya bukannya serik, tetapi biarlah fokus pada kerja dahulu. Jika bertemu dengan wanita dirasakan sesuai dengan diri, saya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin," tuturnya.
Kalau Tak Puas Hati, Jumpa Saya - Sharnaaz Ahmad
Baru baru ini, satu status Shila Amzah melalui Twitter mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi beliau sendiri mengesahkan pernah melalui situasi digambarkan melalui filem Bencinta dan masih dalam trauma sehingga ke hari ini.
Ekoran pendedahan Shila itu, orang ramai dan peminat yang membuat andaian situasi yang di’alami itu ada kena mengena dengan bekas teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad?
Sharnaaz melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini merasakan dirinya difitnah dan menyuarakan kekesalan tentang kenyataan Shila Amzah itu.
“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri”
“Saya dah lama memaafkan mereka. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikirkan kerja,” ujar Sharnaaz Ahmad lagi.
Saya banyak buat silap - Sharnaaz
MENYOROT kembali perjalanan seni pelakon ini mungkin ada yang tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Saat satu persatu kisah hitam melatari perjalanan seninya. Sharnaaz Ahmad tahu tidak mudah untuknya memuaskan hati semua pihak.
Saya hanya menjadi diri sendiri. Saya tak pernah minta apa-apa kontroversi berlaku selama ini dan semuanya terjadi tanpa dirancang. Bila saya ikut kata hati, inilah yang saya dapat.
Orang kata saya macam-macam tapi mereka tak tahu apa yang berlaku. Mungkin sebab saya jujur menjadi diri sendiri akhirnya membuatkan orang kata saya panas baran.
Tapi sebagai manusia saya belajar banyak perkara. Paling tidak saya sedar apa yang sudah terjadi dan pastinya semua itu menjadi pengajaran paling berguna buat saya," kata Sharnaaz ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi Sharnaaz dia tidak kisah dengan apa juga tanggapan peminat yang sering melabelkan dirinya dengan pelbagai gelaran memandangkan dia tiada masa untuk melayan perkara berkenaan.
Paling tidak, kebanyakan masa dihabiskan di lokasi penggambaran yang tak putus-putus memberikan rezeki kepadanya sejak awal pembabitan lagi.
Selepas insiden (putus cinta) ramai yang anggap saya tak akan ke mana-mana. Tetapi saya bersyukur kerana rezeki tak putus-putus sejak insiden berkenaan dan semakin mencurah-curah.
Lagi membuatkan saya lega apabila kontroversi filem Darah Panas pun dah selesai. Kalau nak ikut memang banyak sangat orang tahu kisah pertelingkahan saya dengan pihak tersebut.
Apa yang boleh saya katakan semuanya dah berakhir dan saya telah pun menyelesaikan masalah tersebut dengan mereka. Saya sedar saya pun banyak buat silap dan saya belajar daripada kesilapan itu.
Buat masa ini saya sedang menghabiskan saki baki kerja termasuk proses dubbing sebelum filem Darah Panas ditayangkan," jelas Sharnaaz.
Enggan terus dibebani dengan masalah lampau, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui yang dia sudah boleh mengawal keadaan.
Setiap kali ditimpa masalah Sharnaaz akan berusaha untuk tidak memberikan sebarang komen yang akan memanjangkan situasi berkenaan.
Ada masalah atau tidak saya kena hadapi juga. Setiap hari saya cuba menggembirakan diri dan keluarga dengan aktiviti yang berfaedah sahaja daripada melayan cerita yang tak berfaedah," kata pelakon utama drama bersiri Mira Sofea ini lagi.
Ketika ini Sharnaaz sedang sibuk dengan pembikinan filem Gangster Superstar dan menantikan tayangan filem Sindiket dan Gila Baby tidak lama lagi.
Shila Amzah Kongsi Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Dalam Lagu
Penyanyi Shila Amzah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cinta lalunya dengan Sharnaaz Ahmad apabila menghasilkan lagu mengenai hubungan mereka itu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk dia berkongsi kisah tersebut dengan peminat.
"Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu," katanya kepada mStar Online.
Album yang diberi nama Shila Amzah itu bakal memuatkan sembilan buah lagu termasuk dua buah lagu bonus iaitu Patah Seribu versi Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Ia akan dipasarkan penghujung September ini.
Dalam perkembangan sama, Shila berkata, kesemua lagu dalam album tersebut bukanlah melambangkan perasaannya ketika ini selain mengakui telah melupakan semua kejadian buruk yang pernah berlaku dalam dirinya.
Tambah Shila, album berkenaan tidak sahaja berkisar mengenai dunia percintaan tetapi juga kisah gembiranya sebagai seorang wanita yang sedang berusaha mengejar kejayaan.
"Apa yang terkandung dalam album tersebut tidak melambangkan situasi dan perasaan saya sekarang dan ia hanya sebagai luahan dan ekspresi tentang perjalanan hidup saya," jelasnya yang mempertaruhkan ‘single’ berjudul Masih Aku Cinta dari album terbaharunya itu.
Sementara itu, Shila berkata dia kini lebih matang dalam menguruskan hidup dan bersyukur sentiasa dikelilingi oleh individu-individu yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Malah pemergiannya ke Shanghai, China mempunyai hikmah yang besar kerana dia banyak bermuhasabah diri dalam memperbaiki masalah yang melanda hidupnya.
"Sebelum ini saya terlalu mengehadkan terhadap sesuatu perkara yang ingin saya lakukan tetapi kini saya membuka ruang kepada diri dengan lebih luas dan saya gembira dengan hala tuju hidup saya sekarang," ujar Shila.
Dalam perkembangan lain, Shila bakal kembali ke Shanghai pada Sabtu ini untuk menyiapkan album berbahasa Mandarinnya selain beberapa projek lain yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan di negara itu.
Bagaimanapun kata Shila, dia akan pulang ke tanah air pada penghujung September ini untuk melancarkan album t
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
