Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Lupa bayar gaji? - Shila Amzah

SATU tepukan gemuruh untuk penyanyi Melayu kita Shila Amzah yang berjaya membuat konsert besar baru-baru ini. Ialah bukan calang-calang penyanyi Melayu kita mendapat tempat di hati peminat berketurunan Cina. Apa saja ulasan yang diberi, Aida tetap menyokong perjalanan karier Shila Amzah meskipun entah dia baca atau tidak penulisan ini. Bagaimanapun dalam berlawan kata dengan beberapa orang rakan, Aida terdengar cerita mengenai nasib seorang pengurus acara yang sebelum ini diberi tanggungjawab menguruskan konsert terbesar Shila itu. Dia diarah menarik diri dengan alasan tidak mampu menguruskan media Melayu. Pengurus acara itu juga ditempelak kerana gagal memastikan tulisan disiarkan dalam setiap akhbar. Setahu Aida pengurus acara ini bukan setahun jagung pengalaman dalam industri. Artis yang pernah diuruskan rasanya ada yang lebih berjaya daripada Shila. Bertindak profesional pengurus acara ini bersetuju untuk menarik diri, iya lah bukan kerja dia mahu terhegeh-hegeh. Baginya lebih penting dia menjaga hubungan dengan pihak media memandangkan kerjanya lebih mementingkan hubungan yang baik dengan semua pihak. Bagaimanapun khabar yang disampaikan dekat Aida memang pengurus acara ini terkilan cara pengurusan baharu konsert Shila terbabit. Rupanya kes itu tidak hanya di situ. Setelah sekian lama menunggu, sehingga ke hari ini pengurus acara itu masih belum dapat bayaran terakhirnya daripada pihak pengurusan Shila Amzah. Kata kawan Aida, memang pengurus acara ini tidak akan meminta sedekah, tapi faham-faham sendirilah, kalau sudah pakai khidmat orang, haruslah dibayar. Aida tidak rasa pihak Shila Amzah ingin lupa tentang bayaran ini jika membandingkan persembahan gilang gemilang yang berlangsung itu, pastinya pihak mereka sedia membayar. Sabar menanti lah tuan pengurus acara ya, kalau ada rezeki tidak lari.

Shila Amzah kutuk akhbar berbahasa Melayu?

Penyanyi kontroversi, Shila Amzah, 24, menerusi laman Instagram (IG) miliknya semalam mengutuk dan menempelak media berbahasa Melayu kerana dikatakan tidak memberi sokongan terhadap konsert terbaharunya yang berlangsung di Jalan Klang Lama, di sini Sabtu lalu. Memetik kapsyen gambar di laman IG @shilaamzah_photography yang kemudiannya dimuat naik semula ke laman IG milik Shila sendiri, dia mendakwa bahawa media berbahasa Melayu cuma berminat untuk menulis berita berkaitan gosip berbanding media berbahasa Cina yang memberikan liputan penuh mengenai konsert terbabit. Berikut adalah status yang dikongsikan semula oleh Shila: “By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than..... Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia" via @PhotoRepost_app" - UTUSAN ONLINE

Shila Amzah Tidak Berani Berhadapan Dengan Lee Hom

Penyanyi yang sedang mencipta nama di China, Shila Amzah mengakui tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan penyanyi pujaannya iaitu Wang Lee Hom sekiranya diberi peluang berbuat demikian. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 24, berkata, dia yakin akan berasa gementar jika bertemu Lee Hom kerana terlalu meminati penyanyi terkenal itu. "Saya tidak pasti sama ada saya mampu berhadapan dengannya atau pun tidak kerana pasti perasaan gementar menyelubungi diri saya kerana begitu meminatinya," katanya kepada mStar.
Shila bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 September depan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam namun sebelum itu pada 16 Ogos dia terlebih dahulu menghiburkan peminat di Shangai, China. Dalam pada itu, Shila berkata, dia berbesar hati sekiranya dapat berduet dengan penyanyi pujaannya itu pada konsertnya itu nanti namun tidak meletakkan sebarang harapan kerana menyedari kesibukan jadual Lee Hom. Bagaimanapun kata Shila, jika diberi peluang dia ingin mendendangkan lagu popular Lee Hom iaitu Forever Love yang pernah didendangkannya ketika menyertai pertandingan Asian Wave 2012. "Kebetulan konsert saya itu nanti bertemakan cinta dan jika dapat berduet dengan Lee Hom sudah tentu salah satu impian saya akan tercapai biarpun akan berasa gementar," ujarnya.
Pun begitu kata Shila, pada konsert itu nanti dia menjanjikan penampilan artis bertaraf antarabangsa untuk berkongsi pentas dengannya khas buat para peminatnya. Sementara itu, Shila berkata, dia juga sedang sibuk menyiapkan album berbahasa Mandarin pertamanya dan berharap ia dapat dilancarkan secepat mungkin buat para peminatnya di China dan Malaysia. Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd dan tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88. Bagaimanapun tarikh penjualan tiket akan diumumkan dalam satu sidang media khas yang akan diadakan pada Mei ini.

Bapa Komen Isu Shila Amzah Berseluar Ketat Di China

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini. ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. "Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian. "Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam. "Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya. ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Konsert itu bakal berlangsung di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014. Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam. ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung. Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik. Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu. "Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara. "Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya. Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin. Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu. "Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya. Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert. Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris. Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu sebagai tetamu undangan. "Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya. Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd. Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88. Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3 'I Am A Singer 2014' Di China

Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat. Juara program itu pula dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M. Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China). Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey. Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M. Sebelum mara ke pusingan akhir, Shila menyertai program berkenaan pada minggu ketujuh (21 Februari lalu) dengan menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua. Kemudian penyanyi itu meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga). Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.

Shila Amzah Luah Rasa Simpati Insiden Pesawat MH370

Penyanyi Shila Amzah menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu. Shila, 25, berkata, dia sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut untuk berulang-alik dari Beijing ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. "Saya sangat berasa simpati atas kejadian ini dan berdoa agar semuanya selamat, saya merupakan salah seorang penumpang MAS yang sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Beijing. "Insiden ini membuatkan saya terfikir jika itu adalah pesawat yang saya naiki...," tulisnya di laman sosial Instagram pada Sabtu. Tambah Shila, dia berharap agar mana-mana pihak tidak mempermain dan mempersendakan kejadian tersebut.
"Saya harap tiada lagi yang mengeluarkan kenyataan dan komen yang mempermainkan insiden ini, lebih baik diam daripada memberi komen yang memburukkan keadaan," katanya. Sementara itu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

"Saya Tak 'Frust'" - Shila Amzah

Masih belum reda kisah 'cinta segera' Johan As'ari dan Lana Nordin, terbaru penyanyi, Shila Amzah yang dikatakan 'cinta hati' kepada Johan sebelum ini sekali lagi memuat naik status di Instagram miliknya yang menggambarkan keadaannya kini. Status berbunyi "Lebih berhati-hati melangkah...dan terjatuh dua kali...takkan nak jatuh buat kali yg ketiga...:)" menerima pelbagai respons daripada pengikutnya. Rata-rata komen yang diberikan meminta Shila bersabar dan tidak 'makan hati' dengan apa yang telah berlaku. Namun, Shila menafikan semua itu dengan membalas komen peminat yang berbunyi; "Alhamdulillah..tq so much for ur support..insyaAllah everythings gonna be alright...:) "Haah mmg tamoo fikir dah..hihi:) "Ish2..tak frust pun..cuma mengingatkan diri dan semua sayang..tak salahkan berkongsi?:)"

Henti kaitkan saya dengan Shila Amzah - Sharnaaz

EKORAN fitnah yang diterima bertubi-tubi tanpa henti, pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, telah membuat keputusan nekad untuk bersara daripada dunia hiburan dan meneruskan kehidupan dengan pekerjaannya sebelum ini. Tindakannya itu kata Sharnaaz dibuat demi membahagiakan individu lain yang enggan melihatnya berada di pentas seni, selain ingin menjaga hati keluarganya daripada terus dilukai. Kesempatan bertemu pelakon itu sempena majlis pelancaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya bersama pelakon jelita, Nelydia Senrose di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur baru-baru ini, Kosmo! segera mendapatkan kepastian lanjut mengenai hal tersebut. Sharnaaz turut mengulas perkembangan kisah bekas kekasihnya, Shila Amzah yang telah berpisah dengan Johan As’ari baru-baru ini. Ikuti sedutan temu bual tersebut. Kosmo!: Keputusan Sharnaaz untuk bersara daripada dunia seni mengejutkan ramai. Adakah anda terkilan dengan tindakan itu memandangkan anda masih muda dan hijau dalam industri dan berbakat besar? SHARNAAZ: Saya sangat terkilan sebab saya sangat sayangkan karier lakonan saya. Ada juga beberapa pengarah dan produser yang memujuk saya tapi saya sudah tidak mampu bertahan dengan fitnah dan cacian tanpa henti. Selama ini saya berdiam diri tapi sudah sampai masanya untuk saya bertindak bagi menggembirakan hati pihak yang mahu saya berundur. Apabila membuat keputusan itu, apakah reaksi pihak yang selama ini sering melemparkan kata-kata negatif terhadap anda? Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Selama ini, saya duduk diam pun tetap kena hentam. Namun, selepas saya memberitahu akan berundur pun tetap saya kena maki. Apakah reaksi keluarga anda apabila mengumumkan untuk bersara? Mereka menyokong tindakan saya dan mereka mengenali saya sejak daripada kecil. Malah, saya tidak pernah berbohong dengan kedua-dua ibu bapa saya. Asalkan jangan sentuh (libatkan) keluarga saya, itu sudah memadai. Cukuplah mengutuk saya seorang. Saya tidak mahu mulakan perang!
Adakah drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta adalah lakonan terakhir anda? Saya masih dalam perbincangan dengan produksi drama bersiri Cinta Ramadan yang sepatutnya membabitkan saya bersama Elfaeza Ul-Haq. Saya telah berjanji untuk terbabit dalam penggambaran siri terbaharu drama itu, biarpun mereka tidak memaksa tapi rasa kurang manis pula kalau saya tidak tepati janji saya. Keputusan ini pun perlu dibincangkan bersama keluarga saya, kalau mereka tidak bersetuju pun susah juga nanti. Ikutkan hati memang nak bersara. Adakah anda sudah mempunyai perancangan lanjut sekiranya bersara daripada dunia seni kelak? Saya akan kembali semula bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas. Saya juga sedang berjinak-jinak dalam bidang sukan permotoran dan insya-Allah akan menyertai Malaysian Super Sport Motor Series tahun depan. Sekarang masih dalam proses pembelajaran sejak bulan Ogos lalu. Alhamdulillah dari segi teori, kelajuan dan kedudukan badan sudah boleh kuasai sedikit sebanyak. Mengejutkan umum apabila hubungan mesra Johan As’ari dan Shila Amzah putus di tengah jalan setelah Johan mengambil keputusan bakal berkahwin dengan Lana Nodin. Apakah komen anda? Saya tidak tahu, tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa, mungkin hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari saya. Jodoh itu Tuhan tentukan. Saya tiada masalah dengan Johan, sebelum ini pun saya pernah mengucapkan good luck untuk filem terbaharunya, Balada Pencinta. Melalui Twitter anda kelmarin, anda dilihat begitu marah dengan menulis kata-kata yang kurang enak seperti mahu memukul orang yang masih mengaitkan anda dengan kes Johan-Lana-Shila. Apa komen anda? Memang saya yang menulis kenyataan tersebut. Tentang pernyataan berbunyi ‘Hammer boleh berbicara’, itu bukan bermaksud saya nak pergi pukul orang dengan tukul besi, sebaliknya ia adalah metafora kemarahan saya kepada orang yang asyik mengaitkan saya dengan ‘cinta’ mereka. Sebenarnya, saya tak marah pada Shila atau Johan, sebaliknya kepada pihak yang cuba menjodohkan saya kembali dengan Shila. Saya mohon kepada semua, beri saya peluang untuk mencari kebahagiaan sendiri dan henti kaitkan saya dengan Shila.

Shila jaga batas pergaulan

ERCINTA atau tidak? Ramai berteka-teki mengenai hubungan sebenar penyanyi Shila Amzah dengan pelakon Johan As‘ari. Ada yang dakwa memang sah kedua-duanya bercinta apalagi selepas masing-masing kembali solo selepas kegagalan hubungan cinta lalu. Sebelum Johan, semua orang tahu bagaimana kemaruknya cinta Shila dan Sharnaaz Ahmad sehinggalah timbulnya konflik dan kedua-duanya putus sekitar awal tahun ini. Sekarang timbul gosip yang mendakwa anak penyanyi N.D. Lala ini sedang hangat menjalin cinta dengan aktor yang popular dengan drama Juvana itu. Tidak mengiya, tidak menafikan, Shila ketika ditanya Pancaindera mengenai status hubungannya dengan Johan bagaimanapun lebih selesa bersandar pada hubungan seorang sahabat. Kata penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia lebih senang untuk tidak meletak sebarang status sebelum berkahwin. Turut mengaku bahawa itu adalah berdasarkan pengalaman pahitnya sebelum ini, kata anak sulung daripada empat beradik ini, dia juga mahu menjaga batas pergaulan. “Bukan sahaja saya, Johan juga kerap ditanya soalan yang sama. Apa yang boleh saya cakap, saya memang rapat dengan dia. Lagipun kami dah kenal lama. Sejak empat tahun lalu dan saya selesa bersahabat dengan dia. “Saya tak mahu meletakkan status bercinta atau tidak sebab bagi saya perkataan cinta itu sendiri adalah suci. “Selagi tidak berkahwin maka tak perlulah letak sebarang status. Saya berkawan dengan semua orang namun saya akui paling rapat dengan Johan," katanya. Menurut Shila, antara sebab lain mengapa dia lebih suka dengan keadaan begitu kerana enggan kejadian lama berulang lagi. “Biarlah hubungan itu berlangsung dengan natural tanpa dipaksa-paksa. Saya pun tak nak jadi macam dulu. “Saya tak suka cinta itu dimain-mainkan dan nampak mudah. Saya pun tak nak cakap benda yang sia-sia bila akhirnya hubungan itu tak menjadi," katanya penuh makna. Johan di mata Shila Mengajaknya berbicara mengenai sahabat baiknya itu, kata Shila, Johan baginya seorang yang gemar berfikir sebelum berbicara. Sering menjadi penyenang hati buatnya, Shila juga menganggap Johan adalah seorang yang matang biarpun gelagat dan tingkahlaku secara luaran seperti seorang lelaki yang ‘gila-gila’. “Sebenarnya apa yang dia buat, yang dia cakap, semuanya berisi. Pendek kata, dia tahu apa yang dia buat dan dia boleh kawal diri. “Dia tak cakap kosong. Selalu menasihati saya dalam kata-katanya. Ya, dia seorang yang menyenangkan," kata Shila. Dalam pada itu, kata Shila, seperti yang sering diulanginya, dia tidak kisah jika Johan adalah takdir jodoh dirinya. “Dia lelaki yang baik bagi saya. Saya reda kalau dia adalah jodoh saya. Saya juga reda kalau dia bukan jodoh saya," katanya yang tahu setiap pertemuan dan perpisahan itu ada hikmahnya. Kejayaan itu dugaan Semakin hari semakin menampakkan potensi dirinya sebagai seorang penyanyi malah dengan gelaran artis bertaraf antarabangsa, Shila antara penyanyi yang boleh banggakan. Sejak menjuarai Asian Wave 2012 termasuk kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Shanghai Media Group (SMG), Shila mengaku rezekinya semakin bertambah. Bagaimanapun kata Shila, dia tahu kejayaan juga adalah satu cara Tuhan memberi dugaan untuk dirinya dari sudut positif. “Selain musibah, kejayaan juga adalah satu dugaan Tuhan. Saya bersyukur setakat ini, saya masih berpijak di bumi yang nyata, masih Shila yang sama macam dulu. “Biarpun orang cakap saya sudah bergelar artis antarabangsa tapi Insya-Allah saya tak akan berubah. Keluarga di sisi dan saya pun sentiasa mengingatkan diri bahawa ini semua adalah pinjaman. “Saya anggap kehidupan ini macam kita bawa kereta. Adakala, kena tengok cermin belakang, kiri dan kanan supaya kita tak lupa diri. “Namun saya harap, semua orang dapat doakan yang terbaik untuk saya," katanya yang kini hadir dengan album kelima berjudul Shila Amzah, buah tangan baru untuk peminatnya.

AYAH & IBU SENANGI JOHAN AS'ARI - SHILA AMZAH

"Saya sedia terima Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya kami ada jodoh," demikian pengakuan jujur Shila Amzah. Tambah penyanyi itu, hubungannya dengan Johan buat masa ini hanya sebagai sahabat paling rapat tetapi enggan mengesahkan sekiranya mereka serius. Katanya dia lebih selesa ibarat 'teman tapi mesra' tanpa perlu dilihat seperti pasangan bercinta.
"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata. "Johan muncul dalam hidup saya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadirannya seperti memberikan aura positif pada saya serta keluarga.
"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu. "Alhamdulillah, kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.
Shila berkata demikian ketika ditemui media semalam pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia, di Hotel Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya. Untuk info, Shila kini menetap di China dan banyak menghabiskan masa di negara tembok besar itu untuk membuat persembahan.

Dugaan Cinta Beri Shila Amzah Semangat

Penyanyi Shila Amzah mengakui ujian cinta yang menjadi dugaan hidupnya banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh arus sebagai anak seni. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perkara tersebut juga banyak mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat. "Alhamdulillah semua dugaan perit yang terjadi telah membuat saya lebih kuat dan memberi semangat untuk saya menempuhi hari-hari seterusnya. "Apa yang lebih penting ialah menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat tanpa perlu mengambil kira tentang individu lain," ujarnya ketika ditemui selepas persembahannya di Penthouse@ The Icon, di sini, Khamis. Shila juga memberitahu banyak mencurahkan segala emosi dan perasaan yang dipendam ke dalam lagu-lagu ciptaannya menerusi album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
"Ketika saya membuat lagu ini hati saya sedang sedih dan bagi saya lebih baik saya curahkannya segalanya menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya, itu lebih berfaedah," katanya yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad. Dalam persembahannya, Shila mempersembahkan lagu terbaharu berjudul Sedar ciptaannya sendiri serta Maaf, Cinta Hati, Tulus dan Masih Aku Cinta. Dia turut menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian penyanyi Adele seperti Set Fire To The Rain dan Rolling In The Deep Rumous Has It. Tambah Shila, persembahan itu sebagai persiapannya dalam perancangan konsert yang lebih besar pada tahun hadapan. Turut hadir rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As'ari dan Nazim Othman.

Duka lara Shila Amzah

CAHAYA di matanya sudah tidak menggambarkan kekalutan. Garis-garis senyuman yang meleret di bibirnya mudah sahaja menjalar indah sampai ke hujung pipi. Seperti tiada lagi duka hendak dibenamkan jauh ke dasar jiwa. Segala-galanya terluah, mengalir bersama cerita dahulu dan kini. Apa yang tertinggal di belakang kekal di situ, biar bah atau kemarau, mana mungkin air di hilir berpatah ke hulu. Dia Shila Amzah, yang sudah mampu bercanda dalam setiap titipan duka yang dilalui. Pada usia 23 tahun, khazanah pengalaman yang melingkari hayatnya sudah cukup sarat untuk akal mudanya merumuskan hakikat kehidupan. Kalimah 'terima kasih' bersusun terbit daripada setiap patah bicaranya. Terima kasih daripada Shila untuk setiap memori, untuk setiap sokongan ataupun herdikan yang diterima selama ini. Dia sedar khilaf lalu dan segala kesilapan itu bukan untuk disesali sepanjang hayat. "Paling besar tentunya terima kasih saya untuk Allah, terima kasih kepada orang sekeliling yang menyedarkan saya untuk menjadi lebih baik dan membuat keputusan terbaik. "Saya ambil masa yang agak lama untuk pulih tapi apa yang terjadi selama ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya punya beribu sesalan tapi saya bangkit untuk terus bergerak ke hadapan, dalam karier dan kehidupan peribadi," lenturnya mendasari apa yang dirasa. Mengadakan konsert mini Berulang-alik di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, Shila yang kini menjadikan Shanghai sebagai hab karier muziknya sedang merencanakan misi besar. Bukan sekadar demi kelangsungan kecintaannya seni di sini, kepulangan kali ini mahu diwartakannya dalam sebuah detik yang cukup indah. "Saya mahu mendedikasikan sebuah persembahan tanda terima kasih saya kepada seluruh peminat, pihak media, pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album saya serta semua pihak yang menyokong saya selama ini," ujar Shila tentang sebuah konsert mini yang diberi nama Shila Amzah Showcase yang akan berlangsung pada Khamis (10 Oktober) nanti bertempat di Penthouse @ The Icon, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Seiring dengan pelancaran album pertama yang dibikin sendiri, konsert mini Shila itu nanti akan dijayakan Shila bersama pemuzik-pemuzik yang terlibat dalam pembikinan albumnya. Diterajui oleh komposer ternama Helen Yap sebagai pengarah muzik, kebanyakan lagu yang bakal dinyanyikan merupakan lagu yang terkandung dalam album mini iaitu Cinta Hati, Maaf, Tulus, Masih Aku Cinta dan single Patah Seribu dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Mandarin yang dimasukkan sebagai runut bonus. "Konsert mini itu akan jadi konsert percuma yang pertama kali daripada saya. Sudah 13 tahun saya dalam bidang muzik dan selama ini saya tidak pernah melakukan apa-apa untuk peminat. Rasanya, momen itulah yang paling tepat untuk saya mengadakan satu persembahan. Saya mahu berkongsi apa yang saya rasa bersama semua orang kerana semua lagu dalam album itu ditulis oleh saya. "Saya juga mahu membuktikan bahawa saya telah bangkit dan sedang bersemangat untuk hidup. Ia juga simbol semangat dan mungkin boleh menjadi inspirasi kepada mana-mana artis yang melalui jalan payah sebagai mana yang saya lalui selama ini. Jujurnya, saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan terus mengecapi saat seperti sekarang, jadi detik itu nanti mahu saya rakamkan sebagai hari bersejarah buat diri sendiri," katanya yang berharap untuk menjayakan sebuah konsert solo pada masa akan datang. Tambah Shila: "Mungkin konsert mini itu sebuah introduksi daripada saya sebelum rencana untuk mengadakan sebuah konsert sebenar tercapai. Rasanya juga, saya sudah ada cukup material ke arah itu. Perbincangan awal sudah dibuat. Saya benar-benar berharap ketika menyanyi di hadapan peminat berbilang bangsa, Cina dan Melayu, saya buktikan muzik juga penyatu bangsa kerana kita berada di rumpun yang sama." Bercerita tentang misi karier yang terdampar luas untuk dijajahi, anak dara penyanyi terkenal ND Lala ini tidak terlepas daripada terhitung semula episod hitam yang hampir membunuh semangat juangnya. Tutup hati untuk cinta
Tanpa tertahan ataupun berlindung menyembunyikan kebenaran yang banyak didiamkan, Shila bagai dilahirkan semula. Selama dua tahun sebelum ini, kisah juraian air matanya hanya dikongsikan bersama orang terdekat tetapi kali ini, tercuit satu persoalan, selembar kisah yang terurai satu per satu. Benarlah cinta itu satu istilah yang cukup berkuasa. Namun dalam waktu yang sama juga cinta boleh menjadikan seorang anak menjadi bebal. "Masa bercinta dahulu, mama nasihatkanlah apa sahaja. Semuanya saya tak peduli. Bercinta tidak salah kerana cinta itu indah, yang salahnya apabila kita bertemu orang yang salah. Dahulu, saya selalu berfikir untuk tidak menyakiti hati orang yang dicintai. Saya korbankan banyak benda, cuba elak segala benda yang boleh menimbulkan prasangka termasuklah hadkan pergaulan dengan kawan-kawan. "Ketika itu juga, ramai yang takut hendak mendekati saya. Ada juga yang sengaja tidak mahu menghiraukan saya semata-mata untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini. Sekarang, saya bersyukur kerana kawan-kawan yang selama ini saya tidak pedulikan sudi memaafkan dan kembali menerima saya sebagai kawan mereka. Mereka sendiri rasa, Shila yang dahulu itu bukan diri saya yang sebenar. Sekarang, kalau saya buka mulut tentang lelaki, awal-awal lagi mereka akan beri amaran," jelas Shila berterus-terang. Mengakui hatinya masih tertutup untuk menyerahkan cinta kepada mana-mana lelaki tetapi dalam masa yang sama, dia tidak menolak untuk berkawan dengan lelaki yang berniat baik terhadap dirinya. "Saya hanya buka hati saya untuk berkawan dengan semua orang, lelaki dan wanita tetapi untuk memberi cinta, memang tidak. Saya tidak mahu buang masa dengan cinta. Cinta itu indah tetapi apabila ia disalah guna, ia akan menjadi sia-sia. Baiklah saya simpan cinta saya untuk siapa suami saya kelak. Seperti kata papa, dalam kepala saya ini sudah banyak khazanah sengsara dan saya tidak mahu sengsara lagi. "Saya juga masih berfikir ada lelaki yang menganggap sudah menjadi pemilik mutlak kepada seseorang wanita apabila mereka bergelar pasangan kekasih. Saya bercakap begini kerana percaya ramai wanita berada dalam situasi begitu. Kalau sudah sampai ke tahap tersebut, wanita itu bukannya menyintai lelaki berkenaan tetapi simpati. Saya mengaku, dahulu saya seorang yang sangat pemaaf," ujar Shila yang berdepan episod putus cinta bersama aktor Sharnaaz Ahmad hujung tahun lalu. Larut dalam emosi, bicara hati daripada wanita untuk wanita, kata Shila, dia tidak mahu wanita menjadi lemah kerana cinta. Ternyata tempoh hampir setahun melepasi 'tragedi' putus cinta menjadi Shila seorang yang tegas, berfikiran terbuka dan positif dalam banyak perkara.

Dapat restu keluarga - Shila Amzah

GAMBAR mesra pelakon, Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah yang dimuat naik oleh Shila di laman sosial menyebabkan ramai membuat andaian bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta. Wow, mungkin boleh dikatakan ya memandangkan Johan dan Shila kini bukan milik siapa-siapa. Tetapi, percintaan mereka tidak boleh hanya diungkapkan melalui gambar. Mungkin gambar itu hanya sebagai cebisan bukti yang mereka sedang dilamun cinta. Nasib Hits sungguh baik apabila bertandang ke rumah terbuka Wirefame Entertainment Sdn. Bhd., milik Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Kemeriahan sambutan Syawal itu memang terasa. Hits berusaha mencari Johan untuk 'membongkar' gosip sehangat api itu. Sungguh bertuah! Selepas sejam berada di situ, Johan yang dilihat khusyuk melayan tetamu didatangi oleh 'kekasih hati', Shila Amzah. Mungkin kedatangan Shila menguatkan lagi bukti mereka sedang bercinta. Tetapi masing-masing, baik Johan mahupun Shila sudahpun menafikan mereka sedang bercinta. Sebenarnya mereka ini pasangan serasi. Jadi, jurugambar terus memotret gambar mereka berdua. Tanpa berlengah, Hits terus mendapatkan Johan untuk penjelasan lanjut mengenai sejauh manakah cinta mereka. Pelakon yang popular dengan panggilan Botak ini memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah hanyalah sekadar kawan tetapi mendapat restu daripada keluarganya. Malah mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya. "Ibu dan ayah pernah bertanya kepada saya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. "Mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung," katanya. Ulas Johan, orang tuanya memang nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri Shila malah ke mana sahaja Shila sentiasa bersama orang tuanya. "Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apa pun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja," ujar Johan lagi. Tidak letak sebagai calon Mengulas lanjut, Johan memberitahu, dia tidak meletakkan Shila sebagai calon jodohnya, namun tidak menolak dengan siapa sahaja jodoh yang datang kepada dirinya. "Siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa. "Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia. "Dan saya tidak akan terkejut jika Shila disunting oleh anak raja sekalipun," ungkap Johan. Kata Johan, apa yang datang pada dirinya, dia akan jaga dengan elok. "Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini," katanya sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya. Berpegang teguh kepada ajaran agama, Johan berkata, dalam Islam jika hendak mencari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, keturunan yang baik, harta dan juga agama. "Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut," ujarnya. Akan bertunang Timbul lagi gosip mengatakan bahawa Johan akan bertunang pada penghujung tahun ini, tetapi sejauh mana kebenaran itu. Rungkai Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasratnya untuk bertunang pada Disember ini. "Usia saya semakin meningkat. Jadi saya fikir memang patut untuk saya berkahwin dalam usia 27 tahun ini. "Tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri pun tidak tahu. "Saya masih samar-samar lagi berkenaan siapa wanita yang menjadi bakal tunang saya. Dia (bakal tunang) masih tiada lagi," katanya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember ini. Tambah pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia hanyalah sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun itu. Ketika ditanya mengenai Shila yang dikatakan perampas, Johan menjelaskan supaya semua orang tidak menyalahkan Shila. "Shila bukan perampas walaupun saya akui dia wanita yang mempunyai semuanya. "Saya juga punyai seorang kawan yang hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelasnya yang ingin fokus kepada kerjaya.

Shila Amzah Tidak Melatah Dihentam Peminat

JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui lebih selesa mendiamkan diri apabila dihentam oleh para pengikut di laman sosial seperti Instagram atau Twitter yang tidak berpuas hati tentang imej dan caranya bergambar. Shila, 23, berkata, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut dengan bertikam lidah dengan mereka yang mengkritiknya kerana beranggapan perkara itu sia-sia. "Saya juga seorang manusia biasa yang masih jauh perjalanan hidup dan akan melakukan kesalahan. Apabila orang mengkritik saya tidak boleh cepat melatah dan mendiamkan diri adalah lebih baik dan dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk. "Bagaimanapun jika komen yang membina dan boleh merubah ke arah yang lebih baik saya terima dengan hati terbuka," jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini, Shila sering menjadi sasaran para pengikutnya tentang cara dia berpakaian yang dikatakan mengikut susuk tubuhnya dan tidak sesuai sebagai seorang yang mengenakan tudung. Mengulas lanjut mengenai caranya berpakaian, Shila berkata, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan mengenakan pakaian yang selesa namun masih menutup auratnya sebagai seorang muslimah. Malah kata Shila, dia juga melakukan beberapa perubahan dari segi pemilihan pakaian dan mengakui imejnya sebelum ini kelihatan seperti wanita berusia. "Saya masih muda dan rasanya tidak salah memakai pakaian yang sesuai dengan usia saya yang baru sahaja 23 tahun. Bila saya tengok balik imej saya sebelum pakai tudung seperti orang tua," jelasnya. Sementara itu, Shila yang bakal melancarkan album berbahasa Malaysia pada penghujung bulan ini berkata, selapas ini dia bakal sibuk dengan pelbagai aktiviti di Shanghai, China. Jelasnya, besar kemungkinan dia akan menetap di sana buat satu jangka masa lama dan akan jarang kembali ke tanah air. "Sebenarnya pihak pengurusan di sana sudah merangka pelbagai program untuk saya dan semakin susah untuk balik ke Malaysia. Bagaimanapun nasib baik saya dilepaskan untuk pelancaran album pada penghujung bulan ini," jelasnya.

Shila Amzah Kongsi Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Dalam Lagu

Penyanyi Shila Amzah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cinta lalunya dengan Sharnaaz Ahmad apabila menghasilkan lagu mengenai hubungan mereka itu. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk dia berkongsi kisah tersebut dengan peminat. "Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu," katanya kepada mStar Online. Album yang diberi nama Shila Amzah itu bakal memuatkan sembilan buah lagu termasuk dua buah lagu bonus iaitu Patah Seribu versi Bahasa Malaysia dan Mandarin. Ia akan dipasarkan penghujung September ini. Dalam perkembangan sama, Shila berkata, kesemua lagu dalam album tersebut bukanlah melambangkan perasaannya ketika ini selain mengakui telah melupakan semua kejadian buruk yang pernah berlaku dalam dirinya. Tambah Shila, album berkenaan tidak sahaja berkisar mengenai dunia percintaan tetapi juga kisah gembiranya sebagai seorang wanita yang sedang berusaha mengejar kejayaan.
"Apa yang terkandung dalam album tersebut tidak melambangkan situasi dan perasaan saya sekarang dan ia hanya sebagai luahan dan ekspresi tentang perjalanan hidup saya," jelasnya yang mempertaruhkan ‘single’ berjudul Masih Aku Cinta dari album terbaharunya itu. Sementara itu, Shila berkata dia kini lebih matang dalam menguruskan hidup dan bersyukur sentiasa dikelilingi oleh individu-individu yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Malah pemergiannya ke Shanghai, China mempunyai hikmah yang besar kerana dia banyak bermuhasabah diri dalam memperbaiki masalah yang melanda hidupnya. "Sebelum ini saya terlalu mengehadkan terhadap sesuatu perkara yang ingin saya lakukan tetapi kini saya membuka ruang kepada diri dengan lebih luas dan saya gembira dengan hala tuju hidup saya sekarang," ujar Shila. Dalam perkembangan lain, Shila bakal kembali ke Shanghai pada Sabtu ini untuk menyiapkan album berbahasa Mandarinnya selain beberapa projek lain yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan di negara itu. Bagaimanapun kata Shila, dia akan pulang ke tanah air pada penghujung September ini untuk melancarkan album t

Shila Amzah: Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As’ari

Kalau sama sama masih bujang, hubungan rapat antara dua orang artis pastinya menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika ‘kemesraan’ antara mereka terlihat di laman sosial seperti Instagram dan Twitter. Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan As’ari & Shila Amzah selepas gambar mereka berdua beraya bersama di’kongsikan di laman sosial. Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila Amzah merupakan gadis pilihan Johan As’ari yang masih di’rahsiakan identitinya sehingga hari ini. Menerusi laporan GUA, Shila Amzah tampil memberikan kenyataan beliau berhubung gossip yang menjadi bualan ramai ini & berkata hubungan mereka memang rapat dari dahulu lagi dan bimbang di’tuduh perampas milik orang lain. “Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini” “Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan As’ari. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi” “Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham,” jelas Shila Amzah. Penyanyi ini turut berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

Shila ingin jadi lebih baik

TIADA majlis besar-besaran sempena sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi Shila Amzah yang ke 23 pada 13 Ogos lalu. Namun begitu penyanyi lagu Patah Seribu itu tetap gembira kerana berpeluang keluar makan malam bersama ahli keluarganya. Dia yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan bakal kembali ke Shanghai, China pada 18 Ogos ini berkata, peningkatan usia membuatkan dia lebih banyak berfikir. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia mahu menjadi orang yang lebih baik kepada keluarga dan negara. "Tiada apa yang saya impikan selain membaiki diri menjadi anak yang lebih baik untuk ibu bapa agar mereka boleh berbangga dengan usaha saya dan sekali gus mengharumkan nama negara dalam industri seni. "Selain itu saya juga ingin mencari dan menambah ilmu kerana dalam kehidupan ini tiada apa yang lebih penting selain ilmu. Selain bersyukur dengan apa yang ada, saya juga mahu terus berjaya dalam bidang yang diceburi," katanya kepada Hits. Dia yang pulang bercuti kira-kira dua minggu itu berkata, sepanjang tempoh tersebut keluarganya tidak berkesempatan mengadakan rumah terbuka kerana sibuk menziarahi sanak saudara. Namun kata Shila, ada juga rakan-rakan yang datang menjenguknya sempena Aidilfitri dan sempatlah melepas rindu. Bercerita mengenai kehidupannya di negara orang, Shila berkata, setiap hari dia akan masak sendiri. "Saya sekarang sudah menjadi penggemar vegetarian, sedangkan sebelum ini saya amat menggemari daging. Bukan apa, di sana untuk membeli daging yang dijual di kawasan masjid, saya perlu berjalan jauh. "Jadi untuk memudahkan kerja, saya pilih untuk makan sayur-sayuran sahaja. Bila sudah biasa makan sayur, raya lalu nak makan daging pun jadi macam kurang lalu pula," ceritanya yang mengaku sedikit kurus. Hits sempat juga bertanya kepadanya, selepas putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, tidakkah ingin mencari pengganti lain. Jawapan Shila mudah sahaja, katanya buat masa sekarang dia ingin tumpu perhatian pada kerjaya kerana banyak perkara yang perlu dilakukan. "Belum terfikir nak cari teman lelaki dari Malaysia atau mana-mana negara, biar takdir yang menentukan. Lagipun saya tidak ada masa untuk fikir soal itu buat masa sekarang. "Selain sibuk mengadakan promosi di sini, saya juga sedang menyiapkan album Mandarin. Setakat ini alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh peminat di China memberangsangkan," katanya yang beraya di Balakong dan Ipoh.

Hidup Shila Amzah Lebih Bebas di Shanghai

Saat ini penyanyi kesayangan ramai Shila Amzah telah pun selamat berada semula di Shanghai. Beberapa sebelum kepulangannya ke sana, kami sempat bertemu gadis ini di majlis berbuka puasa anjuran TV9, pada Selasa lalu. Shila memberitahu walaupun dalam keadaan berpuasa, sekembalinya ke tanah besar China itu, jadual yang padat sedia menanti anak dara kepada penyanyi ND Lala ini. "Balik saja nanti, Sha akan terus sibuk ikuti kelas mandarin, non stop. Sha ada lebih kurang sebulan saja lagi nak kena habiskan kelas dan pastikan Shah betul-betul fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Harap-harap semua berjalan lancar. "Sebab Sha akan terlibat dengan beberapa program TV di sana. Selain tu Sha kena ikuti latihan untuk kuruskan badan dan beberapa lagi aktiviti seni", kata gadis berusia 23 tahun ini yang selesa membahasakan dirinya sebagai Sha. Berkongsi serba sedikit kehidupan di sana, menurut Shila dia gembira dengan perkembangan kariernya sekarang. Biarpun jauh dari keluarga tercinta namun dia semakin selesa menjalani rutin harian di negara yang menobatkannya sebagai Juara Asian Wave 2012 itu.
"Alhamdulillah, Sha gembira. Bila di sana Sha banyak fokus pada kerja. Sha akui Sha masih berusaha gigih, masih struggle untuk menempatkan diri di sana. Di sana sudah ramai artis mereka yang jauh lebih popular. Berbeza dengan di sini, kalau keluar tu ada jer peminat yang kenal dan nak bergambar bersama. Dan apa yang kita buat semua orang akan ambil tahu. "Di sana Sha ni masih baby lagi. Boleh kata Sha bebas sikit lah kalau nak bergerak ke mana-mana sebab kalau terserempak dengan peminat pun, mereka akan amati Sha dulu betul-betul. Dah lama sikit baru mereka datang dekati Sha. "Lagipun kat sana kalau keluar, Sha biasa pakai turban. Jadi mungkin mereka tak kenal sangat Sha. Kira Sha macam ada dua dunia lah. Tu yang seronok tu. Sebab ada masa Sha sebagai artis dan dalam masa sama Sha boleh jalani hidup normal. Di sana pun selamat. Kat mana-mana ada CCTV. Tak lah bimbang sangat kalau nak keluar berjalan-jalan", katanya yang berkawan rapat dengan salah seorang peserta Asian Wave, Chang Shi Lei. Akan menyambut hari Raya Aidifitri di tanah air, Shila akan pulang semula ke sini dua hari sebelum ketibaan Syawal. Kemudian dia akan kembali semula ke Shanghai, pada raya ketiga. -mD

Fobia dengan cinta - Shila Amzah

TERNYATA pengalaman yang dilalui gadis ini begitu cepat mematangkan dirinya dan mengakui dengan jujur yang dia sudah melepasi fasa kebergantungan. Penyanyi Shila Amzah kini sedar bahawa kebebasan yang diberikan oleh ibu bapanya hadir dengan tanggungjawab yang cukup berat. Baginya memang benar kisah lalu banyak membentuk diri sendiri. Malah jika ada yang mengatakan kisah cinta lalu banyak mengajarnya tentang kehidupan, penyanyi Patah Seribu itu tidak teragak-agak untuk bersetuju. Bagaimanapun Shila menegaskan, di kala umur 23 tahun ini, bukan sekadar cinta sahaja yang pernah memenuhi kehidupannya. Perjalanan selama berbelas tahun dalam industri seni juga sudah cukup untuk meyakinkan dia tentang apa yang dimahukan. "Jika sebelum ini saya banyak memikirkan tentang orang lain sebelum membuat keputusan, tidak kali ini. "Mungkin kedengaran agak mementingkan diri. Tetapi setelah melalui episod yang secara total mengajar saya menjadi dewasa, saya pasti ini merupakan yang terbaik," katanya. Menyentuh soal cinta, bagi Shila buat masa ini dia lebih senang bersendirian kerana mahu memberi tumpuan pada kerjaya yang sedang berkembang maju. Tidak menolak berkongsi perasaannya kini, Shila akui fobia dunia percintaan tetap menghantuinya. "Jujurnya perasaan fobia itu memang ada. Tetapi perlu saya tegaskan perasaan itu merupakan apa yang saya rasa kini. Saya tidak tahu mengenai masa hadapan. "Bagaimanapun saya tidak menolak untuk mengatakan saya agak tertarik dengan hubungan cinta selepas berkahwin," katanya. Mahu peminat menghargai sikapnya yang lebih terbuka kini, menurut Shila jika suatu hari dia ditakdirkan kembali bercinta, pintanya hanya satu agar pasangannya itu mempunyai kriteria yang diinginkan dirinya. "Saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan. "Sama ada saya akan berkongsi kisah cinta saya masih samar buat masa ini. Bagaimanapun terpulang bagaimana pasangan saya itu nanti membawa diri," katanya jujur. Seperti sudah tahu dia akan dipersoalkan kembali prinsipnya melalui lagu ciptaannya dalam album terbaharu berjudul Shila Amzah. Bagi Shila sewaktu dia menulis antara lagu yang dikaitkan dengan kisah cinta terdahulunya itu ia lebih kepada perasaannya pada ketika itu. "Dalam album ini ia bukanlah secara keseluruhannya mengenai kisah cinta saya. Ada juga mengenai hal lain yang berlalu di sepanjang perjalanan saya sebagai artis. "Tetapi tidak dinafikan sewaktu menulis lagu ini saya memang sudah bersedia dengan spekulasi yang akan diterbitkan oleh pihak lain. Cumanya saya tidak mahu terlalu ambil pusing soal itu," katanya yang turut memberitahu ini merupakan album pertama terbitan Shila Amzah Entertaiment (SAEB). Tetap pendirian Meniti hari mendatang dengan azam yang kuat, bagi Shila dia tidak mahu lagi ketinggalan. Pada usia muda ini dia tahu apa yang paling menyedihkan untuk dirinya adalah mempersia-siakan peluang yang ada. "Saya masih muda, dan ini bukan satu perjalanan yang mudah. "Sebab itu buat masa ini saya lebih selesa memberi keutamaan buat karier saya. Di sini mungkin saya sudah bertapak, tetapi di China saya masih mencuba dan saya tidak mahu mempersia-siakan peluang tersebut," katanya. Terus dikaitkan dengan tindakan yang lebih berani, baru-baru ini Shila pernah menyuarakan pendapatnya melalui kisah seorang artis. Dilihat lebih kepada perkongsian pengalaman bagi Shila tindakannya itu hanya sebagai tindak balas seorang anak yang pernah melalui kisah yang seakan sama. "Itu merupakan antara perubahan yang saya katakan. Saya sendiri pernah melalui perkara yang sama. Sepatutnya keputusan perkara sebegini difikir melalui logik akal. "Dan bukan menasihati, bagi saya perkara sebegini memerlukan kita memikirkannya dengan mendalam tanpa mempertimbangkan elemen luar yang mungkin mendorong kita membuat keputusan yang salah," katanya. Sokongan peminat dilihat menjadi antara faktor kerjayanya kini. Bagi Shila itu merupakan impian setiap penyanyi. Bagaimanapun dalam nada gembira itu, Shila tidak menafikan akan golongan yang sentiasa meletakkan moralnya di bawah. "Tidak dinafikan selepas menerima kritikan saya lebih berhati-hati berkongsi gambar saya di laman sosial. "Bagaimanapun selepas melihat apa yang berlaku ada kesimpulan yang boleh saya buat ialah orang akan sentiasa menuding jari mencari kesalahan. "Akhirnya kita sahaja mempunyai kuasa untuk tidak terlalu terganggu dengan mereka," katanya. Bercakap soal penerimaan fesyen terkininya, Shila akui dia lebih banyak bereksperimen. Bagaimanapun di dalam mengimbangi penampilannya, Shila merasakan adalah perlu dia nampak sedikit moden untuk peminatnya di China. "Saya kini mempunyai peminat di China juga. Sebab itu kalau dilihat saya masih bereksperimen dengan cara berpakaian. "Sebagai Muslimah saya cuba membawakan nilai itu ke mana sahaja pergi, tetapi saya juga tidak mahu ia menjadi kejutan buat peminat baru. Sebab itu saya tetap mahu nampak moden," katanya.

Lebih lantang bersuara - Shila Amzah

BERTEMU dengan penyanyi Shila Amzah pada majlis pradengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah di Red Box, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini terpancar ketena- ngan pada wajahnya. Senyuman manis sentiasa diukir di bibirnya, walaupun soalan 'panas' diajukan tentang soal hati dan kisah cinta lamanya yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu. Tidak melatah mahupun marah, Shila mengaku yang dia tidak boleh memadam masa silamnya. Cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad ber- akhir dengan agak tragis. Namun, impak kejadian itu, Shila bangkit menjadi gadis yang lebih tabah dan melepaskan segala bebanan di hati menerusi lagunya. Pasti apabila mendengar lagu Masih Aku Cinta, ramai yang akan mengaitkan dirinya dengan cinta kontroversinya itu. Shila bagaimanapun mengakui lagu tersebut sememangnya dihasilkan ketika dirinya dalam kekusutan saat kontroversi cintanya itu heboh diperkatakan media. "Apabila saya sedang marah dan sedih, lebih mudah untuk menghasilkan lagu kerana ia terhasil dari lubuk hati dan menerusi pengalaman saya sendiri, bukannya imaginasi. "Selepas melepaskan beban di hati menerusi lagu, saya berasa lebih lega. Itu hanyalah sejarah dan sekarang saya hanya memandang ke hadapan sahaja," katanya. Disoal adakah dia meminta kebenaran bekas kekasihnya, Sharnaaz untuk berkongsi rahsia hati dan cintanya dengan peminat menerusi lagu tersebut, Shila memberikan jawapan yang tegas. Ujarnya, dia tidak memerlukan kebenaran sesiapa untuk menulis lagu kerana itu perasaan yang dirasai ketika lagu tersebut dihasilkan. Masih Aku Cinta yang menjadi single pertamanya itu cukup sedap didengar. Shila mengakui, bukan mudah untuknya berterus terang dalam lagu yang menceritakan kisahnya sendiri. Ini kerana apabila mendengar lagu itu, pasti ada pihak yang tidak akan berhenti mengaitkan Shila dengan lelaki yang pernah menjadi cinta hatinya itu dahulu. "Saya sedar lagu-lagu yang saya tulis tentang pengalaman cinta sendiri boleh memberi kesan dan bukan mudah untuk saya berterus terang kepada semua orang. "Sewaktu berkarya saya tidak berfikir tentang perkara lain. Apa sahaja kesannya, saya sudah bersedia untuk hadapinya," ujarnya. Tambah Shila, sudah 13 tahun usia pembabitan dirinya dalam industri muzik. Dia bersyukur apabila akhirnya diberi peluang untuk mencorakkan albumnya sendiri, termasuk bertindak sebagai penerbit bersama dengan komposer terkenal Helen Yap dan Aubrey Suwito.
Malah, dia sendiri mencipta keseluruhan lima buah lagu berjudul Masih Aku Cinta, Sedar, Cinta Hati, Tulis dan Maaf. Ujarnya: "Seronok sebenarnya bila saya diberi kebenaran sepenuhnya untuk mengekpresi diri. Mungkin apa yang saya hadapi juga dilalui oleh peminat yang mendengar lagu saya. "Ini suatu pengajaran untuk saya. Hikmahnya, saya jadi lebih kuat dan terhasillah lagu-lagu baharu dalam tempoh yang agak cepat. "Tentang pembikinan album yang memakan masa selama lima bulan, ini pengalaman pertama saya bertindak selaku penerbit. Bukan mudah sebenarnya untuk menyiapkan sebuah lagu dan prosesnya agak rumit. "Sebelum ini sebagai penyanyi, saya datang ke studio rakaman, menyanyi dan pulang. Ketika merakamkan album, saya harus fikirkan semua benda bermula daripada konsep sehinggalah kepada lagu, nampaknya saya telah belajar banyak perkara baharu," tuturnya lagi. Jelas gadis berusia 23 tahun itu, selepas segala kontroversi dan kelahiran album terbaharunya, kini bermulalah fasa baharu kehidupannya. Jujurnya, bukan mudah, tanyalah kepada mana-mana orang yang mempunyai pengalaman putus cinta terutama selebriti sepertinya, namun dia bersyukur kerana sentiasa disokong peminat dan mempunyai keluarga yang amat menyayanginya. "Alhamdulillah, nampaknya perjalanan kerjaya dan kehidupan saya bertambah baik daripada sebelum ini," simpulnya ringkas. Awi Rafael Sebelum ini, ramai mengenali Shila sebagai gadis yang lembut dan sentiasa menjaga hati orang di sekelilingnya. Dia juga sering mendahulukan orang lain daripada dirinya sendiri, termasuklah soal hati dan perasaan. Namun, selepas kontroversi cintanya itu, Shila bangkit dan berubah menjadi seorang yang lebih tegas. Akuinya, mungkin ramai orang yang akan merungut tentang perubahan dirinya yang berlaku secara drastik, namun ramai yang tidak sedar, hakikatnya sebenarnya itulah Shila Amzah yang sebenar. "Saya mengambil perubahan secara drastik kerana sudah penat menjadi Shila yang sentiasa berhati-hati. Sekarang, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan saya berharap keterbukaan serta kelantangan saya dalam bersuara akan diterima ramai. "Sebelum ini, saya sentiasa dahulukan orang lain, akhirnya perasaan dan hati saya yang terluka. Selepas ini, kalau saya tidak suka atau sakit hati, saya akan berterus terang. Saya akan pentingkan diri sendiri daripada orang lain, saya tidak mahu lagi kepala saya dipijak," tuturnya. Selain itu, Shila yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam episod putus cinta penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya hanya mampu tertawa apabila diajukan benarkah dia dan penyanyi itu pernah bercinta sebelum ini. "Memang saya akui, Awi salah seorang daripada rakan saya dan kami telah kenal lama. Saya kenal dia dua tahun yang lalu selepas saya putus cinta dan kebetulan waktu itu saya memerlukan rakan duet. Dia seorang lelaki yang bersikap terbuka dan saya selesa berkawan dengannya. "Bagaimanapun, saya tidak pernah bercinta dengan Awi. Kami hanya rakan biasa sahaja. Apa yang saya kesalkan, kenapa nama saya yang dikaitkan, sedangkan saya sibuk diShanghai, China. "Bagi saya, gosip itu tercetus salah masa kerana mereka baru sahaja putus cinta. Saya tahu macam mana perasaannya (putus cinta), jadi janganlah ditambah luka dalam hati mereka (Awi dan Hanez Suraya)," luahnya kesal.
Syarat ND Lala Tidak lagi berselindung, Shila mengakui selepas putus cinta dengan Sharnaaz, dia kini serik untuk bercinta kembali. Baginya lebih baik dia bercinta dengan kerjayanya yang sedang berkembang dan memerlukan tumpuannya seratus peratus. "Saya serik untuk bercinta buat masa sekarang tapi pada masa hadapan saya tidak tahu bagaimana pula nanti (ketawa). Jika ada jodoh, pastinya saya akan bercinta kembali," katanya. Ditanya tentang lelaki pilihannya, Shila memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang senarai wajib untuk mencari lelaki pilihan kerana semuanya terpulang kepada jodoh yang diberikan Allah kepadanya. Jelasnya: "Jujurnya, saya tidak kisah lelaki yang bagaimana sesuai dengan saya kerana saya tidak meminta sebarang ciri-ciri spesifik yang harus ada pada lelaki yang saya suka. "Apa yang penting, lelaki itu haruslah menghormati diri saya dan keluarga saya. Itu sahaja permintaan saya. Mana tahu, saya jumpa pula jodoh di China," katanya berseloroh. Dalam pada itu, Shila juga memberitahu, jodohnya pada masa hadapan haruslah menjadi pilihan kedua ibu bapanya. "Saya tidak maksudkan ibu harus cari jodoh untuk saya tetapi saya percaya pilihan ibu bapa merupakan pilihan yang terbaik. "Mungkin saya akan cari jodoh sendiri tetapi haruslah mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapa saya. Mereka lebih bijak menilai mana yang baik dan buruk untuk saya," jelasnya. Itu kata Shila, namun bapanya, ND Lala pula menetapkan syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh lelaki yang inginkan hati anaknya dan juga mendapat kebenaran lampu hijau daripadanya. "Pertama, lelaki itu tidak melanggar adat dan agama. Kedua, dia harus ada nilai kepimpinan dan tanggungjawab supaya boleh membimbing Shila ke arah yang lebih baik. "Shila bebas untuk bercinta tetapi buat masa sekarang dia harus fokus kepada kerjayanya. Selagi tidak melanggar sebarang perjanjian dalam kontrak dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan kami, saya tidak kisah kerana saya faham Shila masih muda," ujar ND Lala yang juga hadir pada majlis yang sama.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails