Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pernah marah pada Johan - Sharnaaz

SATU persatu cerita tidak elok terpalit pada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Cerita-cerita negatif tersebut hampir melumpuhkan ingatan khalayak terhadap keberkesanan lakonannya. Khalayak hampir lupa bahawa anak muda tersebut merupakan antara pelakon pelapis lelaki baharu yang tidak patut dinafikan bakatnya. Malangnya, saban hari, bermula sejak percintaan lamanya bersama penyanyi Shila Amzah menjadi bualan, serentak itu, surut cerita tentang perjalanan kariernya. Antara berita-berita yang tidak elok mengenai dirinya, Sharnaaz dilabelkan sebagai panas baran dan kaki pukul, terbaharu dia dilabelkan pula sebagai perampas kekasih kawan sendiri. Semuanya gara-gara pendedahan berani pelakon Pekin Ibrahim kepada pihak media mengenai hubungan sulit yang terjalin antara tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dengan sahabatnya, Sharnaaz sekitar dua minggu lalu. Bagaimanapun, baik Uqasha mahupun Sharnaaz, mereka sudah menafikan dakwaan Pekin. Malah, mereka terpaksa mendedahkan kekeliruan yang timbul disebabkan ingin merancang kejutan pada majlis sambutan hari ulang tahun Pekin. Terkini, akui Sharnaaz, hubungannya bersama Pekin sudah kembali pulih dan pintanya jangan memanjangkan spekulasi kisah mereka. "Saya dengan Pekin sudah tiada masalah. Benda ini sudah selesai. Lagipun kami sudah berkawan lama. Sama-sama minat motor. Bila dia salah sangka hubungan saya dengan Uqasha saya terus bertemu dengan dia (Pekin). Saya kalau nak cari kekasih pun, tidaklah sampai mahu rampas kekasih kawan sendiri," ulasnya ketika ditemui pada majlis Debaran Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Bicara Sharnaaz lanjut, jujur dia juga akui tidak pandai menipu orang mengenai soal hati dan perasaannya. Lantaran itu, dedah pelakon berusia 28 tahun itu, selama setahun dia mengambil masa untuk pulih daripada derita cintanya dengan penyanyi Shila Amzah. Dia juga akui pada mulanya pernah berasa marah dan dendam pada pelakon Johan As'ari yang kini dikatakan sedang bercinta dengan Shila. "Selepas putus dengan Shila saya rasa sangat sunyi dan kosong. Balik penggambaran duduk rumah dan habiskan masa menonton televisyen. "Saya juga tidak keluar bertemu orang, kecuali berhubung menerusi telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) dengan kawan-kawan rapat sahaja," dedahnya tentang kehidupannya selepas putus cinta. Sementara dirinya bergelut membuang perasaan cinta terhadap Shila, bekas kekasihnya itu dikhabarkan pula sedang akrab dengan pelakon Johan Ashari. Akuinya tanpa berselindung, perasaan marah terus menyelubungi diri. "Bila tengok kemesraan hubungan Shila dengan Johan saya pernah rasa marah dan tidak rela dengan apa yang berlaku. Namun, bila saya fikir balik, Mungkin Allah sudah tetapkan yang hubungan saya dengan Shila tidak panjang. Tetapi, sejak itu rezeki saya dalam bidang lakonan mencurah-curah dan tidak pernah putus tawaran. "Daripada situ saya mula terima hubungan Johan dengan Shila dan beranggapan buat apa mahu menyimpan dendam lagi," luahnya tanpa ditahan-tahan. Biarpun sunyi apabila hidup tanpa kekasih, kata Sharnaaz, dia tidak terdesak untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih orang. Jelas Sharnaaz lagi, buat masa ini dia masih belum terfikir mencari kekasih selepas kekecewaan yang berlaku sebelum ini. Bina badan Sementara itu, Sharnaaz yang kini kelihatan semakin berotot itu sedang membina badan bagi memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Ujarnya yang akan berlakon di samping Nelydia Senrose itu, dia membawakan watak Jebat, seorang gangster berhati kering tetapi mempunyai sikap romantis. Sharnaaz juga mengakui, terpaksa mengunjungi pusat gimnasium setiap hari demi membina otot badannya. "Saya kena naikkan berat badan daripada 74 kilogram hingga 80 kilogram untuk watak Jebat. Jadi terpaksa diet dan pergi gimnasium setiap hari," ungkapnya mengenai drama 60 episod untuk siaran Astro itu.
Pernah berdendam Top 5 Anugerah Skrin Dalam pada itu, Sharnaaz berterima kasih dan berbangga kerana tercalon dalam Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama untuk Anugerah Skrin 2013 (ASK2012). Sharnaaz tercalon di samping empat pelakon senior hebat iaitu Faizal Hussein, Wan Hanafi Su, Rosyam Nor dan Azhan Rani. "Saya sangat hormat dengan pelakon-pelakon yang turut tersenarai dalam pencalonan ini. Ia satu penghargaan buat saya bersama mereka," ujarnya yang tidak meletak sebarang harapan. Mengulas mengenai senarai pencalonan ASK2013 kali ini yang dilihat seimbang iaitu persaingan antara pelakon senior dan junior bagi setiap kategori, dia melihatnya sebagai satu petanda yang bagus untuk industri lakonan tempatan. Katanya, artis muda perlu mengambil contoh pembawakan lakonan artis-artis senior. Malah, dia juga mengaku mahu menyerap disiplin pelakon senior untuk memastikan jangka hayat dirinya dalam bidang seni berpanjangan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails