Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sheila Rusly. Show all posts
Showing posts with label Sheila Rusly. Show all posts
Ramai Artis Takut Bekerja Bawah Sheila Rusly
Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly mengakui ramai artis baharu takut untuk bekerja di bawah syarikat terbitanya JS Pictures kerana menganggap dia terlalu cerewet.
Sheila, 43, berkata perkara itu dibesarkan lagi apabila ada pihak yang cuba menakut-nakutkan artis kononnya dia bersikap tegas tidak bertempat.
"Saya tidak nafikan kebanyakkan artis yang baru pertama kali kerja dengan kami agak takut kerana mereka mendengar desas-desus tentang cara kerja saya.
“Memang saya agak teliti dan serius bila bekerja kerana saya mahu hasil yang baik agar stesen televisyen berpuas hati dengan produk terbitan kami," katanya ketika ditemui pada pelancaran program-program Ramadan dan Syawal terbitan syarikat produksi milik Sheila iaitu JS Puctures di Hotel Renaissance, di sini, Khamis.
Antara drama dan program yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan ini ialah Di Pintu Neraka, Lima Ramadan, Ramadan Jangan Pergi, Ketuk-Ketuk Ramadan dan Ketuk-Ketuk Syawal.
Selain itu katanya, karakter dan watak garang yang sering dilakonkan sebelum ini turut memberi persepsi buruk kepadanya.
Bagaimanapun, dia akui sentiasa menitik beratkan soal disiplin ketika berada di lokasi penggambaran.
"Bukan pelakon sahaja malah semua yang terlibat dengan produksi saya perlu ikut cara saya bekerja.
"Paling penting ialah disiplin dan mereka perlu buat kajian dulu tentang watak sebelum berada di set.
"Saya mahu orang luar menilai dan dapat rasakan hasil kerja itu, jika cerita sedih biar ia sampai betul-betul dalam hati mereka," katanya.
Dalam pada itu, Sheila mengakui menitikberatkan soal pemilihan pelakon dalam membintangi drama dan program terbitannya.
Katanya, dia banyak mengambil muka baharu dalam sesebuah watak penting supaya tidak dipengaruhi oleh kontroversi atau kehidupan peribadi artis yang sudah diketahui umum.
"Saya sangat pentingkan pemilihan pelakon dan watak mereka, contohnya jika watak itu sedih dan orang miskin saya akan mengambil pelakon baru yang tidak dikenali lagi.
"Penonton akan lebih menjiwainya berbanding saya letak pelakon yang sudah biasa di lihat di laman sosial yang sering berpakaian seksi dan berjenama," ujarnya.
Antara artis yang hadir pada majlis tersebut ialah Nad Zainal, Lutfya, Rabecca Nur Islam, Sharul Ridzuan, Syafiq Kyle dan Ryzal Jaafar.
Sheila Rusly & Umie Aida bidas kenyataan Abby Abadi
27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.
'Busuk' si Sheila Rusly
Jika Maharaja Lawak Mega yang melabuhkan tirai baru-baru ini mempunyai seorang juri jujur seperti Datuk Chef Wan, kini gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) turut mempunyai juri yang turut menghangatkan pentas tersebut.
Berdiri bersama produser David Teo dan juga pelawak Sathiya sebagai juri tetap, Sheila Rusly muncul dengan trademark 'busuk' sebaik minggu pertama RL6 bermula.
Antara peserta yang mendapat jolokan busuk daripada pelakon ini pada minggu kedua ialah kumpulan King dan Ketupat.
Bukan sengaja mencipta kontroversi, juri tetap RL6 itu mengakui perkataan tersebut bukanlah bertujuan menyakiti hati mana-mana peserta. Sebaliknya ia sesuatu yang jujur dalam menilai lawak-lawak mereka.
"Sebenarnya perkataan busuk itu saya telah gunakan sejak sesi uji bakat RL lagi.
"Bagi saya peserta RL6 sudah terbiasa dengan perkataan tersebut dan sudah faham dengan maksudnya.
"Saya tidaklah merancang untuk menjadi laser dalam rancangan ini. Saya hanya menjadi diri sendiri dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai juri.
"Apa yang tidak kena, kita betulkan. Bukanlah niat saya untuk menyakiti hati mana-mana pihak," jelasnya ketika ditemui di Studio 1, Astro baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sheila juga berharap semua peserta RL6 dapat menerima teguran dan nasihat yang diberikan juri demi memastikan lawak yang mereka hidangkan segar dan bermutu serta dapat diterima penonton.
Sheila Rusly Keluar Kata Kata Kesat Buat Peserta Ujibakat Raja Lawak?
Hujung minggu lalu berlangsung sessi ujibakat Raja Lawak musim ke 6 di SACC Mall, Shah Alam. Hari ini kami terima kisah kurang enak — kami tidak berada di’tempat kejadian.
Ujibakat Raja Lawak 6 kali ini di’hadiri oleh juri professional David Teo, Sathiya, Bob Azrai dan pelakon juga penerbit, Sheila Rusly — dan ini kisah beliau.
Menurut sumber yang berada di’lokasi ketika ujibakat ini di’jalankan berkata beliau terkilan dengan sikap & kata kata Sheila Rusly yang beliau rasa tidak sesuai dengan keadaan.
Sheila Rusly di’katakan mengeluarkan kata kata kurang manis terhadap peserta yang kurang berbakat & tidak memenuhi kriteria — termasuk menggelarkan beberapa peserta dengan perkataan tidak elok.
Kami faham jika Sheila Rusly mahu menjadi juri yang tegas dalam pemilihan peserta kali ini namun jika menyentuh isu peribadi dan fokus terhadap bakat semata, kurang elok di’situ. Entah.
Pelakon Bertudung Dapat Perhatian Shiela Rusly

PETALING JAYA: Produser drama Shiela Rusly membuka lebih peluang kepada pelakon-pelakon bertudung untuk berlakon dalam drama-drama terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd.
Menurut Shiela, ia disebabkan dia memahami kesukaran pelakon-pelakon yang bertudung untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang seni.
Justeru, drama terbaru slot Legenda berjudul Sakti Delima menampilkan pelakon-pelakon baru dan lama yang telah berhijrah dengan penampilan menutup aurat.
“Saya faham agak sukar bagi mereka untuk mendapat watak-watak yang mencabar terutamanya watak jahat. Kebiasaannya bila bertudung mereka akan diberikan watak kecil dan sampingan.
“Saya juga melalui situasi tersebut jadi tanggungjawab saya untuk beri peluang kepada mereka menonjolkan bakat dalam drama-drama saya,” katanya.
Antara pelakon yang dimaksudkan ialah Bienda, Safura, Aida Kahlida, Catriona Ross, dan Liza Hanim yang diberi kepercayaan terlibat dalam dramanya itu.
Jelas Shiela, dia mahu membuka mata setiap produksi dan masyarakat agar tidak membatasi bakat yang ada pada seseorang pelakon hanya kerana penampilan mereka.
“Kalau boleh saya nak ubah persepsi produksi di Malaysia. Sayang jika bakat mereka terbiar begitu sahaja. Disebabkan itu juga ramai artis yang mengambil keputusan untuk berhenti berlakon
“Saya beri watak antagonis pada Catriona dan saya lihat dia dapat bawa watak itu dengan baik sekali,” katanya.

Antara barisan pelakon yang menjayakan Delima Sakti
Manakala menurut pengarah, Azman Yahya atau Jinggo cabaran utama dalam drama berkenaan ialah bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Deli.
“Kami tidak menetapkan satu tempoh masa untuk drama ini dan menggunakan bahasa Melayu lama atau bahasa Melayu Deli. Ia merupakan cabaran utama kami,.
“Alhamdulillah pelakon-pelakon dapat memberi kerjasama yang terbaik sepanjang penggambaran, ” katanya.
Drama Sakti Delima yang dihasilkan sebanyak 20 episod ini sudah ditayangkan sejak 3 Januari lalu. Ia merupakan drama adaptasi dari filem klasik Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai.
Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini ialah Engku Ismail, Iqram Dinzly, Shiela Rusly dan Yalal Murai.
Sheila beri peluang artis bertudung

MENGENALI produser wanita yang cukup produktif ini, sering kali dia tidak pernah gagal memberikan santapan terbaik menerusi karya-karya terbitan syarikatnya, JS Pictures.
Bukan hanya menerapkan dakwah dan mesej menerusi drama-dramanya, tetapi Sheila Rusly juga amat menitik beratkan kelainan yang ingin ditonjolkan.
Sebagai penerbit yang terkenal dengan drama yang berkualiti, Sheila tidak mahu penonton berasa bosan dengan jalan cerita yang klise.
Biar susah mana sekalipun, Sheila enggan menjadikan ia sebagai satu halangan dalam melahirkan drama yang mampu meninggalkan impak kepada audiens.
Begitu juga tentang perihal imejnya yang bertudung. Di awal kemunculannya dengan imej tersebut, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan anak jati Kuala Lumpur itu meneruskan karier seninya sebagai seorang aktres.
Sekali lagi, Sheila membuktikan itu bukannya satu masalah besar asalkan dia bijak memilih dan mewarnakan watak yang dijayakannya dengan baik.
Meskipun pernah dikritik hanya mampu berlakon di bawah terbitan syarikat miliknya sahaja, Sheila sedikit pun tidak pernah melatah mahupun melenting.
Menerusi JS Pictures, kata Sheila, dia mempunyai sepenuh kebebasan untuk berkarya dalam memikirkan apa jua watak yang sesuai dengan penampilannya.
"Selalunya masyarakat menganggap kalau pelakon yang sudah memakai tudung, sukar sekali mendapat watak yang benar-benar memberikan kepuasan.
"Tetapi, kalau kita berfikir di luar kotak fikiran kita, saya percaya tiada yang mustahil dalam menghasilkan watak khusus untuk wanita bertudung.
"Sebagai anak seni, kita seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan untuk audiens kita," jelas Sheila bersungguh ketika ditemui di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Sheila sendiri sudah membuktikan sebelum ini apabila membawakan watak antagonis, Malika dalam drama bersiri Anak Betong dan Cucu Betong.
Menerusi drama bersiri terbaru, Sakti Dilema yang bakal menghiasi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan, Sheila sekali lagi menampilkan kelainan yang pasti akan menarik perhatian audiens kelak.
Mana tidaknya, kali ini Sheila telah mengumpulkan artis-artis wanita yang bertudung untuk menerajui Sakti Dilema termasuk dirinya sendiri yang membawakan watak Siti Anggerik.
Lima aktres pilihan Sheila untuk drama ini ialah Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya'cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari).
"Inilah salah satu kelainan dalam drama ini dan saya memang mewujudkan watak-watak yang ada dalam drama ini khusus untuk kesemua pelakon ini.
"Sebagai teman seperjuangan, kadang-kala saya sedih mendengar keluhan mereka yang sukar mendapat watak yang sesuai dengan mereka.
"Sering kali watak yang diberikan kepada mereka begitu klise. Atas alasan itu, saya mahu membuka peluang kepada mereka dengan membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak semestinya bertudung ia mampu menyekat bakat lakonan mereka," kata Sheila mempertahankan pendiriannya saat diajukan tentang rasional dia berbuat demikian.
Berbicara lanjut tentang Sakti Dilema, Sheila tidak menafikan sebagai penerbit, dia juga berdepan dengan situasi yang merumitkan dalam menjadikan Sakti Dilema sebagai karya terbaik.
Walaupun pernah menerbitkan drama bersiri untuk slot Lagenda sebelum ini, kelainan Sakti Delima terletak pada genre epik yang pertama kali diterbitkan oleh JS Pictures.
"Memang cukup mencabar menghasilkan sebuah drama epik secara total kerana segala aspek perlu dititik beratkan dari lokasi, busana sehinggalah ke tata rias.
"Tetapi, saya harus akui ia merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan kerana berpeluang berlakon dengan pelakon yang kali pertama muncul dalam drama terbitan saya.
"Juga, seluruh krew yang menjalankan tanggungjawab dan kerja masing-masing seperti mana yang dirancang menjadikan penggambaran drama ini semuanya berjalan lancar," ujarnya tentang Sakti Delima yang merupakan adaptasi daripada kisah klasik Panca Delima.
Malah, Sheila juga sanggup mengeluarkan bajet yang besar dengan menyediakan busana khas untuk semua watak utama tersebut.
Begitu juga dengan pemilihan lokasi iaitu Sungai Congkak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor yang bertepatan sekali dengan konsep penceritaan Sakti Delima.
Ketika ditanya tentang harapannya, tiada lain yang Sheila harapkan melainkan drama bersiri 20 episod itu akan meninggalkan impak yang luar biasa dan menghiburkan audiens seperti drama-dramanya sebelum ini.
Pelakon lain yang turut membintangi Sakti Delima hasil tulisan Sofia J. Rhyland itu ialah Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).
Bienda tiada masalah
Berbanding dengan Safura dan Catriona Ross, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Penantian ini tidak berdepan dengan masalah meskipun dia bertudung.
Barangkali semua itu ada kaitan dengan personalitinya yang memang sedari awal sudah bertudung sejak menceburkan diri dalam bidang seni.
Bienda menjelaskan dia bertuah kerana sepanjang lebih lima tahun menjadi artis, dia tidak berdepan dengan masalah besar dalam membawakan pelbagai watak yang diberikan kepadanya.
Katanya, pengarah yang menggalas tanggungjawab tersebut benar-benar memahami kedudukannya sebagai wanita bertudung.
"Tetapi, dalam masa yang sama saya juga sebenarnya mengharapkan lebih ramai penerbit drama dan filem membuka mata bahawa apa yang penting adalah bakat.
"Adakah kerana seseorang itu bertudung rezekinya perlu disekat dan tidak boleh diberikan watak yang mampu mencabar kredibiliti mereka sebagai seorang aktres," ujar Bienda atau nama penuhnya, Nor Razlinda Razli memberikan pendapatnya.
Mengenai wataknya sebagai Siti Melur dalam drama itu, Bienda memberitahu, dia tidak ada masalah berlakon bersama pelakon lain.
Katanya, kali pertama berlakon di bawah arahan Jinggo memberikannya pengalaman berbeza dan pengarah itu cukup faham dengan situasinya sebagai wanita bertudung.
Gambar terbaru Sheila Rusly
Siapa lah tak kenal dengan Puan Sheila Rusly nie, pelakon, pengarah dan juga pengacara yang berbakat serta berpengalaman besar dalam dunia seni. Kalau mahu diikutkan penampilannya juga sudah berubah dan perubahan itu memang yang diinginkan oleh peminatnya. Aktiviti terbaru Sheila Rusly adalah menjadi penerbit untuk drama Roh Kembali… yang bakal disiarkan pada 20 Mei ini di TV3. Drama bersiri 13 episod ini yang akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9.30 malam itu turut dibarisi oleh pelakon handalan lain seperti Fizz Fairuz, Rozie Rashid, Zamarul Hisham, Lisdawati dan Razak Ahmad.




Bekas Rakan Kongsi Perniagaan Saman Sheila Atas Dakwaan Fitnah

KUALA LUMPUR: Belum pun selesai kes samannya terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah, hari ini penerbit drama dan pelakon Sheila Rusly pula disaman oleh Azlina.
Azlina menfailkan saman fitnah itu bagi menuntut gantirugi am RM5 juta terhadap penerbit akhbar Berita Harian, Berita Harian Sdn Bhd dan Sheila, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Arif.
Pada 21 Januari 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur.
Perbicaraan kes itu akan disambung semula pada 14 Julai ini.
Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk "Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus", "Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam" dan "Ramai Simpati Nasib Sheila" yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Oktober, 2005.
Peguam Mohd Firuz Jaffril yang mewakili Azlina, seorang ahli perniagaan, ketika ditanya mengapa saman itu baru difailkan, berkata pada ketika itu pihaknya merasakan ia tidak sesuai difailkan.
Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya.
Beliau berkata akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
