KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ketika filem Dukun ditayangkan di pawagam beberapa bulan lalu, nama pelakon utama filem itu, Datin Seri Umie Aida menjadi bahan perbualan sebilangan besar wartawan hiburan dan pengkritik filem Melayu.
Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Umie Aida. Show all posts
Showing posts with label Umie Aida. Show all posts
Suami Direman Tidak Buat Umie Aida Tertekan
Pelakon Datin Seri Umie Aida tidak berada dalam keadaan tertekan walaupun suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad, 42, berkata, penahanan suaminya pada Jumaat lalu itu mempunyai hikmah selain dugaan daripada Allah.
"Saya tidak risau atau tertekan kerana perkara itu adalah dugaan yang diberikan Allah mengikut kemampuan hamba-Nya.
"Tertekan tiada dalam kamus hidup saya dan saya yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik penahannya itu," kata Umie.
Terdahulu, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan telah direman selama enam hari bermula Sabtu lalu.
Khairuddin ditahan pada malam Jumaat lalu di kediamannya di Bukit Kiara dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.
Pada hari sama beliau yang sepatutnya ke New York bersama peguamnya, Matthias Chang tidak dibenarkan ke luar negara atas sebab-sebab khas selepas pasport mereka disenaraihitamkan.
Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.
Sementara itu, Umie memberitahu, dia ada cuba untuk berjumpa Khairuddin yang direman di balai polis Dang Wangi pada Sabtu dan Ahad lalu namun gagal berbuat demikian.
Ia disebabkan pihak polis tidak membenarkan sebarang lawatan pada hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad.
"Dua kali saya cuba bertemu dengan suami pada Sabtu dan Ahad lalu tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk pada hujung minggu.
"Tetapi saya yakin dia berada dalam keadaan baik dan akan cuba lagi untuk bertemu dengan pada hari lain," jelasnya.
Sementara itu Umie berkata, pendedahan suaminya berhubung isu 1MDB tidak memberi sebarang keuntungan ataupun habuan buat mereka.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Khadiruddin itu adalah ikhlas dan sebagai isteri dia tetap berdiri di belakang suaminya untuk memberi sokongan.
"Dalam keadaan apa pun saya akan tetap menyokong tindakan suami kerana apa yang dilakukan itu bukannya mendapat keuntungan peribadi kepada kami.
"Tindakannya itu ikhlas dan saya akan sentiasa berada bersamanya dalam apa jua keadaan sekali pun," katanya.
Umie Aida Reda Jika Tiada Anak Kandung
Pelakon Datin Umie Aida terpaksa reda seandainya tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan yang sudah dibina hampir tiga tahun bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata, dia tidak lagi memikirkan soal cahaya mata atau mahu melakukan sebarang usaha untuk mendapatkan anak.
"Saya sangat suka budak kecil, bila tengok anak Eja (Siti Shahrizah Saifuddin) atau anak kawan-kawan saya yang lain saya rasa tersentuh hati.
"Namun Allah tidak beri rezeki itu dan saya reda. Sekarang saya tidak fikir tentang anak. Mungkin selama ini salah saya kerana kahwin lewat," katanya kepada mStar Online.
Umie mempunyai dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.
Dalam pada itu, Umie berkata, dia gemar berlakon bersama kanak-kanak kerana dapat merasai satu suasana yang tenang dan ceria berbanding ketika bersama pelakon dewasa.
"Saya suka berlakon dengan kanak-kanak seperti dalam drama Ummi baru-baru ini kerana bagi saya ia telah memberikan saya satu perasaan yang berbeza dan bukan hanya sekadar berlakon," katanya.
Foto: Sekali Lafaz, Black Sah Suami Anak Saudara Umie Aida
Mengambil keberkatan sempena hari penuh barakah hari Jumaat, penyanyi Black Hanifah akhirnya sah bergelar suami kepada Naquira Yasira Mohamad Khairi atau dikenali dengan panggilan Chira Khairi, dengan sekali lafaz, sekitar jam 12.06 minit tengahari tadi.
Majlis ijabkabul telah diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi program Wanita Hari ini, di TV3.
Pemilik nama sebenar, Hanifah Md Hanafiah, 26, telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Syukri Yaacob, Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara.
Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000.
Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Black menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith. Sebagai balasan, Chira menerima 9 dulang hantaran daripada pengantin lelaki.
Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan ADDesign. Black segak berbaju Melayu dan Chira anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.
Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.
Black dan Chira yang telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dan majlis diadakan secara rahsia.
Perkenalan mereka bermula di Dataran Merdeka sekitar Oktober tahun lalu. Chira yang juga seorang ahli perniagaan merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan atau dikenali sebagai Abang K iaitu suami kepada aktres popular, Datin Paduka Umie Aida.
Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala 'Vintage Inggeris', di lokasi yang sama.
Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.
Umie Aida Mahu Anak-Anak Faham Hidup Susah
Pelakon Umie Aida tidak mahu dua orang anak angkatnya sentiasa berada dalam kehidupan selesa sebaliknya perlu bersedia untuk melihat bagaimana kehidupan seseorang yang hidup susah.
Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata, kerana itu dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19, agar mengenali cara kehidupan golongan yang tidak bernasib baik.
"Sebagai pelakon saya sering membawa pelbagai watak terutamanya sebagai orang susah dan pengalaman itu banyak mengajar saya erti bersyukur.
"Dan bagi mendidik anak-anak mengenal erti kesyukuran, saya sering berkongsi cerita mengenai apa yang saya lihat dan rasai.
"Malah ada kalanya jika mempunyai masa terluang, saya akan membawa mereka ke rumah-rumah kebajikan bagi merasai sendiri suasana kehidupan bersederhana. Saya tak mahu mereka hanya tahu hidup senang sahaja," katanya.
Bagaimanapun, tambah Umie, dia bersyukur dan gembira kerana anak-anaknya itu cukup faham erti hidup dalam kesederhanaan dan tidak membangga diri dengan kemewahan yang dimiliki.
Sementara itu, pengalaman menjalani kehidupan sebagai individu yang kurang bernasib baik juga turut dirasai Umie menerusi lakonannya dalam drama berjudul Ummi yang kini sudah pun bermula siarannya di TV3, setiap Ahad, pukul 9 malam.
Umie berkata, drama arahan Faisal Ishak itu benar-benar sukar untuk dia lakonkan terutama dalam usaha menjiwai watak seorang wanita yang ditinggalkan suami dan terpaksa menjaga tiga kanak-kanak yang tiada pertalian darah dengannya.
"Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan saya melakonkan watak-watak seorang wanita yang susah dan selalu menangis. Cuma cabarannya di sini adalah saya perlu memberi fokus pada emosi lakonan itu.
"Dalam drama itu, saya perlu mengutip sampah dan berpanas di bawah cahaya matahari. Apabila melakukan kerja-kerja itu, terdetik di hati saya, bagaimana kuatnya seseorang wanita yang melakukan kerja sebegini. Saya kagum dengan mereka. Alhamdulillah, saya dapat melakonkannya dengan baik," ujarnya.
Drama Ummi turut membariskan pelakon Khyreena Kemal (Chonel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish).
Aqasha Bersikap Profesional Dengan Umie Aida
Umie Aida mahu anak
Umie Aida Masih Usaha Untuk Dapat Anak
Ambil Pil Hormon, Umie Aida & Suami Masih Mencuba Dapatkan Zuriat
Sakitnya Pakai Silikon-Umie Aida
Sakitnya Pakai Silikon-Umie Aida
Pelakon Versatil Datin Paduka Umie Aida atau lebih dikenali sebagai Umie Aida memberitahu pengalaman berlakon dibawah araha Khabir Bathia adalah pengalaman baru baginya cuma memakai silikon ketika penggambaran adalah menyakitkan.
“Silikon itu ialah satu benda yang menguji kami sebagai pelakon, ini kerana masa yang diambil selama 2 jam untuk make-up sahaja”.
“Silikon ini tidaklah sampai luka-luka kulit kita tetapi ianya mengambil masa yang agak panjang untuk touch-up semula apabila dia terkopek dan ini amat menyukarkan kami sebagai pelakon”
Namun begitu Umie Aida berasa bertuah kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan pengarah kreatif seperti Kabir Bhatia yang sangat membantu dan memahami situasinya sebagai pelakon yang terpaksa memakai silikon sehingga tamat penggambaran.
Dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil ini, Umie Aida turut melakonkan watak sebagai Ibu Yani.
Bagi anda peminat-peminat filem seram jangan lupa untuk menyaksikan lakonan terhebat Remy Ishak, Diana Danielle, Datin Paduka Umie Aida, dan Sharnaaz Ahmad pada 28 Mac ini.-RotiKaya
Sheila Rusly & Umie Aida bidas kenyataan Abby Abadi
27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.
Umie Aida ingin jadi lebih baik
KEBIASAANNYA pada 18 Januari, ahli keluarga Datin Paduka Umie Aida akan merainya sempena sambutan hari lahirnya dan dia sendiri sudah dapat menjangka apa rancangan yang bakal diatur.
Bagaimanapun sempena sambutan hari lahirnya yang ke-39 baru-baru ini, Umie tidak menduga dia akan dirai sehari sebelum tarikh kelahiran.
Justeru, sewaktu melangkah masuk ke Tournament Hall, Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), dia terkejut besar apabila melihat ramai rakan dan media berkumpul termasuk suami tercinta, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
"Ohhh... pandai kau orang semua simpan rahsia ya. Kali ini Umie betul-betul terkejut, sebab tidak dapat jangka langsung. Sebelum ini kalau buat majlis kejutan sambutan ulang tahun pun pada 18 Januari.
"Umie ingat nak keluar makan dengan Bet (adik perempuan) sahaja, sebab petang tadi abang cakap dia ada mesyuarat di Ipoh. Dari duduk di rumah baik Umie keluar makan dengan Bet.
"Rupa-rupanya, Bet dan abang berpakat. Apa pun Umie memang terharu dengan usaha mereka untuk mengadakan majlis ini," katanya terus terang.
Kata Umie, kalau boleh pada masa akan datang, tidak perlulah diadakan majlis kejutan untuknya kerana usia pun semakin meningkat.
Cukuplah katanya, dengan ingatan daripada orang yang tersayang dan keluar meraikannya bersama keluarga.
"Pada usia yang semakin meningkat ini, tiada apa yang Umie impikan pada hari bersejarah ini. Memadailah jika Allah berikan Umie rezeki yang berlimpah dan keluarga bahagia.
"Umie mahu menjadi isteri dan ibu yang lebih baik daripada sebelumnya," jawab Umie yang bakal menjalani penggambaran drama Kekasihku Seru musim kedua.
Pada majlis tersebut ramai rakan-rakan artis yang rapat dengannya hadir antaranya, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Sofea Jane, Rebecca Nur Islam, Noniswara dan Nur Aliah Lee.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai itu diserikan dengan dendangan oleh adik Umie sendiri, Betty dan Noniswara.
Umie juga menghiburkan tetamu yang sudi datang bagi membuat kejutan untuk dirinya.
Umie Aida Mahu Beri Fokus Pada Keluarga
PETALING JAYA: Pelakon Datin Umie Aida, 39, tidak merancang untuk memiliki anak sendiri sebaliknya cukup dengan hanya memberi fokus terhadap suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan dua orang anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 19, dan Mohd Dzulhelmy, 18.
Malah, Umie berkata, meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga dan mengurangkan aktiviti seni lakonan merupakan sebahagian daripada azamnya untuk tahun ini.
"Sebenarnya saya tidak mahu memikirkan tentang kehadiran 'orang baru' dalam keluarga ini. Dua orang anak angkat bersama seorang suami di sisi sudah cukup membahagiakan saya.
"Bagaimanapun, andai kata Tuhan menambah rezeki kami dengan dikurniakan seorang anak, kami sekeluarga tetap menerimanya dengan hati yang gembira," katanya selepas majlis ulang tahun hari jadinya yang ke-39 di Bukit Kiara Golf & Country Club (KLGCC) Bukit Kiara, di sini, Selasa.
Sebelum majlis sambutan hari jadinya itu, Umie telah diberikan kejutan daripada suami dan adiknya, Betty.
Betty memperdaya Umie kononnya ingin makan malam bersama sebelum ke pusat karaoke memandangkan Khairuddin berada di Ipoh, Perak untuk bermain golf.
"Biasanya, saya boleh mengagak kejutan hari jadi yang mereka buat. Tetapi tidak untuk kali ini kerana saya ingatkan suami berada di Ipoh.
"Tambah pula kejutan dibuat sehari sebelum tarikh lahir saya (18 Januari). Akhirnya mereka berjaya mengenakan saya juga," seloroh Umie.
Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya.
“Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar dapat menjadi isteri dan ibu yang baik untuk keluarga,” ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran drama, Waris pada 25 Januari ini.
Pada sambutan hari lahir Umie, seramai 60 orang tetamu memeriahkan acara itu termasuklah para selebriti seperti Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Noniswara, Datin Sofea Jane, Iqram Dinzley dan Rabecca Nur Al-Islam.
Umie Aida bersanding lagi

SEJUK mata Diva apabila sesekali terserempak dengan aktres tersohor, Datin Seri Umie Aida yang kini meniti hari-hari bahagia selepas bergelar isteri orang.
Senyumannya tambah berseri-seri apatah lagi ada kerudung yang melitupi ubun-ubunnya. Sebenarnya, Diva nak tabik spring dengan mana-mana artis atau individu yang mampu mengubah penampilan diri selepas pulang dari Tanah Suci. Kata orang, jangan menilai buku menerusi kulitnya, tetapi hakikatnya kulit paling tidak akan memberi gambaran terhadap isi kandungan yang tersembunyi.
Bukan nak cerita pasal tudung atau kerudung Umie, yang diva nak kongsi di sini cuma nak bagi satu satu informasi bahawa Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mengadakan sekali lagi majlis resepsi perkahwinan mereka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 24 April nanti.
Tak puas bersanding lagi ke? Tak baik fikir begitu, Umie pengantin baru, jadi kena hormati keluarga pihak lelaki juga walaupun satu majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan penuh gilang-gemilang di One World Hotel, Bandar Utama, hujung Mac lalu.
Boleh tegur, jangan hina!-Umie Aida

Pelakon Umie Aida, 37, mengambil pendirian untuk tidak terlalu memikirkan tanggapan dan tohmahan orang selepas dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, hampir dua bulan lalu.
Selepas diijabkabulkan di Masjidil Haram, Mekah pada 14 Mac lalu, Umie menerima dugaan besar apabila dia dikatakan mahu menunjuk-nunjuk mengadakan majlis berkenaan.
Malah isu pakaian persandingan rekaan Jovian Mandagie yang dikatakan agak seksi pada majlis di Hotel One World, Petaling Jaya, pada 28 Mac lalu pula turut menjadi isu apabila ia dikatakan tidak selari dengan majlis nikah yang diadakan di Tanah Suci.
Sudah lali dengan hinaan sejak membabitkan diri dalam dunia seni, Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad Ali, 37, tidak menafikan kadang-kala dia sedih dengan sikap sesetengah orang yang gemar memandang seseorang dengan pandangan negatif.
Pada 24 April lalu Umie mengadakan majlis persandingan di rumah keluarga lelaki di Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada majlis itu Umie mengenakan pakaian pengantin rekaan Bill Keith berwarna merah jambu dengan konsep bertudung.
Umie turut memakai pakaian dalam yang bersamaan dengan warna kulit agar tidak kelihatan seksi.
Usaha yang dilihat ke arah transformasi kebaikan itu turut dicemuh kononnya tindakannya itu tidak ikhlas.
Tudung yang masih menampakkan rambut digambarkan seperti Umie mahu membentuk imej dirinya seperti "mak-mak datin".
Menjawab persoalan itu, Umie sudah hanya mahu membiarkan masyarakat untuk memperkatakan apa sahaja yang mereka suka.
Tetapi jauh di sudut hati wanita ini hanya dia sahaja yang tahu apa juga tindakan yang dia lakukan selama ini.
"Kalau bercakap konsep tudung, saya tak berani nak komen. Tapi saya sudah berjanji selepas pulang dari Mekah saya akan buat sesuatu. Saya akan laksanakan janji itu. Apa yang saya rancang akan saya lakukan," katanya.
Tambah Umie lagi walau apa pun kritikan yang didengarnya selepas berumahtangga dia tidak pernah berasa kecewa.
Cuma hatinya amat terguris apabila ada individu yang tergamak memberi kata-kata cacian dan menghina.
Ia adalah satu perbuatan yang tidak dilakukan oleh seseorang yang berfikiran waras.
"Nak kritik, tak apa... kritiklah. Nak tegur, tegurlah. Umie boleh terima semua itu kerana ia untuk kebaikan. Tapi janganlah mencaci. Janganlah menghina Umie dengan kata-kata yang tidak manis," katanya.
Walaupun hatinya terluka dengan kata-kata itu tetapi Umie menganggap yang peting sekali niatnya ikhlas untuk melakukan perubahan dalam hidup.
Maaf makanan tidak cukup
Dalam majlis sebelah keluarga lelaki itu dianggarkan kira-kira 5,000 tetamu menyaksikan persandingan kedua-dua mereka.
Bagi pihak keluarga lelaki, Umie memohon maaf kerana ada tetamu yang tidak berkesempatan untuk menjamu selera kerana makanan tidak mencukupi.
"Tetamu yang diundang seramai 2,000 orang tetapi yang datang kira-kira 5,000 orang. Makanan sudah tidak cukup. Saya dan abang (suami) minta maaf sangat-sangat," katanya.
Yalah... dapat dibayangkan tetamu yang datang adalah untuk melihat dan menatap wajah artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.
Kata Umie, dia amat teruja dan begitu gembira dapat meraikan satu majlis persandingan dalam suasana kampung yang ternyata amat berbeza berbanding majlis di Kuala Lumpur.
Mengenai berbulan madu, pasangan bahagia ini memilih Eropah untuk bercuti yang dijadualkan hujung bulan ini.
Bagaimanapun ia bergantung kepada jadual kerja masing-masing memandangkan Umie dan suami agak sibuk. Apa yang lebih penting Umie dapat merasai kebahagiaan dan perbezaan di alam rumah tangga yang sedang dilaluinya hari ini.
"Saya dan abang sedang bercinta selepas kahwin. Memang best," katanya.
Umie Aida 'Parasailing' Lepas Bersanding

USAI sahaja majlis persandingannya di kediaman pengantin lelaki malam kelmarin, aktres jelita Datin Paduka Umie Aida menghilangkan tekanan dan kepenatannya dengan melakukan aktiviti parasail di pantai Batu Ferringhi bersama suami tersayang, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan semalam.
Ketika dihubungi, Umie yang sedang bersiap sedia untuk bermain parasail meminta agar menghubunginya semula.
"Saya sedang bersiap sedia untuk melakukan parasail. Minta hubungi saya sejam kemudian ya. Terima kasih," katanya ringkas.
Genap sejam berlalu, aktres jelita itu dihubungi semula. Nada suaranya di corong telefon selepas itu membayangkan keterujaannya bermain parasailing.

"Memang best. Saya seperti burung yang terbang bebas di ruang angkasa," kata Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Embun ini, penuh riang.
Pengalaman parasailing kali ini pastinya lebih bermakna dan lebih manis dengan kehadiran Khairuddin di sisi.
Katanya, Khairuddin memberikan kata-kata semangat kepadanya sebelum dia 'terbang' ditarik bot laju.
Pasangan bahagia itu kini sedang bercuti selepas majlis persandingan di kampung halaman Khairuddin di Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang, malam Sabtu lalu.

Diajak berbicara tentang persandingan itu, Umie mengakui, buat pertama kalinya dia dapat merasakan suasana perkampungan pada majlis persandingannya itu.
"Lebih 6,000 orang kampung, kenalan, sahabat-handai serta saudara-mara datang memeriahkan majlis persandingan kami," katanya yang tidak menyangka resepsi itu mendapat sambutan luar biasa.
Terdahulu, pasangan bahagia itu mengadakan majlis resepsi di One World Hotel pada 28 Mac lalu.
Jika dalam persandingan terdahulu, Umie memakai persalinan 'kontroversi' berwarna merah cili rekaan Jovian Mandagie. Untuk majlis di Pulau Pinang pula, aktres itu bergaun merah jambu rekaan Bill Keith dan bertudung.
Umie dan Khairuddin akan berbulan madu di negara-negara Eropah termasuk Switzerland dan Venice, Itali pada bulan Mei ini.

Sekembalinya ke tanah air, Umie akan mula bekerja. Tugasan pertamanya ialah sebagai Duta kepada Marie France.
Selain itu, adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima ini juga bakal kembali ke lokasi penggambaran tidak lama lagi.
Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, diijabkabulkan di Masjidil Haram, Mekah pada 14 Mac lalu.
Penulis blog pertikai niat Umie Aida

Hasrat pelakon Umie Aida untuk melihat alam rumah tangganya mendapat restu peminat selepas berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak seratus peratus menjadi kenyataan apabila dia mula menerima pelbagai tohmahan.
Selepas diijabkabulkan di Masjidil Haram, Mekah pada 14 Mac lalu, Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad Ali, 37, terkait kontroversi.
Ia bermula apabila beberapa hari sebelum berumahtangga, Umie membuat kenyataan yang perkahwinannya itu hampir-hampir dibatalkan kerana perasaan cinta terhadap bakal suami ketika itu belum dirasai sepenuhnya.
Sekembali dari Mekah, Umie yang mengadakan majlis resepsinya di Hotel One World, Bandar Utama pada 28 Mac lalu dianggap pula sebagai seorang artis yang hipokrit.
Komen itu ditulis oleh penulis blog yang menggunakan nama Ruang Bicara Faisal (RBF) menerusi http://ruangbicarafaisal.blogspot.com.
Sebagai sebuah akhbar yang sentiasa meletakkan keperluan pembaca dihadapan, Pancaindera telah mendapat persetujuan penulis blog berkenaan untuk menyiarkan komennya di ruangan ini.
Dan dalam masa yang sama, kami memberi ruang kepada Umie Aida meneliti isi kandungan tulisan tersebut sebelum menjawabnya sendiri.
Dalam RBF itu, penulis tersebut menegur perkahwinan Umie selain menganggap pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Embun itu sama seperti pemimpin parti pembangkang, yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Menerusi tulisan yang dihantar pada 2 April lalu dengan tajuk "Umie Aida spesis yang sama dengan pemimpin Pas", RBF mendakwa Umie di antara artis yang paling teruk (perangainya).
RBF menganggap Umie, artis yang tidak tahu malu kerana mengenakan pakaian jarang ketika membuat pengumuman pernikahannya.
"Semasa majlis berinai dia buat pengumuman yang dia akan bernikah di Mekah. Tapi bila tengok pakaian dia masa tu, ya Allah... Jarang habis.
"Tak malukah dengan pakaian yang sebegitu, buat pengumuman nak bernikah di tempat suci umat Islam?" soalnya.
RBF juga berharap Umie akan berubah sekembalinya dari Mekah tetapi dia terkejut apabila pelakon tersebut menipu peminat dengan mengenakan pakaian yang "tak cukup kain."
"Balik Malaysia ingatkan sudah berubah dan insaf rupanya peminat kena tipu. Semasa majlis persandingan anda semua lihatlah pakaiannya. Baju pengantin tak cukup kain nak tutup bahu dan dada. Hipokrit! hipokrit! hipokrit," tambahnya lagi.
Penulis itu turut beranggapan Umie sekadar hendak tunjuk baik apabila membuat keputusan bernikah di Mekah tetapi tempat suci umat Islam itu bukanlah ukuran terhadap sesuatu kebahagiaan.
Katanya, perbuatan Umie itu seolah-olah menggunakan agama untuk kepentingan peribadi sama seperti taktik pemimpin-pemimpin Pas.
Lebih panas lagi RBF turut membuat rumusan kebiasaannya artis-artis yang berkahwin dalam majlis yang hebat tidak mampu mempertahankan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun dia mengharapkan perkahwinan Umie dan Khairuddin yang disaksikan di hadapan Kaabah itu akan kekal.
RBJ juga berkata, jarang anak Melayu dapat bernikah di Mekah tetapi pernikahan Umie itu adalah dengan cara 'seludup' memandangkan dia dan pasangannya bukan rakyat Arab Saudi.
Dia turut menyindir Umie supaya mencatatkan majlis tersebut dalam Malaysia Book of Records sebagai artis pertama yang mendirikan perkahwinan di tempat suci itu.
Dalam masa yang sama RBF juga meletakkan beberapa katogeri perangai artis iaitu seperti malaikat, iblis dan "tengah-tengah".
Maksud malaikat itu katanya ialah segelintir artis yang mengajak peminat kearah kebaikan dengan menggunakan bakat ke jalan yang betul seperti Wardina, Raihan, Rabbani dan Azmuil Mustafa.
Sementara makna perangai iblis pula ialah artis-artis seperti kaki judi dan kaki "minum".
Artis tengah-tengah pula ujarnya ialah golongan yang menggunakan agama untuk mencari glamor.
"Memang banyak artis macam ini (artis tengah-tengah). Sekejap mereka alim, sekejap mereka tidak. Artis jenis inilah yang membuat orang ramai terkeliru. Silap-silap boleh jadi sesat," luah penulis berkenaan lagi.
Sudah bersedia untuk bertudung

SUDAH menjadi satu kemestian bagi artis yang baru mendirikan rumah tangga disoal tentang fasa hidup yang akan dijalani selepas ini.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada transformasi yang akan dilalui oleh mereka sebaik sahaja menempuh alam perkahwinan.
Menjawab persoalan ini, aktres Umie Aida tidak menolak perubahan yang akan dilaluinya selepas ini terutama sekali tentang penampilan diri.
Dengan penuh optimis Umie menjawab dia bersedia untuk bertudung dan semuanya itu akan menjadi kenyataan sebaik sahaja dia menyelesaikan beberapa perkara.
Ditambah pula dengan sokongan sepenuhnya suami tercinta, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuatkan Umie lebih bersemangat meneruskan niat suci itu.
"Buat masa ini saya sedang mempersiapkan diri saya ke arah itu dan memulakannya dengan mengenakan selendang dahulu dan tidak lagi memakai pakaian menjolok mata.
"Saya percaya proses itu akan datang dengan sendirinya dan memang niat saya untuk bertudung sebaik sahaja saya bergelar seorang isteri.
"Insya-Allah, saya percaya niat yang baik itu akan dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT," katanya bersungguh sewaktu ditemui seusainya majlis persandingannya yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, malam Ahad lalu.
Umie atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad, 37, dan Khairuddin, 47, yang juga seorang ahli perniagaan telah dinikahkan oleh jurunikah, Marwan Zakaria di Masjidil Haram, Mekah pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan), 14 Mac lalu.
Dia turut menerima mas kahwin berjumlah RM1,709 (1,818.18 riyal) serta sebentuk cincin berlian daripada suaminya yang merupakan seorang duda beranak dua.
Pada masa yang sama juga, aktres yang mula menempa nama menerusi filem Memori pada tahun 1991 itu juga akan meneruskan karier seninya sebagai seorang pelakon.
"Cuma saya kini akan menjadi lebih memilih terhadap watak yang diberikan," luah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Embun itu lagi.
Persandingan yang bertemakan ala taman Inggeris dan tradisional kontemporari hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie itu juga telah meninggalkan momen manis buat Umie dan Khairuddin.
Mana tidaknya, impian Umie yang mahu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menghadiri majlis resepsinya tercapai jua.
Malah, Umie juga sanggup mengikut jadual negarawan ulung itu semata-mata mahu idola kesayangannya itu dapat menghadirkan diri.
"Memang beberapa kali sebelum ini kami menukar tarikh persandingan kerana jadual Dr. Mahathir dan isterinya yang padat.
"Beliau juga menasihati kami agar tidak melengahkan majlis pernikahan kerana itu yang wajib dilakukan.
"Memang mimpi saya menjadi realiti malam ini dengan kehadiran beliau yang cukup saya kagumi sejak kecil lagi," tuturnya dalam nada terharu.
Sempat juga Dr. Mahathir menitipkan nasihat buat Umie sewaktu makan beradab agar sentiasa sabar, bertolak-ansur apabila melayari alam perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Umie dan Khairuddin sehingga ke akhir hayat.
Selain tokoh kesayangan negara itu, beberapa orang kenamaan lain turut hadir memeriahkan lagi majlis persandingan aktres popular itu.
Antaranya ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang hadir bersama isteri masing-masing.
Bukan itu sahaja, kehadiran ramai artis popular juga menyerikan lagi majlis yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan klasik itu.
Mereka ialah Erra Fazira, Nasha Aziz, Sazzy Falak, Fahrin Ahmad, Linda Onn, Zahida Rafik, Lisa Surihani, Nora Danish, Afdlin Shauki, Mamat Khalid dan ramai lagi.
Diraikan dalam suasana penuh harmoni, apa yang membuatkan Umie berasa lega dan gembira dengan perkahwinannya itu apabila semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangnya.
Lebih mengharukan aktres filem Kala Malam Bulan Mengambang itu apabila dia mendapat bantuan dan sokongan penuh daripada teman-teman rapat dari mula menjadi artis sehinggalah sekarang.
Apatah lagi, majlis perkahwinannya tidak ditaja oleh mana-mana pihak lalu membuatkannya ia memiliki nilai sentimental tersendiri.
"Kerana itu, majlis ini amat bermakna buat saya dan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat.
"Tidak mungkin akan saya lupakan segala jasa baik mereka yang banyak membantu merealisasikan majlis perkahwinan saya," ujarnya yang mengenakan dua persalinan pada majlis yang berlangsung hampir dua jam itu.
Sememangnya aura dan seri pengantin Umie cukup terserlah malam itu sewaktu memakai kebaya labuh berona merah cili dengan songket merah hati untuk majlis persandingan.
Untuk upacara memotong kek pula, Umie tampil dengan gaun labuh putih yang dipenuhi dengan 4,000 kuntum bunga ros yang digubah secara manual daripada kain chiffon.
Dewan yang dipenuhi 1,200 orang tetamu itu turut dihiburkan dengan persembahan oleh Salamiah Hassan, Ziana Zain dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keempat, Farhan Azizan.
Genap dua minggu selepas bergelar isteri, Umie masih lagi tidak percaya bahawa dia kini sudah menjadi milik seorang lelaki bernama suami.
Pernah kecundang dalam beberapa episod percintaan sebelum ini pernah mematahkan niatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Baginya, hati wanitanya telah tertutup untuk menerima cinta dan kasih sayang daripada mana-mana kaum Adam.
Tetapi, benarlah kata orang. Kuasa Allah melangkaui segala-galanya dan kerana itu, Umie tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran apabila dipertemukan dengan seorang lelaki yang menerima dirinya seadanya.
Lebih-lebih lagi, hanya kini baru Umie memahami erti percintaan dan kasih sayang yang sebenar selepas dua minggu bergelar suri kepada Khairuddin.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan kami berdua seperti remaja yang sedang hangat bercinta (ketawa).
"Kenikmatan yang saya kecapi bersama abang (panggilan untuk Khairuddin) memang tidak terkata dan saya benar-benar bertuah memilikinya sebagai seorang suami.
"Biarpun hati saya pernah berbelah bagi mahu meneruskan perkahwinan ini tetapi saya percaya Allah telah menetapkan lelaki ini adalah cinta sejati saya," luahnya penuh jujur.
Menyentuh tentang gelaran Datin Paduka yang dipegangnya sekarang, dia tidak kisah seandainya ada yang mahu memanggilnya dengan gelaran itu.
"Tetapi, kalau boleh bagi mereka yang berada dalam industri seni ini, cukuplah dengan panggilan Umie sahaja kerana saya telah dikenali dengan nama itu sejak sekian lama," tuturnya merendah diri.
Mengenai soal cahaya mata pula, Umie menyerahkan segala-galanya pada takdir dan dia menerimanya jika rezeki untuk menimang anak hadir pada waktu terdekat ini juga.
"Kalau Allah nak beri saya seorang pun saya terima. Apatah lagi dalam usia saya ini, saya tidak boleh menunggu lama lagi," katanya yang memilih Switzerland, Paris dan Venice sebagai destinasi bulan madu yang akan dilawatinya pada bulan depan.
Fasa Baru Umie Setelah Bergelar Isteri

RAMAI yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.
Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi.
Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin.

“Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi,” kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu.
Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya.
Pasangan itu telah selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Mac lalu di Tanah Suci Mekah.
“Alhamdulillah, selepas dua minggu bergelar isteri, saya menjadi manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang, saya takut tiada perasaan cinta. Syukur, saya dapat rasai sendiri rasa cinta kepada abang.

“Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya sambil tersenyum di sisi suami tercinta.
Diusik apakah juadah pertama yang dimasak oleh Umie, dia berkata suaminya sempat menjamah sarapan pagi berupa roti sardin dan sup. Lantas, Khairuddin di sebelah mencelah: “Sedap sangat…”
“Abang dah mula bekerja. Apabila dia pulang kerja, dia tidak mahu saya terlalu sibuk memasak untuknya. Cukuplah sekadar menyediakan buah-buahan,” kata Umie yang turut sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Kiara.
Ditanya tentang bulan madu, mereka akan terbang ke London memandangkan Khairuddin mempunyai urusan urusan perniagaan di sana pada bulan April ini.

Menyentuh tentang anak, Umie yang mempunyai dua orang anak angkat itu berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan anak pada bila-bila masa.
Tepat pukul 9 malam tadi, Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama.
Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.
Turut hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh Juita Jalil itu adalah keluarga Umie termasuk kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima, keluarga pihak lelaki, selebriti terkenal tanah air seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.
Umie dan Khairuddin ditepung tawar oleh kedua-dua jemputan khas itu dan makan beradap bersama-sama. Sekali-sekala, mempelai dan tetamu turut diraikan dengan tarian Melayu tradisional dan nyanyian lagu-lagu ‘evergreen’ oleh Farhan, Ziana Zain dan Salamiah Hassan.
Selepas upacara makan beradap, pasangan pengantin menukar persalinan kedua yang serba putih untuk upacara memotong kek.
Umie Aida Ke Venice Berbulan Madu

BERCINTA selepas berkahwin adalah satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata, kata pelakon jelita, Umie Aida, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.
"Umie membuat satu keputusan yang agak 'brutal' untuk berkahwin dulu sebelum bercinta dan ini ternyata memberi Umie ketenangan," jelas Umie ketika dihubungi mStar Online.
Bagi Umie, keindahan bercinta dengan suami yang disapa 'Abang' terlalu bermakna.
"Agaknya sebab itulah orang tua-tua suka dengan 'arangged marriage'. Selepas Umie sendiri melaluinya baru Umie tahu. Saya dan abang tidak pernah pun berdating sebelum berkahwin," kata aktres jelita yang masih mengekalkan sifat ramah dan merendah diri walaupun kini sudah bergelar 'Datin'.
Ketika rombongan Umie seramai 20 orang mengiringinya ke Mekah pada 11 Mac baru-baru ini untuk pernikahan bersejarah itu, dia sempat menunaikan sembahyang istikharah agar diberi petunjuk kepadanya.
"Umie bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan. Bagi Umie, itu sudah cukup membuat dada lapang dan tenang," kata ibu kepada dua anak angkat ini. Sekembali dari sana, Umie kini sibuk dengan persiapan untuk majlis resepsi yang akan berlangsung pada Ahad, 28 Mac ini di One World Hotel yang bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
"Kalau ikutkan hati Umie, malas nak sanding-sanding ni kerana yang afdhal sudah pun dilakukan," kata Umie yang akan mengenakan dua persalinan rekaan Jovian Mandage iaitu gaun putih dan kebaya warna merah chili untuk acara persandingan itu nanti.
Ditanya tentang bulan madu, Umie begitu teruja memberitahu destinasi pilihan suami ialah Venice dan menurut jangkaan ialah pada akhir bulan April.
"Kami akan berbulan madu bersama anak-anak saya dan abang. Itu sebab saya begitu excited hendak pergi bercuti bersama keluarga baru kami," jelas Umie yang gembira anak-anak sudah tidak janggal lagi memanggil suaminya 'ayah'.
Kebahagiaan yang sedang dikecapi Umie begitu ketara apabila setiap perbualan diselitkan dengan 'kehadiran' abang.
Menurut Umie, kemungkinan besar dia sudah bersedia untuk berhijrah ke alam baru iaitu memakai tudung selepas semua urusan seni yang tertunggak selesai.
"Umie tidak menolak kemungkinan akan 'berhijrah' ke arah itu. memang Umie ada niat untuk memakai tudung, insya Allah. Setiap orang inginkan kebaikan dan Umie pun begitu. Selepas berbincang, abang juga mengalakkan," kata pelakon handalan ini.
Saat ditanya berapa ramai anak yang dinginkan, Umie tanpa berselindung berkata, "seramai yang mungkin.
"Tapi memandangkan faktor usia yang tidka mengizinkan, kalau dapat seorang pun Umie dah bersyukur sangat," jelas Umie yang berusia 37 tahun itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

