Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Restu seorang kakak - Uqasha Senrose

NELYDIA Senrose dan Uqasha Senrose adalah dua nama yang sedang popular dalam dunia lakonan tanah air. Dua pelakon ini dilihat semakin laris dalam menerima banyak tawaran membintangi drama-drama televisyen dan filem-filem cereka sejak kebelakangan ini. Malah, dua pelakon pelapis ini juga merupakan adik-beradik yang saling berganding bahu dalam menempatkan nama masing-masing di hati para penonton. Bagaimanapun, di antara keduanya Nelydia lebih dahulu dikenali ramai dalam bidang lakonan berbanding kakaknya, Uqasha. Menurut Uqasha, dia tidak mencemburui populariti yang kini sedang ditempa oleh adiknya itu. Sebaliknya, dia akur dengan rezeki serta bakat Nelydia dalam dunia lakonan yang penuh dengan persaingan agak sengit meskipun “Apa yang hendak dicemburukan kerana kami adik-beradik. Sebagai kakak saya seronok dan bangga apabila adik sendiri dikenali sebagai pelakon. Sebagai kakak saya memang selalu memberi sokongan kepadanya, apatah lagi kami memang rapat sejak kecil lagi. “Pada masa sama, saya harus mengakui bahawa rezeki adik saya dalam bidang lakonan memihak kepadanya terlebih dahulu berbanding diri sendiri. Contohnya, saya dan Nelydia sama-sama menyertai sesi ujibakat untuk menjadi pelakon drama bersiri Spa-Q beberapa tahun lalu. “Tetapi sayangnya saya gagal dalam ujibakat itu. Sebaliknya adik saya telah terpilih berlakon dalam drama itu. Saya mungkin agak lambat untuk mencipta nama tetapi pada masa sama saya juga mahu dikenali ramai sepertinya suatu masa nanti," katanya kepada Hits baru-baru ini. Mengenang semula pengalamannya menyertai ujibakat itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia tidak kecewa malah jauh sekali berkecil hati apabila tidak terpilih dalam sesi tersebut. Sebaliknya, dia tumbang bangga dengan kejayaan Nelydia itu. Dia menganggap kejayaan Nelydia itu sebagai langkah awal buat adiknya itu mencipta nama sebagai pelakon. Uqasha turut berazam untuk menuruti jejak langkah adiknya itu sehinggalah dia diambil untuk bernaung di bawah syarikat produksi MIG Talent baru-baru ini. “Saya baru sahaja mengikat kontrak sebagai artis MIG selama lima tahun selepas berjaya melalui satu sesi ujibakat yang mereka adakan. Dengan itu saya akan diberi peluang berlakon dalam drama-drama dan filem-filem terbitan MIG sepanjang tempoh kontrak tersebut. “Saya baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem kedua dengan MIG yang bertajuk Paku Pontianak di sekitar negeri Perak baru-baru ini. Di bawah MIG saya diberi banyak peluang melakonkan watak-watak yang sesuai dengan karakter saya," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails