Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zain Zaidin. Show all posts
Showing posts with label Zain Zaidin. Show all posts

Zain Saidin Bercuti Bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio

Sempena cuti panjang tahun baru cina ni, Zain Saidin nampaknya mengambil peluang untuk bercuti bersama kekasih tercinta, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan.. Pasangan kekasih, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dikatakan telah bercuti ke negara jiran, Singapore dan berjalan-jalan di Universal Studios Singapore (USS) kelmarin.. Tapi anda semua jangan salah faham.. mereka tidak pergi berdua sahaja tetapi pergi beramai-ramai termasuk la anak lelaki Rozita Che Wan, Zaquan Adha dan juga Ayu Raudhah.. Mungkin percutian ini untuk merapatkan lagi hubungan Zain Saidin bersama keluarga Rozita Che Wan kan… Melalui akaun Instagram, mereka juga sempat berkongsi gambar percutian bersama di USS ni.. Jadi apa kata kita layan beberapa keping gambar percutian Zain Saidin bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio Singapore kat bawah ni… -mygosip.com

Zain ditakuti wanita


BOLEH dikira dengan jari berapa kerat sahaja berita tentang Zain Saidin yang tiada kaitan dengan pelakon Rozita Che Wan. Selebihnya berita yang terpampang di dada akhbar pasti tidak lari daripada gosip antara mereka berdua.

Nama Zain dan Rozita seperti tidak dapat dipisahkan sejak timbul cerita tentang keakraban mereka awal tahun lepas, biarpun gosip bermula dengan cerita cinta antara aktres itu dengan juara Akademi Fantasia musim tujuh, Shahir.

Kini nama Shahir tidak lagi dikaitkan dengan ibu tunggal itu, sebaliknya nama Zain pula yang terus diperkatakan, seolah-olah mereka benar-benar bercinta.

Zain ketika ditemui di lokasi drama bersiri Friday I'm In Love di Damansara Perdana baru-baru ini tidak pun melatah apabila soalan peribadi diaju.

"Bila saya tengok akhbar atau majalah, setiap cerita saya mesti dikaitkan dengan Rozita. Saya tak marah tapi sedikit kecewa kerana cerita begitu yang diperbesarkan, sedangkan cerita tentang karier ala kadar sahaja.

"Sedih tau bila orang kenal saya semata-mata kerana rapat dengan Rozita Che Wan, sedangkan saya sudah berlakon banyak drama. Terfikir juga, kenapa orang tidak melihat hasil kerja saya?" tanyanya kembali.

Meskipun kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, namun Zain sedar dalam melayari kerjaya seni, gosip ada kalanya membantu tapi biarlah berpada-pada.

Kata Zain, pembabitannya dalam bidang seni bukan untuk mencetus kontroversi tapi menonjolkan bakat dengan usaha sendiri tanpa dikaitkan dengan sesiapa.

"Siapalah saya untuk menghalang orang menulis atau bercerita tentang kisah itu. Meskipun ada ketikanya muak dengan soalan yang sama tapi saya tetap bersikap profesional dan menjawab apa yang disoal.

"Saya tidak suka berselindung dan setakat ini keluarga pun tahu dan mereka tidak kisah saya berkawan dengan sesiapa, asalkan saya bahagia. Setakat ini saya belum temui wanita idaman untuk disunting," katanya tersenyum.

Menurut jejaka itu, sejak namanya dikaitkan dengan Rozita, ramai wanita tidak berani menghampirinya kerana beranggapan mereka pasangan kekasih.

Kata Zain, dia ingin berkenalan dengan sesiapa sahaja, tapi kaum wanita pula yang takut untuk mendekatinya.

"Saya tidak terikat dengan sesiapa tapi disebabkan cerita-cerita itu, ramai yang sangka saya sudah berpunya. Peminat-peminat wanita pun tidak berani nak bertegur dengan saya.

"Tanpa peminat, siapalah saya. Atas sokongan mereka saya berpeluang mengembangkan bakat dalam bidang seni ini," katanya terus terang.

Zain Saidin Sangkal Rancang Gosip Cinta Untuk Popular


KUALA LUMPUR: Pelakon kacak Zain Saidin, 27, (Zain) menolak pandangan yang mendakwa gosip hubungan cintanya dengan aktres Rozita Che Wan adalah strategi yang sengaja dirancang untuk melonjakkan popularitinya.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin berkata persepsi liar itu adalah tidak berasas dan dia tidak pernah terfikir mengenai pendekatan sedemikian untuk meraih publisiti dengan mudah.

“Saya tidak pernah menggunakan sebarang strategi untuk popular dan tidak pernah terfikir untuk mengada-adakan cerita saya mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan untuk meraih publisiti.

“Secara kebetulan sahaja saya dikaitkan dengan dia dan nampaknya gosip itu terus diperkatakan sehingga hari ini,” katanya.

Zain berkata pada hakikatnya dia sudah mula dikenali sebelum gosip hubungannya dengan aktres Kiah Pekasam itu diperkatakan lagi. Justeru, katanya tidak timbul isu kononnya dia sengaja merancang strategi tersebut untuk cepat dikenali.

“Gosip adalah asam garam dunia artis. Walaupun sudah beberapa kali saya jelaskan bahawa kami hanya berkawan biasa, cerita itu terus diperkatakan. Jadi, saya terima sahaja gosip itu dengan hati terbuka,” katanya.

Bagaimanapun, Zain tidak menyangkal sejak gosip itu hangat diperkatakan, rezekinya dalam bidang lakonan semakin bertambah.

Ia sekali gus membuktikan bahawa gosip itu turut membantu dalam mengembangkan jenamanya sebagai pendatang baru.

“Saya tidak nafikan bahawa memang gosip saya dan Rozita turut memainkan peranan dalam perkembangan kerjaya saya.

“Memang benar, sejak gosip itu tersebar rezeki dalam lakonan juga semakin berkembang,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, adik kepada penyanyi Sasha Saidin ini berkata dia kini mula berjinak-jinak dalam perniagaan baju-T untuk lelaki dan perempuan secara dalam talian.

Kata Zain, perniagaan baju-T berjenama ZPT Design itu diusahakan sejak dua bulan itu dan kesemua rekaannya diilhamkan olehnya sendiri. Ia dijual pada harga RM39.90 sepasang.

“Selain pilihan rekaan yang ditawarkan, pembeli juga boleh menghasilkan rekaan sendiri pada baju-T mereka. Mereka cuma perlu tambah RM10 sahaja daripada harga baju. Buat masa ini, kaedah penghantaran adalah secara pos atau boleh diambil di tempat-tempat tertentu,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails