Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zain ditakuti wanita


BOLEH dikira dengan jari berapa kerat sahaja berita tentang Zain Saidin yang tiada kaitan dengan pelakon Rozita Che Wan. Selebihnya berita yang terpampang di dada akhbar pasti tidak lari daripada gosip antara mereka berdua.

Nama Zain dan Rozita seperti tidak dapat dipisahkan sejak timbul cerita tentang keakraban mereka awal tahun lepas, biarpun gosip bermula dengan cerita cinta antara aktres itu dengan juara Akademi Fantasia musim tujuh, Shahir.

Kini nama Shahir tidak lagi dikaitkan dengan ibu tunggal itu, sebaliknya nama Zain pula yang terus diperkatakan, seolah-olah mereka benar-benar bercinta.

Zain ketika ditemui di lokasi drama bersiri Friday I'm In Love di Damansara Perdana baru-baru ini tidak pun melatah apabila soalan peribadi diaju.

"Bila saya tengok akhbar atau majalah, setiap cerita saya mesti dikaitkan dengan Rozita. Saya tak marah tapi sedikit kecewa kerana cerita begitu yang diperbesarkan, sedangkan cerita tentang karier ala kadar sahaja.

"Sedih tau bila orang kenal saya semata-mata kerana rapat dengan Rozita Che Wan, sedangkan saya sudah berlakon banyak drama. Terfikir juga, kenapa orang tidak melihat hasil kerja saya?" tanyanya kembali.

Meskipun kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, namun Zain sedar dalam melayari kerjaya seni, gosip ada kalanya membantu tapi biarlah berpada-pada.

Kata Zain, pembabitannya dalam bidang seni bukan untuk mencetus kontroversi tapi menonjolkan bakat dengan usaha sendiri tanpa dikaitkan dengan sesiapa.

"Siapalah saya untuk menghalang orang menulis atau bercerita tentang kisah itu. Meskipun ada ketikanya muak dengan soalan yang sama tapi saya tetap bersikap profesional dan menjawab apa yang disoal.

"Saya tidak suka berselindung dan setakat ini keluarga pun tahu dan mereka tidak kisah saya berkawan dengan sesiapa, asalkan saya bahagia. Setakat ini saya belum temui wanita idaman untuk disunting," katanya tersenyum.

Menurut jejaka itu, sejak namanya dikaitkan dengan Rozita, ramai wanita tidak berani menghampirinya kerana beranggapan mereka pasangan kekasih.

Kata Zain, dia ingin berkenalan dengan sesiapa sahaja, tapi kaum wanita pula yang takut untuk mendekatinya.

"Saya tidak terikat dengan sesiapa tapi disebabkan cerita-cerita itu, ramai yang sangka saya sudah berpunya. Peminat-peminat wanita pun tidak berani nak bertegur dengan saya.

"Tanpa peminat, siapalah saya. Atas sokongan mereka saya berpeluang mengembangkan bakat dalam bidang seni ini," katanya terus terang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails