Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zarina An Julie. Show all posts
Showing posts with label Zarina An Julie. Show all posts

Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah

PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu. Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu. Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja. BERNAMA

Zarina Anjoulie Sedia Dikurung Di 'Bilik 7'


PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.

Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Belum sampai tahap Playboy - Zarina Anjoulie


TIDAK habis-habis aktres muda ini dihambat kontroversi sehingga ada yang sudah jelik dengan cerita-cerita panas yang dicetuskan dirinya sejak awal menceburkan diri dalam dunia seni.

Sehinggakan ada yang beranggapan Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau lebih mesra disapa Anju ini tidak layak untuk berada di dalam industri lantaran tiada apa pencapaiannya yang boleh dibanggakan.

Beberapa minggu lalu, sekali lagi nama Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar luas di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.

Mana tidaknya. Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan ramai pihak apabila ia memperlihatkan sebahagian besar payu daranya.

Dengan tindakan beraninya itu yang menambahkan lagi koleksi cerita kontroversi, secara automatik Anju telah dilabelkan sebagai ratu kontroversi.

Namun, bagi anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya kerana sudah menjadi resmi masyarakat yang pasti akan terus memandang serong kepadanya waima apa keadaan sekali pun.

Malah, dengan penuh tegas juga Anju memberitahu, dia sama sekali tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak.

"Kalau saya tak buat, orang tetap akan kata, saya buat juga. Jadi, lebih baik saya buat walaupun bukan saya yang mencipta kontroversi itu. Pernah saya meminta maaf sebelum ini tetapi orang tetap menuding jari kepada saya.

"Sebelum ini pun, ada juga kontroversi yang berlaku yang tiada kena-mengena dengan saya tetapi saya tetap dipersalahkan dan dikaitkan.

"Bukan itu sahaja, kalau saya duduk diam-diam di rumah, tetap ada juga cerita yang kurang enak dan tidak betul tentang diri saya yang keluar.

"Jadi, dalam konteks cerita terbaru yang dijaja ramai pihak ini, saya tidak kisah dengan apa yang orang mahu katakan terhadap saya. Malah, saya juga menafikan sengaja mencari publisiti murahan kerana itu bukan strategi saya," jelas Anju ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran filem terbarunya, Khon Malay di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak kisah

Mengenai jolokan ratu kontroversi yang diberikan kepadanya, Anju sedikit pun tidak kisah tentangnya kerana sebelum ini pun katanya, dia sudah dilabelkan dengan pelbagai hinaan dan cacian.

Sehinggakan dia sendiri sudah lali dengannya dan tidak mengambil peduli tentang apa yang mahu diperkatakan oleh masyarakat tentang dirinya.

Namun, satu yang pasti tegas Anju, dia tidak kisah dihina mahupun dicaci tetapi dia cukup pantang apabila nama ibu dan bapanya turut dikaitkan sekali.

"Cakaplah apa sahaja tentang diri saya. Memang saya tidak kisah tetapi jangan sampai melibatkan ibu dan ayah saya. Ini sebenarnya penyakit masyarakat kita yang suka mencaci orang sewenang-wenangnya walhal diri mereka juga tidak sempurna.

"Saya sendiri pelik mengapa orang luar mahu bising-bising dan membuat kecoh apabila membabitkan diri saya.

"Sedangkan kalau diperhatikan, ada juga artis wanita yang seksinya tidak kurang daripada saya tetapi tidak pula menjadi mangsa cemuhan dan kritikan. Bukankah itu sesuatu yang tidak adil?

"Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan sama sekali tidak akan menjadi orang lain hanya kerana mahu memuaskan hati semua pihak.

"Saya tahu ada artis yang boleh buat begitu tetapi tidak saya. Maaf, saya bukan orang hipokrit," jelas anak kelima daripada lapan beradik ini memberikan hujahnya.

Dibayar

Begitu juga dengan sesi fotografi dengan FHM apabila Anju mendedahkan dia telah menolak tawaran majalah tersebut sebanyak dua kali.

Alasannya, Anju tidak mahu bergaya seksi seperti mana yang dimahukan oleh pihak majalah tersebut.

Lalu, apabila gambar-gambar seksinya dalam majalah tersebut sudah tersebar, apakah sebenarnya yang ingin cuba dibuktikan oleh Anju?

"Saya dibayar untuk bergambar di majalah itu dengan bayaran yang boleh saya katakan sangat memuaskan. Jadi, saya menerima tawaran itu.

"Namun, sewaktu menjalani fotografi dengan mereka di Jakarta, Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik mendadak.

"Secara tidak langsung, ia menjadikan tubuh dan payu dara saya berubah bentuk. Ditambah pula dengan pakaian yang mereka sediakan, semuanya ketat.

"Hasilnya, gambar-gambar itu nampak sangat seksi dan itu pun saya sudah berusaha untuk menutup bahagian-bahagian tertentu. Dalam beratus-ratus gambar yang diambil, gambar-gambar itu yang menjadi pilihan mereka.

"Bagi saya, tiada apa yang hendak dikecohkan tentang gambar-gambar itu. Bagi saya, ia hanyalah seksi sahaja bukannya sampai saya bogel pun.

"Orang lain yang mencetuskan kontroversi itu, bukannya saya yang memuat naik gambar itu di internet," jelas Anju panjang lebar sambil enggan mendedahkan bayaran yang diterimanya untuk sesi fotografi itu.

Alasan

Apabila Anju memberitahu dia dibayar untuk beraksi berani dan panas sedemikian di hadapan kamera, tidak hairanlah seandainya dia sanggup bergambar bogel selepas ini jika ada tawaran yang mahukan dirinya berbuat begitu seperti majalah Playboy misalnya?

Sambil menghela nafas, kata Anju, dia tidak pernah memikirkan sampai ke tahap mahu menelanjangkan dirinya di hadapan kamera.

Malah, dia tidak mahu ada pihak yang salah faham dan menganggap dirinya sengaja mahu menjual tubuh apabila mengatakan sesi fotografi tersebut dibayar.

Seperti mana yang dikatakannya, alasan dia menerima tawaran FHM adalah kerana mereka memberitahu, hasilnya tidak keterlaluan.

"Saya sendiri pelik dengan masyarakat kita ini yang suka mencari salah orang lain. Apa yang dilakukan oleh artis, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

"Apabila ada yang cuba seksi sikit, mulalah mereka hendak melenting dan mengecam tidak tentu pasal. Bukan itu sahaja, apabila ada artis bertudung dan memakai hijab seperti penyanyi Waheeda, dituduh pula sengaja mahu mencari publisiti murah.

"Lantaklah apa yang orang nak kata. Kehidupan saya biarlah saya kemudinya sendiri. Saya tidak mampu menutup mulut orang. Saya selesa dengan cara saya begini," kata Anju yang mula dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak pada tahun 2007 ini lagi.

Tidak hanya dengan kontroversi itu, Anju juga dikatakan melancarkan perang dingin di Twitter bersama aktor dan pengacara kacak, Awal Ashaari.

Ketika diminta mengulas tentang insiden itu, Anju hanya menjawab: "Maaf, saya tidak mahu lagi komen tentang isu itu. Anggap sahaja semuanya sudah selesai. Saya dan Awal juga sudah berbincang. Kami tidak mahu memanjangkan cerita tersebut."

Zarina Anjoulie Dengan Aksi Penuh Berani Untuk FHM Indonesia


Pertama sekali, terima kasih industri hiburan Indonesia kerana menerima kehadiran Zarina Anjoulie — sampai masanya beliau kembangkan sayap ke’seberang.

Kami serius. Apa sahaja’lah yang mampu selebriti kontroversi ini mampu buat di Malaysia melainkan keluar dengan gambar & kenyataan kontroversi.

Dalam keluaran FHM Indonesia edisi Oktober 2011 yang lalu, Zarina Anjoulie telah terpilih menjadi salah seorang penghias & pelaris majalah ini dan di’letakkan dalam ruangan FHM Girls dengan tajuk From Malaysia with Love.

Tidak pula kami pasti apa butir temubual antara FHM Indonesia & Zarina Anjoulie namun majalah ini menyamakan kedatangan gadis seksi ini seperti gelombang rock ala Search tidak lama dahulu.

Lagi gambar Zarina Anjoulie dalam FHM Indonesia yang sebenarnya bukan’lah seseksi mana — kerana kita satu Malaysia pernah melihat yang ‘lebih seksi’ daripada ini. Bukan? Enjoice!

Kekesalan Zarina Anjoulie


BERCAKAP tentang artis yang seorang ini, seolah-olah tiada sebarang cerita baik pernah dicatatkan. Yang ada cuma cerita negatif menambah buruk keadaan seterusnya meletakkan dia dalam kancah kebencian peminat.

Bukan sekali dia ‘terkena’. Banyak kali juga hatinya tercalar disebabkan perkara tersebut. Lantaran itu, dia menjadikan kerja-kerja seni sebagai keutamaan kedua. Tambahan pula urusan pengajian kolej dan rutin harian lain menyebabkan dia perlu berdiam diri seketika.

Dalam pada itu, cerita buruk dan label kurang baik masih kedengaran. Dilabel artis bermasalah, orang jahat, penagih dadah, seksi terlampau dan pelbagai lagi tanggapan negatif ditelan bulat-bulat.

‘‘Bohonglah kalau saya tak terasa apabila orang bercakap perkara buruk tentang saya. Bila saya dikaitkan dengan ikon negatif. Buat saya cukup tertekan membawa nama Zarina Anjoulie Lavocah ke sana dan ke mari.

‘‘Bahkan, keadaan semakin buruk apabila saya berterusan dilabel sebegitu. Jadi sepanjang tempoh enam tahun saya berada dalam industri ini terus memendam rasa,’’ bicara awal Zarina memutik rasa kesalnya.

Sebagai manusia biasa, pelakon filem Mimpi Moon ini juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Namun kekesalan itu sering dianggap tak serius di kalangan masyarakat. Malah ada yang mengatakan Zarina ini pandai bermain wayang.

Sebab itu, dia sering menjadi bahan umpatan dan bualan atas kesilapan yang pernah dilakukan. Apabila segala kesalahan masa sekarang dikait dengan perbuatan lampau.

‘‘Saya akui memang tak ada kuasa untuk menahan orang dari bercerita tentang saya. Kalau mereka tak suka, saya tak akan menghalang. Tapi janganlah sampai maruah saya dipijak sesuka hati. Apatah lagi melibatkan nama keluarga,’’ sesal Zarina lagi.

Ditanya adakah wanita yang menginjak usia 24 tahun ini sudah puas larut dalam populariti, segera dia menafikan.

Hujahnya, dia tahu bahawa kemasyhuran tak membawa seseorang artis itu ke mana-mana. Tidak mendatangkan sebarang hasil dan bersifat sementara.

‘‘Saya tahu agak sukar untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap insan seperti saya. Tapi saya tak mudah kalah. Saya tetap akan terus berjuang. Saya mahu buktikan bahawa artis muda seperti saya ada wawasan sendiri.

“Sebab kebanyakan artis muda sekarang banyak melebihkan publisiti. Mentaliti ini perlu diubah kerana kecantikan dan popular tak berkekalan.

‘‘Saya mahu cemerlang dalam akademik. Sekarang ini saya dalam usaha untuk mendapatkan A-Level dalam undang-undang usai pengajian dalam bidang penyiaran tahun ini.

‘‘Saya tahu masa depan dalam dunia lakonan ini tak lama. Saya sudah merancang masa depan saya. Insya-Allah semua berlancar lancar,’’ terang anak kepada pemilik Untie Ainis Kampung Cafe di Nilai, Negeri Sembilan ini.

Perang dengan Faezah Elai?

Mengulas tentang status Facebook Zarina berbau sindiran terhadap individu bernama Faezah Elai, pelakon drama muzikal Kampus ini berulang kali mengatakan tiada komen.

Ungkapan tersebut ialah: Oh by way FAEZAH ELAI, I got voted 5 top sexiest n most beautiful woman in malaysia n of course no1 would n my kakak fasha, did u..well bottom line is u didn‘t even make it to d top 10.. So take that. Wit all d jobs uve been gettin people still don‘t think ur all that anyway. Till u make 2 d list n get 2 me in FHM then we‘ll talk. Ur still now where near me. Ur a joke by d way.

Mengulas lanjut Zarina berkata: ‘‘Jujurnya saya enggan mengulas tentang perkara ini, letihlah dengan permainan media. Selalu sangat manipulasi cerita.

‘‘Apabila keluar saja cerita tentang saya, semuanya cerita buruk. Diputar belit sewenang-wenangnya. Lari sungguh daripada fakta sebenar,’’ katanya bersungguh-sungguh, enggan mengulas.

Bercerita lanjut tentang persamaan nama Faezah Elai dengan nama dramatis Faezah Elai, wanita ini punya alasan sendiri.

‘‘Dalam dunia ini, mungkin ada nama yang sama dengan nama individu yang dimaksudkan (dalam status). Tapi saya tetap enggan mengulas tentang perkara ini,’’ tegasnya.

Ditanya kenapa Zarina menyalahkan media dalam mengkhabarkan perkara tidak baik tentang dirinya, wanita ini punya sebab tersendiri.

‘‘Minta maaf sebenarnya saya sudah hilang kepercayaan kepada media. Adakah anda boleh menuduh saya kerana berasa begitu? Selepas segala peristiwa yang berlaku mengapa saya perlu jadi bodoh untuk jatuh kepada ‘perangkap’ media,’’ katanya dalam nada cukup geram.

Media seolah-olah menghentam belakangnya tanpa memberi peluang kepadanya dengan cara yang lebih adil.

‘‘Saya tahu media ada kuasa untuk mempercayai setiap peristiwa yang dilaporkan.

‘‘Sebab itu, saya bersikap lebih optimis kali ini, tak mahu dipergunakan lagi. Saya hanya akan menjawab seandainya perlu. Itu pengajaran yang saya dapati setelah beberapa kali terperangkap.

‘‘Peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku sebenarnya menjahanamkan karier saya. Cukuplah!,” bicara akhirnya.

Bukan kekasih orang


RASANYA lama juga Syed tak dengar cerita tantang pelakon yang cukup 'berani mati' ni. Kiranya lepas kes dadah tempoh hari, Zarina Anjoulie Lavocah terus senyap tanpa sebarang publisiti.

Dalam senyap-senyap tu ada orang menyampaikan cerita pada Syed yang Zarina kini cuba nak merampas kekasih salah seorang pelakon yang cukup cantik. Biar betul, takkan kekasih orang juga yang Zarina nak?

Tak mahu mendengar cerita sebelah pihak sahaja, Syed menghubungi pelakon itu baru-baru ini. Tidak terkejut dengan apa juga soalan yang tebak, kata Zarina dia tidak pernah merampas sesiapapun sebelum ini.

"Memang saya tahu ramai yang bercakap saya merampas kekasih kepada pelakon yang sedang meningkat tu. Tak cukup orang bercakap ada yang gatal tangan twit dalam Twitter pula.

"Saya dan lelaki itu hanya kawan baik dan dengan teman wanita dia pun memang baik. Jadi jangan nak salah anggap dan nak sebar fitnah yang bukan-bukan mengenai hal itu," kata pelakon yang mesra dengan panggilan Anju ini lagi.

Tak mahu terus dikecam oleh segelintir peminat yang menyampah dengan dirinya, kata Zarina dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Loudspeaker yang dikenali dengan nama Alef Aizudin.

"Kami kawan dah lama dan kini memang saya akui cukup rapat dengan dirinya. Harap-harap tak ada orang yang nak menuduh saya menjadi perampas mana-mana kekasih orang selepas ini," katanya lagi.

Hanya sebagai tuntutan kerja-Anjou


ISNIN lalu ramai yang memuji penampilan bertudung pelakon yang cukup sinonim dengan panggilan Anak Pontianak ini bila terlihatkan gambar manisnya dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia.

Ramai juga yang menelefon Syed bertanyakan hal tersebut. Kata mereka adakah benar apa yang dilihat itu sebagai satu hijrah baru Zarina Anjoulie Lavocah?

Tak lama selepas itu Zarina sendiri menelefon Syed bercerita hal tersebut. Katanya, dia hanya memakai baju yang sebagai dalam satu pertunjukan fesyen dan tak belum lagi sampai seru untuk berhijrah seperti mana artis lain.

Apa yang membuat dia naik seram apabila melihatkan tajuk ‘Anjou Enggan Seksi Lagi’. Katanya, dia cakup takut membaca tajuk tersebut memandangkan itu bukan yang dimaksudkan olehnya.

“Saya tak bermaksud begitu. Apa yang saya lakukan hanyalah sebagai satu tuntutan kerja semata-mata. Bukan tak mahu berubah ke arah kebaikan tetapi biarlah ia datang pelan-pelan.

“Saya risau juga kalau ada yang menyerang saya lepas ni. Cakap dah tak nak seksi tapi masih pakai seksi lagi. Saya tak pernah cakap yang saya tak mahu seksi lagi.

“Itu yang saya mahu buat pembetulan. Saya tak mahu dihimpit kontroversi lagi. Esok orang kata saya macam-macam bila lihat saya seksi. Dah letihlah abang,” kata Zarina lagi.

Tak mengapalah Anjou, hidup ni memang selalunya begini. Silap gaya kita akan terjerat sama. Tapi percayalah, niat yang baik akan diberkati oleh Allah. Yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Salah saya ke?


SATU persatu kontroversi menimpa pelakon 'berani mati' ini sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai 'ratu kontroversi tegar'.

Kalau dulu dia dihentam teruk gara-gara gambar separuh bogel dan kes dadah yang sudah selesai itu, kini nama Zarina Anjoulie Lavocah kembali panas apabila dikatakan cuba menyebar pengaruh dikalangan budak-budak sekolah dengan imej seksinya di laman sosial facebook.

Baru-baru ini, ada yang melayangkan e-mel khas kepada Pancaindera minta menasihatkan pelakon itu supaya segera merobah imej ke arah yang lebih positif.

Kata pembaca itu, dalam laman sosial milik Zarina terdapat gambar yang tak senonoh, nampak tergedik-gedik dan seksi habis.

"Pancaindera tolong nasihatkan dia. Berubahlah sikit, jangan berlebih-lebih sangat. Kita perempuan, tak manis," kata pengadu berkenaan.

Apa yang kurang manisnya, dengan imej yang dipaparkan di facebook itu, Zarina dikatakan cuba mempengaruhi budak-budak sekolah dengan mengajak mereka berada dalam senarai temannya.

Benarkah begitu? Apahal pula Zarina nak menjadikan budak sekolah sebagai teman bersosial di alam maya? Ada apa-apa yang tersirat ke?

Tidak mahu mendengar cerita sebelah pihak sahaja, Pancaindera menjejaki Zarina untuk mendapatkan komennya berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Terkejut dengan tuduhan yang bertubi-tubi menimpa dirinya, Zarina akur inilah harga yang perlu dibayar olehnya untuk bergelar anak seni.

"Apahal pula nak kata saya sebagai pembawa pengaruh negatif kepada anak orang?

"Kalau nak tuduh tu jangan main hentam sahaja. Pergi buka Facebook milik saya dan tengok gambar apa yang terkandung kat dalamnya.

"Jangan hanya cakap sembarangan okey. Kalau awak tengok satu persatu gambar yang ada, tak ada satu pun gambar yang teruk," katanya, mempertahankan diri.

Sedaya mungkin Zarina berhujah bahawa semua gambar di facebook itu adalah hasil kerjanya sebagai anak seni. Gambar sedang buat fotografi, berlakon, pertunjukan fesyen dan sebagainya menjadi penghias, itu saja.

"Habis macam mana nak kata saya simpan gambar yang tak senonoh? Saya buat facebook itu untuk berkongsi dengan peminat aktiviti saya. Album yang ada bukannya saya guna untuk simpan gambar peribadi yang tak senonoh seperti mana yang didakwa," luah Zarina yang cukup mesra dipanggil Anju ini lagi.

Hebat sangatkah saya?"Hebat sangatkah saya sampai boleh memberikan pengaruh negatif kepada seluruh rakyat Malaysia? Wow, kalau begitu, sungguh saya tak sangka," kata Zarina tertawa bersahaja.

Melihatkan dirinya yang begitu selamba, ternyata gadis yang menginjak usia 23 tahun ini tidak mudah melatah. Katanya orang boleh berkata apa sahaja tentang imej seksinya tetapi janganlah terus menuduh sembarangan.

"Kalau ikut pemerhatian saya, bukan saya seorang sahaja yang berpakaian seksi di Malaysia ini. Ada poster filem yang terlebih panas, ada gambar perempuan separuh bogel lagi.

"Ada artis lain yang seksi juga, terbonjol sana-sini, tak ada siapa yang bising pun? Adakah mereka tak membawa pengaruh yang buruk?

"Kalau fikir secara logik kenapa nama mereka tak naik pula? Walaupun saya pakai baju yang sama dengan sesetengah artis lain, tapi orang hanya nampak saya yang salah! Ini dah jadi double standard okey! Memang tak adil bukan?"

Menyifatkan dirinya sering kali dijadikan tempat meletakkan kesalahan, pelakon berdarah campuran itu tetap mahu tampil dengan imej seksi seperti hari ini.

Katanya untuk apa dia berubah hanya kerana mendengar cakap-cakap orang?

"Mereka kena ingat sama ada Zarina Anjoulie Lavocah ada atau tidak dalam industri ini, orang lain tetap pakai seksi okey. Kalau tanya seorang demi seorang pasti diaorang akan cakap terpengaruh dengan cara hidup Barat.

"Jadi jangan nak letak kesalahan sendiri atas bahu orang lain. Jangan nak heret saya dalam cerita kontroversi sekali lagi," luah Zarina tanpa berselindung.

Biarpun masih tersentak dengan tuduhan tersebut, pelakon filem Chantek yang akan disiarkan pada tahun hadapan ini tetap optimis dengan cabaran yang dilaluinya.

"Terima kasih kerana menyebarkan e-mel sebegini tentang saya. Saya maafkan dosa-dosanya dan kalau boleh biarlah anaknya jadi orang yang berguna sedikit masa lagi," kata Zarina penuh makna.

Hmm, itu kata empunya diri. Tetapi bagi Pancaindera,tidak salah kalau masyarakat membuat teguran kalau ia ke arah kebaikan.Zarina dan mereka yang popular ni kena ingatlah juga, jadi artis bukan tiket atau lesen untuk boleh buat apa saja ikut yang kita suka. Ingat tu!

Zarina nak dedah pelakon lelaki ajak ke ranjang


Minggu lepas pelakon Zarina An Julie dalam Pancaindera membuat pendedahan ada seorang pelakon lelaki yang juga suami kepada artis wanita popular cuba nak menggatal dengannya.

Niezam ingat Zarina sengaja buat cerita sebab nak cari publisiti murah tetapi sebenarnya tidak.

Mengikut cerita wartawan macho macam hero filem Hindustan, Syed Mussaddad, Zarina ada menunjukkan kepadanya beberapa SMS yang dikirimkan pelakon lelaki tersebut.

Yalah... sebagai wartawan kalau tak ada bukti mana boleh buat cerita. Kenalah tengok bukti dulu. Tapi ada juga artis jenis lepas cakap, tapi kemudian bila kita sudah keluarkan kenyataan dia, mula nak menafikan balik. Akhirnya, balik-balik salahkan wartawan juga. Pirah!

Berbalik kepada Zarina, bukan apa, selama ini pelakon lelaki yang dimaksudkan itu selalu mendakwa dia bukan kaki perempuan. Sebaliknya setia kepada isteri yang satu dan cun melecun itu.Tapi sayangnya isteri pelakon itu kena tipu hidup-hidup. Suaminya memang hidung belang.

Kata Syed, dia membaca sendiri beberapa mesej melalui SMS yang ditunjukkan Zarina kepadanya.

Antara mesej daripada artis tersebut ialah dia nak ajak Zarina "ehem ehem". Faham-faham sajalahkan.

Pada mulanya Zarina ada balas juga SMS. Dia cakap dekat pelakon lelaki tu dia tak ingin nak 'ehem-ehem' dengannya. Tapi si pelakon lelaki tetap membalas SMS dan sanggup tunggu sehingga Zarina ingin.

Niezam dengar cerita, kalau pelakon tersebut masih mengganggu Zarina dengan SMS berbau lucah dan bukan-bukan termasuklah ajak ke ranjang, dia tidak ada halangan untuk mendedahkan siapakah lelaki tersebut.

Sekarang Zarina khabarnya tak sampai hati nak dedahkan hal berkenaan mengenangkan isteri pelakon itu seorang yang baik. Lagipun kedua-dua mereka artis. Nanti kalau kecoh lagi teruk.

Agaknya kenapa pelakon lelaki itu tergila-gila sangat dekat Zarina ya? Mungkin tak tahan tengok mulut Zarina yang seksi macam jambu air tu kut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails