Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Datuk AC Mizal Bawa Isteri & Anak-anak Beraya di Hong Kong
Setiap kali Aidilfitri, pengacara popular Datuk AC Mizal, 42, bersama anak-anak dan isteri pulang beraya di kampung halaman. Memilih untuk beraya di kampung isterinya, pelakon Emylia Rosnaida, di Ipoh Perak dahulu kemudian mereka akan pulang ke Kulai, Johor. Tetapi tahun ini kata AC, beliau mahu bertukar angin dengan membawa anak dan isterinya beraya di luar negara.
"Tak pernah rasa raya di perantauan. Kami tak pernah merasa raya di luar negara. Jadi saya cadang nak bawa mereka beraya di luar negara. Allhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang. Sebetulnya pada hari raya ke lima saya ada urusan perniagaan di Jakarta. Selepas tu saya akan ke Hong Kong. Saya diberitaka Mface berjaya menembusi bursa saham Hong Kong.
"Alang-alang ke sana, saya bawa sekali keluarga dan kami ambil peluang bercuti sekali dengan beraya lah di sana. Saya akan berada di Hong Kong selama lima hari", katanya yang juga pengasas laman sosial Mface ini, ketika ditemui baru-baru ini.
Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.
Dalam pada itu AC menambah, raya kali bajetnya semakin besar terutama apabila diturutkan kerenah anak-anak yang sudah punya citarasa tersendiri. Malah seperkara yang mencuit hati AC, anak perempuan bongsunya menyuarakan hasrat mahu membuat tempahan baju raya dengan pereka fesyen terkenal.
"Anak-anak semakin besar, bajet pun besar lah, kan. Masing-masing dah pandai membeli belah. Jadi masing-masing ada pilihan sendiri. Anak perempuan saya siap minta nak tempah baju dengan designer", katanya sambil tergelak kecil.
AC berkahwin dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan mereka mempunyai dua orang anak, Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
Terdahulu AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Shafiq, Faith, 17, and Muhammad Shabil Faith, 14.
- mD
Saya Malu Dengan Farid Kamil - Tiz Zaqyah
Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.
Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz mengakui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan bintang pujaan hatinya itu.
"Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.
"Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa", katanya yang sekali lagi melakonkan watak wanita bertudung.
Dicanang-canang bakal mencetus fenomena, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz).
Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Sanggup Tak Beraya Demi Kucing
Dalam pada itu Tiz sempat berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembilan
dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka.
"Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.
Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.
"Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang.
"Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur", katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.
Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.
"InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti", ujarnya.
- mD
Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba
TIGA bulan suatu tempoh yang singkat untuk masing-masing mengenali hati budi lantas mengambil keputusan drastik untuk melayari bahtera rumah tangga.
Hal itu bagaimanapun bukan persoalan utama bagi penyampai berita ntv7, Ras Adiba Radzi, 45, yang telah memilih Ilias Yaakop menjadi suami dan pembimbing keluarganya tanggal 27 Julai lalu.
Kata Ras Adiba dalam nada percaya atau tidak, pernikahannya dengan teman persekolahan tingkatan enam bawah tahun 1985 di St. John Institution, Kuala Lumpur itu ibarat cinta zaman remaja.
“Jauh sekali untuk menyangka bahawa kami akan mendirikan rumah tangga selepas tiga bulan berkawan rapat. Adakalanya rasa gembira, teruja dan sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Ingatkan pada usia 45 tahun sudah tiada calon yang sudi memilih saya tambahan saya pula sibuk bekerja dan menjaga anak. Tapi tiba-tiba kami dipertemukan semula 3 April lalu menerusi majlis alumni sekolah kami,” katanya yang ditemui usai majlis pernikahannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari Sabtu lalu.
Lebih manis, baik Ras Adiba mahupun Ilias, 45, kedua-duanya tidak pernah bertegur sapa sejak dulu biar masing-masing ditempatkan di sekolah, kawasan kejiranan dan teman-teman yang sama.
Aktiviti skuba
Melihat Ilias sebagai seorang jejaka yang sering membuatkannya tertawa, tampil serba ringkas dan berusaha untuk mempelajari dialek Negeri Sembilan, kata Ras Adiba, suaminya merupakan insan terbaik yang mengisi hidupnya.
Bagi Ilias pula, dia melihat Ras Adiba sebagai seorang insan yang tabah, bertanggungjawab dan tidak angkuh walaupun popular.
“Saya baru mula menyertai aktiviti selaman skuba untuk orang kelainan upaya di bawah lesen DDI (Penyelam Kelainan Upaya Antarabangsa) yang dilatih sendiri oleh Ilias beberapa bulan lepas.
“Mungkin apabila berkongsi minat yang sama menguatkan hubungan kami,” ujarnya.
Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dengan mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.
Ras Adiba menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, sepasang telekung, sepasang kasut jenama Jimmy Choo, senaskhah al-Quran dan sirih junjung.
Sementara pihaknya membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki iaitu sebentuk cincin, seutas jam tangan, senaskhah al-Quran, sirih junjungn, pewangi Bvlgari, manisan dan sebuah buku iaitu The Divers Handbook.
Tarikh 27 Julai juga dipilih pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Ras Adiba yang ke-45 tahun ini.
“InsyaAllah pada tahun-tahun akan datang tarikh 27 Julai akan disambut berganda dan akan lebih meriah daripada sebelum ini. Sekarang, sudah ada seseorang yang akan meraikannya bersama-sama dan dia adalah pelengkap hidup saya,” tambah Ras Adiba.
Anak
Ujar pasangan itu, tarikh resepsi kedua-dua belah pihak belum diputuskan dan kemungkinan bakal dilangsungkan di kampung sebelah bapa Ras Adiba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas sambutan Aidilfitri kelak.
Ilias yang bertugas sebagai penasihat kewangan di sebuah syarikat tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan masing-masing sudah mempunyai anak angkat.
“Buat masa sekarang Ras dan saya sudah mempunyai seorang anak, kami tidak merancang tetapi kalau ada rezeki alhamdulillah. Saya enggan meletakkan sebarang tekanan dalam perkahwinan kami ini,” kata Ilias yang memilih Maldives untuk lokasi bulan madu bersama isterinya itu yang jadualkan pada awal tahun depan.
Ras Adiba sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit program hiburan, Amri Ginang selama dua tahun sebelum bercerai pada tahun 1999.
Ujian datang bertimpa-timpa apabila Ras Adiba terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002.
Personaliti televisyen itu mempunyai seorang anak angkat bernama Umar Ras Engel Abdullah, 6. Begitu juga Ilias yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mempunyai seorang anak, Amar Raj, 6.
Faezah Elai letak syarat
SETELAH memperoleh cahaya mata pada bulan Februari lalu, pelakon Faezah Elai mengakui dia terpaksa meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang ingin mengambilnya berlakon.
Ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada minggu lalu, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah itu menyatakan tindakan tersebut bukanlah menunjukkan dia semakin terlalu memilih.
"Kehidupan saya sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana saya sudah memiliki seorang anak. Jadi, jadual harian saya juga pastinya jauh berubah.
"Misalnya, saya meletakkan syarat kepada penerbit atau pengarah yang saya tidak boleh balik terlalu lewat dan perlu selesaikan penggambaran sebelum pukul 11 malam," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia tidak risau sekiranya syarat tersebut akan membuatkan tawaran berlakon yang diterimanya semakin kurang, Faezah menegaskan dia tidak kisah jika pihak penerbit tidak boleh mengikut syarat yang diberikannya.
Menurut ibu kepada cahaya mata bernama Dealova Heyrinna yang berusia lima bulan itu, syarat tersebut diberikan kerana dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
"Selepas berumah tangga dan mempunyai anak sudah tentu keluarga menjadi keutamaan saya. Kalau ada yang nak ambil saya berlakon, mereka perlu ikut jadual saya.
"Pada masa yang sama, dengan status sebagai seorang isteri dan ibu sekarang, saya juga terpaksa memilih skrip dan watak yang ditawarkan," ujarnya.
Meskipun telah meletakkan syarat yang sedemikian, pelakon berkenaan memberitahu, masih ada pengarah yang memahami situasi dirinya serta memberi kelonggaran.
Selain itu, memandangkan jadual lakonannya yang cukup padat, Faezah berkata, adakalanya dia terpaksa membawa anak kecilnya itu ke lokasi setiap kali menjalani penggambaran.
Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan memandangkan anaknya itu masih lagi menyusu badan serta tidak yakin untuk meninggalkannya dijaga oleh pembantu rumah.
"Apabila berada di lokasi penggambaran saya akan kerap terfikirkan anak di rumah sehinggakan konsentrasi terganggu.
"Maka, saya ambil keputusan untuk membawanya, asalkan dia ada depan mata saya," jelasnya.
Tiada masalah
Bercerita tentang perkembangan kerjayanya sepanjang bulan Ramadan ini, Faezah berkata, dia tetap aktif berlakon seperti biasa.
Ujarnya, ketika ini dia sedang membintangi dua buah telemovie khas untuk siaran Aidilfitri iaitu Abah Tak Balik Malam Raya (TV3) dan Sirna (RTM).
"Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tetap berlakon ketika bulan puasa. Namun begitu, saya akui kali ini agak penat sedikit kerana perlu memberi tumpuan kepada anak.
"Bagi saya ia satu cabaran dan pengalaman baharu yang harus dilalui, tetapi dengan bantuan dan sokongan suami ternyata ia memberi kekuatan kepada saya untuk terus berlakon," ujarnya.
Untuk sambutan Aidilfitri nanti, pelakon berkenaan menyatakan mereka tiada masalah untuk pulang berhari raya memandangkan kampung halaman masing-masing terletak berdekatan di utara tanah air.
"Kampung saya terletak di Gelugor, Pulau Pinang dan Heykal pula berasal dari Kulim, Kedah. Jarak di antara kedua-duanya tidaklah jauh. Cuma, mungkin kami akan pulang ke kampung saya terlebih dahulu," ujarnya yang akan bercuti selama dua minggu.
Kawan tetapi ada jurang - Almy dan Fizz Fairuz
AWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu.
Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang.
Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang.
Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu.
Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing.
Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih.
Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi.
Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak.
Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya.
Canggung
"Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz).
"Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur.
Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula.
Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja.
Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali.
Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa.
"Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya.
Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan.
"Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah.
"Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan.
"Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai.
Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar.
Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz.
"Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah.
"Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan.
Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.
Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan.
Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit.
"Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy.
Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Takdir
Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.
Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya.
"Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan.
"Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya.
Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka.
Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah.
Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.
Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu.
"Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini.
"Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah.
AR Badul Bimbang Untuk Berpoligami
ELLY MAZLEIN CUTI SINGKAT DI HARI RAYA
Sepatutnya sebagai artis, mereka mempunyai banyak masa untuk bercuti tambah-tambah di hari raya yang bakal menjelang. Namun ia berbeza sekali dengan pelakon dan penyanyi Elly Mazlien yang komited dengan tugas yang harus digalasnya.
Ujar Elly, dia tidak dapat cuti panjang pada hari raya tahun ini demi melaksanakan aktiviti seni yang telah dipertanggungjawabkan. Tambah Elly, dia enjoy bekerja meskipun sedia maklum bahawa aidilfitri memerlukannya bersama keluarga di kampung.
"Hari raya pertama subuh-subuh lagi saya akan pulang ke Tanjung Malim untuk beraya, tetapi pada hari itu juga (Maghrib) saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Lagipun, perjalanan dari kampung ke Kuala Lumpur jaraknya taklah jauh sangat," ujar Elly.
Terdahulu, menjawab soalan wartawan yang mendakwa Elly mencucuk muka bagi menambah seri kecantikan, jawab Elly itu semua khabar angin semata-mata. Katanya, fanomena cucuk yang telah tersebar luas dalam dunia seni membuat masyarakat menganggap semua artis melakukan hal yang sama.
"Sebenarnya ia tidak benar sama sekali. Jujurnya saya tidak melakukan perkara tersebut," jelasnya ringkas.
Kami Kena Tipu - Mawi
Ketidakhadiran penyanyi, Mawi, dan isterinya, Ekin, pada sebuah majlis membabitkan pengusaha produk kecantikan di Shah Alam, beberapa minggu lalu, menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga ada yang menghentam tindakan pasangan ini.
Sebahagiannya menganggap kedua-dua selebriti ini sengaja membatalkan kehadiran mereka pada saat akhir, tanpa sebarang sebab.
Bagaimanapun, pemilik syarikat Unequein ini menjelaskan, mereka sebenarnya ‘ditipu’ stokis sendiri.
Bukan sengaja tidak menghadirkan diri, Ekin sebaliknya berkata, stokis mereka di bandar itu yang menghalang kedua-duanya daripada muncul majlis terbabit.
“Kami sudah bersiap untuk ke majlis berkenaan, tetapi kemudian kami dapat panggilan daripada stokis terbabit. Dia memaklumkan kami tak payah datang sebab tak ramai orang datang ke majlis itu.
“Apabila dia cakap macam itu, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak datang. Tiba-tiba, kami dapat panggilan daripada wartawan yang ada di sana bertanyakan mengenai ketiadaan saya dan Mawi. Ketika itu, baru kami tahu rupanya kami ditipu.
“Ramai artis yang datang ke majlis itu dan kehadiran kami pula bagi mewakili produk kami. Rupa-rupanya, dia beritahu penganjur yang kami tak jadi datang dan mengata kami ini artis yang tidak menepati janji,” katanya.
Tersentak dengan tuduhan dilemparkan sehingga boleh mencemarkan imej, pasangan ini bagaimanapun enggan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak.
Menganggap kejadian itu sebagai pengajaran dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh dengan hasad dengki dan dendam, mereka kini bertindak melantik stokis baru sebagai pengedar di negeri terbabit.
sumber : Berita Harian
Elly Mazlein Terus Terang Tentang Status Diri
Sebelum ini penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak mengiyakan, juga tidak menidakkan ketika diminta mengulas mengenai desas-desus yang timbul kononnya dia telah pun memutuskan pertunangannya pengarah, Azmi Hatta. Namun gosip itu masih terus berlegar mengatakan dia memang bukan lagi tunangan kepada sutradara tersebut.
Bertemu dengan pelantun Sabarlah Hati ini, tanpa sempat Malaysian Digest.com bersama pihak media lain sekali lagi mahu bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, Elly lebih pantas berkata,
"Pasal tunang? Buat masa ini hubungan kami macam biasa, baik-baik saja. Sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya. Bila tiba masanya nanti, saya akan berkongsi bersama semua mengenai hari bahagia saya.
"Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan", katanya ketika ditemui pada majlis majlis Iftar KRU Studios dan Pelancaran album Oh My Raya & Hijab di Ufuk Barat bertempat di sebuah hotel di pinggir ibu kota, malam tadi.
Elly dan Azmi, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Mengenai sikap Elly sebelum ini seolah-olah berdolak dalih apabila ditanya soal tunangnya sekaligus menguatkan lagi spekulasi dan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia dan Azmi memang sebetulnya tiada lagi apa-apa ikatan, pelakon Awan Dania The Movie ini berkata,
"Kepada mereka yang 'lebih tahu' tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh katakan pada mereka, cuba lagi", tuturnya sambil tersenyum sinis.
Lantas ditanya mengapa melengah-lengahkan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, Elly menyatakan kekangan masa dan kesibukan terhadap kerjaya masing-masing membuatkan impian mereka mahu bergelar suami isteri belum terealisasi sehingga hari ini.
"Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah.
"Walaupun saya tak suka kongsi hal peribadi pada umum tapi bagi saya, kalau nak cerita, saya suka cerita tentang yang manis-manis kepada semua. Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami.
"Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik. Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini", tuturnya.
Sementara itu mengenai persiapan raya, tahun ini dia akan pulang ke kampungnya di sungai Perak dan Tanjung Malim untuk berhari raya bersama sanak saudara.
"Raya ni saya hanya cuti semiggu selepas tu dah kembali bekerja. Saya akan balik ke Sungai Perak dan kemudia pergi melawat keluarga sebelah ibu di Tanjung Malim", katanya.
Dalam perkembangan lain, Elly yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama 40 episod, Mencari Cinta bakal muncul menerusi program raya, Raya Sama-Sama di saluran RTM.
Ana Dahlia serah pada takdir
KEHIDUPAN harian pelakon Ana Dahlia tetap berjalan lancar biarpun sekarang ini tanpa suami di sisi. Kesibukan berlakon membuatkan dia tiada masa untuk memikir soal mencari pengganti.
Ana yang berlakon sebagai Zafirah, wanita buta menerusi drama Cinta Yang Satu, arahan Along Kamaruddin itu berkata, dia tidak pernah serik untuk bertemu cinta baru selepas bercerai dengan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan.
Mereka hanya berkesempatan melayari hidup sebagai suami isteri selama 11 bulan dari tarikh pernikahan pada 31 Disember 2011.
"Biarpun sekarang ini saya hidup seorang diri tanpa suami tetapi saya tidak sempat nak merasa sunyi atau bersedih kerana sepanjang bulan Ramadan ini saya sibuk di lokasi drama.
"Alhamdulillah, rezeki saya tidak pernah putus. Drama lakonan saya Cinta Yang Satu sedang disiarkan di RTM 2, setiap Jumaat. Manakala drama Dia Tetap Ayah boleh diikuti di saluran Astro Pirma setiap Isnin hingga Khamis," jelasnya.
Disebabkan kesibukan di lokasi, Ana yang perlu menunggang motosikal untuk drama Mat Cepat, arahan Rashid Sibir itu berkata, dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Tidak dinafikan, sejak berstatus janda ada beberapa lelaki yang cuba berkawan dengannya namun setakat ini pintu hatinya belum berjaya dibuka.
"Bukan saya terlampau memilih tetapi dalam soal ini saya perlu berhati-hati kerana sudah melalui pengalaman berumah tangga. Kalau boleh biarlah orang itu boleh menjaga dan membimbing saya.
"Pada saya, kalau Allah sudah kata si dia atau si polan itu jodoh saya dan bakal bernikah dalam waktu terdekat, saya terima dengan hati terbuka. Untuk saya meletak sasaran bila bakal menamatkan zaman keseorangan ini tidaklah.
"Biar keadaan menentukan. Bagi saya tumpuan pada kerjaya lebih penting sekarang ini kerana banyak perkara yang belum saya laksanakan. Lepas raya inipun sudah ada satu tawaran lakonan," katanya.
Bercerita mengenai lakonannya sebagai gadis buta dalam Cinta Yang Satu, Ana berkata, selama seminggu dia belajar di Pusat Latihan Orang Buta, Brickfield, Kuala Lumpur.
"Bila berlakon jadi buta, barulah saya tahu macam mana golongan tidak berupaya itu melalui kehidupan. Sekali gus membuatkan saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.
"Untuk membawa watak Zafirah tidaklah semudah yang dijangka. Banyak yang perlu saya pelajari untuk menampakkan watak itu benar-benar hidup," katanya.
Baik dengan bekas mertua
Ada sesetengah orang, bila bercerai dalam keadaan duka disebabkan sesuatu perkara, maka sebaik talak dilafaz tidak akan ada lagi silaturahim yang dijalin sebelum ini.
Berlainan pula halnya dengan Ana Dahlia bersama bekas keluarga mertua, Chef Wan serta ipar, Serina kerana hubungan mereka masih berterusan hingga kini.
"Sehingga sekarang saya masih berhubungan dengan papa (Chef Wan) yang sering bertanya khabar. Cuma untuk bulan puasa ini kami belum berkesempatan untuk berbuka bersama kerana kesibukan masing-masing.
"Lagipun hubungan anak dan papa mana boleh putus. Saya anggap papa seperti mana papa saya sendiri. Begitu juga dengan Serina, ramai yang ingat kami bermusuhan. Sebenarnya, hubungan kami tetap mesra seperti dulu," ceritanya.
Jelasnya, hubungan dengan Serina tetap mesra dan mereka saling berhubungan cuma sekarang ini bekas iparnya itu sibuk menguruskan perniagaan sendiri.
Persiapan raya awal
Mengetahui dirinya bakal sibuk sepanjang Ramadan, awal-awal lagi Ana Dahlia sudah membeli pakaian raya untuk ibu bapa dan adik-beradik yang lain.
Dia yang bakal beraya di Taiping berkata, segala persiapan raya untuk keluarga telah disediakan sebelum puasa lagi.
"Awal-awal dulu saya nak berehat pada bulan Ramadan tapi bila ada rezeki tak mungkin saya menolak. Lagipun kebetulan saya sudah siapkan semuanya keperluan pakaian keluarga, jadi tidaklah saya tergocoh-gocoh nak membeli sedangkan di waktu yang sama saya sibuk di lokasi. Kali ini pun saya tidak berpeluang buat fotoshot dengan media kerana sibuk di lokasi.
"Saya adalah anak kedua daripada enam beradik dan menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keperluan adik-adik dipenuhi. Saya akan balik kampung bergantung kepada jadual penggambaran drama Mat Cepat. Sekarang ini kami cuba habiskan drama 13 episod itu dalam waktu singkat sebab masing-masing nak beraya," katanya tersenyum.
Bercerita mengenai sambutan raya bersama keluarga, Ana berkata, sudah menjadi kebiasaan keluarganya akan menikmati rendang Malaysia yang disediakan oleh ibunya.
"Paling seronok, rendang buatan mak itu akan dimakan bersama lemang yang dibakar oleh bapa. Sebelum bakar lemang bapa sibuk pergi cari buluh.
"Setiap kali raya itulah tugas bapa. Raya di kampung biasalah, tak payah nak tunggu hari tertentu untuk buat rumah terbuka, kerana orang datang tak pernah berhenti.
"Hari pertama, memang saya berada di rumah sahaja melayan tetamu. Raya kedua barulah ke rumah saudara mara di kampung berhampiran dan saya juga akan ambil kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



