Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Elly Mazlein. Show all posts
Showing posts with label Elly Mazlein. Show all posts

KALAU DAH JODOH - ELLY MAZLEIN NIKAHI AZMI HATTA 9 NOVEMBER

Jika sebelum ini pelbagai andaian dibuat terhadap penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, disebabkan dia tidak lagi memakai cincin tunang, namun berita baik akhirnya muncul apabila dia memberitahu akan melangsungkan pernikahan pada 9 November 2014. Malah sehari sebelumnya (8 November), Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, akan mengadakan majlis berinai sebelum bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta keesokkannya. Bagaimanapun, menurut Elly, majlis tersebut akan berlangsung serba sederhana disebabkan dia masih sedih dengan pemergian ibunya, Sabariah Ahmad beberapa bulan lalu. "Pada malam sebelumnya iaitu 8 November nanti akan berlangsung majlis berinai. Selepas akad nikah, Elly akan menziarah pusara mama. Tiada majlis persandingan dan juga resepsi besar-besaran seperti yang dirancang awal kerana Elly masih sedih dengan kehilangan mama," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sedikit maklumat tentang majlis itu yang diberi, Elly akan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas sebanyak sembilan dulang. Namun jumlah wang hantaran yang bakal diterima dirahsiakan. Sebagai rekod, Elly dan Azmi mengikat tali pertunangan pada Jun 2011 selepas dua tahun berkenalan. Berkat kesabaran menghadapi ujian, mereka akhirnya berjaya menepis gosip 'putus tunang' yang melanda percintaan mereka.

Belum rezeki jadi isteri - Elly Mazlein

PELAKON dan penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau Elly Mazlein, 32, nampaknya belum ada rezeki untuk bergelar isteri kepada pengarah Azmi Hatta, 38, menjelang Syawal kali ini. Namun jelas Elly, dia dan tunangnya itu masih kekal sebagai pasangan tunang walaupun tarikh asal perkahwinan mereka penghujung tahun lalu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. “Syawal ini kami masih sebagai tunangan. Memang banyak gosip saya dengar berhubung pertunangan saya, tetapi cukuplah saya katakan hubungan antara kami kekal utuh seperti sebelum ini. “Tidak perlulah saya menjaja kisah percintaan antara kami. Cukuplah kami berdua dan keluarga tahu hubungan antara kami berjalan seperti yang dirancang. Insya-Allah bila tiba masanya, saya akan memberitahu tarikh pernikahan kepada rakan media," jelasnya. Kini, penyanyi yang sedang terlibat dengan sesi rakaman drama bersiri Mencari Cinta di TV1 sebanyak 40 episod dihujani satu lagi gosip terbaru yang mengatakan dirinya telah menjalani pembedahan di bahagian muka baru-baru ini. Tidak menolak untuk memperkatakan berhubung perkara tersebut, Elly dengan jelas berkata dia tidak pernah menjalani sebarang prosedur seperti yang diperkatakan kerana dia lebih percaya kepada rawatan-rawatan tradisional. “Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak pernah menjalani sebarang pembedahan sama ada di bahagian mata, hidung mahupun mulut. “Saya memang amat menitik beratkan soal kecantikan. Namun tidaklah sehingga perlu menjalani pembedahan. Cukup sekadar menjaga pemakanan dan melakukan rawatan-rawatan kecantikan biasa. “Selain itu, saya juga sering melibatkan diri dengan aktiviti fizikal seperti berjoging kerana kecantikan luaran juga berkaitan dengan kecergasan dalaman," katanya yang ditemui sewaktu majlis berbuka puasa anjuran KRU Music, yang diadakan di Damansara, baru-baru ini. Bercerita soal sambutan perayaan Aidilfitri esok, Elly berkata dia dan keluarga akan mula berkumpul di Behrang, Perak pada pagi raya. Tidak lama selepas itu, di sebelah malamnya, Elly akan pulang ke Kuala Lumpur. “Di Behrang kami berkumpulan di rumah nenek sebelah ayah. Manakala kembali ke Kuala Lumpur untuk menjemput kehadiran keluarga sebelah ibu dari Pulau Pinang pada hari raya kedua. “Ini memang sudah menjadi rutin saya sejak beberapa tahun lalu kerana perkara paling penting adalah menghabiskan hari raya dengan bertemu ahli keluarga dan sanak saudara," katanya yang telah ke Amsterdam untuk rakaman drama Mencari Cinta.

Keluarga Tidak Tertekan Gosip Putus Tunang Elly Mazlein

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan segala khabar angin mengenai pertunangannya dengan pengarah Azmi Hatta. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak lebih mengetahui situasi hubungan tersebut berbanding mempercayai khabar angin yang tersebar. "Keluarga saya dan pihak lelaki juga baik-baik sahaja dan mereka lebih mengetahui situasi mengenai pertunangan kami. Alhamdulillah mereka tidak tertekan dengan khabar angin tentang kami. "Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami, kalau boleh biar cerita yang manis-manis sahaja," katanya ketika ditemui mStar Online. Elly turut menjelaskan dan menolak dakwaan pertunangan yang dibinanya pada 29 Mei 2011 itu telah berakhir. "Kepada mereka yang lebih tahu tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh saya katakan pada mereka, cuba lagi (sebarkan cerita)", "Buat masa ini hubungan kami macam biasa. Cuma kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya," katanya. Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

ELLY MAZLEIN CUTI SINGKAT DI HARI RAYA

Sepatutnya sebagai artis, mereka mempunyai banyak masa untuk bercuti tambah-tambah di hari raya yang bakal menjelang. Namun ia berbeza sekali dengan pelakon dan penyanyi Elly Mazlien yang komited dengan tugas yang harus digalasnya. Ujar Elly, dia tidak dapat cuti panjang pada hari raya tahun ini demi melaksanakan aktiviti seni yang telah dipertanggungjawabkan. Tambah Elly, dia enjoy bekerja meskipun sedia maklum bahawa aidilfitri memerlukannya bersama keluarga di kampung.
"Hari raya pertama subuh-subuh lagi saya akan pulang ke Tanjung Malim untuk beraya, tetapi pada hari itu juga (Maghrib) saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Lagipun, perjalanan dari kampung ke Kuala Lumpur jaraknya taklah jauh sangat," ujar Elly. Terdahulu, menjawab soalan wartawan yang mendakwa Elly mencucuk muka bagi menambah seri kecantikan, jawab Elly itu semua khabar angin semata-mata. Katanya, fanomena cucuk yang telah tersebar luas dalam dunia seni membuat masyarakat menganggap semua artis melakukan hal yang sama. "Sebenarnya ia tidak benar sama sekali. Jujurnya saya tidak melakukan perkara tersebut," jelasnya ringkas.

Elly Mazlein Terus Terang Tentang Status Diri

Sebelum ini penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tidak mengiyakan, juga tidak menidakkan ketika diminta mengulas mengenai desas-desus yang timbul kononnya dia telah pun memutuskan pertunangannya pengarah, Azmi Hatta. Namun gosip itu masih terus berlegar mengatakan dia memang bukan lagi tunangan kepada sutradara tersebut. Bertemu dengan pelantun Sabarlah Hati ini, tanpa sempat Malaysian Digest.com bersama pihak media lain sekali lagi mahu bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, Elly lebih pantas berkata, "Pasal tunang? Buat masa ini hubungan kami macam biasa, baik-baik saja. Sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya. Bila tiba masanya nanti, saya akan berkongsi bersama semua mengenai hari bahagia saya. "Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan", katanya ketika ditemui pada majlis majlis Iftar KRU Studios dan Pelancaran album Oh My Raya & Hijab di Ufuk Barat bertempat di sebuah hotel di pinggir ibu kota, malam tadi. Elly dan Azmi, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Mengenai sikap Elly sebelum ini seolah-olah berdolak dalih apabila ditanya soal tunangnya sekaligus menguatkan lagi spekulasi dan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia dan Azmi memang sebetulnya tiada lagi apa-apa ikatan, pelakon Awan Dania The Movie ini berkata,
"Kepada mereka yang 'lebih tahu' tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh katakan pada mereka, cuba lagi", tuturnya sambil tersenyum sinis. Lantas ditanya mengapa melengah-lengahkan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, Elly menyatakan kekangan masa dan kesibukan terhadap kerjaya masing-masing membuatkan impian mereka mahu bergelar suami isteri belum terealisasi sehingga hari ini. "Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah. "Walaupun saya tak suka kongsi hal peribadi pada umum tapi bagi saya, kalau nak cerita, saya suka cerita tentang yang manis-manis kepada semua. Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami. "Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik. Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini", tuturnya. Sementara itu mengenai persiapan raya, tahun ini dia akan pulang ke kampungnya di sungai Perak dan Tanjung Malim untuk berhari raya bersama sanak saudara. "Raya ni saya hanya cuti semiggu selepas tu dah kembali bekerja. Saya akan balik ke Sungai Perak dan kemudia pergi melawat keluarga sebelah ibu di Tanjung Malim", katanya. Dalam perkembangan lain, Elly yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama 40 episod, Mencari Cinta bakal muncul menerusi program raya, Raya Sama-Sama di saluran RTM.

Biar masa menentukan - Elly Mazlein

TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya. Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu. Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang. Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi. Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang. Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai. "Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin. "Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan). "Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa. "Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu. Cincin tunangDesas desus keretakan hubungan Elly dengan Azmi mula diperkatakan selepas penyanyi ini tidak memakai cincin pertunangan sewaktu hadir di pelancaran filem Awan Dania The Movie pada Oktober tahun lalu. Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang. Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja. Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang. Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu. "Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly. "Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan. "Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak. Berahsia soal hatiElly turut menegaskan sikap semulajadinya yang gemar berahsia terutama berkaitan soal hati. Percayalah dia tidak akan membuka mulut kerana hanya itu 'bahagian' yang tinggal untuk dirinya. "Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi. "Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati.. Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa. Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya. Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu.

Elly tetap kunci mulut

SEJAK penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengikat tali pertunangan dengan pengarah Azmi Hata pada 29 Mei 2011, sudah acap kali kedengaran kisah kurang baik mengenai pasangan tersebut. Sepatutnya mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Februari tahun lalu, tetapi ia terpaksa ditangguhkan pada Disember pula atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka berdua. Bagaimanapun, Elly dan Azmi tetap tidak melangsungkan perkahwinan seperti waktu yang dirancang, sehingga timbul spekulasi tentang hubungan mereka yang bermasalah. Ketika ditemui pihak wartawan semasa majlis pratonton filem Awan Dania The Movie pada Mac lalu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang komen tentang tarikh perkahwinannya. Setelah spekulasi berkenaan berlalu begitu sahaja, sebuah akhbar melaporkan bahawa hubungan antara Elly dan tunangnya itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harapan untuk berkahwin musnah. Bagi mendapatkan kepastian berkenaan perkara tersebut, Kosmo! lantas menghubungi Elly bagi mengesahkan laporan berkenaan. Kosmo!: Bolehkah ulas mengenai spekulasi yang mengatakan Elly tidak jadi berkahwin dengan Azmi? ELLY: Setakat ini saya memang tidak pernah membuat sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak berkenaan dengan status hubungan saya sekarang ini dengan Azmi. Secara jujurnya saya langsung tidak ambil kisah terhadap sebarang cerita yang keluar mengenai hubungan kami berdua. Jadi, tidak ada apa yang perlu diperkatakan.
Jadi, bagaimanakah status hubungan anda dengan Azmi ketika ini? Seboleh-bolehnya saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar mengenai perkara ini, tetapi apa yang boleh saya komen ialah meminta semua pihak bersabar sehingga tibanya hari yang baik dan bahagia buat diri kami berdua. Lagipun, spekulasi mengenai hubungan saya dan Azmi sedang berantakan sudah pernah dibangkitkan dan ditanya oleh pihak media sebelum ini. Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mengulas panjang. Adakah ia bermakna anda dan Azmi akan tetap melangsungkan perkahwinan? Itupun saya tidak boleh berkata apa-apa dan cukuplah dengan komen ringkas yang saya berikan. Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang? Buat masa ini, saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Mencari Cinta sebanyak 40 episod. Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk babak di Malaysia. Kini saya berehat selama seminggu dan pada 17 Jun ini (hari ini) saya menyambung penggambaran drama berkenaan di Amsterdam, Belanda dan akan berada di sana selama sebulan. Memandangkan sekarang ini semakin sibuk berlakon, adakah anda mahu melupakan terus bidang nyanyian? Sudah tentu saya tidak melupakannya kerana pembabitan awal saya dalam dunia seni adalah sebagai penyanyi, malah single terbaharu saya sudah dilancarkan beberapa bulan yang lalu berjudul Sabarlah Hati. Namun begitu, rezeki saya kini lebih terarah kepada bidang lakonan dan mungkin saya akan kembali aktif menyanyi semula. Sekarang saya mahu fokus kepada promosi lagu Sabarlah Hati sebelum keluar dengan single yang baharu pada tahun hadapan.

Sabarlah Elly...

MACAM-macam versi yang Miss J dengar tentang status pertunangan penyanyi Elly Mazlein dengan pengarah drama/filem, Azmi Hatta. Ada yang kata hubungan mereka bermasalah sejak bertunang kira-kira dua tahun lalu. Seperti ada sesuatu yang cuba menghalang mereka dari cepat bersatu. Terbaharu Miss J dapat tahu yang hubungan Elly-Azmi tidak dapat diselamatkan. Senang cakap, mereka tak jadi kahwin. Dengar cerita mereka terpaksa korbankan perasaan hati sendiri demi menjaga hati banyak pihak. Lebih baik jangan bersatu kerana perkahwinan yang dibina bakal membuatkan satu lagi pihak terasa hati. Ada juga yang mengadu pada Miss J yang Elly ini mudah cemburu bila nampak tunang kacaknya itu dikelilingi wanita rupawan. Entah betul entah kan tidak... Kalau betul apa yang Miss J dengar cerita tentang berita putus tunang ini, memang Miss J tumpang sedih. Sebab dah lama Miss J teringin nak tengok Elly naik pelamin. Harap-harap Elly sudi untuk beri penjelasan dalam bab ini...

Azmi Hatta Nafi Putus Tunang Dengan Elly Mazlein

Pengarah drama Azmi Hatta menafikan pertunangannya dengan aktres Elly Mazlein telah berakhir ekoran hubungan itu dikatakan berantakan. Azmi, 37, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan turut menolak sebarang masalah serius timbul di antara mereka. "Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami," ujarnya ketika ditemui di set penggambaran drama bersiri Epilog Cinta arahannya dekat sini, Rabu. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Dalam pada itu, Azmi berkata, kelewatan mereka melangsungkan perkahwinan adalah disebabkan kesibukan kedua-dua mereka dengan kerjaya masing-masing. Malah katanya, dia tidak mahu menjadi penghalang kepada kerjaya Elly yang sedang berada di tahap selesa sekarang. "Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. "Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan," ujarnya. Tambah Azmi, dia juga menyedari tanggungjawab untuk memimpin sebuah keluarga adalah besar dan mahu melengkapkan diri terlebih dahulu. "Saya mempunyai tanggungjawab besar kepada anak-anak dengan perkahwinan terdahulu dan mahu benar-benar bersedia dengan perkahwinan seterusnya. "Saya bukan seorang yang sempurna dan masih memperbaiki kelemahan kerana ikatan yang bakal kami bina adalah besar," katanya. Sementara itu, Azmi berkata, walaupun tidak tertekan dengan khabar angin yang melanda hubungan mereka namun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga. "Saya ada bawa Elly balik ke kampung untuk menjelaskan situasi sebenar dikalangan ahli keluarga terdekat tentang kekeliruan yang berlaku dan semua memahami," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Azmi berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan drama Epilog Cinta yang memulakan penggambaran pada pertengahan Mac lalu untuk siaran slot Samarinda di TV3. Ia dibarisi pelakon seperti Tasha Shilla, Nazim Othman, Raja Ilya, Alif Aziz dan Arash Mohamad.

Elly Mazlein Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan telah berantakan. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti. "Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas. Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya. "Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat. "Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini. "Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly. Selain Elly, filem ini turut menampilkan Scha Al-Yahya dan Rusdi Ramli sebagai peneraju utama.

Saya bukan isteri orang - Elly Mazlein

SEJAK tahun 2006 sehingga sekarang, nama wanita ini sentiasa panas dilanda gosip yang sama iaitu dikatakan sudah berumah tangga dalam diam. Sebelum ini, dia pernah didakwa bertunang dan berkahwin dengan orang kenamaan dan ahli perniagaan dari utara tanah air. Bagaimanapun cerita sensasi itu kembali reda tatkala ikatan pertunangan dengan pengarah filem Azmi Hatta, 37, itu berlangsung secara meriah pada 29 Mei 2011. Pun begitu, nama penyanyi ini kembali heboh baru-baru ini. Semuanya gara-gara tidak memakai cincin pertunangan pada majlis pelancaran trailer filem terbarunya, Awan Dania The Movie pada pertengahan Oktober lalu. Alasan 'terlupa' diberikan menambah spekulasi hubungan cintanya dengan Azmi. Seolah-olah ada berlaku gelombang besar di antara pasangan itu dan perlu disembunyikan kepada khalayak. Sikap berdolak-dalik yang dipamerkan pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu menyebabkan wanita ini kembali terperangkap dalam isu lapuk iaitu berkahwin dalam diam-diam. Elly didakwa sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada orang kenamaan (VIP) dari sebuah negeri. Nah, sebab itu Elly sengaja melengah isu cincin tunang dengan Azmi kerana sebenarnya hatinya sudah terisi dengan lelaki lain. Di manakah kebenaran gosip tersebut? Benarkah sandiwara terlupa memakai cincin pertunangan itu adalah senjata untuk mengaburi semua pihak dan menyembunyikan fakta kerana sebenarnya Elly sudah berkahwin? "Tidak. Elly single seperti sebelum ini. Masih belum berkahwin dengan mana-mana lelaki sekali pun. Semua itu gosip semata-mata. Beginilah, cerita tentang Elly yang orang kata dah berkahwin senyap-senyap ini memang dah lama sangat. "Sebab itu, apabila timbul lagi, Elly semacam dah kalis. Telinga Elly ini macam dah terbiasa dengan gosip yang tak diketahui hujung pangkalnya. Jadi, Elly anggap gosip itu seperti usikan manja. "Lagi pun, dah 15 tahun Elly bekerja dalam industri ini. Banyak benda yang Elly lalui. Jadi tak guna Elly nak melatah. Terpulang pada orang lain mahu percaya atau tidak. Tapi Elly nak tegaskan di sini yang pengakuan Elly ini bukan sandiwara," bidas penyanyi lagu Sutera Kasih ini berhubung dakwaan mengatakan dia sudah bergelar isteri orang. Ditanya apakah punca yang menyebabkan cerita itu tercetus, anak kelahiran Slim River, Perak ini ini mengangkat bahu. Kelihatan riak hairan di wajahnya bagaimana cerita tak baik tentang dirinya boleh tercetus. "Elly maafkan kepada sesiapa yang mereka cerita ini dan sebarkannya. Elly tak nak sesakkan fikiran Elly untuk perkara tak berfaedah macam ini. Lagi pun memang Elly jenis tak ambil kisah dengan gosip. "Buatlah sebanyak mana sebab memang Elly tak akan cerita gosip terutama di laman web. Di situ banyak tak betul daripada yang betul. Orang boleh tulis spekulasi macam-macam tentang sesiapa terutama artis tanpa batasan. "Untuk Elly pula, selalunya ada individu lain bertindak sebagai penapis cerita. Macam rakan terdekat Elly, mereka akan beritahu kalau ada cerita tak betul tentang Elly. "Itu lagi lebih baik daripada Elly ambil tahu secara langsung apa yang orang cakap tentang Elly bukan?," soal wanita ini yang mengakui tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan hanya menggunakan nombor telefon dan e-mel (elly_mazlein@yahoo.com) untuk urusan kerjayanya. Jadi adakah penyanyi yang bakal menyambut hari jadi ke-32 pada 17 Disember ini pernah terfikir untuk menyegerakan majlis perkahwinannya agar soalan tentang status dirinya itu tidak dijadikan bahan bualan masyarakat? "Kadangkala Elly terfikir juga tentang itu. Tapi Elly tak boleh penuhi kehendak orang lain sedangkan ada perkara lain yang belum selesai. Jadi berilah sedikit ruang kepada Elly untuk bagi keutamaan pada perkara yang sewajarnya satu persatu. Elly juga berharap agar semua dapat mendoakan agar hubungan Elly dengan Azmi berjalan lancar," katanya penuh harapan. Mengikut perancangan, Elly dan Azmi bakal disatukan sebagai suami isteri pada Februari lalu, namun disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut ditunda sehingga Disember depan. Sabarlah HatiDitanya tentang konotasi lirik single terbaharu Elly berjudul Sabarlah Hati dikaitkan dengan luahan hatinya mengundang kerutan dan senyuman di wajah jelita wanita ini. Bagi Elly, jika ada yang mengaitkan persamaan itu sebenarnya ia hanya kebetulan. "Terpulanglah kepada semua orang nak interpretasi macam mana, Elly terima saja. Tapi lagu itu bukan menggambarkan keadaan Elly. Sebab Sabarlah Hati memang untuk orang bercinta. Melodi ciptaan Manusia Putih itu sangat indah dan mampu membuai perasaan sesiapa saja. "Kalau tak ada aral melintang, lagu itu bakal dilancarkan pada pertengahan bulan ini. Satu majlis pra-dengar akan dibuat oleh pihak EM Entertainment bersama Warner Music untuk tujuan itu. Itu yang buat Elly tambah teruja. Sudah lama Elly nantikan saat kemunculan semula Elly sebagai penyanyi. "Iyalah selama ini Elly beri fokus di pentas lakonan. Berlakon drama dan filem kadangkala buat Elly terlena sebentar tentang fokus utama Elly dalam bidang seni. Tak apalah, syukur alhamdulillah apabila perjalanan karier seni Elly berjalan lancar," katanya membius bahagia. Adakah itu bermakna Elly akan melupakan terus dunia lakonan, pantas dinafikan pelakon drama Spa Q di TV3 ini. Katanya, dia cuma tak mahu dilihat tamak. Lebih bagus ambil pendekatan satu persatu dan tak mahu seperti peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. "Elly sentiasa berdoa untuk berlaku keajaiban dalam setiap nafas Elly. Tak kiralah dalam urusan peribadi atau kerjaya. Sebagai manusia serba kekurangan, Elly berserah segalanya pada Allah kerana Dia tahu segalanya," tutupnya penuh makna pada petang Rabu lalu.

Elly simpan rahsia

MAJLIS pertunangan aktres Elly Mazlein dan pengarah filem Azmi Hatta yang lengkap dengan kereta kuda di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur pada 29 Mei tahun lalu belum luput daripada ingatan. Mengikut perancangan, mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada Februari lalu, namun disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh itu ditunda sehingga Disember depan. Bagaimanapun, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi yang ditemui pada majlis pelancaran trailer Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor baru-baru ini nampaknya bermain teka-teki dengan pihak media berhubung status hubungan terkini dengan tunangnya itu. Cincin pertunangan tidak kelihatan di jari manisnya. Apabila disoal sebab kenapa dia tidak menyarungkan cincin pertunangannya itu, alasan yang diberi Elly: "Saya tidak sempat pakai sebab mahu keluar rumah cepat." Ditebak mungkinkah hubungannya dengan tunang yang berstatus duda anak dua itu telah terputus di tengah jalan, dia tidak mengesahkan mahupun menafikan, tetapi kata Elly, dia tidak akan menyembunyikan kebenaran di sebalik hubungannya selepas mendapat jawapan yang pasti. "Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. "Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai juga," katanya dalam nada berkias. Meskipun tarikh pernikahan tersasar jauh daripada perancangan awal, tegas Elly yang kini berusia 32 tahun, keluarganya tidak memaksanya segera bernikah. "Memang saya sangat bersyukur kerana keluarga amat memahami saya. Mereka tidak pernah paksa saya untuk lakukan sesuatu perkara, sama juga halnya dengan perkahwinan. "Faktor usia tidak membuatkan saya mahu segera berkahwin. Buat apa saya ikut kata orang dan puaskan hati pihak lain sedangkan diri sendiri yang merana. Saya jenis orang yang ikut kata hati," balasnya. Luah Elly lagi, meskipun belum berkahwin, kehidupannya kini cukup bahagia terutamanya dengan lambakan kerja yang tidak pernah putus. Kembali menyanyi Elly pernah bergelar seorang penyanyi popular pada awal kemunculannya, namun, disebabkan tawaran lakonan yang lebih banyak diterima, Elly lebih dikenali sebagai pelakon berbanding penyanyi. Selepas meninggalkan pentas nyanyian selama tujuh tahun, kata Elly yang bernaung di bawah EM Entertainment, kini dia bersedia bersaing kembali di pentas seni suara dan bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Sabarlah Hati. "Buat masa ini fokus saya hanya pada lagu single yang dicipta oleh Manusia Putih dan akan berada di corong radio pada November depan. "Kiranya lagu ini sebagai satu tanda kemunculan semula saya dalam seni suara. Lagu terbaharu ini sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini walaupun masih berada dalam genre balada," katanya mengenai lagu yang menjalani proses mastering di Australia itu. Walaupun sudah lama tidak muncul dengan sebarang album, kali terakhir pada tahun 2005, Elly yang pernah terlibat dalam puluhan drama seperti Bella, Spa Q dan Gerak Khas yakin kemunculannya masih dinantikan oleh peminat. Bahkan peminat yang memberi dorongan untuknya muncul dengan lagu terbaharu. "Sebenarnya saya cukup rindu untuk menyanyi semula. Apabila lihat rakan penyanyi yang sezaman dengan saya masih aktif menyanyi, timbul rasa cemburu, bilakah saya mahu berada di atas pentas seperti mereka. "Kalau ikutkan desakan peminatlah yang membuatkan saya muncul dengan lagu baharu. Jika mengikut jadual yang padat memang sampai bila pun saya tidak masuk studio untuk rakam lagu tetapi kali ini saya nekad," tuturnya yang merakam lagu Sabarlah Hati pada Ramadan lalu. Sungguhpun bakal aktif semula sebagai penyanyi, beritahu penyanyi Bungaku Bakawali itu, dunia lakonan tidak akan ditinggalkan sama sekali kerana permintaan untuknya terus berlakon masih ada.
"Apabila sudah kembali menyanyi, dunia lakonan tidak akan saya tinggalkan. Saya akan lakukan kedua-dua bidang serentak. "Cuma mungkin saya akan kurangkan kerjaya lakonan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerjaya nyanyian. Saya tidak boleh tamak kerana saya juga yang susah apabila jadual bertindih antara satu sama lain," jawabnya. Gedik Elly yang bakal muncul dengan filem Awan Dania The Movie pada hujung tahun ini bersama Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli dan Jehan Miskin tidak sabar untuk menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam filem tersebut. Dalam filem yang diangkat daripada drama bersiri Awan Dania itu, Elly memegang watak Tania, seorang pramugari yang sangat gedik dan sering bertelingkah dengan karakter Dania yang dibawakan Scha. "Ini merupakan kali kedua saya bekerja dengan Scha selepas drama Bella pada tahun 2008. Watak saya sangat berbeza dengan diri saya yang sebenar. "Tania seorang yang sangat over dalam segala hal baik pakaian mahupun perangainya. Sebelum ini saya selalu bawa watak baik, jadi apabila diberi watak sebegini saya sungguh seronok," ujarnya. Tidak bimbang peminatnya akan lari disebabkan watak yang dibawakan, kata Elly, peminat filem sekarang lebih bijak, malah, disebabkan wataknya itu mungkin dia akan mendapat peminat yang baharu. "Peminat tidak akan lari kerana watak jahat saya, saya yakin peminat sekarang lebih bijak. Watak Tania memberi satu pembaharuan kepada kerjaya lakonan saya. "Selain itu, saya juga tidak bimbang ditenggelami watak yang lain dalam filem ini kerana watak Tania merupakan watak baharu yang hanya diwujudkan dalam filem," luahnya.

Elly Mazlein Tidak Akan Sorok Kalau Putus Tunang

PETALING JAYA: Penyanyi Elly Mazlein tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus ataupun masih lagi berlangsung. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini. "Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul. "Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan," katanya berkias. Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin. Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini. "Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini. "Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula," katanya. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya: "Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar," ujarnya.

Elly Mazlein belum tetap tarikh kahwin

TANGGAL 29 Mei 2011 pastinya menjadi momen indah buat penyanyi dan pelakon, Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi, 31, atau Elly Mazlein apabila mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Azmi Hata, 37, yang juga merupakan seorang pengarah drama. Mengimbas semula majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur, ia diadakan dalam majlis yang serba mewah. Malah, Elly turut dibawa menaiki kereta kuda menuju ke dewan. Mengikut perancangan pasangan itu sepatutnya diijabkabulkan pada Februari lalu, namun pelantun lagu Sutera Kasih itu pernah memberitahu perkahwinan mereka terpaksa ditunda pada bulan Disember 2012. Bagaimanapun, Elly yang ditemui pada penggambaran drama Bazar Al-Mubarak baru-baru ini menyatakan tidak dapat memberikan tarikh rasmi mengenai majlis pernikahan mereka. Kosmo!: Sudah lebih setahun bertunang, adakah tarikh pernikahan Azmi dan Elly sudah ditetapkan? ELLY: Sebenarnya masih belum ada lagi tarikh yang betul-betul rasmi untuk majlis pernikahan kami. Kalau boleh saya ingin berkahwin segera kerana kami pun sudah bertunang agak lama. Apakah yang menyebabkan kalian berdua belum mendapatkan tarikh yang sesuai? Semuanya disebabkan kesibukan saya dan Azmi dalam kerjaya masing-masing. Saya sangat bersyukur kerana pada tahun ini tawaran berlakon yang saya terima tidak putus-putus, manakala Azmi pula sibuk dengan kerjayanya sebagai pengarah. Malah, semasa bertunang pada tahun lalu pun saya cuma bercuti selama dua hari sahaja sebelum kembali menjalani penggambaran. Jadi, jadual kerjaya kami memang sentiasa padat buat masa sekarang. Pada jangkaan anda, adakah kalian akan tetap mendirikan rumah tangga pada tahun ini atau mungkin ditangguh ke tahun hadapan? Kalau nak diikutkan saya memang mahu berkahwin pada tahun ini, namun semuanya bergantung kepada keadaan kami berdua. Disebabkan itu saya tidak boleh memberikan jawapan yang kukuh mengenainya. Bagaimanapun, kalau kami sudah bersedia dan mendapat tarikh yang sesuai, saya sendiri akan umumkan kepada media dan peminat. Lagipun, saya memang tidak keberatan untuk berkongsi tentang hari bersejarah kami kepada umum. Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang? Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi? Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia. Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja. Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda? Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Elly Mazlein Harap Majlis Pertunangan Tutup Cerita Negatif


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.

Sebelum ini, Elly pernah didakwa bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebelah utara.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Bakawali ini turut digembar-gemburkan bercinta dengan seorang pengarah yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Namun begitu, Elly enggan mengimbas kembali setiap persoalan yang pernah dikaitkan dengannya sebaliknya tidak mampu menahan sebak apabila menganggap segala-galanya sudah terjawab kini.

“Saya tak mahu komen tentang cerita yang mengatakan saya mengambil suami orang kerana hari ini merupakan hari bahagia saya.

“Saya tidak sabar untuk bergelar isteri pada Februari tahun depan memandangkan usia saya sudah mencecah 30 tahun. Saya juga sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan ibu,” katanya yang telah bertunang dengan duda beranak dua, pengarah Azmi Hata.

Menurut Elly, mereka berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.

“Saya tak kisah dengan status Azmi. Bagaimanapun, saya mengharapkan yang terbaik daripadanya hingga dia menunaikan janjinya untuk memperisterikan saya.

“Salah satu faktor yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah ciri-ciri kebapaan yang ada pada Azmi apabila melihat dia pandai mengambil hati anak saudara saya.

“Selain itu, dia merupakan seorang yang sangat baik hati, menghormati orang lain, matang, pandai mengambil hati saya serta ibu dan bapa saya dan romantik kerana selalu membuat kejutan kepada saya,” ujarnya di samping Azmi.

Dalam pada itu, Azmi memilih Elly untuk menjadi suri hatinya apabila merasakan wanita itu mempunyai banyak keserasian dengannya.

“Apabila bersama dengannya, saya rasa diri saya sangat istimewa. Saya tahu ramai lelaki yang sukakan Elly tetapi saya rasa bertuah apabila tercalon untuk menjadi teman hidupnya.

“Dia juga seorang yang lemah-lembut, cantik, manja dan memahami karier saya. Saya juga bersyukur kerana dia dapat menerima anak-anak saya dan mempunyai keperibadian seorang ibu. Malah anak-anak saya memanggilnya mama,” katanya.

Azmi bercerai beberapa tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.

Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.

Dalam perkembangan lain, Elly yang hanya sempat mengambil cuti singkat dua hari untuk majlis pertunangannya akan memasuki penggambaran drama Secangkir Cinta Semanis Madu dan menunggu single terbarunya, Please Forgive Me diputarkan di radio.

Sudah lama sabar - Elly Mazlein


Akhirnya impian Elly muncul dengan album terbaru tercapai

KARIER seninya bermula sebagai penyanyi. Siapa yang boleh lupa akan suaranya ketika lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bicara Kasih, Merry Go Round, yang bait liriknya cukup menyentuh hati.

Sememangnya, pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Elly Mazlein ini dikenali kerana bakat semula jadinya. Namun, sejak kebelakangan ini, namanya seakan-akan sepi dalam bidang nyanyian. Sebaliknya, wajah Elly Mazlein ini sering kelihatan di layar kaca. Bakatnya kini lebih kerap kelihatan melakonkan watak demi watak menerusi drama dan telefilem.

Apakah dia melupakan bidang seni suara yang pernah menaikkan namanya atau sekadar berehat seketika?

Ditemui ketika menghadiri pelancaran drama Seruan Pulau Nami baru-baru ini, Elly mempunyai berita baik untuk dikongsi bersama peminatnya.

Dengan perasaan teruja, dia memberitahu, penantian selama lima tahun bakal berakhir apabila album terbarunya bakal muncul tidak lama lagi dan ia diterbitkan oleh komposer, Julfekar.
“Bukan niat untuk tak nak menyanyi, tapi Elly banyak memenuhi tawaran berlakon membuatkan terpaksa melupakan bidang itu buat seketika. Namun tak nafikan yang Elly memang rindu sangat hendak menyanyi. Alhamdulillah, Elly kini sudah bernaung di bawah syarikat rakaman Millenium Art milik abang Julfekar dan sekarang dalam pembikinan album terbaru.

“Disebabkan bahan-bahannya sudah ada, kali ini memang Elly sudah bertekad meluangkan masa merakamkan lagu untuk album ini. Sekarang Elly baru rakam dua lagu yang berjudul Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Untuk single pertama Elly, kami memilih lagu Please Forgive Me yang dicipta oleh Julfekar” katanya.

Seakan-akan mengerti apa yang bermain di minda penulis, Elly menjelaskan dua lagu itu sengaja diberi judul sedemikian kerana mahu mencipta kelainan sekali gus mencipta gimik bagi menarik perhatian peminat.

“Kedua-dua buah lagu itu sebenarnya dalam Bahasa Melayu tetapi judulnya memang sengaja diberikan untuk memancing perhatian peminat. Elly sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat reaksi peminat selepas mereka mendengarkan lagu dalam album ini. Seronok dan teruja rasanya.

“Maklum sajalah, sudah lama tidak bertemu mereka, jadi bila sudah ada lagu baru, barulah bersemangat. Pertama kali bekerjasama dengan Julfekar, Elly menyifatkan gandingan dengan komposer kontroversi itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun mengakui pernah mendengar cerita kononnya Julfekar memang suka bergaduh dengan penyanyi di bawah pengurusannya.

“Tapi daripada apa yang saya lihat dan lalui, Julfekar sangat profesional ketika bekerja dan setakat ini saya selesa apabila bekerjasama dengannya,” kata Elly.

Tidak rahsiakan perkahwinan

SEPANJANG mengenali penyanyi ini, pelbagai gosip hangat dilemparkan kepadanya sehingga dia pernah menitiskan air mata ketika menjawab segala dakwaan nakal itu.

Terbaru, Elly dikatakan sudah pun bergelar isteri seorang kenamaan dan pernikahan itu dilangsungkan secara senyap-senyap.

Andaian itu tersebar luas apabila Elly dikatakan mengambil cuti selama dua bulan dari bidang lakonan. Apakah cuti rehat yang diambil Elly sebenarnya adalah cuti kahwin yang dirahsiakan dari media?

Menjawab soalan itu, sekali lagi penyanyi ini menegaskan bahawa dia masih solo dan tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya sedar selama ini media banyak membantu saya dalam membina kerjaya sehingga ke tahap ini. Jadi takkanlah saya nak merahsiakan hari bahagia ini dari anda semua. Gosip mengatakan saya sudah berkahwin tidak benar.

“Saya sudah penat menjawab gosip mengenai perkahwinan ini. Bukan sekali dua tetapi sudah banyak kali saya dikatakan sudah berkahwin. Apabila tiba masanya nanti dan sampai jodoh, saya akan menjemput kawan-kawan media untuk sama-sama meraikan hari bahagia saya ini,” katanya sambil mengakui kurang selesa apabila bercakap soal peribadi berlebih-lebihan.

Cincin siapa di jari manis? - Elly Mazlein


TAHUN ini genaplah usia Elly Mazlein 30 tahun. Kalau mengikut yang pernah direncanakan oleh wanita berbibir mungil ini, katanya dia mahu menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2010.

Namun apabila melihat pada kalendar, sekarang sudah pun masuk bulan Disember dan tak lama lagi tirai 2010 bakal dilabuhkan. Tetapi tiada pula khabar gembira daripada si penyanyi dan ratu drama Melayu ini.

Ketika berpeluang bertemu mata dengannya dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, Elly ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin.

Makin bergetar hati apabila mata ternampak-nampak kilauan cincin yang terikat elok di jari manis empunya diri.

Apalagi, maka timbullah bermacam-macam andaian mengenai dirinya yang mungkin benar sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang masih lagi menjadi misteri.

Pertanyaan lantas terus dihala kepadanya. Tetapi, wanita kelahiran Slim River, Perak ini langsung tidak melenting mahupun menunjukkan reaksi marah.

“Saya masih seperti dahulu, sangat sukar membuka mulut mengenai soal peribadi. Soal cincin ini saya tidak mahu komen. Lagipun saya memang suka memakai aksesori. Jadi tak seharusnya cincin yang saya pakai ini menjadi isu,” katanya.

Mengakui masih belum mahu membuka rahsia mengenai hal peribadi, Elly bagaimanapun menolak bahawa dia cuba bersikap stereotaip seperti mana sesetengah artis yang cuba lari daripada mendedahkan kebenaran.

“Tidak, saya bukan tidak mahu berkongsi mengenai berita baik dengan masyrakat terutamanya peminat saya.

“Saya tahu perkahwinan adalah satu perkara yang baik, tetapi saya lebih suka jika saya menyimpan ia sebagai sebahagian daripada hak peribadi.

“Tunggu sahajalah, sampai masa nanti saya akan beritahu kepada semua, itu janji saya. Cumanya, buat masa sekarang saya lebih suka berahsia,” katanya sambil menyimpul senyuman.

Mengakui tidak peduli dengan cakap-cakap orang terhadap dirinya, kata Elly dia lebih gemar membuka mindanya terarah kepada pemikiran yang positif.

Imej ala Wonder Girls

Gelombang pengaruh Kpop yang sinonim dengan artis dan selebriti negara Korea di Malaysia rupa-rupanya tidak hanya terkena pada kelompok peminat fanatiknya sahaja.

Kalau anda perasan, Elly Mazlein juga turut ‘berjangkit’ pengaruh Kpop ini. Malah, ia boleh dilihat apabila dia kerap muncul dengan imej yang trendy dan comel dan terkadang nampak seperti Wonder Girls pula. Kongsi Elly, sebagaimana jutaan peminat fanatik Kpop, dia juga mengaku Korea sangat dekat dengan hatinya.

“Saya memang suka menonton drama Korea begitu juga dengan lagu-lagu mereka. Malah, saya juga punya banyak koleksi drama Korea di rumah.

“Saya juga pernah ke Korea semasa menjalani sebuah pengambaran drama di sana. Apa yang saya perhatikan, imej gadis dan wanita Korea sangat trendy. Macamanalah tak jatuh cinta.

“Cara mereka berpakaian memang menarik. Memang ada yang kata imej wanita Korea seksi, tetapi tak semua begitu. Imej sopan mereka juga tampak menarik dan bergaya.

“Kalau ada yang kata imej saya macam mereka, maka saya jawab ya..apa salahnya. Yang penting tak seksi,” katanya.

Please Forgive Me

Diam tak diam, Elly Mazlein sebenarnya sudah merancang untuk kembali mewarnai dunia seni suara selepas puas muncul sebagai pelakon di skrin televisyen.

Kalau benar perkara ini berlaku, maka ia pastinya dapat mengubat rindu peminat-peminat yang sabar menanti kehadiran album Elly selama lima tahun.

Mengesahkan perkara itu, kata Elly, buat masa ini semua lagu sudah disiapkan dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Bercerita lanjut, menurut Elly, lagu yang bakal menjadi taruhannya berjudul Please Forgive Me ciptaan penuh komposer terkenal Julfekar.

Saat diaju soalan mengapa judul lagu tersebut menggunakan bahasa Inggeris, Elly berkata, ia adalah sebahagian daripada usahanya untuk memberi sesuatu yang baru dan segar dalam industri muzik tanah air.

“Memang tajuknya dalam bahasa Inggeris, tetapi kalau dalam lagu hanya satu perenggan sahaja yang menggunakan bahasa Inggeris, selebihnya bahasa Melayu.

“Selain Please Forgive Me, lagu berjudul Kata Saja I Love You turut dijangka menjadi hits. Malah lagu itu juga merupakan lagu runut bunyi untuk filem Awan Dania The Movie yang bakal ditayangkan tak lama lagi,” ujarnya.

Selain itu, Elly sempat membocorkan rahsia mengenai konsep albumnya yang dikatakan turut mempunyai pengaruh Kpop seiring dengan imejnya.

Elly Mazlein & Lelaki Misteri Di Hotel?


Disebabkan sering bergandingan dalam beberapa buah drama bersama Adi Putra, Elly Mazlein dikatakan telah menjalin hubungan dengan aktor tersebut. Terbaru, mereka membawa watak sepasang kekasih di dalam teater ‘Sri Mersing’.

Ketika ditanya sejauh mana kebenaran gosip itu, Elly terdiam seketika sebelum menjawab, “Benda ni masih baru, jadi saya tak kisah. Gosip-gosip macam ni tak ganggu karier Elly. Elly datang dengan niat yang baik, hanya untuk teater ‘Sri Mersing’."

Selain itu, timbul juga gosip kononnya ada yang melihat kelibat Elly bersama seorang lelaki di sebuah hotel.

Apabila diminta mengesahkan kebenaran perkara itu, Elly hanya berkata, “No komen. Anak seni ni dia sentiasa dengan gosip. Saya tak nak komen apa-apa tentang perkara ini. Takpe lah, semoga Allah merahmati dia (merujuk kepada orang yang menyebarkan cerita ini).”

Biasalah kalau dah jadi artis, ke mana-mana pun pasti ada mata yang memandang. Tambahan pula, muka cantik macam Elly ni. Kan senang Elly kahwin je. Mesti dah tak timbul gosip-gosip macam ni.

“Elly memang mencari (calon). Tapi jodoh di tangan Allah.”

Tatkala ditanya bila Elly merancang untuk menamatkan zaman bujang, dia memberitahu lambat lagi kerana hendak memberi tumpuan pada kerjaya lakonan.

Elly gedik?
Sinonim dengan watak lemah-lembut, Elly menepati ciri-ciri seorang gadis Melayu. Raut wajah dan karektornya yang lemah-lembut ini pasti mencairkan hati mana-mana lelaki di luar sana.

Namun ada juga segelintir pihak yang tidak suka dengan wataknya yang lemah-lembut ini. Ada yang mengatakan ia sengaja dibuat-buat malah ada juga yang menyampah melihat Elly yang nampak gedik dengan watak lembutnya itu.

“Tak nak komen pasal hal ni. Kelakarlah benda tu jadi isu. Pada Elly, tak kisah apa orang nak cakap, janji rezeki saya ada,” ujar Elly ketika ditemui di sidang media teater ‘Sri Mersing’ di Istana Budaya baru-baru ini.

“Elly teringin nak buat macam-macam watak, tapi ramai peminat tak suka Elly bawa watak jahat. Apa-apapun Elly tumpu pada rezeki mana yang datang.”

Elly kini sedang menumpukan sepenuh perhatian pada teater ‘Sri Mersing’ yang akan dipentaskan malam ini. Disebabkan kesibukannya membuat latihan, Elly yang membawa watak Sri Mersing terpaksa menolak tawaran lain.

Menurut Elly, dia hanya menerima satu tawaran saja pada setiap masa.

“Elly terpaksa tolak tawaran lain. Bagi Elly, rezeki tak ke mana-mana. Apabila orang dah ‘offer’, kita kena hargai. Kita jangan terlampau tamak. Kalau fikir rugi memang rugi kalau ambil satu tawaran saja, tapi kalau ambil banyak-banyak ‘job’ nanti, kualiti tak ada.”

Selepas tamat pementasan teater ‘Sri Mersing’, Elly akan menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri. Dek kerana sering menghiasi drama-drama tempatan, Elly layak diberi gelaran Ratu Drama.

Kali terakhir Elly berlakon filem adalah pada tahun 2003 dalam ‘Tangkai Jering’, ‘Janji Diana’ dan ‘Gerak Khas The Movie’. Ada diterimanya tawaran untuk berlakon filem, tapi ditolak kerana jadualnya yang padat.

Rancang buat ‘single’
Umum mengetahui Elly juga merupakan seorang penyanyi. Dia pernah muncul dengan album berjudul ‘Sutera kasih’ dan ‘Atas Nama Cinta’.

Terbaru, Elly merancang untuk membuat ‘comeback’ dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan ‘single’ baru pada tahun ini.

“InsyaAllah, Elly ada perancangan untuk keluarkan ‘single’. Nanti Elly akan uar-uarkan. Semuanya masih dalam perbincangan.”

Teater ‘Sri Mersing’ diadaptasi daripada sebuah filem Melayu klasik lakonan Allahyarham Nordin Ahmad pada tahun 1960 berjudul ‘Sri Mersing’. Teater ini dibintangi oleh Adi Putra, Elly Mazlein, Leez Rosli, Melissa Saila, A.Galak, Rusdi Ramli, Hairi (Anak Wayang), Azizah Mahzan, Dato’ Mustapha Maarof dan Datin Hjh Rosnani Jamil.

Ia akan dipentaskan mulai 12 - 21 Mac ini di Istana Budaya. Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM150, RM120, RM80, RM50, RM30 dan RM20.

Digelar andartu, Elly pasrah


Abang, Elly tertinggal beg mekap...” Itulah perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut Elly Mazlein selepas kira-kira dua tahun kami tidak bertentang mata.

Sesi fotografi petang itu yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan gara-gara beg yang memuatkan alat soleknya tertinggal.

Saya mengusik Elly, “Tak apalah, sudah faktor usia memang begitu. Kalau dah nak masuk umur 30-an macam-macam akan terlupa.”

Faham benar saya dengan situasi yang dialami Elly. Dan petang itu saya hanya duduk berborak dengannya manakala sesi fotografi terpaksa diatur pada hari lain.

Mengenali pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini, memang dia memiliki suara yang manja.

Tapi awas... Ada yang berkata suara manja Elly itu hanyalah pura-pura belaka. Dia sekadar berlakon untuk mendapat perhatian.

Itu semua cakap-cakap orang. Biarlah nak berpura-pura atau pun tidak, asalkan dia tidak menyusahkan saya sudah cukup.

Apabila menyebut nama Elly, tak ada perkara lain yang terlintas di benak fikiran kita melainkan tuduhan dia mempunyai hubungan dengan suami orang.

Ya... sejak 10 tahun dulu lagi apabila sebut saja nama wanita ini, tentu yang terlintas adalah gosip mengenai skandal.

Itulah kisah panas setiap kali kita berbicara tentang wanita bernama Elly Mazlein.

“Cukuplah... Elly tak mahu cakap lagi soal itu. Biarlah orang nak kata apa sekalipun. Elly tak mahu komen panjang kerana sudah penat,” ujarnya.

Kepada Pancaindera Elly mengakui hidupnya tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan orang kononnya dia menjadi punca terhadap kehancuran rumah tangga orang lain.

Sebab itulah apabila diajak berbicara perkara tersebut, Elly cuba mengelak. Mungkin dia sudah muak untuk memperkatakan sesuatu yang tetap menjadi buah mulut orang itu.

Andartu? Tak kisah

Bakal menginjak ke usia 30 tahun pada 17 Disember ini, saya berkata sudah tiba masanya untuk dia memikirkan soal berkeluarga.

Saya bergurau dengan menambah wanita yang semakin lanjut usia “harganya” semakin murah. Apa yang hendak difikirkan lagi?

“Tidak ada wanita yang tak mahu berkahwin. Semuanya nak tapi buat masa ini jodoh belum sampai. Elly mempunyai tanggung jawab yang besar untuk keluarga. Mana nak bayar rumah lagi, kereta lagi dan macam-macam.

“Kalau kita kahwin, kita kena bagi komitmen kepada suami. Nak berlakon pun tak boleh macam dulu. Tak boleh nak aktif sangat.

“Sebab Elly seorang yang sayangkan kepada keluarga. Jika kita kahwin tetapi masih bekerja macam kita hidup zaman bujang, ia akan menyusahkan. Itu yang Elly cuba elakkan.

“Sebab itulah sebelum membuat keputusan untuk kahwin, Elly kena pastikan keluarga akan hidup senang dengan wang ringgit yang Elly carikan untuk mereka dulu. Kalau dah kahwin nanti mungkin tak boleh nak bantu lagi,” katanya.

Saat ditanya tidakkah nanti Elly bimbang dipanggil andartu Elly tidak menganggap keputusannya untuk tidak berumahtangga dalam waktu terdekat ini memberi kesan buruk.

Andartu kata Elly hanyalah sebuah ungkapan tetapi soal jodoh itu adalah urusan Yang Maha Esa.

Apa yang pasti Elly tetap mahu berkahwin cuma masanya masih belum tiba.

“Selama hari ini orang selalu bertanyakan Elly soal kahwin. Ya... Elly dapat beri jaminan kalaulah suatu hari nanti jodoh itu sudah sampai, Elly tidak akan menyembunyikan perkara itu.

“Soal nikah dan kahwin perkara baik. Cuma bila Elly mengelak bercerita soal tersebut, ada yang membuat tuduhan kononnya Elly sudah berkahwin dalam senyap-senyap.

“Itu semua tak betul sama sekali. Elly mahu jelaskan kalaulah jodoh sudah sampai, Elly akan berkongsi dengan semua orang termasuk peminat. Jangan bimbanglah,” katanya.

Mana ambil duit?

Album terakhir Elly, Atas Nama Cinta diedarkan pada tahun 2003. Selepas itu syarikat rakamannya NAR Records telah ditutup.

Ramai yang tertanya-tanya dari sumber manakah Elly mencari wang untuk menyara hidupnya dan keluarga?

Dan kerana itulah sering ada suara-suara sumbang yang mengaitkan Elly kononnya ditaja oleh orang itu dan orang ini.

“Maaflah... Segala kesenangan Elly hari ini, Elly yang usahakan. Apabila tak ada album, Elly bukan duduk saja tapi Elly aktif berlakon.

“Bukan nak menunjuk tapi tawaran berlakon untuk Elly memang datang tak putus-putus. Elly kerja siang dan malam nak cari rezeki. Balik pun kadang-kadang awal pagi.

“Syukurlah walaupun Elly tidak aktif di pentas nyanyian macam dulu-dulu tapi rezeki itu sentiasa ada. Elly bersyukur sangat.

“Kalau ada orang nak kaitkan Elly dengan pihak itu atau pihak ini, maaflah! Itu semua fitnah. Elly tahu siapa diri Elly yang sebenarnya,” katanya.

Tunjuk bakat berlakon teater

Daripada seorang penyanyi, beralih kepada pelakon drama, Elly mengembangkan pula kerjaya sebagai seorang pelakon teater.

Teater Sri Mersing yang dipentaskan di Istana Budaya bermula Jumaat lalu sehingga 21 Mac akan datang benar-benar menguji kemampuan wanita ini.

Kali pertama ditawarkan berlakon dengan memegang watak sebagai Sri, Elly merasakan bukan mudah sebenarnya untuk bergelar bintang teater.

“Elly berlakon dengan mereka yang sememangnya hebat dalam bidang seni seperti Datin Rosnani Jamil, Melissa Saila, Rusdi Ramli dan Datuk Mustapha Maarof.

“Dengan bantuan dan tunjuk ajar pengarah Rosden Suboh menjadikan Elly benar-benar hebat apabila berada di pentas.

“Elly tidak menyesal menolak tawaran berlakon selama sebulan semata-mata, untuk memberi tumpuan terhadap teater ini. Walaupun bayarannya tidak semahal berlakon drama tapi Elly mementingkan kepuasan,” katanya.

Sri Mersing mengimbas filem klasik Melayu selepas 50 tahun dengan membangkitkan nostalgia Damak, Sri, Pak Malau dan Awang Sulung.

Tiket-tiket menyaksikan persembahan tersebut dijual dari RM20 sehingga 150 dengan melayari www.ticket2u.biz atau layari menghubungi 03-41498600.

Elly Mazlein sasar kahwin 2010 sasar kahwin 2010


“SAYA rasa nak tamatkan zaman bujang dalam setahun lebih lagi,” kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang digembar-gemburkan akan berkahwin dengan seorang pengarah berusia 34 tahun yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Meminta penjelasan daripada pelakon yang wajahnya semakin banyak menghiasi kaca TV menerusi drama dan telefilem lakonannya, Elly enggan memberikan komen berhubung hal itu.

Katanya dengan penuh lemah-lembut, “bukannya saya tak nak beri kerjasama tetapi sebab ia berkait dengan peribadi saya.

“Kalau dah ada pengesahan, baru saya akan umumkan sebab saya takut kalau dah pukul canang nanti, kalau tak jadi siapa yang malu.

“Saya tahu ramai yang nak tahu sebab sudah ramai kawan-kawan sebaya dengan saya yang sudah berkahwin.”

Jelas pelakon drama yang sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini, sebagai seorang artis dia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku kepadanya termasuk gosip.

“Sebelum ini saya tak pernah kisah dengan setiap gosip yang dikeluarkan sebab saya anggap ia sebagai usikan para wartawan.

“Ada yang kata saya bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan saya sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sebelah utara,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Elly tidak menafikan yang dia sedang mencari masa yang sesuai untuk membuat persiapan perkahwinan.

“Tipu kalau saya tak terfikir untuk berkahwin tetapi sekarang saya nak cari duit dulu kerana apabila sudah bersuami nanti saya tidak mahu terlalu sibuk seperti sekarang.

“Sementara saya masih belum mempunyai komitmen lain, saya akan ambil apa-apa peluang kerja yang ada,” katanya yang mengakui rezeki lakonannya tidak putus-putus sejak membintangi drama ‘Bella’.

Selain berlakon banyak drama dan telefilem, pelakon berusia 28 tahun ini juga telah berlakon dalam tiga buah filem iaitu ‘Gerak Khas The Movie’, ‘Janji Diana’ dan ‘Tangkai Jering’.

Sekarang, Elly sedang menjalani pengambaran drama 44 episod ‘Na O Mei’ untuk slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy ini akan selesai pengambarannya pada Januari depan. Dengan memegang watak Na O Mei, Elly berkata jalan ceritanya mengisahkan tentang kekeluargaan di mana seorang ibu berpisah dengan anak dan suaminya.

“Saya tertarik dengan watak dan cerita ‘Na O Mei’ serta suka bekerja dengan ramai pengarah. Selain itu, saya anggap tawaran ‘Na O Mei’ sebagai rezeki,” ujarnya yang masih lagi menyanyi tetapi tidak seaktif dahulu.

Jika tidak sibuk dengan lakonan dan mempunyai jemputan nyanyian, pasti Elly tidak akan menolaknya.

Mama pengkritik tetap lakonan

Secara jujurnya, Elly memberitahu yang dia jarang menonton hasil lakonannya di TV memandangkan dirinya selaku sibuk dengan lakonan.

Melainkan kalau sesi pengambaran dilakukan di rumah, dia akan cuba ‘curi-curi’ menontonnya. Jika tidak dia akan menonton di laman web YouTube sahaja kerana baginya ‘bagus juga menonton lakonan sendiri sebab dari situ kita dapat tahu kelemahan.’

“Tetapi saya tak boleh nak kritik lakonan sendiri. Jadi, mama saya yang akan sentiasa menjadi pengkritik yang setia.

“Sebelum saya ceburi bidang lakonan ini, saya dan mama suka menonton drama Melayu bersama-sama dan selepas itu saling bertukar kritikan dan komen masing-masing,” beritahunya yang turut baru selesai pengambaran telefilem ‘Obsesi Trauma’ untuk RTM.

Apabila memegang watak utama sesebuah drama, Elly tidak akan mengambil banyak tawaran lakonan. Jadual kerjanya juga pasti akan padat dan dia hanya berpeluang mengambil cuti semasa Hari Raya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails