Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon
Pelakon Rozita Che Wan tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta, 41, berkata, sebelum ini ada beberapa syarikat produksi menawarkan tawaran berlakon kepada Ammar namun ditolak secara baik olehnya.
"Jika dia berminat pun saya tidak akan benarkan dia berlakon biarpun ada beberapa tawaran diberikan kepadanya tetapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar Online.
Rozita ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.
Ammar bakal memulakan pengajian peringkat asasi di Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih dekat sini dalam bidang pengurusan perniagaan.
Dia turut memberitahu tidak berminat untuk terlibat dalam bidang seni seperti ibunya.
Dalam pada itu, Rozita kesal apabila ada pihak yang menuduhnya suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya selepas membuat keputusan untuk memberi hadiah sebuah kereta mewah kepada Ammar kerana kejayaan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Jelas Rozita, dia tidak pernah berniat untuk menghebohkan perkara itu sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemubual baru-baru ini.
"Apabila ditanya mengenai kesahihan tentang cerita saya ingin beli kereta untuk Ammar saya jawab tetapi bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersikap riak.
"Tetapi malangnya orang salah faham dengan kenyataan saya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa mengetahui cerita sebenar," jelasnya.
Sementara itu, Rozita berkata, hadiah yang akan diberikan kepada Ammar adalah sebagai galakkan kepada anak kesayangannya itu selain pemangkin semangat untuk berusaha lebih keras dalam pelajaran pada masa hadapan.
"Dia anak saya dan apa yang saya ingin berikan kepadanya adalah hak saya kerana saya tahu dia sudah berusaha keras selama ini dalam memastikan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.
Deanna Yusof Enggan Ambil Risiko Terbit Filem
Pelakon Deanna Yusof tidak berani menanggung sebarang risiko untuk menubuhkan syarikat atau terlibat menerbitkan filem.
Deanna, 46, berkata, keadaan industri perfileman yang masih terumbang-ambing membuatkannya bimbang mengalami kerugian besar jika bergelar produser tetapi dia benar-benar kagum dengan semangat penerbit lain yang masih berani melaburkan wang demi menaikkan industri filem negara.
"Bukan mudah untuk menjadi penerbit dalam keadaan industri perfileman kita tidak kukuh tambah pula kita sukar membaca keinginan masyarakat untuk mengetahui minat mereka bagi mendorong kita menghasilkan filem yang boleh mencetuskan fenomena.
"Sebab itu saya tidak berani nak ambil risiko untuk bergelar penerbit walaupun ramai yang menyarankan saya berbuat demikian. Tetapi saya tetap kagum dengan rakan-rakan yang masih berjuang menerbitkan filem," katanya.
Sementara itu Deanna turut memberitahu dia kurang mengambil tawaran lakonan sejak dua tahun lalu tetapi itu tidak bermakna dia berehat seketika daripada dunia seni seperti.
Malah dia terkejut apabila dikatakan telah menetap di luar negara gara-gara jarang dilihat di media mahupun televisyen.
"Saya terkejut apabila ada orang yang bertanya 'eh you dah balik Malaysia?' dan saya ternganga, bila masa pula saya menetap di luar negara?
"Tetapi itulah, tandanya orang masih mengingati saya lagi. Tetapi jujurnya, saya kini lebih memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran itu," ujarnya.
Terbaharu, Deanna bakal muncul menerusi filem CEO terbitan ARAfilm bersama-sama dengan pelakon Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Christina Suzanne. Ia bakal ditayangkan pada 12 Jun depan.
"Alhamdulillah, walaupun tidak banyak babak yang saya ada, tetapi watak sebagai seorang peguam yang jahat cukup membuatkan saya berpuas hati.
"Ramai yang anggap CEO adalah filem kemunculan semula saya, tetapi tidak sebenarnya," ujar Deanna.
Dalam pada itu, Deanna kini terlibat dengan perniagaan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Artisanal Asia Sdn. Bhd., iaitu syarikat pengedar eksklusif bagi jenama coklat dari Switzerland iaitu Grand Jean Freres.
Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun
Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, mengakui dia kini sedang menjalani kehidupan bahagia dan sudah bersedia untuk mempunyai isteri.
Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia.
"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.
Tambah Hans, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi berbanding kerjaya.
Dia juga mahu menjalani kehidupan peribadi yang lebih normal dan seimbang berbanding dahulu.
“Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.
“Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu,” katanya.
Sementara itu, bercerita soal kerjaya, Hans memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghasilkan serta mengarah filem Melayu.
Bagaimanapun, dia akui ingin mencuba beralih arah untuk menerbitkan filem berbahasa Inggeris serta bercadang menembusi pasaran Singapura.
"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.
“Kini saya masih dalam proses untuk mencari pelakon yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dengan cara Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hans berkata, dia bakal mementaskan Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September depan di Istana Budaya
Usia Lanjut Jadi Punca Ziana Terpaksa Masuk Kelas Vokal
Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan.
Ziana, 46, berkata, pada usianya sekarang dia perlu membuat latihan bagi membetulkan cara pernafasan dan nada yang sesuai memandangkan dia bakal mendendangkan 22 buah lagu pada malam itu nanti.
"Saya bukan lagi berusia 20 tahun dan mampu menyanyi seperti dahulu. Kerana semakin umur meningkat perubahan suara itu akan berlaku dan sebab itulah saya akan masuk kelas vokal.
"Menerusi kelas ini juga saya mahu memperbaiki pernafasan dan nada supaya saya dapat membuat persembahan terbaik buat peminat pada malam itu nanti," katanya kepada mStar Online.
Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Isnin.
I Am Ziana akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada pukul 8 malam.
Konsert itu adalah anjuran Gold Earth Pictures dengan kerjasama Ziana Zain Ventures.
Dalam perkembangan sama, Ziana berkata, pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita bersama Erra Fazira dan Awie di Istana Budaya bulan lalu turut memberi keyakinan kepadanya untuk meneruskan konsert solonya itu.
"Apabila saya lihat kembali kemampuan saya beraksi di pentas konsert Suara Kita yang memerlukan saya menyanyi, berlakon dan melakukan pelbagai pergerakan ia menambahkan keyakinan bahawa saya mampu menjayakan konsert ini.
"Biarpun umur semakin meningkat, paling penting kita percaya kepada diri sendiri dan positif dalam memastikan sesuatu perancangan itu berjalan lancar," jelasnya.
Sementara itu, Ziana berkata, I Am Ziana Zain diibaratkan sebagai impian menjadi kenyataan kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mengadakan konsert solo itu.
Kata Ziana, pelawaan daripada pihak Gold Earth Pictures untuk menaja konsert berkenaan memberinya peluang untuk merealisasikan hasrat peminat setianya untuk melihat dia beraksi di pentas.
"Saya tidak jangka peluang itu akan tiba selepas 15 tahun menunggu tetapi ia berbaloi dan ini adalah berkat doa daripada semua peminat saya selama ini," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi 'Ziana Zain In The Park' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tambah Ziana, dia memilih Melaka sebagai destinasi konsert itu kerana sudah lama berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert di negeri kelahirannya.
"Konsert ini juga memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang terutama di Selatan untuk menyaksikan persembahan istimewa saya," katanya.
Dalam pada itu, Ziana berkata, buat masa ini dia masih belum menentukan sebarang konsep tertentu namun menjanjikan persembahan bertenaga.
Katanya lagi, dia juga bertuah apabila Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik pada persembahan itu nanti.
"Sudah lama saya teringin untuk bekerjasama dengan Aubrey dan hasrat itu akhirnya tercapai.
"Apa yang boleh saya jamin tumpuan akan diberikan pada persembahan dan susunan lagu-lagu terbaik saya," katanya.
Tiket untuk menyaksikan konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (Platinum), RM255 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver).
Seramai 100 orang pertama pembeli tiket Platinum akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis selepas konsert diadakan.
Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh melayari laman web www.TicketPro.com.my atau menghubungi Vee di talian 012-203 2508 atau Hilmi 012-688 4434.
"Ahh... Mereka Buat Kerja Merepek" - Aliff Aziz Tempelak Syarikat Produksi
Penyanyi dan pelakon Alif Aziz sangat kecewa dengan tuduhan tidak berdisiplin selain dikatakan menjadi punca penggambaran sebuah drama yang dibintanginya tidak dapat ditamatkan mengikut masa.
Aliff atau nama sebenar Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata, masalah itu timbul apabila produksi tersebut tidak mempunyai cara kerja yang sistematik sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya pelakon.
"Saya kecewa bila mereka menuding jari dan meletakkan semua kesalahan atau kelewatan drama adalah disebabkan saya. Walhal apa yang berlaku adalah kerana cara kerja mereka yang banyak menyusahkan semua pelakon.
"Mereka beri jadual yang tidak masuk akal dan sering kali bertukar. Pada awal penggambaran lain disuruh dan bila produksi terpaksa menambah jumlah hari penggambaran. Ahh... mereka buat kerja lagi merepek,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Aliff berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu tentang dakwaan dia tidak berdisiplin dan memberi masalah kepada produksi ketika penggambaran sebuah drama.
Bagaimanapun, Aliff berkata, dia turut mengaku kesalahannya iaitu agak sukar untuk bangun pagi sehingga terlewat datang ke lokasi.
"Ya, saya mengaku beberapa kali datang lambat kerana terlajak tidur dan memang saya susah nak bangun pagi dan mereka ada menegur kesilapan saya itu.
"Saya terima teguran itu dan bersedia memperbaiki untuk datang awal pada keesokannya, tetapi mereka pula yang selalu lewat sehingga kadang-kala tiada babak langsung untuk saya.
"Apa salahnya buat jadual betul-betul dan jika tiada adegan saya tidak perlulah saya datang awal. Kadang-kadang saya terpaksa tidur di set seharian tanpa buat apa-apa kerja," katanya.
Tambah Aliff, sebagai pelakon baharu, dia sedar tidak setaraf dengan pelakon popular yang tidak perlu menunggu, namun dia kesal apabila ada pihak produksi yang menimbulkan isu ini.
Kejadian itu membuatkan dia serik untuk berlakon dengan syarikat produksi tersebut.
Dalam pada itu, ditanya tentang peristiwa dikejarkan ke Hospital Selayang minggu lalu, Aliff berkata, dia hanya mengalami lemah badan, tidak sihat dan hanya mendapat rawatan luar.
"Saya tidak dapat pergi penggambaran itu hanya sekali sahaja kerana saya tidak sihat dan lemah anggota badan.
"Itu pun bukan saya minta untuk tidak sihat, kalau boleh semua orang tidak mahu sakit," katanya.
ANAK ANGKAT GANTI HAMIL – AYU DAMIT
Disebabkan terlalu sibuk dengan karier seni dan perniagaan pertanian, Ayu Damit akhirnya mengambil keputusan untuk tidak hamil lagi. Semua itu dilakukan bagi memberi fokus sepenuhnya agar ia tidak mengganggu kerjayanya yang sedang meningkat naik.
"Saya baru sahaja mengambil anak angkat pada awal tahun ini ketika dia baru lahir. Tapi saya sudah menghantarnya ke kampung saya di Sabah untuk dijaga oleh mak saya sementara dia masih kecil.
"Saya rasa gembira bila anak ini hadir kerana ketika ini saya memang tidak mahu hamil lagi. Anak saya pun sudah ada dua orang dan anak suami bersama bekas isterinya juga sudah dua orang.
"Buat masa ini cukuplah dulu kerana saya sekarang pun baru mulakan perniagaan pertanian seperti kelapa dan nenas di Perak. Jadi agak sibuk sedikit nak tunggu ia berhasil selepas Hari Raya," katanya kepada media.
Untuk info, Ayu adalah artis kelahiran rancangan realiti One In A Million (OIAM). Dia ditemui media di Majlis Showcase dan Hi Tea Ayu OIAM di Hotel Royal, baru-baru ini.
Anak angkat yang diambilnya itu diberi nama Nur Qalisya Humairah dan kini sudah berusia lima bulan.
BERHIBUR DI PESTA SONGKRAN - ANA DAHLIA & UBAI 'HAPPY' DI BANGKOK
Jika bekas suaminya kini sudah ada pengganti, Ana Dahlia juga tidak ketinggalan mempunyai pengganti dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Jejaka tersebut bukan sahaja tampan, malah rajin juga bina badan macam Chef Riz. Heh.
Terkini, Ana dan jejaka yang dikenali sebagai Ubai Zulkiflee itu sempat bercuti bersama ke Bangkok, Thailand. Lebih menarik, mereka kelihatan amat happy sempena sambutan festival Songkran yang diadakan setiap 13–15 April di sana.
Jom tengok!
HARI LAHIR PERTAMA PUTERA RAYFAL RAMLI
Hari ini, adalah hari lahir yang pertama Putera Rayfal Ramli, anak Fasha Sandha dan Jejai. Tapi mungkin tahun depan, Rayfal akan menyambut hari lahir bersama adiknya pula kerana Fasha dikatakan sedang hamil anak kedua.
"My dearest rayfal, Today at 921AM you will turn one. Exactly a year ago i held you for the very first time, its a feeling that i will never forget, a feeling that is so unbelievable that i could not even start to describe.
"You were a small 2.68kg little bundell of joy. you felt fragile and so tiny. You and yop rayqal are the most precious thing I’ve ever seen. And I couldn’t believe that you were mine Adjusting to life with you at home definitely took some time. It was several weeks before you learned how to sleep at night and, even still, you would only sleep in bed with your ibu and me.
"I didn’t mind, in fact i loved it. Masa baru lahir, all you really did was sleep and eat. Not much crying. U were such a good baby, u only woke up once at night to nurse. you smiled in your sleep. I even remember the first time you did a social smile.
"We were in a ferry from pangkor to lumut. It was the most memorable thing in my life, You slept with us and while you were the smallest, you also got the biggest space hahaha when daddy was young, often i hear about the sacrifices that all parents have to make for their children.
"I honestly have not felt like I have made any sacrifices at all. Thank you for letting me be a daddy for a second time that day a year ago, and thank you for continuing to let me be your daddy today.
"On this special day there are a few things i would like to remind you, though you do not understand it now, u will understand it in the future. Sayang, ingat kepada Tuhan, semoga menjadi anak yang soleh kepada ibu dan bapa.
"Ingat dan sayangi tok tah dan yop rayqal serta semua kaum keluarga. Semoga menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara insyaAllah. I love you more than words could ever say. I love you with all my heart and soul. Happy first birthday sayang bucuk epot daddy ni. Love always and forever Daddy," demikian luahan Jejai sempena hari lahir anak pertamanya itu bersama Fasha.
Happy Birthday Rayqal!
NIKAH HUJUNG TAHUN INI – YUS JAMBU PILIH MODEL
Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan Yus Jambu, 38, yang awalnya tiada siapa yang memandang apabila hidup serba kekurangan.
Namun nasib Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus akhirnya berubah apabila dia menyertai Raja Lawak. Populariti Yus yang awalnya sedikit sejuk kemudian menjadi hangat di Astro apabila dia sering mendapat jemputan dan sekaligus menyertai Maharaja Lawak Mega.
Namun bukan kisah lama yang kami ingin ketengahkan, tetapi kisah pelawak popular itu yang bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.
"Persiapan tu dah buat dah sedikit demi sedikit, namun saya memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.
"Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat … Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.
"Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu," ujar Yus ketika ditemui media di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha baru-baru ini.
Untuk makluman, Yus berkenalan dengan model tersebut melalui Facebook dan sewaktu pertama kali mereka bertemu, hatinya terus tertambat.
"Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.
"Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.
"Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.
"Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya," ujarnya berseloroh.
"Saya sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun saya serahkan segalanya kepada takdir. Bukan apa, benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan Tuhan.
"Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.
"Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya," katanya yang merancang untuk membuat majlis resepsi bertemakan ala kampung.
"Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.
"Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.
"Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.
"Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
KES KELAKAR - BILA SUAMI DIDIE ALIAS MENGIDAM
Terbalik!
Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehamilan Didie Alias yang kini sudah masuk bulan ke enam. Bukan dia yang mengidam… tetapi suaminya pula yang mengidam dan turut mengalami alahan bagaikan sedang hamil layaknya.
"Selain muntah-muntah dan loya, suami saya turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain.
"Saya rasa pelik dengan suami saya kerana dia sering tidak sihat dan membuatkan saya risau akan keadaannya. Dia juga mengalahkan wanita yang sedang mengandung kerana dia sentiasa tidak sihat.
"Sebelum ini semasa saya hamil, saya tidak pernah mengalami alahan termasuklah ketika mengandung kali ini. Jadi apabila pembawakan budak itu berlaku kepada suami saya, ia perkara yang agak pelik dan merisaukan saya," ujarnya kepada media.
"Selalunya dalam tiga bulan simptom 'pembawakan budak' itu akan hilang tetapi tidak pada suami saya kerana dia lagi over dari saya.
"Malah perutnya juga hampir sama besar dengan saya kerana sering mengidam untuk makan pelbagai menu," kata Didie lagi dengan nada lucu.
Didie dijangka akan bersalin Julai depan. Hasil pemeriksaan doktor, Didie dikatakan bakal mendapat bayi lelaki.
"Seronok dapat bayi lelaki. Saya pun hanya ada seorang anak lelaki sahaja," tambahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]


























