Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

"SAYA ADA SEBAB RAHSIAKAN JANTINA ANAK" - LANA NODIN

Umum mengetahui bahawa Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, kini sedang mengandungkan anak pertama dan usia kandungannya sudah mencecah trimester kedua. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami dan berharap kedua-dua ibu dan bayi didalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau mengambil keputusan untuk merahsiakan jantina anaknya kerana ingin menjaga privasi keluarga.
"Tiada sebab yang khusus tetapi lebih kepada privasi kepada keluarga. Bagi saya, dalam tempoh masa ini biarlah keluarga sahaja yang tahu jantinanya terlebih dahulu. "Bukan bermaksud sorokkan anak kerana sampai masanya saya tetapi akan beritahu kepada umum jantina anak saya. Buat masa ini, biarlah rahsia," ujar Lana dipetik sebagai berkata. Apa yang penting sekarang ini Lana menjaga kesihatannya dan bayi agar mereka selalu berada dalam keadaan sihat. Jangan cepat tertekan dan membuat kerja berat. Semoga proses kelahiran nanti akan dipermudahkan. Read more: http://www.myartis.com/2015/10/saya-ada-sebab-rahsiakan-jantina-anak.html#ixzz3nkYBsqpw

Erin Malek Kongsi Kisah Lahirkan Anak Tanpa Kembarnya

Pelakon Erin Malek yang sebelum ini mengandung anak kembar selamat melahirkan seorang sahaja bayi sulungnya pada Khamis. Berita berkenaan didedahkan sendiri oleh Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, menerusi laman Instagram miliknya pada petang Jumaat. Bayi itu diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz yang dilahirkan pada kira-kira pukul 9.27 pagi. Bagaimanapun, Erin memberitahu kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu namun dibenarkan oleh pihak doktor untuk janin itu bersama kembarnya sehingga usia kandungan sembilan bulan.
"Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz. "Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu," katanya menerusi status terbaharu pada Jumaat. Jelas Erin lagi, seorang anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehinnga menyebabkan badan membengkak. Pun begitu kata Erin, dia tidak perlu mengugurkan janin berkenaan dan boleh meneruskan kandungannya seperti biasa sehingga 9 bulan. "Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga. "Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih," katanya. Erin dan Farriz berkahwin pada 10 Oktober tahun lalu.

"Kurang Popular Perkara Biasa" - Baby Shima

Penyanyi Baby Shima menyifatkan kegagalan mencipta populariti dalam industri hiburan meskipun sudah lebih tiga tahun di bidang muzik bukanlah perkara luar biasa sebagai seorang anak seni. Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli, 23, berkata, ia menjadi lumrah buat seorang anak seni sebelum meraih kejayaan dan perkara itu membuatkan dia tidak pernah berniat mahu meninggalkan bidang nyanyian. "Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman dengan dugaan yang lebih besar berbanding saya. "Bagi saya adalah normal untuk kita bersusah payah dalam tempoh lama sebelum mendapat kejayaan. Perkara itu membuatkan saya terus bersemangat dan tidak pernah putus asa mengejar cita-cita menjadi seorang penyanyi berjaya," katanya kepada mStar Online.
Baby Shima mula bertapak dalam industri seni selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010. Dua tahun selepas itu, dia muncul dengan single lagu pertama Tak Sabar, di bawah naungan KRU Music dan dibantu oleh pihak pengurusan iaitu AiCO Empire Group milik Adam (AF2). Sementara itu, Baby Shima berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu, dia sudah mula mengubah penampilannya dengan imej yang lebih matang. Katanya, sudah tiba masa untuk melakukan perubahan sesuai dengan dirinya sebagai seorang isteri. "Jika sebelum ini imej memakai gaun kembang dan reben di kepala seperti remaja muda, sekarang ini saya mahu ubah imej itu kepada yang lebih matang. Saya harap imej matang ini dapat diterima ramai," ujarnya. Dalam pada itu, bersempena dengan perubahan imejnya itu, Baby Shima turut tampil dengan single lagu baharu berjudul Lelaki Lama, ciptaan Panji Sakti. "Lagu ini menceritakan seorang lelaki yang berusia cuba memikat hati seorang gadis muda. Lagunya agak catchy dan mesra pendengar. "Saya yakin ia dapat diterima ramai apatah lagu Lelaki Lama diciptakan oleh komposer hebat, Panji Sakti, yang tak pernah gagal setiap kali menghasilkan lagu," tuturnya.

Fizo Omar Kongsi Kisah Hidup Menerusi Buku

Pelakon Fizo Omar berkongsi pengalaman dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar usahawan berjaya menerusi sebuah buku yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, buku berkenaan adalah terlalu peribadi buatnya kerana ia menghimpunkan segala pahit maung dalam mencari sebuah pengertian kehidupan sebenar. "Saya pernah hampir tewas dengan dugaan hidup termasuk kes penipuan RM8 juta, sehingga saya tertanya pada diri sendiri kenapa semua ini terjadi dan mengapa saya yang kena. "Bagaimanapun apabila saya belajar tentang sebab-sebab kenapa saya dipilih oleh Allah untuk berdepan dengan semua dugaan demi dugaan, lantas saya sebaliknya bersyukur dengan ujian itu," katanya. Buku setebal 272 muka surat itu mendapat sentuhan penulis Abie Abdullah dilancarkan sendiri oleh mentornya, Dr Azizan Osman bersempena program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang diadakan di Shah Alam, Jumaat lalu. Buku yang diterbitkan sepenuhnya oleh Azizan Osman Publications Sdn Bhd (AOP) ini menceritakan permulaan hidup anak jati kelahiran Kelantan ini dalam mengharungi kehidupan sebelum bergelar sebagai usahawan berjaya hari ini. Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bersyukur buku tersebut telah pun terjual sebanyak 1,000 naskah dalam masa dua hari di IMKK dan berharap ia dapat memberi lebih inspirasi kepada golongan belia. Buat permulaan kata Fizo, buku berkenaan hanya dijual di program-program anjuran Richworks International Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada 27 Syarikat Kumpulan Rickworks pada harga RM33 senaskhah. "Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor saya, Dr Azizan Osman yang mengembalikan warna di dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, Tuhan mengurniakan hikmah yang tersembunyi sebelum ini," ujarnya. Sementara itu, Dr Azizan Osman, buku Fizo Omar ini menyaksikan perubahan hidup selebriti itu secara dramatik. "Fizo Omar sangat berbeza daripada kelompok artis yang pernah saya lihat dan baca. Bukan kerana dia telah menghadiri seminar-seminar saya hingga menjadi antara pelajar contoh saya tetapi kerana dia berani dan pantas untuk bertindak.” "Tindakan yang saya maksudkan di sini adalah keluar daripada zon selesa. Fizo walaupun namanya sudah memuncak di dalam industri hiburan tetapi masih mencari ruang yang dikatakan benar-benar 'selesa' untuk dirinya," ujarnya.

Syafie Naswip Anggap Raja Ilya Seperti Kakak, Bukannya Kekasih

Pelakon Syafie Naswip berkata tidak mungkin dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Raja Ilya seperti yang digosipkan memandangkan perbezaan umur mereka yang ketara. Menurut Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 23, dia menganggap Raja Ilya, 30, sebagai seorang kakak dan senang dengan sikap aktres itu yang 'gila-gila'. "Kami tidak ada apa-apa (perhubungan) pun. Umur kami pun jauh beza dan saya anggap dia sebagai kakak. "Dia (Raja Ilya) seorang yang gila-gila dan perkara itu membuatkan kami senang berkawan. Rasa nak gelak apabila orang buat cerita begini," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Pada 30 September lalu, Syafie telah memuat naik foto dia bersama Raja Ilya di Instagram dengan meletakkan kapsyen; "Ada sesuatu perkara mengenai wanita ini yang membuatkan saya berasa selesa". Tindakan Syafie memuat naik foto dan kapsyen seperti itu mengundang tanda tanya ramai pihak adakah mereka sedang bercinta. Sementara itu, Syafie berkata, dia enggan mengambil gosip tersebut terlalu serius memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang terjalin. Dalam perkembangan lain, Syafie baru saja selesai penggambaran drama berjudul Dika Baran. Ia bakal disiarkan tahun depan di saluran RTM. Selain itu aktor dia juga bakal muncul menerusi filem Kampung Drift yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Katanya, sejak drama Wadi ditayangkan (masih bersiaran di TV3), dia mula menerima tawaran melakonkan karaktor yang lebih matang berbanding usianya. "Menerusi Wadi, saya hanya berlakon sebagai budak kampung. tetapi sejak drama itu, watak yang ditawarkan kepada saya lebih menarik dan matang. "Bukan karaktor kanak-kanak remaja skeptikal. Malah menerusi drama Dika Baran, saya berlakon sebagai suami orang. Alhamdulillah, orang mula melihat saya sebagai pelakon dewasa," tuturnya.

Ramli MS Tidak Berat Sebelah Sering Puji Bila (AF 2015)

Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) iaitu Datuk Ramli MS menafikan dia bersikap berat sebelah dengan hanya memuji persembahan salah seorang peserta program itu, Bila. Ramli berkata, dia tidak perlu bersikap prejudis kerana Bila sememangnya layak diberi pujian dan menyifatkan persembahan peserta itu tidak pernah mengecewakannya. "Saya cakap benda yang betul. Persembahan Bila tidak pernah mengecewakan dan dia cukup sempurna sejak minggu pertama lagi. "Kalau pelajar lain melihat pujian itu sebagai negatif, maka negatiflah ia. Tetapi sekiranya mereka melihat pujian saya itu satu benda yang positif, mereka pasti akan membandingkan diri dengan Bila dan berusaha lebih lagi. "Lagipun mana-mana peserta yang tidak bagus, saya tak hentam, kerana tahu kemampuan mereka setakat itu sahaja. Tetapi saya akan kritik mana-mana peserta yang dilihat boleh diasah bakat mereka lebih lagi," katanya kepada mStar Online.
Ramli ditemui selepas konsert separuh akhir AF 2015 yang berlangsung pada malam Ahad di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini. Pada konsert berkenaan, empat peserta iaitu Bila, Syamel, Sufi dan Sharul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir manakala Rachel dan Lisa pula diumumkan tersingkir. Sementara itu, Ramli berkata, dia yakin persembahan daripada empat peserta yang dipilih itu akan menjadi sengit pada konsert akhir AF 2015 yang bakal berlangsung Ahad ini.
"Saya takkan cakap peserta mana yang dijangka juara. Tetapi melihat empat peserta yang akan berentap pada final ini sudah membuatkan saya puas hati dan gembira. "Dan kita dapat lihat persaingannya cukup sengit. Para peserta juga harus berusaha lebih kerana jika mereka kurang menyerlah, peserta lain yang akan ke depan," ujarnya. AF 2015 bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak 2 Ogos lalu pukul 9 malam. Rutin para pelajar menjalani kehidupan di akademi melalui liputan harian Diari AF 2015 pula disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam. Konsert peringkat akhir AF 2015 akan berlangsung pada Ahad ini di Auditorium MBSA di sini pada pukul 9 malam.

Foto Beruniform JPJ Jadi Viral Beri Rezeki Mira Filzah

Pelakon baharu iaitu Mira Filzah tidak menyangka popularitinya naik secara mendadak gara-gara gambarnya memakai uniform anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disangka penguatkuasa sebenar menjadi viral di internet. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, berkata, pada mulanya dia disangka penguatkuasa JPJ selepas menyertai operasi sebenar sekatan jalan bagi menjayakan drama Din Sardin pada Ogos lalu. "Saya tidak sangka gambar saya dapat perhatian apabila tersebar dilaman blog dengan menganggap saya adalah anggota JPJ kerana mereka tidak kenal saya pelakon baru. "Lagi pula saya menggunakan pemakaian uniform yang betul mengikut nasihat pihak JPJ," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Mira diminta mengulas tentang gambarnya yang disangka anggota JPJ ketika menjalani penggambaran drama sehingga ia berjaya menarik perhatian ramai lelaki dan menjadi viral.
Telefilem Din Sardin turut dibintangi oleh pelakon Izzue Islam dan bakal ditayangkan pada Oktober ini di TV9. Sementara itu, Mira berkata, kekeliruan itu turut berlaku terhadap Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang turut meenyangkakan dia adalah anggota penguatkuasa ketika sesi pertemuan pihak produksi bersama agensi itu. "Ketika itu kami ada pertemuan dengan pihak JPJ dan pelakon juga diminta untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Ahmad. "Dalam sesi itu saya masih memakai pakaian uniform kerana baru pulang dari penggambaran sehingga beliau berasa pelik dan bertanya saya dari bahagian mana kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini," ujarnya. Sementara itu, Mira berkata, perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan orang ramai sedar tentang kehadirannya dalam industri lakonan tanah air. Disebabkan itu dia juga mula mendapat perhatian untuk membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan. "Saya masuk dalam industri sebagai pengacara program iaitu KL TV, Hijabista dan Qari Junior dan selepas itu saya dapat tawaran membintangi drama Eksperimen Cinta di slot Dahlia April lalu. "Selepas itu saya ditawarkan untuk drama Abang Haji dan Abang Beduk yang ditayangkan pada Aidiladha lalu di TV3 dan Astro Oasis kemudian barulah Din Sardin. "Alhamdulillah, nampaknya tawaran berlakon lebih banyak sekarang ini berbanding menjadi pengacara termasuk slot Akasia akan datang berjudul Cinta Si Wedding Planner," ujarnya. Dalam pada itu, Mira berkata, sebagai pelakon yang berhijab, dia juga meletakan syarat kepada produksi drama agar tidak ada babak bersentuhan biarpun berlapik. Katanya, ia merupakan perkara penting sejak awal pembabitannya ke dunia lakonan. "Saya sudah cakap awal-awal pada pangarah bahawa syarat saya tidak mahu babak romantik yang bersentuhan dengan pelakon lelaki biarpun berlapik. Alhamdulillah, setakat ini mereka menerima syarat itu,” ujarnya.

"Mesej Pada Ronaldo Tiada Kaitan Soal Perasaan" - Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menafikan tuduhan kononnya beliau memadam komen safe flight dear pada status Instagram bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo selepas ia menjadi viral di kalangan peminat negara ini. Siti Nurhaliza, 36, berkata, disebabkan terlalu banyak komen pada status berkenaan sehingga mencecah puluhan ribu, maka agak sukar untuk orang ramai mencari mesej yang ditulisnya itu. "Saya tidak padam pun, cuma orang tidak dapat cari sebab terlampau ramai orang Malaysia yang komen di situ hingga komen saya tidak dijumpai," ujarnya kepada mStar Online. Siti Nurhaliza ditemui pada sidang media konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya di sini pada Isnin. Terdahulu ucapan safe flight dear (semoga selamat dalam penerbangan) yang ditulis Siti pada Instagram Ronaldo pada Rabu lalu mendapat perhatian selepas ia menjadi viral sehingga ada yang memberikan komen negatif dan positif. SILA KLIK: Masalah Kewangan Punca Siti Nurhaliza Tukar Pelan Konsert
Siti juga berkata, ucapannya itu tidak memberi sebarang maksud yang berkaitan perasaan sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. "Perkataan itu adalah normal sahaja kalau dibaca dalam nada yang betul, tidak sampai bergetar tulang rusuk pun," ujarnya. Dalam pada itu Siti meminta agar orang ramai tidak besarkan isu itu sebaliknya melihat daripada sudut positif terhadap apa yang ditulis. Siti berkata, ia merupakan tindakan spontan yang dilakukannya bagi menzahirkan rasa kagum dengan kebaikan pemain bola sepak itu terhadap umat Islam seluruh dunia. "Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan, pada saya ucapan seperti itu adalah normal dan spontan sahaja, macam peminat saya yang mendoakan semoga saya selamat sampai ke satu-satu destinasi. "Saya bukan peminat tegar dia dan saya tidak ambil tahu sangat tentang bola sepak dunia cuma sejak beberapa berita tentang sumbangan Ronaldo berkaitan umat Islam membuatkan saya tersentuh dan ingin melihat kehidupan dia di laman sosial," ujarnya.
Dalam perkembangan lain konsert Siti bakal diadakan di Istana Budaya di sini pada 7 dan 8 November depan. Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.AirAsiaRedtix.com Ia dijual dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518.

"Saya Ke Kelab Malam Bukan Mahu Berfoya" - Ridzuan Hashim

Pelakon Ridzuan Hashim berkata kunjungannya ke kelab malam baru-baru ini bertujuan untuk bertemu dengan seorang produser antarabangsa, bukan berfoya-foya seperti yang diperkatakan. Ridzuan atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Hashim, 51, turut menjelaskan, foto dia bersama pelakon baru Fara Mendoza dan rakan wanita itu, Carmen yang menjadi viral di internet pula diambil semasa dua wanita itu memanggilnya untuk bergambar sebagai peminat. "Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar. "Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin. Ahad lalu, teman wanita Han Wong (bekas kekasih Tasha Shila) iaitu Carmen telah memuat naik gambar dia bersama rakan-rakan serta Ridzuan di Instagram dengan meletakkan kapsyen ucapan terima kasih kerana meraikan hari lahirnya di kelab berkenaan. Bagaimanapun tidak lama kemudian gambar tersebut telah dipadamkan Carmen selepas pengikut-pengikutnya mempersoalkan kehadiran Ridzuan di kelab malam berkenaan. Namun begitu gambar tersebut telah menjadi viral di blog-blog tempatan dan ramai yang mengkritik Ridzuan dengan menyifatkan dia sudah tua dan tidak sepatutnya berfoya-foya di tempat seperti itu. Dalam pada itu, sumber berkata, foto berkenaan sengaja didedahkan Carmen kepada umum. Sementara itu, Ridzuan meminta masyarakat tidak sepatutnya memberi pandangan skeptikal terhadap orang yang berada di kelab malam dan ia disifatkan sebagai tidak adil. "Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Ridzuan berkata dia baru saja disunting penerbit antarabangsa bagi projek filem Hong Kong sebagai watak gengster. Dia juga perlu melalui uji bakat dahulu sebelum dipilih membintangi filem berkenaan. "Untuk filem itu saya perlu jadi gengster yang tahu tiga bahasa iaitu Thailand, Myanmar dan Kantonis. Agak menacar, tetapi saya akan cuba juga. "Selain itu, ada juga beberapa penerbit negara luar mahu saya terlibat dengan filem terbitan mereka namun semua itu masih lagi dalam perbincangan," tuturnya. Ridzuan adalah pelakon terkenal sejak tahun 1980-an.

BERITA BAIK - LINDA RAFAR & SYED AIMAN BAKAL RUJUK

"Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif," demikian kata Linda Rafar mengenai berita terkini yang mengatakan dia dan suaminya Syed Aiman bakal rujuk semula. Malah tanpa berselindung, dia mengesahkan mereka kini sedang dalam proses untuk kembali rujuk, demi cinta yang masih utuh. Selain itu, dia sebenarnya masih sayangkan suami dan anak-anak. "Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini," ujar Linda. "Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya.
"Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya," tambahnya dipetik sebagai berkata.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails