Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Enam kali cinta ditolak - Anuar Zain

SUKAR sebenarnya untuk menyelongkar kehidupan penuh rahsia lelaki pilihan ramai wanita ini, masakan tidak dia sebenarnya lebih suka untuk hanya memberi ruang buat kerjayanya berada di hadapan sebelum dirinya. Itu merupakan prinsip yang sering dipegang Anuar Zain, namun di sebalik ketegasannya itu ada sisi dirinya yang sentiasa dihargai peminat. Menjadikan peminat sebagai elemen penting buat kerjayanya, Anuar memberitahu siapa dia, dan di mana dia berada kini tidak akan pernah lengkap perjalanannya tanpa sokongan peminat. Malah didalam setiap tutur bicaranya, tidak akan lekang untuk sentiasa memuji keupayaan peminatnya yang tidak putus-putus membantunya. Itu merupakan keistimewaan seorang penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai penyanyi yang mempunyai kelas tersendiri. Tidak menolak untuk mengatakan dia menjalani kehidupan yang sedikit eksklusif, bagi Anuar jika ia berbaloi untuk kerjayanya, nilai eksklusif itu memang perlu wujud. "Saya tidak membuat kerja sebarangan, sebelum menerima apa-apa tawaran saya akan kaji dahulu, bukan sahaja nilai bayaran yang akan menjadi penentu sebenarnya. "Jika ia mempunyai impak yang buruk untuk kerjaya saya, saya tidak akan lakukan, saya tidak berada di tahap yang akan melakukan apa sahaja, sebagai penyanyi saya mesti tahu akibat jangka panjang dari setiap perbuatan," katanya. Setelah 30 tahun berada di dalam dunia seni ada sesuatu yang menarik tentang lelaki tampan ini. Bukan sahaja menjadi dambaan setiap wanita namun setiap lagu-lagunya juga berjaya meletakkan dia di tahap lebih tinggi walaupun umurnya kini menjangkau 42 tahun. Cuba berkongsi rahsia "Star Value" yang dimilikinya, jawapan Anuar cukup ringkas. "Semakin dewasa kita cuba belajar membetulkan diri. "Bukan sahaja dari segi nyanyian tetapi adab yang membentuk diri kita, seperti cara percakapan, penampilan dan pergaulan kita dengan peminat," katanya merendah diri. Sedang dunia dilanda fenomena laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan selebriti kini, Anuar masih kekal dengan prinsipnya. Menurut Anuar dia tidak menyangkal kekuatan laman sosial kepada kerjaya seseorang artis itu, namun dia lebih senang untuk berhubung secara langsung dengan peminatnya. "Saya tidak mempunyai Twitter, cuma Facebook rasmi sahaja. Melihat kekalutan yang mungkin diwujudkan laman seperti Twitter rasanya saya lebih selesa untuk berhubung terus dengan peminat. "Maksud saya berhubung terus dengan peminat adalah melalui persembahan saya, di mana waktu itu mereka lebih dekat dengan saya," katanya. Wanita pilihan Memberi pendapat mengenai tanggapan wanita di luar sana mengenai dirinya yang dilihat cukup sempurna di mata mereka, Anuar menjelaskan dia hanya manusia biasa. Memberitahu tiada apa yang sempurna mengenai dirinya, dia percaya kebanyakan mereka hanya mengenalinya secara luaran sahaja. "Saya juga manusia biasa, tiada apa yang terlalu sempurna mengenai diri saya. "Saya percaya tiada seorang manusia di dunia ini yang sempurna, saya hanya menjadi diri sendiri, saya juga pasti mungkin ada yang menyukai saya dan saya juga tidak terkejut jika ada yang tidak menyukai saya, itu lumrah," katanya. Kalau diikutkan lelaki seperti Anuar sentiasa mendapat tempat di hati wanita, namun adalah sesuatu yang mengejutkan untuk mengetahui bahawa lelaki ini pernah dikecewakan sebanyak enam kali. "Saya masih solo, setelah enam kali cinta saya ditolak wanita. "Prinsip saya kini biar ditemukan jangan mencari," katanya tersenyum. Mencari kepastian mengenai wanita pilihan Anuar, cirinya-ciri yang diberikannya cukup mudah. Bukan kecantikan yang dicari lelaki ini tetapi hanya seorang wanita yang mampu menyenangkan kehidupannya. "Kalau boleh saya nak mencari seorang yang lemah lembut dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua situasi. "Ramah, berbudi bahasa dan yang paling penting mampu membuat orang di sekelilingnya senang bila bersama dia, katanya. Tidak dinafikan ketampanan Anuar merupakan antara sebab dirinya menjadi igauan ramai peminat wanita, jika diikutkan di kala umurnya kini bukan mudah untuk seseorang lelaki mengekalkan keterampilan sebegitu. Bagi Anuar tiada rahsia besar yang mahu dikongsikan dirinya, cukup untuk mengatakan kebahagiaan banyak membantu dirinya. "Selalu senyum dengan orang dan ketawa untuk hilangkan runsing, selain itu juga ia mampu membentuk keyakinan diri seseorang. "Melalui jati diri kita sebenarnya mampu memberikan penampilan diri yang segak dan menjadikan sesiapa sahaja nampak tampan," katanya mudah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails