Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Diana Rafar kongsi rahsia

DENGAN wajah ekstra berseri, mukadimah bicara pelakon jelita, Diana Rafar kedengaran santai sahaja petang itu. Tidak seperti kebiasaan Diana hanya bercerita tentang kerjaya seni, kali ini, pemilik nama lengkap Adiana Abdul Rafar ingin berkongsi rahsia kecantikan dirinya. Pelakon ini memang tidak dapat dipisahkan dengan dunia kecantikan. Memilik raut wajah yang ayu, dia masih lagi kelihatan persis anak dara. Walaupun sudah bergelar isteri dan ibu, Diana masih sibuk dengan jadual kerjaya seninya. Pun begitu , Diana sentiasa optimis untuk membahagikan masa antara keluarga dan kerja dengan baik. Mengaku dirinya sangat cerewet tentang perihal penjagaan kecantikan, Diana tidak hanya mementingkan penjagaan luaran kerana dalam masa yang sama, dia berhati-hati memilih suplemen untuk penjagaan dalaman. Terbaharu, Diana ditawarkan menjadi duta suplemen kecantikan, Maixara. “Saya sangat cerewet dalam memilih suplemen. Sebab itu apabila ditawarkan menjadi duta, saya perlu mencuba dan melihat hasilnya untuk menyakinkan orang lain. Alhamdulillah dengan suplemen C-Sential keluaran Maixara khusus untuk mencerahkan kulit, saya melihat hasilnya hanya dalam masa empat hari. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, saya meminum banyak air suam supaya detox dalam badan senang dibuang. Saya lebih suka mencuba sendiri daripada mendengar cakap-cakap orang," katanya yang turut menggunakan krim pelangsing Maixara untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Selain amalan suplemen, Diana turut mengamalkan minum air suam melebihi lapan gelas sehari. Bagi mengekalkan kelembapan kulit, Diana turut menggunakan losen setiap hari.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails