Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

MAYA KARIN SEDIA TAMAT ZAMAN JANDA

"Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. "Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan," kata Maya Karin, 33, mengenai teman hidup selepas sekian lama hidup menjanda. Kegagalan rumah tangganya bersama jejaka Inggeris Muhammad Ali, atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 2010 bukanlah penutup cintanya. Malah kata Maya, sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima hubungan baru setelah sekian lama menyendiri. Bagaimanapun, bila disoal lebih lanjut, Maya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki yang berjaya menawan hatinya itu kerana masih belum bersedia. Namun beliau memberi bayangan bahawa lelaki berkenaan sebenarnya turut terlibat dalam industri hiburan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails