Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Black bakal umum tarikh nikah selepas raya

Penyanyi Black, 26, akan mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Chira Khairi, 26, selepas raya ini. Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, pengumuman tersebut sepatutnya dimaklumkan pada 3 Julai lalu namun terpaksa ditunda selepas raya kerana beberapa masalah. "Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan diselesaikan dengan kadar segera. "Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. Juara program Mentor musim ke tiga itu telah bertunang dengan Chira pada 26 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails