Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Langgar treler, Lann A To Z trauma

PENYANYI yang juga bekas anggota kumpulan popular era 1990-an, A To Z, Lann A To Z baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori treler di Kilometer 70.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Gurun, Kedah. Kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 1.30 pagi sewaktu Lann, 47, bersama dua orang rakannya, Muhammad Zaidi Yusof dan Afrinas Rudy dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Jitra, Kedah atas urusan kerja. Akibat kemalangan itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertiga remuk teruk di bahagian hadapan sebelah kiri, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mengakui trauma dan masih terkejut ekoran kejadian yang berlaku, pemilik nama Norazlan Abdul Aziz itu memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Lann yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini sempat bercerita lanjut mengenai kemalangan tersebut. KOSMO!: Dikhabarkan Lann mengalami kemalangan baru-baru ini. Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang kejadian itu? Lann: Sebenarnya pada hari kejadian (Isnin, 2 Mac), saya bersama dua lagi rakan iaitu Zaidi dan Rudy dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Jitra, Kedah. Kami berada di sana atas dasar urusan kerja kerana baru sahaja menghadiri majlis perasmian pembukaan pejabat baharu syarikat kendalian kami di sana. Memang menjadi kebiasaan kami memilih untuk memandu pulang pada waktu awal pagi jika ada urusan di lokasi yang jauh. Sebelum kejadian, kami bertiga tidak mengesan apa-apa yang tidak kena ataupun didatangi perasaan tidak sedap hati. Pada waktu itu, kereta yang kami naiki berada di laluan sebelah kanan dan di sebelah kiri pula ada dua buah treler. Dalam sekelip mata, lori yang berada di hadapan masuk secara mengejut ke laluan kanan. Zaidi yang terkejut terus menekan brek dengan serta-merta tetapi tidak dapat mengelak bahagian belakang lori. Akibatnya, kereta kami remuk teruk pada bahagian depan dan kiri pemandu. Namun, kami tidak mengalami sebarang kecederaan. Adakah segala urusan berkaitan kemalangan tersebut sudah selesai? Ya, segalanya sudah selesai. Pemandu treler terbabit juga turun melihat keadaan kereta kami pada waktu kejadian. Semua laporan polis juga telah diselesaikan dengan baik. Bagaimana pula dengan perkembangan terkini anda? Alhamdulillah, sejak ditawarkan menjadi duta produk kesihatan keluaran syarikat Moringga Plus Sdn. Bhd., rezeki saya semakin kukuh. Komitmen saya dengan syarikat itu juga berjalan lancar. Selain bisnes, Alhamdulillah keluarga saya juga akan bertambah ramai dengan kehadiran orang baharu. Isteri saya, Siti Nur Ain Daud, 27, sedang hamil enam bulan. Jantina bayi kedua kami masih belum disahkan. Bagaimanapun, saya tidak kisah sama ada anak saya nanti lelaki atau perempuan, asalkan semuanya selamat. Melihat kepada perkembangan dunia hiburan yang semakin rancak dengan kemunculan semula artis lama, tidakkah fenomena itu sedikit sebanyak memberi suntikan kepada anda untuk melakukan perkara yang sama? Tipulah kalau saya langsung tidak pernah terfikirkan soal itu. Memang ada niat untuk kembali menyanyi sebab muzik bagaikan nadi kepada saya. Mungkin belum sampai masanya untuk saya kembali menyanyi kerana banyak faktor menghalang. Pertama, sudah tentu faktor masa membuatkan saya terbatas untuk kembali menumpukan perhatian kepada nyanyian. Kedua, melihat kepada perkembangan industri seni yang semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu, membuatkan saya terfikir dua tiga kali untuk meneruskan niat untuk kembali aktif. Saya tidak mahu tergesa-gesa. Kalau ada rezeki, suatu hari nanti saya akan kembali ke dunia nyanyian dan lakonan sekali gus.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails