Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dayang Nurfaizah berhati-hati

KEJAYAAN lagu Di Pintu Syurga yang diangkat sebagai salah satu lagu terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-29 baru-baru ini nyata membuatkan Dayang Nurfaizah gementar. Justeru itu, penyanyi berusia 34 tahun ini melahirkan rasa khuatir andai karya lagu yang dihasilkan pada masa depan tidak mampu menandingi karya lagu berkenaan. “Kejayaan Di Pintu Syurga telah melonjakkan nama saya dalam persada nyanyian. Masyarakat seolah-olah sudah membuka mata dan memberi perhatian kepada kerjaya saya. “Itu adalah petanda yang baik buat saya. Pada masa yang sama memberi tekanan kepada saya untuk menghasilkan karya lebih berkualiti selepas ini,” katanya yang turut melahirkan rasa bimbang jika perjalanan kerjayanya dalam bidang nyanyian pada masa akan datang tidak sama seperti hari ini. Seiring dengan kejayaan yang diraih itu, Dayang mengakui tidak selesa jika terlalu dilambung pujian dalam kalangan masyarakat di atas kejayaannya lagu berkenaan. Kata Dayang, setiap pujian itu umpama racun dan bakal memakan diri jika terlalu leka. Lantaran itu Dayang sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak mudah lupa. “Dalam soal kemasyhuran, seseorang boleh hanyut jika tersilap langkah. Justeru saya tidak mahu jadi sebegitu. Biarlah dalam tahap sederhana saja,” ujarnya lagi. Berkongsi cerita, Dayang berkata, dia bakal tampil dengan sebuah lagu single baharu yang bakal dilancarkan hujung tahun ini. Mengakui sedang sibuk untuk mengumpulkan lagu yang bagus untuk tujuan berkenaan, kata Dayang, dia meletakkan lagu Di Pintu Syurga sebagai penanda arasnya. Bakal mengekalkan genre balada bagi single yang dihasilkan kelak, tambah Dayang, dia juga berharap agar mendapat lagu yang berkualiti setanding dengan lagu popular berkenaan. Minggu Setiausaha. Bakal disatukan dalam sebuah majlis makan malam Minggu Setiausaha, Memorable Moment With Azlan & Dayang Nurfaizah, dia turut melahirkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan penyanyi berkenaan. Kata Dayang, dia cukup mengagumi bakat yang ada pada lelaki yang terkenal dengan kehebatan suara bernada tinggi seperti Azlan itu. “Nada suaranya yang tinggi merupakan keistimewaan yang terdapat pada Azlan. Walaupun perbezaan terdapat pada orientasi genre kami, namun itu bukan satu masalah yang besar. “Ini kerana kami berdua pernah bergandingan sebelum ini menjayakan beberapa persembahan. Jadi tidak muncul soal kesukaran untuk mencari keserasian,” ujar Dayang yang akan menyanyikan 17 lagu secara keseluruhan dalam persembahan yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square pada 8 April depan. Dalam perkembangan berkaitan, Azlan turut melahirkan rasa teruja untuk menghiburkan pengunjung yang datang kerana itu adalah julung kalinya dia terlibat dalam acara sebegitu. Justeru Azlan berjanji untuk memberi kelainan dengan menyampaikan beberapa buah lagu balada nukilan terbaharu daripadanya. “Saya dikenali sebagai seorang penyanyi yang dekat dengan genre rock dan suara yang nyaring. Bagaimanapun untuk majlis makan malam itu, saya akan menyuntik sedikit kelainan dengan menyampaikan beberapa buah lagu balada nukilan terbaharu saya. “Saya mengharapkan agar kelainan saya itu diterima memandangkan pentas Minggu Setiausaha lazimnya bersifat eksklusif dan korporat,” katanya yang akan menyanyikan single baharu berjudul Melankoli buat julung kalinya di persembahan tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails