Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Emma Maembong Tidak Lagi Cintai Zizan, Kesali Mamat Khalid

Pelakon Emma Maembong kesal terhadap dakwaan pengarah filem Mamat Khalid kononnya dia sengaja tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh yang diadakan pada malam Khamis lalu. Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, pihak produksi tidak menjelaskan situasi sebenar yang berlaku mengapa dia gagal untuk menyertai sesi tayangan perdana tersebut. "Saya terkilan kenapa dia berkata demikian dan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengapa saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut. "Saya dimaklumkan lewat iaitu seminggu sebelum tarikh tayangan itu dan saya berada di Langkawi untuk penggambaran drama, namun saya sudah berusaha minta pelepasan daripada pengarah tetapi tidak dibenarkan kerana banyak scene yang perlu dihabiskan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat. Emma Maembong berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengarah filem Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid yang kecewa apabila dua pelakon iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong tidak hadir pada majlis tayangan perdana yang di adakan di Cathay Cineplex, The Curve, malam Khamis. Mamat berkata, kedua-dua pelakon itu memberi pengesahan tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan turut meminta pasangan itu memberi penjelasan terhadap perkara tersebut. Dalam pada itu, Emma turut bercerita tentang hubungan cintanya dengan pelawak Zizan Razak yang sehingga kini menjadi teka-teki. Malah dia juga mengulas khabar angin tentang orang ketiga dalam hubungan tersebut.
Apa komen Emma tentang tuduhan Mamat Khalid yang kecewa apabila anda tidak hadir pada saat-saat akhir tayangan perdana filem tersebut? Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan. Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu. Saya tidak kisah pun kalau terpaksa bayar sendiri tiket kapal terbang. Bila perkara itu juga tidak berjaya, saya minta agar tarikh tayangan itu ditunda hari ini (Jumaat) kerana penggambaran sudah abis tetapi mereka tidak mahu. Adakah Emma terkilan dengan perkara itu? Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi. Itu filem pertama saya berlakon dan sudah tentu saya sangat teruja untuk menontonnya walaupun ketika itu saya belum berhijab. Apa komen Emma jika ia dilihat sebagai satu taktik produksi filem perkara ini dijadikan isu untuk menghangatkan promosi filem yang akan ditayangkan pada 5 Mac depan? Saya tidak tahu niat mereka, namun bagi pihak saya perkara itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang artis. Orang akan menyalahkan saya dan beranggapan saya tidak memberikan komitmen terhadap produk sendiri, walhal saya sudah berusaha untuk datang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails