Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fizz Fairuz Risau Anak Masih Demam Kuning

Pelakon Fizz Fairuz memberitahu risau dengan keadaan kesihatan anaknya yang masih mengalami demam kuning sejak dilahirkan pada 17 Februari lalu. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, tahap demam kuning tersebut meningkat selepas seminggu dibawa pulang ke rumah. "Dah lebih dua minggu demam kuning dia tak baik lagi ketika dilahirkan tiga hari dia ditahan di wad kerana tahap bacaan bilirubin meningkat kepada melebihi 340 kemudian turun 180 dan bila balik rumah ia naik semula hingga 344. "Sekarang doktor masih pantau kalau tidak turun bawah 100 pada Isnin ini kemungkinan doktor akan ambil darah dan buat pemeriksaan hati, kita takut ada penyakit lain pula," ujarnya kepada mStar Online. Fizz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu. Fizz menerima cahaya mata pertama pada 17 Februari lalu selepas isterinya pelakon Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, di sini. Fizz dan Almy bernikah pada 26 April tahun lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails