Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Teka-teki tumor otak Nazim Othman

SELEPAS tiga minggu memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya hadir ke Klinik Otorinolaringologi di sebuah hospital swasta, pelakon Nazim Othman kini dikhabarkan sedang menghidap ketumbuhan otak. Spekulasi pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu itu menghidap ketumbuhan otak bermula selepas Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman memuat naik sekeping gambar Imbasan Magnetik Resonans (MRI) kepalanya di Instagram pada 18 Februari lalu. Dia bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi kepada semua pertanyaan dan teki-teki yang berlegar dalam kalangan peminatnya dan media. Pelakon berusia 31 tahun itu sekali lagi menimbulkan teka-teki apabila memuat naik gambar ubat-ubatan yang perlu diambil olehnya dua kali sehari. Minggu lalu, anak kelahiran Johor Bahru itu menampilkan imej terkininya yang sudah berambut pendek, sekali gus menguatkan desas-desus mengenai dirinya memang sedang menghidap penyakit kronik. Nazim kemudian mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik surah Al-Fatihah dengan kapsyen yang antaranya berbunyi: “Sama-samalah bersyukur selagi bernyawa. Alhamdulillah.” Dia bagaimanapun yang cuba dihubungi Kosmo! sejak beberapa hari lepas tidak memberi sebarang respons sehingga semalam. Melalui aplikasi WhatApps, pelakon itu hanya menjawab ringkas persoalan yang diajukan kepadanya. “Minta maaf, saya tidak boleh berkomunikasi sekarang. Saya harap kakak faham,” tulisnya dalam mesej tersebut. Sementara itu, rakan artis wanita yang rapat dengannya, Bella Dally saat diajukan tentang penyakit dan tahap kesihatan Nazim menjelaskan, dia tidak berhak untuk memberi sebarang kenyataan bagi pihak Nazim. “Saya minta maaf. Saya tidak berhak untuk menerangkan apa-apa,” ujarnya yang pernah berlakon bersama Nazim menerusi drama Kalimah Jiwa. Nazim yang merupakan bekas pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) mula membina nama sebagai pelakon pada tahun 2008 menerusi drama pertamanya lakonannya berjudul Frontpage.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails