Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts
Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts
"Anak Beri Reaksi Positif Selepas Dengar Lagu Ketika Mengandung" - Ana Raffali
Penyanyi Ana Raffali memberitahu amalannya memperdengarkan lagu-lagu ciptaannya ketika mengandungkan anak pertamanya, Aaydeen Oumar memberi kesan positif terhadap pembesaran bayi itu selepas ia dilahirkan.
Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 29, berkata, Aaydeen kini gemar mendengar lagu nyanyiannya dan akan berhenti meragam setiap kali dia menyanyikan lagu.
"Satu perkara yang sangat manis ialah Aaydeen cukup gemar mendengar saya menyanyi malah sejak dalam kandungan, dia menemani saya sepanjang masa ketika saya berkerja, menyiapkan lagu-lagu baru di studio.
"Kini, dia kelihatan seperti menghayati lagu saya terutamanya apabila saya ingin menenangkannya. Barangkali, secara rasminya dia merupakan peminat saya yang paling muda," katanya kepada mStar Online.
Aaydeen penyeri hidup Ana dan suami.
Ana yang berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 33, pada 25 Februari 2012 selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 12 Februari lalu.
Dalam pada itu, Ana berkata, sejak bergelar ibu aktiviti hariannya semakin padat dan lebih tertumpu kepada penjagaan anaknya seperti memandikan dan memberikan susu badan sepenuhnya.
Jelas Ana, menerusi cara itu dia percaya ia dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak selain menggalakkan interaksi mereka sekeluarga.
"Perubahan yang paling ketara ialah cara pembahagian masa dan perhatian dan menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami suami-isteri.
"Saya lebih memahami dan menghargai pengorbanan seorang ibu. Setiap hari membawa peluang untuk saya belajar perkara baru tentang 'parenting'," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai namanya dikatakan semakin tenggelam sejak berkahwin, Ana berkata, populariti adalah sesuatu yang di luar kawalannya kerana ia mempunyai pasang surut.
Kata Ana, dia bersyukur sepanjang bergelar anak seni dia berjaya mengelak daripada sebarang kontroversi dan yakin kehadirannya dalam industri masih relevan dan di terima peminat.
"Alhamdulillah, kehadiran saya dalam industri masih lagi relevan dan diterima masyarakat seluruh negara.
"Populariti bagi saya adalah sesuatu yang di luar kawalan individu kerana ada pasang surutnya. Saya lebih cenderung memastikan karya penulisan saya, baik lagu atau buku, bermakna dan tetap diterima peminat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ana berkata, dia kini sedang giat menyiapkan album terbaharunya dari karya novel puisi tulisannya berjudul #24minggu.
Malah kata Ana, dia juga bakal kembali menerima jemputan persembahan pada April ini dan akan mula mempromosikan single terbaharunya kepada peminat.
"Selain album dan single terbaharu saya juga mempunyai beberapa projek istimewa seperti mengendalikan sebuah perniagaan 'online' 'online' bersama keluarga," katanya.
Ana Rafalli Tidak Kejam Untuk Letakkan Bayaran Tinggi
Serah pada Tuhan - Ana Raffali
Ana Raffali Tidak Akan Sorok Berita 'Berbadan Dua'
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Ana Raffali berjanji untuk mendedahkan sendiri berita kehamilannya kepada khalayak jika dia ditakdirkan berbadan dua kelak.
Pemilik nama penuh Nur Hidayah Mohd Raffali, 28, ini berkata, teka-teki mengenai perkara itu sering diperkatakan sejak dia berkahwin hampir setahun lalu tetapi dia belum dikurniakan rezeki tersebut sehingga kini.
“Memang saya teringin sangat untuk mengandung. Siapa yang tidak mahu tetapi belum ada rezeki lagi.
“Kalau betul ada (hamil), saya sendiri akan berkongsi berita itu kepada khalayak sebab sudah banyak kali ia diperkatakan,” luahnya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Ana berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia dilihat berkunjung ke sebuah klinik, dipercayai bertujuan melakukan pemeriksaan kandungannya baru-baru ini.
Ana dan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah, 31, bernikah pada 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.
Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar walaupun dia dan suami terus berusaha dan berdoa agar dikurniakan anak secepat mungkin.
Mengenai kehidupan rumah tangga yang hampir mencecah setahun, Ana berkata, pengalaman bergelar isteri menjadikan dia insan yang lebih baik daripada sebelum ini.
“Banyak yang kami pelajari sepanjang setahun berkahwin. Kami semakin saling mencintai hari demi hari.
“Saya semakin sayang pada suami dan ia menjadikan saya insan yang lebih matang dan baik daripada semalam (sebelum ini),” katanya.
Beralih pada kerjaya, Ana berkata, dia kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Jauh Ke Syurga yang dipromosikan menerusi secara dalam talian sejak minggu lalu.
“Kita baharu buat pra pelancaran lagu itu sejak minggu lalu menerusi muat naik di laman YouTube.
“Insya-Allah, kalau diizinkan saya akan hantar radio dan minta bantuan rakan-rakan di sana untuk putarkan di stesen masing-masing,” katanya yang mendedikasikan lagu ciptaan sepenuhnya itu kepada suami dan perkahwinannya.
Ana Raffali bahagia selepas berkahwin
BERJAYA sebagai penyanyi memerlukan keberanian seseorang itu untuk tampil memberi persembahan hebat sekali gus berinteraksi bersama peminat.
Itu antara cabaran yang perlu dihadapi individu bergelar penyanyi. Tetapi ada sesetengah pihak, mungkin sukar untuk berbuat sedemikian lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai yang tidak dikenali dan setiap perbuatan itu di rakam untuk ditayangkan.
Baru-baru ini, .com berpeluang bertemu dengan pasangan bahagia, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah di dalam kereta api Senandung Malam ketika mengikuti program anjuran majalah Santai dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Johor Bahru pada 28 hingga 30 November lalu.
Terserlah keceriaan di wajah Ana Raffali dan Ahmad Aznaim selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga.
Selepas berkahwin pada 25 Februari lalu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 itu jarang sekali muncul di layar perak apatah lagi untuk mendengar cerita terbaharu mengenainya.
Kehadiran mereka berdua secara tidak langsung memeriahkan lagi perjalanan ke Johor kerana Ana Raffali dan Ahmad Aznaim bijak melayan kerenah setiap peminat biarpun tidak mengenali mereka sebelum ini.
Peluang bertemu dengan Ana Raffali dan pengurusnya itu selama dua hari turut disusuli pelbagai acara menarik sepanjang kami berada di Johor.
Menariknya, kami berpeluang beriadah dan mengunjungi lokasi popular termasuk ke pusat pelancongan berteraskan rekreasi dan intelektual di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Legoland Malaysia, Johor Premium Outlets (JPO) dan Plaza Angsana.
Bagaimanapun, bagi .com peluang melihat penyanyi ini berduet bersama suami tercinta di dalam gerabak khas yang dilengkapi sistem audio membuatkan kesemua rakan media lain terpegun menyaksikan saat manis tersebut.
Mereka berdua kelihatan amat romantik selepas menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan.
Pada mulanya, Ahmad Aznaim kelihatan malu-malu kucing ketika diminta menyampaikan sebuah lagu tetapi selepas dipujuk Ana Raffali barulah dia menyampaikan beberapa buah lagu duet bersama isteri tercinta. -SHAHRIL
ANA Raffali merupakan seorang selebriti yang peramah dan suka melayan kerenah peminat. Saya rasa bertuah kerana berpeluang bertemu dengannya dan mendengar nyayian secara langsung."
NURUL ANIS HASMIERA HARIS, 21.
SAYA selalu mengikuti perkembangan terkini Ana Raffali tetapi sejak dia berkahwin, Ana Raffali lebih bersikap low profile dan jarang kelihatan di layar perak. Bagaimanapun, peluang bertemu Ana dan suaminya amat menarik kerana saya berpeluang beramah mesra dengannya walaupun sedang berada di dalam kereta api."
NUR IZZATIE MOHD. RIZAIY, 24.
SEMUA orang kenal penyanyi Ana Raffali yang suka tampil dengan imej berbaju kurung dan gitarnya. Selain itu, suara Ana Raffali pun agak unik dan antara lagu kegemaran saya ialah Tolong Ingatkan Aku dan Kalau Berpacaran."
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121215/hi_03/Ana-Raffali-bahagia-selepas-berkahwin#ixzz2FN7iGBwy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ana & suami
BAGI pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, kemanisan hidup bersama sememangnya tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata.
Semuanya begitu indah. Apalagi Syawal kali ini menjadi Syawal pertama yang disambut mereka sebagai sepasang suami isteri.
Perasaan ini turut dirasai oleh penyanyi Ana Raffali, 27, dan suaminya Ahmad Aznaim Abdullah, 30.
Belum pun sampai tempoh setahun mereka mendirikan mahligai bersama, Ana mengaku bahawa tiada yang lebih indah daripada dapat menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya.
Selain dapat menyambut Aidilfitri bersama Naim sebagai suami isteri, Ana juga punya satu lagi berita gembira untuk dikongsi.
Menurut pencipta dan penyanyi lagu Tolong Ingkatkan Aku ini, tahun ini, kedua-dua mereka akan menyambut Syawal di kota Mekah, Arab Saudi.
Berasa jauhMungkin bukanlah suatu kelaziman bagi mana-mana pasangan yang baru berkahwin untuk berada jauh daripada keluarga apatah lagi dalam kesibukan kita menyambut hari raya.
Namun, bagi Ana dan Naim, mereka ada alasan tersendiri.
"Sebenarnya, sebelum kami bernikah, pernah saya memasang hajat, kalau kami dah kahwin, saya teringin nak mengerjakan umrah. Tak sangka hajat itu dimakbulkan Tuhan dalam tempoh yang bagi saya awal juga.
"Jadi bila dah diberi peluang, kami tak nak buang waktu. Bagi saya, apa yang diberikan oleh Dia amat molek sekali.
"Iyalah, sebab ini tahun pertama saya bergelar isteri dan beraya dengan suami, kemudian dapat pula menyambut Aidilfitri di Mekah.
"Tak dapat saya bayangkan betapa gembiranya saya untuk hadiah yang bermakna ini," katanya.
Sebelum ini, menurut Ana, dia seringkali mendengar cerita daripada orang lain yang telah mengerjakan ibadah umrah di Mekah.
"Dengarnya, perasaan menyambut lebaran di sana berlainan sekali. Bagi mereka yang pernah pergi di sana ketika bulan Syawal, pasti tahu bagaimana rasanya.
"Tapi, ada juga yang kata, antara Aidilfitri dan Aidiladha, hari raya korban lebih meriah di sana. Apa pun, saya tetap seronok kerana bukan selalu berpeluang begini," katanya.
Akan pulang ke tanah air pada 26 Ogos ini, kata Ana lagi, dia dan suami tetap berhari raya bersama keluarga masing-masing.
Dimulakan di rumah keluarganya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Ana kemudiannya akan pulang berhari raya di kampung mertuanya di Pasir Puteh, Kelantan.
Sengaja mengusik sama ada sudah pandai bercakap dialek Kelantan, ini jawapan Ana.
"Terus-terang, Ana boleh faham sikit-sikit apa yang mereka cakap. Kadang-kadang, Ana angguk saja macam faham. Tapi kalau nak suruh Ana balas balik apa dalam dialek Kelantan, memang tak dapatlah.
"Ana tak pandai lagi. Tapi sedang belajarlah supaya dapat lebih rapat dengan keluarga di sebelah Naim," selorohnya.
Kekok di pagi rayaSinar kebahagiaan jelas terpancar di wajah Ana tatkala dia riuh berceloteh mengenai hidupnya selepas berkahwin.
Tentu sekali banyak perbezaan yang dirasai oleh Ana mahupun Naim.
Kata Ana, bukanlah tak pernah langsung berhari raya bersama Naim sebelum ini.
Cuma, dahulu, mereka hanya kawan baik dan perasaan menyambutnya dengan status begitu jauh berbeza selepas mereka berkahwin.
"Dulu, kalau dia datang beraya di rumah Ana pun, mana ada kami nak salam-salam. Setakat cakap jelah. Lepas tu buat biasa je macam tak ada apa-apa berlaku.
"Sekarang ni, yang paling Ana kekok dan berdebar, macam mana Ana nak berdepan dengan suasana di pagi raya ni. Nak salam dia sebagai suami.
"Rasa janggal sangat sebab ini kali pertama kan. Ana mesti tergelak-gelak masa salam raya nanti," katanya.
Kenangan pahit manis AnaBerkongsi cerita mengenai kenangan pahitnya semasa menyambut lebaran, kata Ana, dia tidak akan melupakan peristiwa di mana dia kehilangan telefon bimbitnya.
Peristiwa itu, kata Ana, berlaku sekitar 2008.
"Masa tu, Naim dah balik beraya di Kelantan. Kebetulan, agaknya bosan, Ana dan adik-beradik yang lain keluar tengok wayang bersama-sama selepas ziarah saudara-mara.
"Nak dijadikan cerita, selepas tengok wayang, telefon bimbit saya hilang. Mungkin tercicir sewaktu di dalam panggung.
"Saya beriya-iya menangis sebab sayang sangat dengan telefon tu. Orang pertama yang saya hubungi adalah Naim. Masa tu kami kawan saja.
"Pertama kali dia dengar saya menangis. Dia pun gelabah jugalah padahal isunya cuma telefon saja. Tapi sejak hari tu, saya mula sedar setiap kali ada masalah, dialah orang pertama yang saya akan cari.
"Boleh dikatakan, dari situ jugalah saya mula sedar yang saya sebenarnya sukakan dia. Jadi ini adalah antara kenangan pahit dan manis buat saya bila bercakap pasal hari raya, " tawanya lagi.
Dalam pada itu, kata penyanyi yang cukup menggemari ayam masak merah dan nasi dagang ini lagi, dia juga tidak sabar menantikan Syawal tiba.
Ini kerana, dia bakal melancarkan sebuah single baru ciptaannya yang berjudul Jauh Ke Syurga dalam tempoh terdekat.
"Saya tengah cari masa yang sesuai untuk buat majlis pelancaran single ini.
"Kali ini, saya buat lagu bercorak islamik, lagu cinta dalam doa yang menjadi keunikan untuk air tangan saya kali ini. Tunggu pengumuman saya selepas raya ni, " katanya menutup bicara.
Ramadhan Beri Ana Raffali Ruang Baiki Diri
KUALA LUMPUR – Penyanyi wanita yang lebih dikenali dengan identiti berbaju kurung, Ana Raffali, 26, melihat kehadiran Ramadhan kali ini dapat memberikan ruang dan peluang buat dirinya untuk beribadah selain memperbaiki kelemahan dirinya.
Menurut laporan dari mStar Online, Ramadhan pada tahun ini merupakan peluang untuk Ana melakukan ibadah yang selama ini tidak lengkap.
Malah, keputusannya untuk bertudung awal tahun lalu juga memberikan sinar untuk Ana menjadikannya seorang Muslimah yang sentiasa mahukan ibadah yang dilakukan berjalan dengan lancar.
“Sambutan Ramadan kali ini membuka ruang untuk saya memperbaiki kekurangan dan kealpaan saya pada ibadah selama ini. Saya anggap keputusan untuk bertudung beberapa bulan lalu mempunyai hikmah yang besar.
“Saya bersyukur kerana dapat kesedaran itu. Sekurang-kurangnya, pada Ramadan ini saya dapat perbanyakkan ibadah kerana kami memang kurangkan jemputan nyanyian buat masa ini,” kata Ana.
Berkongsi cerita Ana menjalani ibadah berpuasa, Ana bersyukur kerana tahun ini dapat menyambut Ramadhan bersama-sama insan tersayang, suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim.
Setelah bergelar sebagai seorang isteri, Ana sekarang ini mempunyai teman untuk bersahur dan berbuka bersama-sama.
Anna juga turut merasai kemanisan beribadah di bulan mulia ini bersama-sama suaminya yang tercinta.
“Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menyambut Ramadan dengan suami buat pertama kali. Kalau pada tahun-tahun yang lalu, saya dan Naim berbuka puasa atau bersahur sebagai kawan baik tetapi kali ini sebagai suami isteri.
“Alam perkahwinan membuatkan kami lebih bersemangat untuk meningkatkan ibadah. Lebih manis lagi apabila kami dapat menunaikan solat tarawih bersama-sama di masjid yang menjadi lokasi pernikahan pada Februari lalu,” katanya.
Ana Raffali Belum Sempat Memasak Untuk Berbuka Puasa
HIBURAN
Rabu Julai 25, 2012
Ana Raffali Belum Sempat Memasak Untuk Berbuka Puasa
Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)
Ana Raffali
PETALING JAYA: Kedatangan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat penyanyi Ana Raffali yang pertama kali menyambutnya dengan suami Ahmad Aznaim Abdullah (Naim).
Ana, 26, berkata sambutan Ramadan menjadi lebih manis kerana alam perkahwinan memberikan motivasi kepada mereka untuk mempertingkatkan ibadah.
“Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menyambut Ramadan dengan suami buat pertama kali. Kalau pada tahun-tahun yang lalu, saya dan Naim berbuka puasa atau bersahur sebagai kawan baik tetapi kali ini sebagai suami isteri.
“Alam perkahwinan membuatkan kami lebih bersemangat untuk meningkatkan ibadah. Lebih manis lagi apabila kami dapat menunaikan solat tarawih bersama-sama di masjid yang menjadi lokasi pernikahan pada Februari lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Selasa.
Ana dan Naim, 30, bernikah pada 25 Februari lalu di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.
Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalaman berpuasa pada tahun ini, Ana berkata, dia masih belum berkesempatan untuk makan atau masak di rumah kerana memenuhi undangan berbuka puasa di rumah ibunya, keluarga mertua dan saudara-mara.
“Saya masih belum sempat masak apa-apa untuk suami lagi kerana kami sibuk berkunjung ke rumah ibu saya, mertua dan saudara-mara yang lain. Lagipun kami hanya berdua, lebih senang kalau makan di luar.
“Sambutan Ramadan kali ini membuka ruang untuk saya memperbaiki kekurangan dan kealpaan saya pada ibadah selama ini. Saya anggap keputusan untuk bertudung beberapa bulan lalu mempunyai hikmah yang besar.
“Saya bersyukur kerana dapat kesedaran itu. Sekurang-kurangnya, pada Ramadan ini saya dapat perbanyakan ibadah kerana kami memang kurangkan jemputan nyanyian buat masa ini,” katanya.
Terbaru, penyandang trofi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) ini berkata, dia merancang untuk mengeluarkan lagu terbaru berjudul Jauh Ke Syurga bersempena Ramadan ini.
“Ia boleh dianggap lagu berkonsepkan ketuhanan tetapi berkisar mengenai cinta dan doa manusia. Sekarang saya masih menyiapkan proses akhir lagu itu dan diharap ia dapat disudahkan dalam masa sehari dua.
“Banyak pembaharuan pada aspek muzik dan vokal cuba saya ketengahkan. Saya berharap peminat dapat melihat kematangan dan peningkatan kerja saya apabila ia keluar nanti,” katanya.
Teruja di Pulau Pangkor - Ana Raffali
RUANG selesa yang diladeni hampir setiap hari dengan biasa, pada satu ketika adakalanya menghimpit dan mengigit.
Sesekali mahu bersama, bersatu dengan alam, menyatakan kekaguman pada sang Pencipta lalu menelurkan idea-idea baru yang hanya mampu diperolehi setelah minda tidak berselirat dengan pelbagai keserabutan.
Penyanyi Ana Rafali adalah antara artis yang sangat menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Mendepani kehidupan yang berselirat dengan deadline, rakaman di studio yang tidak pernah selesai, sesi fotografi yang adakalanya menjemukan, sesekali beralih ke ruang menenangkan jiwa, ia adalah satu peluang yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit sekalipun.
“Bercumbu dengan alam, adalah manifestasi jiwa yang sukakan keamanan. Saya percaya, orang yang suka kepada keindahan dan kecantikan akan lebih menghargai kurniaan Ilahi.
“Dan menjadi tugas kita untuk sama-sama membantu menjaga alam dan persekitaran dengan baik tanpa sebarang pencemaran," demikian pendapat sang pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku.
Ana baru saja pulang daripada percutian indah di Pulau Pangkor, Perak, salah satu destinasi percutian indah yang ada dalam negara yang kita cintai ini.
Atas pelawaan Tourism Malaysia dan majalah pelancongan popular, Santai, Ana bersama rombongan media menghabiskan masa tiga hari dua malam dalam program Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1 Malaysia pada 22 hingga 24 Mei lalu.
Di Pangkor juga, Ana mengumumkan untuk serius dalam memperjuangkan hak-hak sebagai pelancong lalu mengisytiharkan dirinya sebagai aktivis pelancongan.
Satu keputusan sendiri yang dibuat atas dasar kecintaan kepada alam semesta dan Ana berjanji untuk memberikan manfaat itu kepada seluruh pencinta alam.
“Melancong dan menghayati keindahan alam adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat Tuhan.
“Saya percaya dengan selalu melancong, banyak permasalahan mampu diselesaikan kerana manusia mampu melepaskan apa juga tekanan melalui percutian dan rehat yang agak panjang di lokasi mendamaikan. Rehat yang cukup, otak akan tenang dan kemudian kembali bekerja dengan minda yang lebih aman.
“Perjuangan saya ini adalah untuk kebaikan bersama. Banyak hak-hak yang perlu diketahui oleh pelancong pada ketika mereka mahu bercuti dan saya akan berusaha dari semasa ke semasa untuk memperjuangkan hak-hak itu demi keselesaan bersama," kata graduan kelas pertama, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL Universiti Teknologi Mara.
Sisi lain Ana Raffali
"MAAF, tadi sibuk di dapur, tak perasan awak berdua dah sampai," tutur ceria Ana Raffali sewaktu menyambut ketibaan penulis dan jurugambar, Wahidah Zainal di depan rumahnya, baru-baru ini.
Sekadar menyarungkan blaus longgar bercorak bunga-bunga, tidak berbaju kurung mahupun merangkul gitar kesayangannya, Ana kelihatan amat santai sambil tangan menyarung sarung tangan ketuhar.
Terdengar keriuhan rumahnya umpama menjelang hari raya dengan suara anak-anak saudaranya yang bermain di ruang tamu dan kaum wanita pula sibuk di dapur yang mula mengeluarkan bau yang menyelerakan.
Ana terus bergegas ke dapur bagi menyambung misi menghasilkan adunan kedua bread butter pudding untuk dihidangkan kepada keluarga.
Kelihatan agak lincah di dapur, terang pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, hidangan itu kegemaran keluarga terutama suaminya, Aznaim Abdullah.
“Sebenarnya saya lebih gemar membuat pencuci mulut atau membakar biskut daripada memasak. Naim yang lebih hebat memasak daripada saya.
“Sekarang saya suka membuat puding roti kerana ia hidangan kegemaran Naim dan dia meminta saya membuatnya sejak sebelum kami berkahwin lagi.
“Resipinya mudah. Saya dapatkan daripada Internet sahaja dan mengubahnya ikut selera sendiri. Saya tambah pelbagai perasa jem pada roti yang dibakar untuk memberi kelainan," terangnya bersemangat.
Ana juga amat gemar membakar kek coklat dan biskut kerana ia juga hidangan kegemaran anak kesembilan daripada 11 adik-beradik ini.
Cerita Ana, beginilah dirinya setiap kali ‘bercuti’. Dia lebih gemar berada di rumah dan mengisi harinya dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Pantang melihat jadualnya kosong daripada aktiviti pentas atau studio, Ana terus mengatur rancangan bersama keluarga dan keluarga mertua yang kebetulan tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Bermula dengan aktiviti `bertungkus-lumus’ di dapur, beralih ke meja makan, selalunya ia berlarutan hingga ke pertarungan di ‘pentas karaoke’ iaitu di ruang tamu rumah apabila masing-masing melontarkan vokal mendendangkan lagu kegemaran.
Andai tenaga masih penuh, Ana dan keluarga beraksi bak jaguh di gelanggang badminton yang disewa sebagai aktiviti riadah untuk mengekalkan stamina.
Ulat buku
Umum mengetahui jika Ana tidak menjadi seorang komposer dan penyanyi, dia kini bergelar Cikgu Ana.
Sikapnya yang gemar membaca membuatkan dia cenderung ke arah dunia pendidikan sebelum membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang kesenian.
“Saya memang gemar membaca. Rasa teruja apabila berada di kedai-kedai buku memilih buku penulis kegemaran.
“Saya memiliki perpustakaan mini yang memuatkan beratus-ratus buah buku daripada pelbagai genre seperti perniagaan, muzik, autobiografi dan novel.
“Buku sains fiksyen dan novel cinta menjadi kesukaan saya. Antara penulis kegemaran Enid Blyton, Christopher Pike dan Ray Bradbury.
“Malah, penulisan lirik saya banyak diilhamkan daripada bahan bacaan terutamanya novel cinta," ujar graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Gitar peneman diri
Walau bagaimana dia cuba melarikan diri daripada kerjanya, Ana tetap tidak dapat menolak kehendaknya untuk memetik gitar kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.
Ceritanya, idea sering kali hadir secara spontan dan dia segera mencapai gitar serta buku notanya bagi menzahirkannya sebelum terlupa..
Ana yang turut gemar melancong pasti akan membawa bersama sebuah gitar dan gitar Little Martin yang digelar Lemie menjadi teman setianya kerana saiz yang kecil dan mudah diusung ke mana-mana.
“Ilham menghasilkan lagu datang dari apa-apa saja. Kadang-kadang daripada dialog novel yang saya baca, pengamatan orang sekeliling, malah ada dari tempat yang saya kunjungi.
“Sebab itu Lemie sentiasa berada di sisi saya andai kata tiba-tiba mendapat ilham," ujar pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 bagi lagu dendangan dan ciptaan sepenuhnya, Tolong Ingatkan Aku.
Mengenai aktiviti terkini, Ana bakal memperkenalkan single terbarunya tidak lama lagi iaitu Lisa Jatuh Cinta.
Single tersebut mengisahkan tentang sepasang teman baik yang mahu menaik taraf hubungan mereka sebagai kekasih - mungkinkah terhasil daripada kisah cinta Ana dengan suami tercinta?
Ana Raffali Akui Janggal Ditanya Tentang Kehidupan Selepas Kahwin
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Ana Raffali berkata dia berasa janggal setiap kali diajukan pertanyaan mengenai kehidupannya selepas tiga bulan berkahwin.
Pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, ini berkata dia pasti tergamam dan tidak tahu untuk memberikan respons apabila sering ditanya mengenai perasaan melayari alam rumah tangga bersama pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah, 30.
“Saya berasa janggal apabila pelbagai pihak kerap bertanyakan mengenai kebahagiaan yang saya kecapi sejak berkahwin.
“Susah untuk saya terangkan secara terperinci tetapi perasaan yang saya alami adalah sangat hebat dan penuh dengan kemanisan,” katanya kepada mStar Online.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor pada 25 Februari lalu di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, dekat sini selepas enam tahun berkawan.
Diusik pula mengenai anak, Ana berkata dia dan suami tidak merancang kehamilan dan mereka berharap agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
“Saya datang daripada keluarga yang besar, sudah tentu rasa janggal apabila saya dan suami sahaja berdua di rumah.
“Jadi saya minta orang di luar sana mendoakan supaya kami segera menimang cahaya mata. Tambahan pula saya memang sukakan kanak-kanak,” jelasnya.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, Ana berkata dia lebih banyak menghabiskan waktu di rumah bagi menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan.
“Saya masih menyesuaikan diri dengan status sebagai isteri dan banyak perkara yang perlu saya pelajari tentang selok-belok rumah tangga. Selain itu, saya juga sedang belajar memantapkan lagi vokal dan teknik nyanyian.
“Boleh dikatakan, saya dan suami masih berbulan madu. Saya selesa untuk kurang aktif dan relaks saja pada waktu ini,” terangnya yang bakal mengeluarkan lagu terbaru berjudul Lisa Jatuh Cinta tidak lama lagi.
Sisi romantis pengantin baru - Ana Raffali
HITS berkesempatan menikmati percutian bulan madu di resort mewah Golden Palm Tree Resort & Spa di Sepang Goldcoast baru-baru ini yang memberi satu lagi pengalaman baru buat kedua mempelai ini.
Mana tidaknya dengan layanan kelas pertama serta deruman air laut dapat mengurangkan beban kepenatan setelah mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung meriah pada pada tanggal 25 Februari lalu.
Berkongsi pengalaman kali pertama meraikan bulan madu secara eksklusif yang turut dibawakan Majalah Santai itu, menurut Ana ini merupakan antara percutian romantik yang tidak dapat dilupakan dirinya secara peribadi.
"Kehadiran kami berdua disambut dengan meriah oleh kakitangan hotel di sini, dan ini merupakan antara kejutan yang langsung tidak dijangka.
"Bilik kami yang dihias cantik dengan bunga-bunga segar mewujudkan suasana romantis sewaktu pertama kali melangkah.
"Malah keadaan bilik yang indah serta dengan rekaan yang selesa membuatkan saya dan Naim begitu teruja untuk menikmati percutian ini sepenuhnya," kata Ana Raffali ketika ditanya pengalamannya berbulan madu.
Mengambil cuti selama dua minggu bersempena majlis perkahwinannya ini, menurut Ana dia memperuntukkan waktu percutian tersebut bagi melawat saudara mara dia dan suami yang tidak berkesempatan menyaksikan perkahwinan mereka di Kuala Lumpur.
"Saya berada di Kelantan selama seminggu bagi melawat saudara mara belah suami.
"Dan baki cuti ini pula kami mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama pula. Ternyata percutian mewah di Golden Palm Tree Resort & Spa ini menjadikan bulan madu kami begitu bermakna," katanya.
Menyaksikan matahari terbenam dari tepian pantai merupakan antara kejadian alam yang dapat dikongsikan Ana dari pusat penginapan tersebut.
Malah pasangan ini kelihatan begitu romantis berpegangan tangan sepanjang melalui persisiran pantai.
Menurut Ana percutian bulan madu yang berlangsung dua hari tiga malam ini juga turut dimuatkan dengan acara makan malam bersama di tepian pantai yang menjadi pengalaman kali pertama buat mereka berdua.
"Sambil menghirup udara segar di tepian pantai saya dapat menikmati sajian makanan yang cukup menyelerakan di sini.
"Inilah masa yang paling indah bagi saya untuk berbual sambil bermesra bersama suami.
"Dengan suasana malam yang begitu cantik, makan makan ini menjadi satu pengalaman paling romantis buat kami berdua," katanya yang turut dikejutkan dengan percikan bunga api selepas selesai menikmati hidangan makan malam tersebut.
Bagi menghangatkan lagi percutian bulan madu ini, Ana dan Naim turut tidak ketinggalan memanjakan diri dengan satu sesi rawatan spa di pusat spa di resort ini.
Menurut Ana dapat menjalani sesi tersebut bersama suami tersayang merupakan saat-saat paling tenang untuk mereka berdua.
"Kami berdua di sediakan sebuah bilik khas sepanjang rawatan spa ini dijalankan, bermakna Naim sentiasa bersama sewaktu rawatan itu di jalankan.
"Tentunya selepas rawatan tersebut kami berdua berasa rasa segar dan selesa dan untuk menggambarkan saat-saat bahagia itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sahaja," katanya.
Mencuri masa untuk berdua, pasangan ini juga turut menikmati pelbagai panorama indah yang disediakan di sepanjang pantai tersebut. Selain lautan yang terbentang luas, pelbagai aktiviti di sepanjang pantai tersebut juga turut menarik perhatian mereka.
Tidak hanya dengan aktiviti di pantai Ana dan Naim juga turut mencuba pelbagai aktiviti ekstrem yang disediakan pihak resort ini di Extrem Park, dan antara permainan ekstrem yang dicuba pasangan ini adalah Go Kart, Paintball, memanah dan ATV.
Melawat Keluarga Hadiah Bulan Madu Ana Raffali & Naim
KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, Ana Raffali, 26, dan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, berhasrat meluangkan masa dengan menziarahi kaum keluarga masing-masing sebagai meraikan bulan madu perkahwinan mereka.
Ana berkata, mereka akan bercuti ke negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk melawat ahli keluarga yang tidak sempat hadir ke majlis perkahwinan yang diadakan pada Sabtu.
"Bulan madu kami hanya destinasi 'cuti-cuti Malaysia' kerana ingin mengambil kesempatan itu untuk menziarahi ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang banyak menetap di Pantai Timur.
"Ini juga adalah peluang terbaik buat kami bagi mengenali saudara mara yang tidak pernah berjumpa sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.
Pasangan itu ditemui selepas selesai upacara akad yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati di sini.
Ana dan Naim sebelum itu dinikahkan dalam sebuah majlis sederhana oleh bapa Ana sendiri iaitu Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Ana menerima RM 11,412 sebagai mas kahwin pada majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 orang tetamu.
Dalam pada itu, Naim berkata, dia akan terus menguruskan kerjaya seni isterinya secara sepenuh masa seperti biasa dan memberitahu akan lebih memudahkan pergerakan mereka berdua.
Ujarnya, dia yakin dapat bekerjasama baik dengan isterinya itu kerana sebelum ini pun kedua-dua mereka serasi bersama jika berkaitan hal kerja.
"Kami tidak gemar mencampuradukkan hal peribadi dan kerja malah ketika berkawan dengannya sebelum ini pun konsep itu dipegang dengan baik. Jadi rasanya tidak akan ada masalah selepas ini," katanya.
Ditanya mengenai keistimewaan Ana, Naim berkata, tiada kata-kata yang dapat digambarkan untuk menggambarkan rasa cintanya terhadap isterinya itu.
Baginya, Ana adalah seorang wanita yang cukup sempurna di mata dan hatinya.
"Orang kata kalau kita cintakan seseorang adalah sukar untuk menggambarkan keistimewaannya itu dan itulah perasaan saya terhadapnya.
"Namun begitu, dia adalah seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya dan itu adalah memadai," katanya.
Sementara itu, Ana memberitahu dia tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat dan berserah kepada Allah mengenai perkara itu.
Ana juga menjelaskan dia dan suaminya tidak meletakkan sebarang bilangan anak yang dimahukan namun sukakan kepada keluarga yang besar.
"Saya dan suami datang daripada keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik, jika dikurniakan dengan ramai zuriat lebih seronok," ujarnya.
Ana Raffali, Naim Selamat Diijabkabulkan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.
Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.
"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain.
"Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.
Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.
Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.
Bersedia ke alam perkahwinan
Dalam perkembangan lain, Ana bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada Sabtu ini memberitahu dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Ana berkata, dia tidak perlu berasa debar atau takut kerana perkahwinan itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut dalam agama dan berharap akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
"Sejujurnya saya langsung tidak rasa takut atau berdebar untuk bergelar isteri kepada Naim kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar pada majlis itu nanti," ujarnya.
Dalam pada itu, Ana berkata, persiapan untuk majlis itu telah hampir siap berkat daripada pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.
Acara pada Sabtu ini akan dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu sekitar pukul 10.30 pagi dan upacara akad nikah sejam kemudian.
Kedua-dua pasangan itu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana iaitu Mohd Raffali Mohd Nor.
Ana Raffali berubah
ITULAH yang diberitahu oleh Ana Raffali kepada S3, sewaktu dia dan tunangnya, Ahmad Aznaim Abdullah datang ke pejabat untuk menyerahkan kad undangan perkahwinan mereka.
Yang nyata, kehadiran gadis manis itu mendapat perhatian kerana ramai yang terpegun melihat keayuan wajah Ana yang kini sudah bertudung.
Ana yang mengenakan kurung biru ketika hadir ke pejabat S3 berkata, dia mula mengenakan tudung sejak 5 Februari lalu sempena sambutan Maulidur Rasul.
"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Pada hari itu Ana ada sesi foto dengan pensyarah di studio dekat Melawati. Sambil kerja kami berbual hal-hal agama.
"Masa selesai kerja, Ana ambil tudung yang memang ada dalam studio itu pakai dan keluar. Pensyarah tanya nak ke mana, Ana kata nak pergi umrah sebab sebelum itu dia bercerita tentang niatnya nak ke Mekah," ceritanya.
Kata Ana, orang pertama yang diberitahu tentang hasratnya untuk bertudung ialah Naim. Itupun hanya melalui BBM (Blackberry Messenger) dan pemuda itu membalas dengan perkataan 'alhamdulillah'.
Menurut Ana, sewaktu pergi ke studio tersebut, dia masih berpakaian seperti biasa dan tudung yang sedia ada di situ adalah tudung pemberian sebuah badan korporat sewaktu mengadakan persembahan dulu.
"Sedikit pun tidak rasa kekok sewaktu mengenakan tudung itu, macam sudah biasa pula. Lepas itu, Ana terus ke Wangsa Walk, Wangsa Maju, membeli tudung untuk bekalan seminggu," katanya.
Menyambung cerita, kata Ana setiba di rumah, dia ditegur ahli keluarga yang bertanya adakah itu imej baru Ana Raffli.
Bagaimanapun tegas Ana, itu bukan imej baru tapi merupakan satu tanggungjawab. Malah kata Ana, dia amat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya untuk berhijrah dari segi penampilan.
"Selama ini Ana tidak pernah ada sasaran atau perancangan untuk memakai tudung. Bila orang tanya bila nak bertudung, Ana minta mereka doakan agar Allah buka hati untuk Ana pakai tudung cepat.
"Alhamdulillah, kini doa orang ramai dan doa Ana dimakbulkan," katanya tersenyum.
Bertudung sebab diri sendiri - Ana Raffali
BERKAT 12 Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan kerjayanya dengan tampil bertudung.
Selepas mengejutkan banyak pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Selangor, Ahmad Aznaim Abdullah atau dikenali sebagai Naim, 30, gadis yang menggunakan nama pentas Ana Raffali itu sekali lagi membuka mata ramai terutama peminatnya.
Melangkah setapak lebih dekat dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi, Ana yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, semalam mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha Pencipta.
"Saya tak melihat pemakaian tudung sebagai satu imej atau trend, ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab saya. Sebagai seorang wanita beragama Islam, tidak salah untuk saya mendekatkan diri dengan ajaran agama yang memayungi saya sejak dari kecil," ujarnya yang ditemani buah hatinya yang juga seorang jurufoto bebas itu ketika sesi fotografi tersebut.
Jujur, tatkala lensa kamera jurufoto Kosmo! ,Jeffri Iran membidik tepat ke arah dirinya, si gadis itu kelihatan lebih manis dan tenang.
Kata Ana, penghijrahan itu merupakan doa daripada peminat dan individu sekeliling yang sentiasa menyokongnya selama ini.
"Ramai orang tanya bila nak pakai tudung dan saya jarang memberikan komen mengenai perkara itu. Malah, tidak sesekali saya menangkis atau menolak untuk memakai tudung.
"Dan sekarang syukur Alhamdulillah, doa anda semua dimakbulkan Allah. Jodoh pun sudah ketemu dan kini tanggungjawab saya sebagai seorang wanita beragama Islam semakin lengkap," katanya.
Perasaan yang menusuk terus ke dalam sanubarinya saat dia memutuskan untuk bertudung dirasakan anugerah teragung baginya.
"Alhamdulillah sekarang rasa lebih tenang dan sewaktu hari saya nak pakai tudung itu pun perasaan itu datang dengan sendirinya dan bukan secara mengejut atau tiba-tiba.
"Sebelum keluar makan petang bersama Naim, saya terasa mahu memakai tudung dan saya rasa sangat selesa. Ini perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya, ditambah pula dengan keberkatan Maulidur Rasul pada hari itu," ucap Ana setinggi-tinggi pujian kepada yang Maha Esa atas sinar yang ditunjukkan.
Bertudung bukan satu perkara asing bagi Ana kerana setiap kali menghadiri majlis keagamaan mahupun kenduri dia bakal mengenakan hijab di kepalanya. Malah, dari zaman belajar lagi menurut Ana, dia sememangnya bertudung.
Lisa Jatuh Cinta
Menyangkal sama sekali seandainya ada dakwaan yang mengatakan bahawa dia bertudung disebabkan perjalanan hidupnya yang bakal berkahwin tidak lama lagi, ditambah pula dengan faktor latar belakang keluarga Naim yang bersangkut paut dengan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Bapa Naim sebenarnya pernah bekerja di Jawi.
"Saya bertudung bukan disebabkan keluarga Naim tapi sebab diri saya sendiri, saya bersyukur kerana dikurniakan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah.
"Beginilah cara saya membalas kasih sayang-Nya kepada saya iaitu kepercayaan bukan saja dari dalaman tapi juga secara lahiriah. Allah bukakan hati dan mata saya untuk mendapat kesedaran secara halus," luah Ana.
Tambahnya, sepanjang jalinan hubungannya dengan Naim dia tidak pernah dipaksa untuk bertudung dan disebabkan itu mereka berasa semakin selesa dan serasi.
"Kami pun banyak berbincang mengenai hal agama dan masing-masing memberikan pendapat masing-masing," katanya.
Ditanya mengenai persiapan Ana menuju hari bahagianya bersama jejaka yang dipanggilnya Naim, jawab Ana segalanya berada di landasan yang tepat.
"Alhamdulillah sedang berjalan lancar, hantaran sikit lagi nak siap, kami sudah buat perjumpaan kedua-dua belah pihak begitu juga dengan pihak masjid dan aturcara majlis pun dah siap," katanya yang bakal menggunakan khidmat Ezuwan Ismail dan Safura Azali sebagai pereka pakaian nikah dan resepsi nanti.
Menerusi perbincangan yang sudah dibuat, tambah Ana, sebanyak tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki dan sembilan dulang hantaran dari pihak perempuan sudah dipersetujui.
Sementara, mas kahwin dan perkara lainnya masih dalam proses perbincangan.
Memikul tanggungjawab bergelar isteri pastinya sedikit sebanyak menghadiahkan jiwa gemuruh buat Ana. Diakui sendiri oleh empunya badan, katanya lagi: "Saya bersyukur sangat-sangat, senang cerita perasaan saya gemuruh dan gembira. Semuanya bercampur-baur."
Memilih untuk berkahwin tatkala karier masih berada di puncak sekali gus bersama satu tanggungjawab yang makin berat, Ana menegaskan dia tidak akan sesekali meninggalkan kariernya sebagai anak seni.
"Saya akan terus berkarya dan insya-Allah pada bulan Mei nanti saya bakal muncul bersama album kedua saya yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu baharu, Lisa Jatuh Cinta.
"Material semua dah ada cuma konsepnya masih belum diputuskan. Biar tanggungjawab saya sudah bertambah tapi saya tetap Ana Raffali yang anda semua kenali," tegasnya.
Bingkisan lagu buat Naim
Sebagai seorang karyawan merangkap penulis lirik dan komposer muda yang berbakat, Ana Raffali tidak ketinggalan mendedikasikan sebuah lagu khas buat sang kekasih, Ahmad Aznaim Abdullah, 30.
Lagu Sampai Bila dihasilkannya dua tahun lalu dan katanya tidak sengaja ditujukan khas buat bakal suaminya itu.
"Dua tahun lalu kalau tak silap saya cipta lagu itu dan yang menariknya setiap intipati dalam lagu itu menceritakan kisah saya dan dia (Naim)," singkapnya.
Secara literal, lagu itu menurut Ana berkisar tentang kisah kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Jadi sudah sampai masanya untuk setiap pasangan itu meneroka peringkat lebih tinggi dalam sesebuah ikatan perhubungan untuk menyatukan dua hati.
"Lagu ini sebagai pesanan mesra kepada mereka yang sedang bercinta dan merancang masa depan bersama," ucap Ana.
http://mstar.com.my/archives/2012/2/1/mstar_hiburan/ana%201.jpg
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, mengakui sukar mempercayai golongan lelaki selepas beberapa kali dikecewakan.
Bagaimanapun, Ana berkata, perkenalan dengan teman karibnya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, atau Naim itu terus memberikan persepsi berbeza mengenai golongan itu apabila memulakan perkenalan pada tahun 2005.
"Dia seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Sedikit demi sedikit perasaan sayang mula wujud dan kami bercinta secara rasminya pada 8 Oktober 2008.
"Bagaimanapun, kami tidak pernah menganggap yang kami adalah pasangan bercinta sebaliknya lebih senang dengan gelaran kawan karib.
"Malah ketika saya dilamar, Naim terus berkata “jom kahwin” dan keluarganya terus merisik saya pada awal Disember tahun lalu. Dia langsung tak romantik," seloroh Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.
Ana dan Naim bakal bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Mereka akan bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.
Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, Ana akan dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.
Dalam pada itu, acara resepsi pula diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut berlangsung.
Bagaimanapun, Ana memberitahu dia tidak akan memperlahankan aktiviti nyanyiannya selepas berumah tangga.
Sebaliknya fasa kehidupan barunya itu merupakan satu semangat untuk dia terus melakarkan nama dengan muzik yang ditonjolkan di persada seni tanah air.
"Saya tahu, orang selalu menganggap seseorang artis wanita itu akan memperlahankan karier seninya sejurus selepas kahwin.
"Tak mungkin saya berbuat begitu kerana sebaliknya saya mendapat semangat baru untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya .
"Malah, saya akan mengeluarkan album terbaru pada bulan Mei ini dengan memuatkan sebanyak 10 buah lagu," ujarnya.
Sementara itu Naim yang bekerja sebagai pengurus kerjaya seni Ana berkata, dia gembira kerana akhirnya hubungan teman rapat itu menjadi satu ikatan suami isteri yang sah dan ia lebih memudahkan mereka untuk bergerak ke mana-mana tanpa ada batasan.
"Ini merupakan satu perkongsian hidup antara dua sahabat. Kalau nak tahu, kami mempunyai banyak persamaan daripada segi pemikiran. Sebagai contoh, kami sering berkata serentak apabila ingin memberi pendapat mengenai sesebuah hal.
"Selain itu, saya dan Ana juga suka makan. Selain itu kami juga berkongsi minat tentang apa-apa saja berkaitan dengan seni," ujarnya.
Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu, dia akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan sebaliknya pihak perempuan hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Ana Raffali Sahkan Nikah Kawan Karib 26 Februari 2012
KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Ana Raffali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan akan bernikah dengan kawan karibnya Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari depan.
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.
Ia dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.
Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.
"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami.
"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.
“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.
Ana dan Naim berkawan sejak enam tahun lalu.
Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.
Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.
Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.
"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.
"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.
Benarkah Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012?
PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.
mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim Abdullah itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.
“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Kecil hati
Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.
Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.
“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.
“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.
“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” katanya.
Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.
“Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.
“Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
