Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Serah pada Tuhan - Ana Raffali

SUDAH menjadi perkara lazim bagi setiap perkahwinan, menyambut kelahiran orang ketiga sentiasa dinantikan bukan sahaja oleh pasangan, tetapi juga orang disekeliling mereka. Begitu juga dengan penyanyi Ana Raffali yang sudah hampir setahun menjadi isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 31, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Menurut Ana, dia menyerahkan perkara itu kepada Tuhan dan sebenarnya tidak berniat untuk merancang kelahiran. "Mengenai soal kelahiran sebenarnya saya tidak merancang. Malah, kalau diberikan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata juga saya tidak akan menolak. Cuma kini saya serahkan kepada Tuhan yang lebih mengetahui. "Alhamdulillah, selepas setahun bersama sebagai suami dan isteri, saya merasakan kehidupan kami seolah-olah telah dirancang dan saya sedang menikmati kebahagiaan yang tidak boleh ditukar ganti ini," jelasnya. Dalam pada itu, mengulas tentang kehidupannya sebagai isteri, jelas Ana, dia kini sudah mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya-karya romantis. "Dulu lain, masa buat lagu selalu sendiri sahaja, tetapi kini sudah ada yang temankan. Kalau hendak buat karya romantik sekarang kira macam senanglah juga," ujarnya. Tambah romantis, lagu berjudul Jauh Ke Syurga yang dimuat naik ke laman YouTube juga semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. "Saya memang tidak menyangka lagu itu akan mendapat sambutan. Tetapi memang saya ciptakan lagu itu untuk ciptaan khas buat suaminya. "Tetapi ia juga sebenarnya adalah sebagai satu doa daripada seorang isteri yang memohon agar hubungan dengan suami yang terbina kekal hingga ke syurga," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails