Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Cat Farish. Show all posts
Showing posts with label Cat Farish. Show all posts

Cat Farish Terkilan Sikap Pilih Kasih Radio Swasta

Penyanyi dan komposer Cat Farish meluahkan rasa terkilan dengan beberapa stesen radio tempatan yang sukar memberi peluang memutarkan lagu-lagu penyanyi bawah labelnya sendiri iaitu Godzilla Boombox. Antara penyanyi di bawah naungannya ialah Tiga Swegger dan Hanarose. Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan berkata, walaupun masalah lagu tidak dimainkan radio sering menjadi bualan, perkara itu dilihat seperti tiada pengakhirannya. "Apa yang saya cakapkan ini bukan kerana lagu artis-artis di bawah label saya tidak diberi peluang diputarkan di radio swasta. Tetapi saya mewakili ramai penyanyi yang mempunyai nasib sama. "Pihak adio sering mempunyai favourtisme dan bagi saya itu tidak adil. Adakah mereka anggap diri mereka sebagai Tuhan, yang mahu mengawal industri muzik kita?" soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Tambah Cat, dia mempunyai seramai 11 penyanyi baharu bawah Godzilla Boombox dan sikap pilih kasih radio swasta membuatkan dia terpaksa memikirkan alternatif lain dalam mempromosikan lagu-lagu baharu. Malah dia tidak teragak-agak untuk melakukan konsep lama dengan mengedarkan risalah kepada umum sebagai salah satu cara promosi selain menggunakan laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. "Kalau nak ikutkan trend, boleh sahaja promosi di laman sosial, tetapi itu tidak cukup. "Sekiranya masalah ini berterusan, saya juga akan cuba ke luar negara mempromosikan lagu-lagu tempatan di festival-festival seni. Ia masih dalam perancangan," ujarnya. Sementara itu, Cat berkata, dia tahu, kenyataannya mengkritik sikap pilih kasih stesen radio akan memakan dirinya tetapi dia reda sekiranya disenaraihitamkan oleh pihak radio. "Saya tak kisah jika stesen radio mahu senaraihitamkan saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. "Cuma saya tertanya-tanya sampai bila perkara ini akan berakhir? Apa-apapun saya tidak akan mengalah meninggalkan industri muzik, sebaliknya saya akan terus kekal dan cuba menaikkan industri kita semula bersama penggiat-penggiat muzik lain yang menghadapi masalah yang sama," tuturnya.

Kenapa Cat Farish marah-marah?

KENAPA marah-marah ni Cat Farish? Joyah sebenarnya kasihan bila mendengar cerita yang disampaikan oleh paling berpengaruh di sebuah agensi Kerajaan tentang perangai Cat yang selalu marah-marah ni. Terbaru, Cat dikatakan 'mengamuk' di pintu masuk Angkasapuri sebab tak mahu ambil pas sahaja. Kalau ikut peraturan, sesiapa juga yang nak masuk ke pejabat RTM tu kena lapor diri dan ambil pas lawatan. Tapi kira-kira dua minggu lalu Cat marah-marah pada pengawal yang menjaga pintu masuk pejabat kerajaan tu sambil herdik sambil kata "Awak tak kenal saya ke?" dan berkeras tak mahu ambil pas lawatan. Joyah pasti pengawal-pengawal bukit RTM tu dah lali sangat dengan kes artis yang tak ada tatasusila dan main redah masuk macam ni. Sebab semua artis biasanya jual mula pasport mereka untuk elak berhenti ambil pas. Yang menjadi isu sekarang apabila tindakan Cat mengherdik pengawal tu dilihat oleh salah seorang pegawai besar kerajaan yang kebetulan berada di situ untuk menyelesaikan urusan di RTM. Dan Joyah dengar khabarnya memang pegawai besar itu kecewa dengan sikap artis macam ni sebab dia berpendapat artis juga orang biasa yang tak boleh lari daripada mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tak mengapalah Tuan Pegawai, mungkin kempen budi bahasa kita belum cukup meluas. Rasanya kena pertingkatkan lagi untuk golongan-golongan masyarakat macam ni. Barulah betul.

Cat insaf selepas sakit


SEMINGGU berada di hospital sudah cukup untuk mengubah aturan kehidupan ahli kumpulan The Fabulous Cats, Cat Farish.

Menurut Cat yang mengalami pendarahan tanpa henti di bahagian hidungnya selamanya sembilan jam, turut memaksa dia untuk berada di wad ICU selama dua hari.

Namun katanya, atau nama sebenar Farish Ramli, kejadian tersebut itu telah membuka matanya untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

"Doktor berkata keadaan itu berlaku kerana otak saya bekerja tanpa henti selama 24 jam sehingga menyebabkan saya mengalami hipertensi. Keadaan itu juga mengakibatkan tekanan darah saya naik secara mendadak.

"Mungkin terlalu memikirkan kerja sehingga waktu tidur pun otak saya masih bekerja.

"Doktor kata saya bernasib baik kerana hanya saluran darah di bahagian hidung yang pecah dan bukan di bahagian belakang kepala di mana keadaan itu mampu membawa maut," katanya ketika di temui pada majlis pelancaran program Jom Ke Panggung, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejadian yang tidak disangka itu kata Cat, bukan sahaja telah memberi pengajaran tetapi turut mengubah pendiriannya terhadap kerja.

Malah kata bekas anggota kumpulan Ruffedge itu, dia juga sangat bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang banyak membantu dalam mengurangkan bebanan kerja yang dihadapi.

"Dulu saya lebih selesa melakukan semua kerja secara berseorangan. Bukan apa, saya mempunyai masalah untuk mempercayai orang.

"Namun selepas kejadian ini baru saya tahu bekerja di samping rakan-rakan banyak membuka peluang saya untuk meneroka sesuatu itu dari suatu sudut yang lain pula," katanya.

Menurut Cat, dia kini masih perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan bagi penyakit darah tingginya.

"Saya masih perlukan rawatan susulan untuk memantau tekanan darah tinggi saya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP) yang turut membiayai separuh dari perbelanjaan perubatan saya di Hospital Pakar KPJ Tawakkal tempoh hari," katanya.

Ditanya perasaannya sepanjang berada di hospital, menurut Cat, antara perkara yang tidak dapat dilupakan adalah isteri dan anak-anaknya yang sentiasa berada bersama sepanjang di hospital.

"Melihat keadaan isteri dan anak-anak ketika itu, perasaan saya mula takut bila memikirkan masa depan mereka tanpa saya.

"Mungkin kejadian ini adalah titik perubahan yang membawa saya untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat selepas ini," katanya.

Berkongsi perubahan yang dialaminya, menurut Cat, perkara besar yang berlaku keatas dirinya adalah dari segi pengambilan makanan. Bagi lelaki yang bertubuh agak gempal itu, dia kini terpaksa mengehadkan nafsu makannya untuk membolehkan dia mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelum ini.

"Jika dahulu saya akan makan tanpa menghiraukan kesannya terhadap tubuh saya, kini tidak lagi.

"Malah saya juga mempunyai diet yang perlu di ikuti walaupun agak sukar namun saya pasti ini yang terbaik untuk diri saya," katanya yang suka mengambil makanan tradisi dari negeri Perak iaitu tempoyak ketika waktu pagi.

Mengulas mengenai kerjayanya pula, kata Cat, dalam usaha melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan, dia kini sudah bergelar Pengarah dan Pegawai Operasi untuk syarikat produksi miliknya, Fantasi Films Sdn. Bhd.

"Jom Ke Panggung iaitu program berteras hiburan untuk tayangan TV2 merupakan 'anak pertama' syarikat saya.

"Untuk program ini kami menumpukan kepada industri perfileman dalam dan luar negara. Saya harap program terbitan kami ini dapat memberi maklumat kepada penonton," katanya.

Dalam perkembangan lain, Cat memberitahu, dia bakal memperkenalkan sebuah stesen radio internet iaitu Kl Pop. Antara keistimewaan stesen radio itu adalah barisan penyampai yang di dominasi bekas peserta program-program realiti.

"Penubuhan radio Kl Pop adalah untuk memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi program realiti memperdengarkan lagu-lagu mereka kepada peminat muzik di seluruh dunia.

"Saya fikir sudah sampai masanya untuk penyanyi dari program realiti ini di bela, dan melalui Kl Pop kami percaya ia akan membawa sedikit kelainan," kata Cat yang kini juga sedang dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem berbahasa Cina yang bertajuk True Love.

Cat Farish Tidak Percaya Orang Selepas 'Ditikam Belakang'


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Cat Farish membuat pengakuan tidak pernah mempercayai orang di sekelilingnya dan mengambil jalan selamat dengan melakukan semua kerja-kerja seni sendirian sejak lapan tahun lalu.

Hal tersebut membuatkan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengalami hipertensi sehingga menyebabkan dia terlantar di wad selama seminggu di Tawakal pada Februari lalu.

"Benar, dahulu ketika zaman bersama-sama dengan kumpulan Ruffedge lagi saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain untuk buat kerja dan kemudian, saya pula yang ditikam belakang.

"Sejak kejadian itu, saya mula bekerja sendiri tanpa meminta bantuan orang lain. Semua kerja saya nak buat sendiri. Sehingga pada satu tahap, saya mendapat tekanan darah tinggi yang agak teruk," katanya.

Dalam pada itu, ahli kumpulan The Fabulous Cats ini juga ingin berterima kasih kepada Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP) yang membantunya membiayai separuh daripada kos rawatan perubatannya.

Bagaimanapun Cat berkata, selepas mendapat nasihat doktor, dia yang baru sahaja menubuhkan syarikat produksi Fantasy Films kini mula meringankan bebannya dengan mengambil pekerja untuk menaikkan nama Fantasy Films.

"Selepas lapan tahun bertungkus lumus dah tiba masanya untuk saya memimpin pula pekerja-pekerja saya.

"Alhamdulillah, apabila memberi kepercayaan kepada orang dalam menjalankan tugas yang diberi, sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung kurang dan kesihatan saya pula semakin pulih," ujarnya.

Mengenai perkembangan lain Cat bakal memperkenalkan saluran radio bernama KL Pop, di mana lagu-lagu yang akan disiarkan kebanyakan daripada penyanyi-penyanyi daripada pelbagai program realiti.

"Tujuan penubuhan radio KL Pop adalah untuk memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi program realiti untuk memperdengarkan lagu-lagu baru mereka kepada pendengar.

"Ini kerana, saya percaya, penyanyi seperti mereka tidak akan dipandang dan saya percaya, menerusi radio ini, mereka dapat memperkenalkan bakat mereka. Malah, penyampai radio KL Pop juga daripada kalangan yang pernah memasuki program realiti seperti Rini, Zizie dan Afiq daripada Akademi Fantasia dan DJ Krate," katanya.

Dalam perkembangan lain, Cat juga akan menerbitkan sebuah filem berbahasa Cina yang berjudul Tru Love tidak lama lagi.

Mata, Hidung Berdarah Buat Cat Farish Bimbang


KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish akan lebih peka dalam menjaga kesihatan dirinya selepas terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selama seminggu akibat penyakit darah tinggi.

Cat berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui mempunyai penyakit berkenaan namun menganggap kejadian tersebut sebagai satu peringatan buatnya.

"Sebelum ini saya tidak pernah sakit sebegini dan ia adalah kali pertama dimasukkan ke hospital dalam waktu yang lama malah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

"Ia benar-benar telah membuka mata saya untuk lebih mementingkan kesihatan dan tidak hanya sibuk dengan kerja," ujarnya kepada mStar Online.

Cat ditemui pada majlis sidang media teater muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Cat berkata, doktor memberitahu tekanan darah yang tinggi akibat kurang rehat dan bebanan kerja telah menjadi faktor kepada keadaan itu selain otaknya juga turut aktif ketika tidur.

Tambahnya, dia bergegas ke hospital apabila hidungnya mengeluarkan darah tanpa henti selama sembilan jam dan diberitahu bahawa salah satu sel hidungnya telah pecah.

"Tambah rumit apabila darah turut keluar daripada mata saya dan telah memaksa pihak hospital untuk menempatkan saya di ICU selama dua hari.

Dalam perkembangan sama, Cat memberitahu penyakit tersebut mungkin berpunca daripada sikapnya sendiri yang terlalu mementingkan kerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatan.

Ujarnya, tanggungjawab di pejabat telah membuatkan dirinya lalai namun berjanji akan lebih serius menjaga kesihatan demi isteri dan anak-anaknya yang sedang membesar.

"Sebelum kejadian saya kerja macam orang gila dan balik rumah pun lambat. Tetapi sekarang saya akan pastikan sebelum pukul enam petang akan tiba ke rumah dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal kerja," katanya.

Cat Farish masuk hospital?


Penyanyi rap tanah air yang terkenal, Cat Farish, salah seorang ahli bagi kumpulan Faboulus Cat dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi.
Menurut blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, Cat Farish telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tawakal Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Difahamkan juga bahawa Cat Farish telah pun berada di dalam ICU selama beberapa hari tetapi, telah dipindahkan ke wad biasa pada hari berikutnya memandangkan keadaan dirinya kembali stabil.

Mungkin keadaan kerjanya yang sibuk dan tidak menentu memandangkan Cat Farish sedang berusaha menyiapkan projek terbarunya, 1MalaysiaTV yang menjadi punca dia jatuh sakit.
Apa-apa pun, sama-samalah kita mendoakan agar Cat Farish cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya yang tertangguh itu semula. Insyaallah.

Gambar ulangtahun anak Cat Farish

Sungguh bertuah nasib badan kanak-kanak di zaman ini, mereka disambut bak mengalahkan majlis pengantin apabila ulang tahun mereka dah sampai. Apatah lagi kalau mereka itu daripada anak golongan artis. Memang masyuk~. Anak Cat Farish yang dibawah ni namanya Nia. Dan perkahwinan Cat dengan Hartini Ramly pada tahun 2007 yang lalu dan kini Hartini juga dikatakan hamil. Lihat sahaja perutnya itu, tunggu nak beranak dah. Turut hadir, Najlah, bekas pengacara di TV3.


Antara dunia jin dan hantu


KEDUA-DUA filem ini dibuka tayangannya pada Hari Raya Aidil Fitri yang baru lepas. Walaupun kedua-dua filem ini ditayangkan sempena perayaan Aidil Fitri, tetapi kedua-dua filem ini tidak membawakan tema aidilfitri. Sebaliknya kedua-dua filem ini membawakan tema fantasi dan seram.

Jin Notti arahan Azhari M. Zain daripada skrip tulisan beliau dan Amir Hafizi adalah kisah fantasi moden tentang jin perempuan yang dihantar ke dunia atas alasan jin ini perlu dijahatkan disebabkan dia sentiasa berkelakuan baik di dunia jin yang merupakan suatu kesalahan dan sesuatu yang asing. Jin yang bernama Notti (lakonan DJ Radio Hot FM, Fara Fauzana) ini berusia lebih seratus tahun (dalam konteks jin usia ini masih muda) tercampak ke dunia manusia lalu cuba meniru perlakuan jahat manusia.

Dalam segmen pertama Notti menjadi Ruby gadis punk yang liar yang berkawan sama dengan Zulu (Sazzy Falak) juga gadis punk yang liar kerana masalah keluarga. Gagal menjadi jahat dalam segmen pertama, Notti sekali lagi dicampak ke dunia manusia di segmen kedua sebagai Yvonne, teman wanita seorang ketua gangster. Gagal dalam latihan di segmen kedua, Notti sekali lagi dicampakkan ke dunia sebagai Sharifah, seorang peguam bela yang perlu membela dan membebaskan Hisham (lakonan Aziz M. Osman) yang dituduh merogol Zulu, yang telah dipertemukan dalam segmen pertama.

Semasa di dunia, Notti yang diiringi oleh penasihatnya Jinbara (Cat Farish) yang sentiasa menasihati dan membisikkannya untuk melakukan kejahatan, sebaliknya Notti telah jatuh hati pula dengan Aziz (Mawi), pembantu ketua gangster (Corrie) seorang lelaki yang sebenarnya baik.

Pada dasarnya Jin Notti mempunyai premis cerita yang menarik, tentang dunia manusia dan jin, dua dunia yang bertentangan peraturan hidupnya. Pertentangan peraturan ini dan kesilapan dalam memahaminya sudah mampu menyediakan premis komedi yang menarik. Malangnya cerita Jin Notti tidak mempunyai olahan plot yang baik ditambah pula dengan kelemahan lakonan dan pengarahan.

Fara Fauzana sebagai Notti atau naughty (nakal), jin wanita yang membawakan variasi watak gadis punk, gangster dan peguam bela tidak dapat memberikan variasi dalam transformasi watak-wataknya dengan berkesan. Malah kelihatan kaku dalam adegan yang menuntut dia memberikan riak dan emosi. Begitu juga Mawi sebagai Aziz hanya mempamerkan keupayaan yang sederhana, tetapi jika dia mendapat arahan yang baik Mawi boleh menyerlah sebagai pelakon.

Walau bagaimanapun Jin Notti mempunyai elemen dan dialog-dialog komedi spontan yang cukup sinis dan berbau kritikan politik yang tajam. Hal ini dapat dilihat terutamanya pada adegan-adegan di mahkamah dalam aksi yang melibatkan peguam bela, pendakwa dan hakim. Sungguhpun adegan di mahkamah jin boleh menjadi metafora keadilan yang menarik tetapi sekali lagi adegan yang seharusnya menarik ini tidak dilengkapkan dengan arahan seni yang baik.

Set mahkamah jin kelihatan cukup sederhana, sedangkan set ini seharusnya memperlihatkan suasana yang hebat dan magikal. Begitu juga gambaran alam jin dan masyarakatnya yang memperlihatkan gaya hidup yang bertentangan dengan masyarakat bumi tidak ditunjukkan sedangkan aspek ini seharusnya digambarkan visualnya.

Elemen efek khas visual dan bunyi seharusnya mampu menjadi tunjang yang memperlihatkan kehebatan filem ini, tetapi sayang kemampuan Imej Janaan Komputer (CGI) yang selalu ada dalam filem-filem terbitan KRU tidak digunakan dengan berkesan dalam filem Jin Notti.

Jika filem Jin Notti bersandarkan kisah fantasi moden, tetapi filem Momok: The Movie (MTM) hanya merupakan rangkaian segmen kisah-kisah hantu yang popular di kalangan masyarakat Melayu tradisi. Pembikinan filem MTM sebenarnya lanjutan daripada kejayaan M.Jamil menghasilkan Momok dalam bentuk VCD hasil daripada sebuah pameran tentang hantu anjuran Muzium Negara yang cukup berjaya pada tahun 2002.

Kisah-kisah hantu tradisi seperti pontianak, pocong, orang bunian atau mitos orang mati yang bangkit bila dilangkah kucing hitam diceritakan oleh Kadir (Abon) kepada Adlin (Faizal) yang baru balik ke kampung itu dari Terengganu semasa mereka bertandang ke gerai mi calong kepunyaan Pak Aziz (Aziz Sattar). Sayangnya kisah-kisah hantu yang diceritakan oleh Kadir atau Pak Aziz kepada Adlin sekadar cerita kosong sahaja tanpa ada kaitan segmen antara satu sama lain, cukup sekadar mengisi masa menunggu mi calong yang hendak disiapkan oleh Pak Aziz untuk Kadir dan Adlin.

MTM nyata tidak memperlihatkan sesuatu yang lebih istimewa daripada versi VCD, sama ada daripada aspek olahan cerita atau pun teknik pembikinan apabila dipindahkan ke bentuk filem, (MTM dibikin menggunakan peralatan video digital definisi tinggi kemudian dipindahkan ke filem).

MTM cuba menggabungkan elemen seram dan lucu yang mana pada adegan tertentu memang berkesan menyeramkan biarpun dihasilkan secara yang sederhana. Tetapi lakonan Abon, Faizal dan Aziz Sattar berjaya memberikan elemen komik yang melucukan dalam filem ini. Sebagaimana kejayaan VCDnya, MTM mungkin sahaja boleh menjadi sleeper hit.

Sayang Jin Notti yang berpotensi untuk menjadi sebuah filem fantasi moden yang menarik tidak dieksploit sepenuhnya, manakala MTM walaupun masih bersandarkan kepada kisah seram tradisi Melayu tetapi seharusnya diberikan pendekatan dan olahan baru yang lebih menarik dan menyegarkan. Walaupun sekadar untuk mengisi hiburan tontonan sambutan hari raya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails