Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fahrin. Show all posts
Showing posts with label Fahrin. Show all posts
Fahrin jadi perisai wanita
TENGAH asyik layan drama Seindah Sakura kat TV, Diva teringatkan cerita seorang teman pasal aktor tegap, Fahrin Ahmad yang tak habis-habis digosipkan dengan Adila, si penerbit jelita, anak saudara suami Datuk Siti Nurhaliza!
Diva malas nak tanya lebih-lebih, tunggu kad sahajalah. Kalau tak tahun ini, tahun depan, tak pun tahun depan sekali lagi. Ada jodoh, pasti jadi. Ayat basi sangat, kan?
Seindah Sakura tengah meletup-letup tapi apa yang Diva nak cerita hari ini, bukan pasal drama atau lakonan Fahrin.
Diva dengar Fahrin sekarang dah ala-ala aktivis wanita. Bukan jadi wanita tapi dia terlibat sebagai speaker untuk satu organisasi yang menjadi perisai untuk wanita. Seronoknya, program itu bertujuan menyedarkan wanita-wanita muda agar jangan jadi keldai dadah serta memulihkan emosi wanita yang pernah jadi mangsa penderaan mental atau fizikal.
Bila dapat cerita baharu pasal Fahrin itu, Diva teringat tragedi hitam Fahrin satu ketika dulu yang dikaitkan kes pukul teman wanita, kasar dan panas baran.
Fahrin Ahmad Sangkal Bakal Kahwin Tahun Ini
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Fahrin Ahmad menyangkal dakwaan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya hujung tahun ini seperti yang kecoh diperkatakan.
Fahrin, 33, berkata, walaupun dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun khabar angin tersebut adalah sama sekali tidak benar.
"Selagi belum ada sebarang pengesahan daripada mulut saya maka apa yang diperkatakan itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran drama Seindah Sakura di sini pada Khamis.
Tambah Fahrin, dia juga sudah lali dengan soalan mengenai jodohnya namun menganggap ia sebagai satu lumrah apabila bergelar selebriti.
Fahrin mengulas mengenai laporan bahawa dia akan menamatkan zaman bujannya dengan Zetty Adila iaitu anak saudara kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan Datuk Siti Nurhaliza.
Zety, 26, meerupakan Penerbit Ekskutif Global Station milik kakak Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinan bekas kekasihnya iaitu Scha Al Yahya dengan Awal Ashaari, Fahrin berkata, dia mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Fahrin memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyimpan dendam selain mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.
"Apa yang sudah berlaku saya tak mahu menoleh kebelakang lagi dan buat Scha dan Awal semoga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata dia yakin drama bersiri lakonan terbarunya iaitu Seindah Sakura bakal mendapat perhatian daripada penonton apabila ia ditayangkan pada 7 Mei ini.
Fahrin berkata, garapan yang baik oleh pengarahnya iaitu pelakon, Zul Huzaimy terhadap drama bersiri berdurasi 24 episod itu menjadikan drama itu bakal disukai ramai.
"Zul sangat kreatif dalam menggarap skrip drama itu dalam bentuk visual selain senang bekerjasama dengannya," ujarnya.
Tambah Fahrin, dia juga teruja dapat bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama bersiri itu dan memberitahu pelakon jelita itu sangat profesional di lokasi.
Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek bakal menemui penonton bermula 7 Mei ini setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.
Fahrin, Adila selesa bersama
LEBIH setahun berkawan baik, sampai ke hari ini, pelakon kacak Fahrin Ahmad, 33, masih enggan berkongsi cintanya dengan produser muda, Zetty Adila Ramly, 26.
Bertemu pasangan yang sedang bercinta ini dalam satu majlis memperkenalkan pelakon drama-drama terbaharu TV3 baru-baru ini, pintu hati Fahrin dan Adila sekali lagi diketuk. Jika pada awal dahulu mereka pantas membuat penafian, kali ini berlainan sedikit.
Mereka mengaku selesa dan tidak menafikan tarikan pada diri masing-masing menjadi antara faktor kelangsungan persahabatan yang semakin intim. Mereka sudah betah duduk berdua di hadapan media. Adila yang juga anak kepada pemilik rumah produksi Global Station, Zaiton Mohd. Jiwa itu menyifatkan Fahrin sebagai lelaki budiman.
Sensasi Bintang: Ramai yang melihat kalian keluar berdua berpegangan tangan, anda bercinta?
FAHRIN: (Senyum panjang) Buat masa sekarang, memang kami rapat. Ya, kami keluar bersama tapi kenyataan yang kami berpegangan tangan itu tidak benar. Mengenali seseorang (Adila) itu menjadi tanggungjawab saya, lagipun kami dalam industri yang sama tapi memang hubungan kami sangat rapat.
Jadi apa nama status hubungan itu?
Untuk mengesahkan status, itulah yang merumitkan saya. Saya harus menangani perkara itu dengan cermat. Komitmen kami berdua lebih kepada persahabatan dan rakan dan industri.
Umur makin meningkat, kerjaya sudah stabil, bila agaknya Fahrin nak mengakhiri zaman bujang?
Betul, umur saya sudah 33 tahun tapi mujurnya keluarga tidak mendesak. Saya tak boleh nak fikir pasal kahwin sebab komitmen saya dengan karier sangat besar. Lagipun, selama ini saya penat melayan gosip dan masalah dalam perhubungan. Sekarang saya tengah 'bayar hutang' untuk diri sendiri. Dalam setahun setengah ini, saya rasa sangat tenang.
Tenang dengan Adila?
Saya selesa dengan dia.
Berkawan dengan anak produser besar, tentu memberi ruang selesa, bukankah ia memberi zon selesa untuk anda mendapat tawaran lakonan?
Eh, taklah. Sekarang saya tengah buat penggambaran drama bersiri Seindah Sakura terbitan Temenggung Picture, bukan dengan Global. Pemilihan pelakon juga ditentukan oleh stesen televisyen.
Impak Fahrin tidak sehebat dahulu, sekarang kemunculan anda seperti mendatar sahaja, kenapa?
Populariti itu bonus tapi saya juga manusia yang mencari kualiti, bukan sahaja lakonan tapi juga untuk sisi hidup yang lain. Saya akui belum pernah dapat anugerah, tapi terbaik dalam industri ini bukan ditentukan oleh seorang pelakon sahaja, kena disokong oleh semua sudut.
Ada tawaran filem?
Saya sedang dalam perbincangan yang serius untuk terlibat dengan sebuah filem aksi. Kalau jadi itulah filem aksi pertama saya. Harap penonton boleh tengok saya beraksi, lawan bertumbuk dalam filem suatu hari nanti.
Fahrin main ragbi di England
KIRA-KIRA 20 kali saya melakukan senam wajah (menguap) dan hampir terjatuh dalam longkang gara-gara mengantuk ketika menonton perlawanan ragbi di Padang Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru.
Sudahlah tidak faham dengan undang-undang permainan yang berasal dari England itu, inikan pula untuk mengetahui siapa yang bergelar juara bagi permainan yang bermula pada pukul 5.15 petang itu.
Bagaimanapun, saya terpaksa menahan diri hingga permainan berakhir demi untuk menemu bual Fahrin Ahmad, yang mana saya tahu adalah seorang pelakon yang sibuk dengan penggambaran.
Setelah diberitahu oleh Fahrin, barulah saya tahu rupa-rupanya pasukannya, UiTM X-Lions, seri 10 - 10 dengan pasukan lawan, Storms RC.
Fahrin yang memakai jersi nombor 16, petang itu beraksi sebagai flanker, bertindak sebagai unit belakang sebuah pasukan yang perlu menghalang pihak musuh daripada menembusi gawang.
“Di bahagian flanker ini perlu pemain yang berbadan besar sebab mereka ibarat tembok menghalang musuh. Selalunya, flanker pakai jersi nombor enam atau tujuh.
“Disebabkan tidak ada jersi yang muat dengan badan saya, itu yang saya pakai jersi nombor 16, kebetulan ia paling besar,” katanya yang serasi dengan posisi flanker sejak pembabitan dalam sukan ragbi.
Menurut Fahrin, dia mula bermain ragbi dengan pasukan UiTM Shah Alam sejak bergelar penuntut pada tahun 1997.
Kini, biarpun sudah tamat pengajian, dek kerana cintanya kepada sukan ragbi, aktor bertubuh sasa itu tetap mewakili institusi pengajian tinggi tersebut, tetapi kali ini menerusi kumpulan UiTM X-Lions.
“Semua yang menganggotai pasukan UiTM X-Lions adalah bekas-bekas pelajar daripada pelbagai bidang pengajian.
“Masing-masing sudah pun mempunyai kerjaya tetapi tetap ingin bermain ragbi. Itu yang tertubuhnya pasukan UiTM X-Lions.
“Kalau pasukan lain menjalani latihan setiap hari, kami pula ala-ala profesional. Seminggu sekali baru berlatih, itupun petang Jumaat. Nak buat macam mana... sebab masing-masing ada komitmen,” jelasnya.
Walaupun kurang latihan, namun UiTM X-Lions yang turut dianggotai bekas pemain ragbi kebangsaan itu berjaya melangkah daripada Liga Selangor Divisyen Dua ke Divisyen Satu apabila muncul sebagai juara pada tahun lalu.
Justeru itu, mereka mengalu-alukan mana-mana penaja yang sudi untuk bekerjasama dengan UiTM X-Lions bagi menaja jersi pasukan tersebut.
“Kami telah bermain empat perlawanan, menang sekali, seri sekali dan kalah dua kali. Ini adalah pertandingan ragbi 15 sebelah.
“Kalau saya tidak dapat main pun, pasukan kami ada 25 pemain. Jadi, sesiapa sahaja boleh ganti posisi saya itu,” katanya yang meminati pemain Jonathan Peter ‘Jonny’ Wilkinson dari pasukan England.
Kata Fahrin, dia bernasib baik kerana kebetulan jadual penggambarannya pada tahun ini kurang pada hujung minggu.
Bagaimanapun kata Fahrin, dia tidak dapat mengikuti dua perlawanan untuk Liga Selangor Divisyen Satu kerana terpaksa ke Paris pada 26 Mac hingga 5 April untuk penggambaran drama Seindah Sakura.
Kerja sambil bercuti
Sepanjang waktu menonton perlawanan ragbi itu, saya rasa bimbang dan tertekan takut kalau-kalau berlaku kecederaan. Mana tidaknya setiap pemain sering ‘terbang’ untuk menerkam bola dan kemudian jatuh.
Kata Fahrin, sepanjang terbabit dalam sukan ragbi, sudah lima kali dia menjalani pembedahan di bahagian lutut.
“Kecederaan yang kerap dialami oleh pemain ragbi adalah di bahagian bahu dan lutut. Kalau cedera, rehat dan jadi penonton. Lepas baik, main semula. Itulah risiko yang perlu ditanggung,” jelasnya.
Menurut aktor itu lagi, biarpun berisiko tinggi namun dia selesa dengan sukan tersebut kerana ragbi boleh membentuk disiplin diri dan kesabaran.
Tambahnya, walaupun sukan tersebut nampak kasar, namun semangat kerjasama dan tumpuan perlu diberikan jika ingin menang.
Dalam pada itu, Fahrin berkata, pemergiannya ke Paris bukan sekadar menjalani penggambaran tetapi untuk bercuti sekali kerana selepas itu dia akan ke London, England.
“Sehari selepas penggambaran di Paris, saya akan ke London kerana pada 7 April, saya ada perlawanan. Saya dijemput oleh para pelajar Malaysia di sana untuk bermain ragbi dengan pasukan mereka .
“Selain itu, saya juga bercadang untuk melawat Stadium Twickenham di London yang popular dengan sukan ragbi.
“Memandangkan saya ini peminat ragbi, sudah tentu saya akan beli cenderahati dan jersi di sana,” katanya tersenyum.
Fahrin Dedah Rahsia Elak Wanita Diperdaya Lelaki
PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad ingin “membocorkan” rahsia mengenai lelaki untuk menyelamatkan para wanita agar tidak diperdaya oleh golongan itu.
Fahrin berkata, dia terdorong untuk melakukan perkara tersebut kerana mendapati sejak kebelakangan ini ramai wanita yang sering teraniaya dek kata-kata manis lelaki selain melihat gejala sosial yang semakin merebak.
“Saya merasakan perlu untuk berkongsi rahsia bagaimana seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata manisnya untuk memperdayakan wanita. Dengan cara itu golongan berkenaan dapat mengelak daripada termasuk dalam perangkap lelaki yang ingin mengambil kesempatan kepada mereka,” katanya kepada mStar Online.
Jelas Fahrin, maklumat itu akan dikongsi dengan orang ramai menerusi kursus motivasi yang akan dianjurkan bersama rakannya.
Dalam kursus itu nanti selain Fahrin, beberapa pakar motivasi akan di undang untuk mengajar selok-belok 'permainan' lelaki yang cuba memikat dan merosakkan kehidupan seseorang wanita.
"Selepas membuat kajian mengenai pengisian dalam sesebuah kursus motivasi, didapati wanita kurang didedahkan mengenai taktik lelaki yang mempunyai niat jahat terutamanya yang mahu cuba memikat.
"Justeru itu, saya dan rakan kongsi menghasilkan modul berkenaan dan ternyata ia menerima respons positif selepas menganjurkan kursus di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Disember tahun lalu," katanya yang masih merancang untuk mengendalikan aktiviti itu pada tahun ini.
Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui bahawa dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang motivasi, sebagai ganti cita-citanya yang mahu menjadi seorang guru sejak kecil lagi.
"Selain berlakon dan mengacara, saya mahu memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.
"Dan pada tahun lalu, saya memulakan langkah demi langkah dengan mengambil ilmu daripada beberapa pakar motivasi yang antaranya seperti Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan Dr. Tengku Ismadi.
"Kebetulan pula, saya juga mengacarakan program realiti terbitan Astro Ria berjudul Misi 12, di mana ia sebuah program yang mahu membimbing dan menyelamatkan golongan remaja bermasalah ," ujarnya.
Misi 12 akan disiarkan pada setiap Selasa, pukul 9 malam bermula 7 Februari menerusi saluran Astro Ria (104).
2011 transisi diri Fahrin

SAAT Fahrin Ahmad meluah keinginan untuk memperlahankan kariernya sempena pembukaan laman 2011, sebilangan pihak mula membuat interpretasi bahawa pelakon kacak itu mahu mengucap selamat tinggal kepada daerah seni.
Hakikatnya, tidak pernah terlintas di kotak fikiran Fahrin untuk berlalu pergi daripada bidang yang membuka rezekinya. Malah, jauh sekali untuk lelaki semuda 32 tahun itu mengambil kata putus bagi menghentikan khidmatnya sebagai anak wayang.
Cerita ingin memperlahankan kerjaya lakonan sebelum ini tidak lebih sekadar resolusi tahun baru Fahrin. Soal bersara, belum lagi tertulis dalam kamus hidupnya.
Benar, Fahrin beberapa tahun lalu mula memperlihatkan reaksi bosan terhadap permainan industri hiburan. Dipalit beberapa kontroversi, dia menjadi saksi keharmonian hidupnya sedikit terancam. Namun, itu bukan situasi membuatkan dia berputus harap.
Enam tahun melewati pahit manis berstatus pemain seni, Fahrin puas mengisi komitmen sebagai pelakon. Malah, biar kehidupan personalnya mula dirampas satu persatu, dia masih menggagah diri membawa sekeping tubuh yang penuh ambisi.
Sensasi Bintang: Sejak bila terfikir untuk memperlahankan karier lakonan?
FAHRIN AHMAD: Sejak kali pertama bergelar pelakon, dalam hati saya kuat mengatakan untuk mempersiap diri bagi menceburi bidang lain demi menjamin masa depan lebih baik. Tawaran lakonan bergantung kepada permintaan, bayangkan kalau suatu hari nanti saya jatuh sakit, saya harus menanggungnya sendiri. Kalau bersikap lupa diri, itu lebih memudaratkan. Jadi, saya ingin melakukan sesuatu selain berlakon.
Tidakkah keputusan itu terlalu drastik?
Sebelum saya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi, keluarga tidak merestui karier seni. Mereka risau tentang banyak perkara. Tetapi, saya tekad meneruskan nasib dalam bidang ini. Pada waktu sama, saya sentiasa bersikap rasional dan berpijak di bumi nyata. Saya selalu terfikir untuk memiliki perancangan lebih mantap pada masa depan, tambahan pula apa yang ada depan mata bersifat sementara. Bukan saya sendiri, artis lain juga kena ada perancangan sama.
Tidakkah ia seperti memberi kenyataan hangat-hangat tahi ayam?
Sebenarnya berlaku salah persepsi. Ingin saya jelaskan di sini, bersara bukan perkataan yang tepat. Saya mahu menceburi bidang keusahawanan. Tiada manusia boleh buat pelbagai benda pada satu masa. Jadi, saya kena bijak membahagi waktu dengan memperlahankan aktiviti seni. Jangan salah anggap kerana jadual penggambaran saya penuh sehingga Jun ini. Sebab itu, saya panggil tahun 2011 sebagai transisi diri. Selama ini masyarakat mudah memperlekeh dan memandang rendah golongan artis. Saya harap perubahan ini mendapat restu peminat. Apa jua keputusan, saya anggap ia ada hikmah.

Adakah ia seperti bermain tarik tali supaya pengarah berebut untuk mengambil anda berlakon?
Saya sangkal dakwaan ini. Kalau buat macam itu, ia umpama publisiti dan gimik murahan sedangkan saya seorang yang berfikiran panjang. Saya percaya, ramai bersetuju apabila umur memasuki 32 tahun, setiap manusia ada cita-cita untuk memiliki lebih jaminan dan berkeluarga. Tanpa prejudis, saya beranggapan, jika saya berada dalam bidang seni untuk tempoh panjang ditambah tuntutan masa dan peribadi, ia dilihat kurang ideal untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini cuma pendapat peribadi saya.
Apakah kenyataan itu dipengaruhi emosi selepas berdepan pelbagai kontroversi?
Saya mahu menyimpulkan ayat yang paling sesuai untuk jawab soalan ini. Saya harus mengaku, adakala hati ini diselubungi kesedihan dan rajuk kerana kehidupan sebagai anak seni tidak seindah seperti disangkakan. Selain daripada faktor perancangan kerana enggan bergantung harap pada lakonan semata-mata, saya rasakan, berada dalam bidang ini menuntut harga yang terlalu tinggi harus dibayar. Semakin hari semakin mencabar malah, dunia seni banyak merampas, menghukum dan prejudis terhadap hidup saya. Tetapi, saya tidak menyalahkan orang lain dan tidak menyesal bergelar anak seni. Ia sebenarnya terpulang kepada kebijaksanaan saya menguruskan hidup sendiri. Saya percaya, rakan artis lain juga ada perancangan masing-masing.
Selain mengurangkan aktiviti seni, apa lagi yang ingin anda lakukan?
Walau apa terjadi, bidang pengacaraan tetap diteruskan sehingga bila-bila. Pengacaraan dan lakonan punya perbezaan. Tuntutan masa sebagai pelakon sangat tinggi. Pengacaraan menjadi jiwa sebenar saya. Kalau boleh, saya mahu memperbanyakkan peluang mengacara termasuk mengendalikan program bual bicara sendiri. Ia tidak bermakna saya berhenti terus daripada lakonan dan tidak menolak kemungkinan berlakon hingga tua. Saya tidak akan hilang terus daripada lakonan. Kalau usia semakin meningkat, jika ditakdirkan saya terus berlakon, ia sekadar minat dan untuk melepaskan kerinduan semata-mata bukan sebagai punca utama pendapatan seperti sebelum ini.
Benarkah keputusan memperlahankan karier dibuat kerana merancang untuk berkahwin pada tahun ini?
Tidak juga. Pada saya, apa yang dilakukan sekarang merupakan perancangan menjadikan saya seorang insan lebih baik. Macam saya cakap tadi, ia hanya mempersiapkan diri sebagai jaminan masa depan. Iyalah, kalau suatu hari nanti saya berkahwin, pasti keluarga hendak bergantung dan memerlukan saya. Jadi, tidak bagus jika sebagai lelaki dan suami, saya tiada perancangan mantap untuk menggembirakan mereka. Kebahagian mereka kebahagiaan saya.
Fahrin Sudah Berfikir Untuk Bersara

KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad, 31, merancang untuk bersara daripada industri seni dan akan memerlahankan penglibatrannya dalam aktiviti itu secara perlahan-lahan mulai tahun depan.
Kenyataan itu dikeluarkan setelah memikirkan jatuh bangun dalam industri yang dilaluinya sebelum ini.
Selain itu, pelakon drama Dalil Cinta dan Qasidah Buat Laila ini sedang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.
“Saya akan mengurangkan kerja dalam bidang seni mulai tahun depan. Tetapi tidaklah saya mahu berhenti berlakon secara drastik.
“Saya mahu mengingatkan diri-sendiri dan rakan artis lain supaya sentiasa berpijak di bumi nyata.
“Saya tidak malu mengatakan bahawa populariti dan permintaan ada turun naiknya. Jadi saya perlu fikirkan perancangan masa depan,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Saya tekad dan muktamad untuk mengurangkan terima tawaran berlakon kerana kerja itu memerlukan komitmen masa yang tinggi.
“Saya lihat industri seni banyak merampas hidup peribadi dan prejudis terhadap saya.”
Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi cerita tentang perniagaan yang diceburinya. Mungkin selepas dua hingga tiga bulan lagi baru akan dimaklumkan.
“Saya sudah mempunyai rangka perniagaan dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Selain itu, saya telah mempunyai beberapa orang rakan kongsi yang mahir dalam bidang masing-masing,” jawabnya.
'Saya tak jadi saman Linda'

Aktor dan pengacara terkenal, Fahrin Ahmad akur nasihat ramai pihak
JADI atau tidak Fahrin Ahmad nak saman Linda Onn? Dulu beriya-iya buat sidang media, sampai menangis di depan wartawan, nak saman Linda jika dia tak minta maaf, sekarang apa sudah jadi? Adakah Fahrin tak sampai hati menyaman Linda kerana masih ada rasa sayang terhadap wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu? Atau mengambil kira saranan banyak pihak termasuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang berharap Fahrin menyelesaikan masalah peribadinya di luar mahkamah?
Justeru, itu adalah antara persoalan yang belum terjawab sama ada Fahrin ingin meneruskan kes saman terhadap Linda atau sebaliknya kerana sudah empat bulan menunggu, tiada sebarang tindakan susulan daripada pelakon dan pengacara berkenaan. “Saya masih membuka jalan damai, tapi nampaknya Linda seolah-olah memaksa saya membawa kes ini ke muka pengadilan. Sekiranya semua usaha menemui jalan buntu, saya terpaksa meneruskannya ke mahkamah. Jika terlalu lama berdiam diri, saya tak mahu dianggap tidak tegas membuat keputusan atau tiada pendirian. Saya harap Linda sedar dan mengkaji implikasinya apabila perkara ini dibawa ke mahkamah,” kata Fahrin kepada B*Pop terbitan 7 Mac lalu.
Kesempatan bertemu Fahrin di Mutiara Damansara, Petang Jaya, hujung minggu lalu berjaya merungkai segala persoalan. Fahrin akhirnya mengakui, selepas menimbang saranan daripada banyak pihak dan kerjaya seninya tidak terjejas gara-gara kenyataan Linda kepada media massa yang dikatakan mempunyai unsur hasutan sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasinya, dia akur tidak mahu memanjangkan isu berkenaan ke mahkamah.
“Setiap tindakan saya berdasarkan kebijaksanaan dan pertimbangan kritikal keadaan ketika itu. Saya mengadakan sidang media tempoh hari semata-mata kerana kepentingan kerjaya dan rezeki, tiada unsur peribadi. Namun, selepas situasi berkenaan, saya menerima saranan daripada banyak pihak termasuk Seniman supaya menyelesaikannya di luar mahkamah.
Linda tolak selesai luar mahkamah
“Ramai peminat yang mengharapkan supaya saya membuat penyelesaian tanpa membabitkan perundangan. Begitu juga penaja yang memberikan nasihat mereka. Seniman pula sangat bersungguh-sungguh untuk membantu. Dalam masa sama, saya turut memantau keseluruhan keadaan daripada tuduhan yang pernah dibuat terhadap saya.
“Namun, saranan untuk penyelesaian di luar mahkamah tidak disambut baik oleh Linda (Onn). Mungkin dia ada sebab tersendiri. Saya boleh memilih untuk menjadi angkuh dan ego tanpa menimbangkan implikasi buruk yang boleh menimpa seandainya saya terus berpegang kepada keangkuhan dan keegoan.
“Justeru, tagline saya untuk keseluruhan keadaan, mengalah bukan bererti kalah, berundur bukan bererti takut. Mungkin Linda tidak nampak apa yang saya nampak mengenai implikasi yang boleh membabitkan maruah kami saja, sebaliknya keluarga, kerjaya dan kawan-kawan seandainya perkara ini berpanjangan di mahkamah. Ramai pihak yang akan dipanggil untuk memberi keterangan, bagi saya perkara ini terlalu remeh dan menyusahkan hidup orang lain.
“Pada suatu ketika, saya dituduh dan perlu mengadakan sidang media untuk membersihkan nama supaya kerjaya tidak terjejas. Dalam masa sama, saya imbas semula keadaan, kerjaya saya tidak terjejas, penaja tidak menarik diri dan tawaran lakonan tetap ada. Namun, seandainya tuduhan dan hasutan yang pernah dibuat mengakibatkan rezeki saya tertutup, saya terpaksa meneruskan saman sekalipun perlu memperjudikan maruah saya.
'Saya terlalu banyak bersabar'
“Daripada maklum balas daripada banyak pihak, mereka senang dan menghormati tindakan saya iaitu memaafkan keadaan yang pernah berlaku antara saya, Linda dan semua. Bagi saya, apa yang pernah berlaku disebabkan manusia tiada yang sempurna. Justeru, selepas mendalami cadangan daripada banyak pihak, saya membuat keputusan tidak akan memanjangkan perkara ini hingga ke mahkamah.
“Saya sedar, apa saja keputusan yang saya buat, pasti ada pihak yang akan berfikiran negatif. Tetapi, berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian, saya berasakan keputusan ini adalah yang terbaik. Saya nampak ramai yang menyokong keputusan ini daripada mempertikaikan tindakan saya sekiranya berlanjutan di mahkamah. Pun begitu, saya tak boleh memuaskan hati semua pihak. Saya membuat keputusan di atas nasihat suara ramai,” katanya panjang lebar.
Fahrin juga mengakui dia terlalu sebak pada sidang media empat bulan lalu kerana tidak faham kenapa pihak yang saling pernah berjasa suatu ketika dulu, tergamak membuat kenyataan yang boleh menjejaskan masa depan dan rezekinya sedangkan hubungan itu sudah lama berlalu.
“Kenapa sampai hati buat saya begitu sekali? Saya ada keluarga, tapi kenapa sanggup menimbulkan keraguan terhadap penilaian orang terhadap saya sedangkan mereka kenal siapa saya. Justeru, saya berasa amat sedih. Saya ada perasaan kerana itu air mata saya tumpah. Orang yang tidak ada perasaan adalah mereka yang ego. Saya terlalu banyak bersabar,” katanya lagi.
Fahrin harap tiada pihak jadi batu api
Apabila Fahrin tidak jadi memanjangkan perkara ini ke mahkamah, pelbagai persepsi bakal wujud di pihak Linda, antaranya kredibiliti Fahrin sebagai pelajar undang-undang akan tercalar atau dia hanya meraih publisiti semata-mata, sebaliknya saat ini Linda mungkin akan bertambah ego, apa komen Fahrin?
“Apa yang Linda nak rasa, nak kata, itu adalah haknya. Apapun keputusan saya bukan berdasarkan emosi. Perkara pokok di sini bukan menang atau kalah, sebaliknya ini adalah pengorbanan saya kepada keseluruhan keadaan termasuk kedua-dua pihak. Jika dia tak nampak, saya nampak. Saya tak rela mengaibkan orang hanya untuk mempertahankan diri sendiri. Di mahkamah nanti, rela atau tidak cakap pasal orang, kita terpaksa, itu yang saya tak mahu.
“Namun, seandainya perkara sama (tuduhan dan hasutan) diulangi oleh mana-mana pihak sekalipun, bukti yang ada boleh dirujuk kembali dalam jangka masa panjang. Saya harap selepas ini, perkara sama tidak dibangkitkan lagi oleh pihak Linda mahupun rakan media lain. Jangan jadi batu api! Jika ada kenyataan sekalipun, bukannya berbentuk provokasi! Ini janji saya, saya tidak akan berkata apa-apa lagi selepas ini.
“Saya percaya, setiap apa yang pernah berlaku, ada hikmah. Saya harap, perkara seumpama ini akan jadi pengajaran kepada keseluruhan industri supaya artis lebih berhati-hati ketika diminta membuat kenyataan apatah lagi isu yang membabitkan maruah dan periuk nasi orang lain. Dalam agama, kita digalakkan tegur menegur dengan cara yang baik, bukan menjatuhkan atau mengaibkan pihak lain, selain memberi pengajaran bersama,” katanya mengakhiri bicara.
Info Fahrin
NAMA PENUH: Fahrin Ahmad
TARIKH LAHIR: 9 Mei 1979
ASAL: Skudai, Johor
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
FILEM: 2 Hati 1 Jiwa, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Cicakman 2: Planet Hitam, 9 September, Puaka Tebing Biru, Pesona Non Grata, Qaisy & Laily, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! (ditayangkan mulai 20 Mei lalu) dan Ombak Rindu (bakal memulakan penggambaran)
DRAMA: Simbiosis, Salina, Banglo Nombor Satu, Villa Cinta Daddy, Dalam Hati Ada Cinta 4, Dalil Cinta dan Laila Asyikin (bakal memulakan penggambaran)
TEATER: Antara...
PENGACARAAN: Nadi KL, XY, Famili Penyayang dan Sehati Berdansa (musim pertama hingga ketiga)
DUTA: Garnier for Men dan Shell
Kronologi hubungan Fahrin-Linda dan Fahrin-Scha Alyahya
1. Gosip cinta antara Fahrin dan Linda semakin kuat diperkatakan sejak awal 2005, namun Linda kerap mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai ‘teman tapi mesra’. Namun, kedua-duanya dikatakan pernah ke Makkah menunaikan ibadat umrah bersama.
2. Awal September 2007, desus-desus mendakwa Fahrin dan Linda sudah mengikat tali pertunangan secara diam-diam, namun mereka menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.
3. Fahrin dan Linda pernah bergelar pengacara bersama program realiti tarian Astro Ria, Sehati Berdansa pada musim pertama dan kedua. Pun begitu, memasuki musim kedua program berkenaan sekitar Oktober 2008, hubungan Fahrin dan Linda dikatakan melalui fasa perang dingin sehingga gelaran ‘teman tapi mesra’ tidak lagi relevan untuk mereka.
4. Penghujung 2008, Fahrin dikatakan sudah bertemu pengganti Linda apabila mula berkawan rapat dengan bakat baru dalam lakonan, Scha Alyahya. Namun, Fahrin tidak mahu melabel hubungan mereka sebagai ‘teman tapi mesra’ kerana pengalaman lalu banyak memberi pengajaran kepadanya. Dia lebih selesa mentafsir hubungannya bersama Scha sebagai teman rapat.
5. Hubungan cinta Fahrin dan Scha turut dijadikan pelaris untuk program realiti Sehati Berdansa musim ketiga sekitar September 2009, namun belum sempat program berkenaan menemui penonton, Scha membuat pengakuan terbuka, antara dirinya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.
6. Tanggal 25 Januari 2010, Fahrin mengadakan sidang media di Palace of the Golden Horses mengumumkan dia memberi tempoh tujuh hari supaya Linda membuat permohonan maaf sebelum tindakan undang-undang diambil ke atasnya selepas personaliti radio berkenaan membuat kenyataan menerusi akhbar Sinar Harian diikuti The Star terbitan 19 dan 20 Januari 2010 yang dikatakan mempunyai unsur hasutan sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasi Fahrin.
7. Diwakili peguam bela Tengku Naufal Tengku Mansor daripada Tengku Naufal & Co, Fahrin membuat empat tuntutan ke atas Linda iaitu membuat permohonan maaf secara jelas, penarikan semula kenyataan secara terbuka yang disiarkan dalam akhbar, aku janji tidak mengulangi kenyataan memburukkan Fahrin Ahmad dan tuntutan kos ganti rugi.
8. Pun begitu, Linda terus berdiam diri, sekadar menunggu surat saman daripada Fahrin dan menanti kes berkenaan berakhir di mahkamah. Ramai pihak yang menasihatkan Fahrin supaya menyelesaikan kes yang lebih berbau peribadi itu tanpa membabitkan perundangan, namun Fahrin terus memberi tempoh supaya Linda menjawab tuntutannya. Namun, selepas empat bulan menunggu, tiada surat saman dikeluarkan terhadap Linda.
Fahrin 'Enjoy' Status Solo

KONTROVERSI cinta Fahrin Ahmad dengan Scha al-Yahya sudah lama berlalu pergi. Cerita saman-menyaman di antara Fahrin dengan bekas kekasihnya, Linda Onn juga sudah tidak kedengaran lagi.
Apa yang tinggal kini hanyalah Fahrin Ahmad dan status solonya. Biar 'ketandusan' gosip dan kisah cinta, Fahrin ketika ditemui di Menara The Star, Petaling Jaya tetap ceria seperti biasa.
"Semuanya OK. Saya tak ingat lagi perkara lepas. Jadual saya pun sangat ketat sekarang ni. Kalau tak pergi 'shooting', saya akan buat aktiviti lain," jawab Fahrin apabila ditanya tentang kehidupan baru tanpa kekasih dan status solonya.
Mengakui sebelum ini dirinya tidak pernah lekang dari ungkapan 'cinta' dan teman wanita, Fahrin tidak sedikit pun berasa kekok dengan status yang jarang-jarang dipegangnya itu.
Sebaliknya, ruang dan kesempatan ini dilihat sebagai peluang untuk dia melaksanakan perancangannya yang belum terlaksana.
"Sebelum ni memang saya rasa tak seronok kalau tak ada 'girlfriend', tapi selepas apa yang berlaku, saya rasa 'enjoy' pula hidup solo.

"Nak kata sunyi, tak juga sebab saya sangat sibuk. Kalau tak ada 'shooting', saya buat aktiviti lain. Saya akan ke gym dan pergi 'diving'," katanya.
Menjadikan ungkapan 'My Life Start at 31' sebagai inspirasi dan semangat untuk dia meneruskan hidup sebagai anak seni, Fahrin kini mahu lebih fokus terhadap diri sendiri, karier dan peminat daripada memikirkan soal wanita.
"Sekarang saya mahu lebih sayangkan diri saya sendiri. Saya hanya fikirkan tentang karier dan peminat-peminat yang tak pernah jemu menyokong saya.
"Banyak masa saya dihabiskan dengan melayan peminat di 'fan page'. Saya sangat terharu bila mereka sudi merancang untuk sambut hari jadi saya baru-baru ini. Peminat menjadi sebahagian daripada hidup saya sekarang," kata pemegang watak utama filem Puaka Tebing Biru ini.
Ternyata pelakon berusia 31 tahun ini tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal cinta. Tatkala ditanya apakah dia sedang mencari-cari kekasih, dia dengan yakin menjawab 'tidak'.
"Tidak buat masa ini. Bagi saya masa untuk berehat dulu.
"Tapi, saya tak boleh menidakkan hakikat yang saya perlu juga mencari jodoh untuk masa depan," ucapnya tenang.
Tentang hubungannya dengan Linda dan Scha, Fahrin memberitahu dia tidak pernah berhubung dengan kedua-dua mereka selepas berpisah. Namun, jika diminta untuk bekerjasama dalam satu produksi, dia akan bersikap profesional.
"Boleh, tak ada masalah! Saya percaya pada rezeki dan ketentuan Ilahi. Tak salah bekerjasama dan saya telah pun melakukannya sebelum ini," katanya yang pernah menjadi hos program Sehati Berdansa bersama Linda Onn tidak lama dulu.
Fahrin kini sedang giat membuat persediaan untuk menyertai program larian amal Standard Chartered KL Marathon 2010.
Rakan selebriti lain yang turut terlibat termasuklah Nash Idrus, Atilia Harun, Sazzy Falaq, Umie Aida, Thanuja dan ramai lagi.
Pada pertengahan Jun ini, Fahrin akan menjalani penggambaran filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Filem arahan Osman Ali itu turut menampilkan pelakon Maya Karin.
Fahrin Bakal Adakan Sidang Media Tangguh Saman Linda

KONTROVERSI saman-menyaman pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dan penyampai radio SuriaFM, Linda Onn masih lagi menjadi tanda tanya apabila perkara tersebut dikatakan semakin dilengah-lengahkan Fahrin.
Terbaru, Fahrin mengakui menangguhkan saman tersebut selepas mendengar nasihat dan pandangan dari rakan artis dan persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
"Sebenarnya saya mengambil kira pandangan beberapa pihak yang mengambil berat isu kami yang mahukan ianya diselesaikan di luar mahkamah.
"Saya bersetuju untuk menangguhkan saman ke atas Linda dan menunggu maklum balasnya terhadap cadangan Seniman itu.
"Saya tidak mahu perkara ini akan menjadi labih lama dan bakal mengheret keluarga kedua-dua belah pihak ke mahkamah sekali" ujarnya.
Fahrin yang ditemui pada jamuan Online Satay Party pada Jumaat lalu memberitahu perkara tersebut akan dibuat secara rasminya pada penghujung bulan ini.
"Saya tahu ramai yang tertanya-tanya status saman ini. Saya akan buat satu sidang media untuk jelaskan perkara tersebut selepas 15 haribulan atau akhir bulan ini," ujarnya.
Menurut Fahrin, dia mahu mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan perkara ini selain dibawa ke mahkamah. Apa yang dilakukan atas dasar profesionalisme bukan secara peribadi.
"Sudah berkali-kali saya memberitahu bahawa apa yang berlaku (saman) atas dasar profesionalisme dan mahu menjaga nama baik saya bukan kerana masalah peribadi.
"Apa yang saya harapkan adalah, Linda tampil meminta maaf dan sekadar mengakui perkara tersebut disalah tafsirkan. Saya hanya mahu nama saya dibersihkan dari segala dakwaan yang boleh menjejaskan kredibiliti saya di mata klien, penaja dan masyarakat," ujarnya.
Linda jangan campur tangan - Fahrin

SEPANJANG bulan ini orang asyik bercerita kisah cinta antara pasangan kekasih, Scha Alyahya dengan Fahrin Ahmad yang hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu.
Yalah, kita yang merancang tetapi menentukannya adalah Tuhan. Nak buat macam mana dah tak ada jodoh. Mudah-mudahan Fahrin bersabar dengan ujian itu walaupun dalam hatinya mungkin ada sayang terhadap Scha.
Begitu juga Scha diharap tabah menghadapi ujian putus cinta. Ini semua adalah dugaan dan ujian bagi mereka yang bergelar artis.
Itulah, apabila jadi artis semua kisah peribadi akan menjadi berita sensasi yang hendak diketahui oleh semua orang. Walaupun cinta itu sebesar Pulau Langkawi sekalipun kalau nak kena tsunami, akan terkena juga.
Tapi di sebalik kehancuran hati pasangan kekasih ini, Fahrin ada melahirkan rasa sedihnya pada Niezam beberapa minggu lalu. Masa berborak dengan Fahrin menerusi telefon, dia menerima apa yang berlaku hari ini sebagai satu ujian.
Cuma Fahrin sempat meluahkan perasaan yang dia agak terkilan apabila bekas kekasih iaitu Linda Onn cuba masuk campur terhadap apa yang berlaku di antara dia dengan Scha.
Niezam tanya Fahrin apa maksud masuk campur tu? Adakah Linda yang menjadi penyebab hubungan dia dan Scha itu putus?
Kata Fahrin, dia terkilan apabila membaca Linda memberi reaksi mengenai hubungannya dengan Scha.
Malah Fahrin juga tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak media yang sengaja mencari sensasi dengan meminta komen daripada Linda.
“Kenapa nak tanya Linda pasal saya dan Scha putus cinta? Perkara itu tak relevan langsung. Linda bukannya kawan rapat kami dan dia bukan orang yang layak bagi komen,” demikianlah kata Fahrin.
Mungkin Linda tak mahu menghampakan perasaan orang yang bertanya soalan. Sebab itulah dia jawab juga.
Tak apalah mudah-mudahan selepas ini tak ada gaduh-gaduh lagi ya...!
Linda pun bahagia dengan kehidupannya sekarang dan Fahrin mula agak berjaya dalam dunia lakonan. Scha pula semakin terserlah penampilannya.
NIEZAM: Ramai yang terpegun melihat banglo Linda Onn pada majlis “open house” dia semalam. Betul ke harga RM2.3 juta?
Elak salah faham

Bahkan bukan mudah memujuknya menjelaskan status sebenar percintaannya dengan pendatang baru kian popular, Scha Al-Yahya.
Berkali-kali diasak soalan benarkah hubungan mereka berakhir, jejaka bertubuh sasa ini berkeras enggan memberi komen dengan menegaskan tidak sesuai untuknya mengulas perkara itu dan berharap media dan pihak luar tidak memberi tekanan kepadanya dan Scha serta keadaan itu.
“Saya akan bercakap apabila sampai masanya dan ketika itu saya akan luahkan secara rasmi dan telus bagi mengelak fitnah atau salah faham.
“Yang boleh saya kongsi setakat ini, hubungan ini terlalu berat dugaan dan cabarannya. Sebagai orang lebih tua dan lebih lama dalam industri, saya rasa keadaan ini sampai ke tahap yang menyedihkan saya.
“Sukar untuk saya jelaskan, senang cerita hubungan ini terlalu banyak tekanan daripada pelbagai aspek. Apa yang buat saya sedih dan kecewa bila kebanyakan masalah bukan berpunca daripada kami tetapi daripada orang luar. Mereka tidak mengambil kira Scha masih baru dalam industri dan dalam proses kematangan.
“Perkara sebegini bukan pertama kali berlaku, justeru saya kena lebih matang menanganinya daripada semua sudut dan membuat penilaian secara menyeluruh. Cara terbaik mengatasi perkara ini adalah dengan banyak bersabar dan bebas pengaruh luar bagi memastikan setiap keputusan adalah yang terbaik.
“Saya tidak mahu ulas panjang, nanti diperbesar-besarkan dan ia jadi mengarut. Cukup-cukuplah tekanan yang diberi dalam hubungan ini oleh pihak media dan masyarakat,” kata Fahrin yang dihubungi baru-baru ini.
Aktor dan pengacara terkenal ini mengaku hatinya terguris apabila terpaksa berdepan sekali lagi situasi sama seperti sebelum ini, apatah lagi usianya mencecah angka 30, di mana dia bersedia menyunting wanita idaman untuk dijadikan suri hidup.
Namun sebagai manusia, pengacara program realiti Sehati Berdansa ini terpaksa akur tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar. Sesekali, pasti diuji badai sebelum bertemu cahaya kebahagiaan.
“Siapa yang tidak kecewa, apatah lagi bila ada campur tangan orang luar. Saya tidak faham mengapa ada yang suka cakap bukan-bukan mengenai saya. Apa yang saya belajar sepanjang bergelar anak seni, macam mana baik kita bawa diri, tetap ada orang cuba burukkan kita.
“Khabar angin yang tak betul ditokok tambah dan dijadikan sensasi. Saya sudah biasa dengan situasi ini, tetapi mungkin tidak bagi Scha.
“Saya seorang yang tegas dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling. Kalau sudah suka seseorang, saya tak peduli, biarpun ada cerita kurang enak sampai ke telinga. Sekali bercinta, saya akan bagi sepenuh komitmen dan sama sekali tidak akan membuat penilaian pendek.
“Malangnya apabila menjadi selebriti, harga yang perlu dibayar terlalu tinggi dan saya tidak sanggup apabila harga yang dipertaruhkan itu adalah kehidupan peribadi saya,” katanya yang berharap perkara ini tidak disensasikan seperti dilaluinya sebelum ini.
Ditanya tidakkah kekok berkongsi pentas dengan Scha dalam Sehati Berdansa yang bakal menghangatkan Astro Ria 24 Oktober ini, Fahrin berkata, dia tiada masalah sama sekali, malah sebelum ini pernah membuktikan boleh bekerja dengan sesiapa saja dalam apa saja situasi.
Sebagai pengacara, tidak betah andai dia mementingkan diri dan perlu bersikap profesional, apatah lagi program ini membabitkan banyak pihak.
“Saya tidak boleh heret masalah peribadi ke atas pentas. Program ini kendalian bersama saya dan Scha, jadi kami perlu pastikan perjalanannya lancar dan sempurna.
“Tidak timbul soal kekok kerana sebelum ini pun saya sudah membuktikannya. Walaupun bekerja dengan insan paling saya sayangi, sedang bermasalah atau tidak ada apa-apa hubungan saya tetap menjalankan tugas dengan ceria dan baik,” kata ikon Celcom Blue ini.
Beralih kepada perkembangan terkini, selain sibuk dengan penggambaran beberapa telefilem, antaranya Pun Pun dan Resipi Cinta, Fahrin menandatangani kontrak sebagai duta Kempen Penjimatan Minyak Shell selama setahun yang akan diumumkan dalam sidang media pada 6 Oktober ini.
Menerusi pelantikan ini, Fahrin diterbangkan ke Jerman, Mei lalu, untuk mengikuti kursus pendek selain melihat dari dekat operasi syarikat minyak tersohor itu.
“Di sana saya menyertai perlumbaan menyahut cabaran penjimatan minyak satu liter dan berjaya menewaskan enam duta lain dari Singapura, Hong Kong, Denmark, Jerman, Turki dan Belanda.
“Banyak pengalaman baru saya peroleh sepanjang di sana, termasuk bertemu pengurusan teratas syarikat ternama ini. Sebagai duta, saya akan beri sepenuh komitmen terhadap setiap program anjuran Shell dan memastikan kempen ini berjaya,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
