Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fahrin Ahmad Pernah Kongsi Gelas Dengan Pesakit HIV

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 34, mendedahkan beliau pernah berkongsi gelas dengan seorang pesakit HIV. Menurut Fahrin perbuatannya itu dilakukan secara spontan ketika sedang menyampaikan ceramah mengenai pengidap HIV dalam sebuah majlis anjuran institusi koporat berpengaruh. "Perkara tersebut berlaku secara spontan. Masa tu di majlis Sime Darby, saya beri ceramah yang menyentuh mengenai pesakit HIV. Kebetulan di sebelah saya ada seorang pesakit HIV positif. Lalu saya pun ambil gelas pesakit itu dan terus meneguk air dalam gelas tu. Semua yang ada terkejut termasuklah pesakit HIV berkenaan apabila melihat kelakuan saya. "Saya buat begitu sebab saya nak buktikan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya bukan sekadar bercakap saja. Pesakit HIV juga berhak menjalani hidup normal seperti kita semua. Jangan lah kita menyisihkan mereka sebaliknya kita perlu memadamkan stigma atau pandangan negatif terhadap golongan berkenaan", kongsi Fahrin ketika ditemui pada sidang media Kempen program Sokongan Selebriti Reben Merah 2013/2014 bertempat di Flora Terrece Hamsphire, malam tadi. Fahrin merupakan salah seorang daripada 15 selebriti yang telah menyertai kempen Sokongan Selebriti Reben Merah anjuran Pertubuhan AIDS Malaysia (MAC) sejak tahun 2009. Artis lain yang turut sama menjayakan kempen tersebut seperti Aaron Aziz, Aanantha, Bob Yusof, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Joey G, Owen Yap, Dato' Siti Nurhaliza, Shah Shamsiri, Uthaya Winnie K serta termasuklah tiga lagi selebriti yang baru dipilih iaitu Hafiz Hamidun, Najwa Latiff dan pelawak Dee. Pada masa sama akui Fahrin, sebelum menjadi 'ahli keluarga' MAC, sama seperti kebanyakan orang, hero drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini tidak menafikan beliau mempunyai persepsi negatif terhadap para pesakit HIV. Malahan beliau cukup risau mahu mendekati apatahlagi sekiranya dirinya didekati oleh pengidap HIV. Namun tanggapan itu mula berubah sejak beliau mula menyumbangkan khidmat kebajikannya menerusi program-program anjuran MAC. "Memang saya akui sebelum ni saya berasa risau dan ada satu persepsi negatif terhadap golongan berkenaan. Tapi bila saya dipilih menyertai kempen ini sejak 4 tahun lalu dan selepas beberapa kali melalui pengalaman berjumpa serta bergaul dengan para pesakit, saya tidak lagi berasa risau. "Bahkan masa awal-awal dulu ketika menjayakan program-program MAC, saya tidak tahu pun yang saya sebenarnya dikelilingi oleh pesakit HIV. Sebab secara zahirnya mereka pun nampak macam orang biasa seperti kita yang menjalani kehidupan normal. Cuma mereka perlu melawan penyakit tersebut dan bergantung juga pada tahap ketahanan badan mereka", katanya. Berbulan Madu Senyap-Senyap?
Sementara itu beralih kepada perkembangan dirinya, tiada angin, tiada ribut alih-alih timbul berita Fahrin baru-baru ini telah pergi berbulan madu. Gosip tersebut timbul apabila Fahrin dikatakan telah kehilangan pasportnya dek kerana kelam kabut sewaktu di lapangan terbang. Tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut Fahrin berkata, "Betul, baru-baru ini terjadi satu insiden pasport saya hilang. Seingat saya ketika itu saya nak pergi bercuti di Hong Kong. Saya pergi dengan beberapa orang kawan. Ianya hanya percutian biasa saja. Bukan pergi honeymoon (gelak). "Lucu bila mendengar, hanya kerana saya tertinggal pasport timbul pula cerita saya pergi berbulan madu. Kononnya saya kelam kabut dan tergesa-gesa kerana bimbang kalau-kalau ada orang melihat saya pergi bercuti. Padahal semua tu tak benar ", ujarnya yang turut mengesahkan statusnya masih bujang dan belum lagi bertemu dengan mana-mana wanita yang dirasakan sesuai dijadikan isteri. Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal muncul menerusi telemovie mengenai pesakit HIV berjudul Terlewatkah Cinta Kita. Telemovie yang akan disiarkan sekitar bulan Disember di TV9 itu menyaksikan beliau bergandingan dengan Eira Syazira. Selain itu Fahrin bakal menjalani penggambaran filem biografi berkisar atlit kurang upaya dan beliau memengang watak sebagai jurulatih. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails