Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Indonesia-Kris Dayanti. Show all posts
Showing posts with label Indonesia-Kris Dayanti. Show all posts

KD Terkejut Dicemuh di Internet

PENYANYI Indonesia Krisdayanti atau KD terkejut ketika melayari internet dan terbaca cemuhan kepada dirinya yang sangat menyakitkan hati.

"Sebelum ini, dia tidak pernah membaca cemuhan seperti itu. Tetapi malam kelmarin, setelah melayari internet terus dia menelefon saya. Dia sangat terkejut dengan cemuhan itu," ujar sahabatnya merangkap jurucakap KD, Elsie Lontoh kepada detikhot ketika dihubungi kelmarin.

Sejak penyanyi lagu Aku Wanita Biasa itu bercerai dengan Anang dan timbul isu orang ketiga, memang ramai yang mula memberikan komentar negatif kepada adik Yuni Shara itu.

Lebih-lebih lagi setelah mengetahui KD memang bercinta dengan Raul Lemos yang masih berstatus sebagai suami orang, Ata Lemos.

Menurut KD, ketika dia menjalin hubungan dengan Raul, lelaki itu sudah bercerai dengan Ata. Lantas sebab itu dia tidak menolak cinta ahli perniagaan bergelar jutawan yang berasal dari Timor Leste itu.

Namun ketika Ata muncul dengan bukti bahawa dia masih isteri Raul, KD memilih untuk mengundurkan diri. Dia terus memutuskan hubungan cinta dengan Raul.

Meskipun dicemuh di internet, menurut Elsie, hal itu tidak mempengaruhi populariti dan imej KD. Buktinya, sehingga saat ini tawaran menyanyi dan iklan masih mencurah-curah kepada ibu dua anak itu.

Sebelum ini, KD baru sahaja selesai menjalani penggambaran iklan sabun mandi.

"Itu sudah menjelaskan semua kerana tidak mungkin sebuah produk berani mempertaruhkan imejnya dengan seseorang artis kontroversi. Jadi, cemuhan itu sekaligus tidak mempengaruhi imej KD," jelas Elsie.

Sepi seorang diva-Kris Dayanti

BICARANYA satu persatu. Gerak tubuhnya menunjukkan dia tidak senang saat diminta berbicara tentang kisah cintanya yang baru saja terputus di tengah jalan sehingga menjadi perbualan sekalian banyak. Ia kelihatan menerusi pancaran mata penyanyi tersohor Krisdayanti (KD). Keinginannya jelas, dia meminta agar orang sekeliling memahami apa yang dirasainya selepas peristiwa sedih itu.

KD juga sedaya upaya menutup rasa sedihnya yang jelas kelihatan pada wajah dengan 'berpura-pura' ceria. Kesempatan bertemu dengannya pada Showcase Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti di Pusat Konvensyen Shah Alam, (SACC) Selangor baru-baru ini, mengukuhkan perasaan yang bergelora dalam jiwa terhadap diva kelahiran Indonesia itu.

Riak wajahnya kerap berubah. Mendung di wajah benar-benar terserlah tatkala bercerita tentang kisahnya dengan hartawan berasal dari Timor Leste, Raul Lemos.

Wanita berusia 35 tahun itu mengakui bahawa hatinya berkeping-keping selepas peristiwa tersebut. Sedih dan macam-macam lagi perasaan jahat membius dalam hatinya.

Pandangan jelik dari segelintir masyarakat di Indonesia yang mengaitkan peribadinya dengan perkahwinan lampau benar-benar meragut kesabarannya.

''Bohonglah kalau saya mengatakan tidak sedih dengan apa yang telah terjadi. Cukuplah dengan apa yang saya lalui. Setelah pengakuan dibuat (pada 12 April) lalu, saya berdepan dengan tekanan. Hati saya tidak nyaman (tenang) lagi.

''Ia meliputi pelbagai perkara. Sehinggakan mahu keluar rumah, saya dikepung oleh sekumpulan media di sana. Keadaan sedemikian menyebabkan saya tidak boleh duduk tenang. Nah, di situlah tekanan paling teruk saya hadapi,'' tutur KD.

Pelantun Menghitung Hari ini memberitahu kadangkala dia tidak boleh menerima apa sahaja tanggapan buruk yang diberikan oleh media di sana. Ada kalanya melampaui batas tetapi kayu pengukur hati KD mengatakan 'dia bukan artis sensasi'. Tidak ada yang perlu diperjelaskan semula.

Pada masa yang sama KD memberitahu, dia masih menghormati lelaki bernama Raul itu atas dasar silaturahim sesama insan. Namun tidak boleh mencampuri urusan lain dan menolak sebarang hubungan secara langsung.

Biarlah kisah hitam antara KD dengan Raul yang berstatus suami orang itu menjadi sejarah. Tidak ada yang perlu dinyatakan lagi. Baginya, lebih baik bercerita tentang rancangan kerjaya atau perkara-perkara yang membahagiakan dari berfikir riwayat sedih.

''Saya adalah seorang yang optimis tentang kehidupan. Saya enggan menoleh ke belakang dan lebih senang dengan menumpukan perhatian terhadap tugasan harian dan kerjaya. Saya juga tidak membiarkan perkara bertambah buruk membabitkan peribadi saya. Itu lebih mudah bukan?,'' ujar KD.

KD juga menafikan dia dirinya tidak terdesak untuk mencari cinta atau jodoh. Katanya, itu adalah perbuatan 'merbahaya'. Lebih baik membahagiakan diri dan dua permata hatinya, Titania Aurel dan Azriel Akbar. Tambahan lagi, dua pertama hatinya itu telah berjanji untuk membahagiakan KD. Mereka tidak mahu melihat ibu kesayangan menitiskan air mata hanya kerana gagal bercinta.

Pada masa sekarang ini minda dan jasad KD bersatu. Dia masih lagi boleh berfikir dan mempertimbangkan sama ada perkara itu baik atau tidak terhadap masa depannya. Janji dirinya, 'aku tidak akan ke dunia gelap'.

Saat diajukan soalan tentang bekas suaminya, Anang Hermansyah yang kini sedang hangat bercinta dengan seorang penyanyi baru Indonesia, KD memberitahu bahawa berita itu diketahui dari penceritaan anak-anaknya.

Sebagai mantan isteri, dia hanya mampu mendoakan perkara yang terbaik buat Anang. KD lebih senang untuk tidak mencampuri peribadi bekas suaminya itu. Tidak wajar buatnya untuk menceroboh ruang peribadi Anang.

Isteri Kekasih KD Enggan Mohon Cerai

SILVALAY Noor Athalia sudah mengetahui hubungan intim suaminya, Raul Lemos dengan penyanyi Krisdayanti. Yang paling menonjol apabila penyebaran gambar Raul sedang berpelukan mesra dengan KD. Walaupun beberapa kali merasa disakiti, Atha tidak akan membuat keputusan untuk bercerai dengan Raul.

“Saya tidak akan melakukan apa-apa, biar Raul yang meminta cerai, bukannya saya,” tulis Atha dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada detikhot baru-baru ini.

Atha bukannya bimbang jika tidak mengambil tindakan terhadap perbuatan suaminya. Dia merasa apa yang dilakukan oleh Raul dan KD selama ini sudah diketahui oleh ramai orang. Biarlah masyarakat yang menilai Raul dan KD.

Atha juga tidak lagi bertanya kepada suaminya tentang kebenaran cerita kecurangannya dengan KD.

“Biar dia yang memberikan penjelasan itu nanti,” tambahnya.

Wanita berusia 40-an itu hanya meminta KD dab Raul tahu soal status diri mereka.

KD tidak jadi kahwin dengan Raul

MENURUT khabar angin yang berhembus kencang, Raul Lemos, pengusaha asal Timor Leste yang sebelumnya disebut-sebut calon suami Krisdayanti (KD), tidak jadi menikahi penyanyi itu.

Khabarnya, cinta KD sudah berpindah ke lain hati. Siapa lelaki yang jadi kekasih baru KD, juga masih samar dan belum ada yang dapat disahkan khabar angin itu kerana KD sendiri masih mengunci mulut jika ditanya soal pernikahannya. Sebelumnya, Silvalay Noor Athalia alias Secha Syagran, istri Raul Lemos menegaskan, Raul tak akan menikahi KD.

"Raul mengaku kenal KD, tetapi tidak seperti yang diberitakan selama ini. Raul berkata, tidak akan menikah siri dengan siapa pun, termasuk dengan KD. Dia tidak akan menikah (lagi) dengan siapa pun," tegas Secha, meniru ucapan suaminya.

Ketika ditanya tentang kemesraan Raul dan KD di Singapura, kata Secha, Raul mengatakan itu bukan dirinya.

"Saya tidak ke mana-mana. Saat itu saya berada di Dili. Kalaupun KD terlihat bersama lelaki di Singapura, itu bukan saya," ujar Secha memetik kenyataan Raul.

Kris Dayanti Nak Kahwin Lagi

Mangga Muda dapat cerita ni daripada kenalan yang rapat dengan Kris Dayanti (KD). Dengar khabar, janda Anang ini sudah pun mendapat pengganti yang cocok dengannya. Setelah lebih lima bulan bersendirian, akhirnya KD dikatakan bakal mengahwini pemuda yang juga dikatakan penyebab kepada keruntuhan rumah tangganya, Raul Lemos.

KD juga dikatakan menghabiskan masa bersama kekasihnya sempena sambutan Krismas dan tahun baru lalu. Tak salah rasanya KD ingin berkahwin lagi lebih-lebih lagi edahnya telah tamat. Namun mungkin kurang enak bila ianya seakan-akan mengiyakan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dulu.

KD ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini kelihatan sugul akibat perceraian, lebih-lebih lagi apabila tidak dibenarkan bertemu anaknya. Mungkin kehadiran Raul berjaya memecahkan kerinduan terhadap keluarga yang telah dibina sejak 13 tahun lalu. Apapun kita nantikan detik 29 Januari 2010 nanti. Jika benar, Mangga Muda doakan kebahagian KD bersama pasangan barunya.

Mangga Muda - Seronok tengok pasangan dirikan masjid. Kalau boleh dengan adunan yang kukuh, jangan mudah runtuh bila ditimpa badai.

Aditya~Ada ketika keterbukaan bisa membunuh

PEMERHATI dunia hiburan Indonesia dan Malaysia sedia maklum yang Krisdayanti bukan lagi isteri kepada Anang Hermansyah.

Masing-masing cuba mempertahankan pendirian dengan tegas. Anang dengan cara Anang yang mendakwa keruntuhan rumah tangga mereka kerana kecurangan penyanyi Menghitung Hari itu dan Krisdayanti juga ada alasan tersendiri mengapa sebabnya dia perlu meminta perceraian sebagai jalan terbaik kepada perkahwinan yang telah memasuki usia 13 tahun.

Nyatanya hari ini, peminat boleh mendengar nyanyian mereka melalui radio di Malaysia (yang begitu setia menyokong artis seberang!). Anang mencipta khas ‘Separuh Jiwaku Pergi’ yang diilhamkan daripada perpisahan itu.

Krisdayanti pula terlebih awal merakamkan ciptaan Anang, ‘Aku Wanita Biasa’ yang menceritakan dia juga manusia yang memiliki kekurangan.

Perceraian mereka menambahkan populariti mereka sekali lagi dan media Malaysia yang dahagakan cerita sebegini, menyambut dengan tangan terbuka akan pengakuan mereka.

Sementelah artis Indonesia yang bercakap tidak menggunakan banyak tapisan, memudahkan sensasi itu tercipta sehingga membudayakan masyarakat kita.

Nyatanya juga, masing-masing mempertahankan diri. Anang yang selama ini sering kelihatan berdiam, membuka mulut menceritakan kecurangan bekas isterinya itu menerusi satu temubual teleconference Kuala Lumpur – Jakarta baru-baru ini.

Krisdayanti pula terlebih dahulu memijak kaki ke kota ini sambil mengadakan persembahan untuk mengutip dana bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang.Siapa yang silap dalam kegagalan pelayaran bahtera mereka, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Dia juga Maha Mengerti akan aturan yang telah ditetapkan untuk makhlukNya.

Mungkin ini jalan terbaik buat Krisdayanti dan Anang daripada terus berpura di depan masyarakat berlakon watak bahagia sedangkan hati menjeruk rasa.

Banyak yang boleh kita tafsirkan daripada kejadian ini. Bagaimanapun minta Aditya, usah kita menuding jari menyalahkan sesiapa kerana percayalah, di sebalik setiap kejadian itu ada hikmah tersembunyi. Bunyinya klise tetapi itulah hakikat kehidupan.

Sebagai pemerhati penggerak aktiviti hiburan, Aditya lebih banyak melihat pernyataan Krisdayanti di dalam media selama ini. Anang yang sering menemaninya ketika kunjungan Krisdayanti di Malaysia, jarang sekali ditemuramah.

Kalau ada sekalipun, ia sekadar pelengkap artikel mengenai bekas isterinya itu sahaja. Jadi tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki kepada dua anak perempuan itu.

Banyak sangat yang kita baca tentang Krisdayanti. Memang dia artis popular di Indonesia dan dikenali ramai di tanah air kita. Banyak perkembangan dan ceritanya. Sehinggakan kadang-kadang Aditya merasakan banyak juga yang tidak perlu Krisdayanti bercerita kepada masyarakat mengenai hal peribadinya.

Datuk Siti Nurhaliza rasanya lebih popular tetapi wanita ini lebih bijak menaburkan cerita, mana yang perlu saja untuk pengetahuan peminat dan selebihnya disimpan untuk diri sendiri.

Sikap keterbukaan Krisdayanti memang menyenangkan media menulis tentangnya dan Aditya melihat itu sebagai umpan yang boleh memamah diri sendiri.

Penerbitan buku peribadi keduanya yang cukup kontroversi, ‘My Life My Secret’ menggambarkan lebih terperinci akan permasalahannya selama ini. Segala sejarah hitam dalam hidupnya itu membuatkannya tidak henti-henti menerima cemuhan. Kontroversi itu membuatkan ‘My Life My Secret’ begitu laris di Indonesia dan atas permintaan ramai, Krisdayanti mengulang cetak semula buku itu dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara termasuk Malaysia. Tindakannya ini turut mendapat kecaman hebat daripada beberapa pihak.

Bagaimanapun dalam satu catatan, Krisdayanti langsung tidak gusar dengan pendedahannya tentang ketagihan dadah suatu ketika dulu serta kisah pergolakan rumah tangganya yang sudah menjadi buah mulut di rantau ini. "Saya berharap apa yang saya paparkan dalam buku itu sama sekali tidak akan mengurangkan kecintaan peminat terhadap saya. Saya sedar pasti akan ada yang kecewa tetapi itulah hakikatnya.

"Setiap orang punya kisah silam masing-masing tetapi apa yang penting di sini ialah bagaimana kita mampu berjuang untuk menghadapinya dengan berusaha untuk menjadi lebih baik.

"Saya terima segalanya risiko tentang pengedaran buku ini dengan tenang. Saya juga sudah biasa dicemuh,” katanya.

Keterbukaan dan keberanian Krisdayanti membuatkan Aditya kembali terfikir akan had-had yang sepatutnya sebagai manusia, lebih-lebih lagi dilahirkan sebagai wanita Islam.

Secara jelasnya, kita maklum yang industri hiburan banyak menghalalkan yang haram melalui pelbagai cara.

Hal ini juga pernah Aditya bangkitkan dalam tulisan sebelum ini terutama yang membabitkan wanita dan aurat.

Tidak perlu diperjelaskan terperinci di sini kerana Aditya faham yang pembaca mStar Online sedia tahu duduk perkara sebenar had aurat, dosa dan wanita.

Aditya bukanlah ustaz (itupun dipertikaikan). Bukan juga mufti yang juga dibolehkan kena tahan kerana mengajar.

Suara perempuan saja sudah banyak yang mempertikai akan auratnya. Belum lagi pakaian… ahh, sudah banyak kali diingatkan!

Bagaimanapun dunia hiburan sebenarnya membenarkan kita mencipta fitnah dan membenarkan diri kita diperkatakan.

Baik positif mahupun negatif, orang yang memerhati tetap menilai. Jelasnya juga orang kita suka memandang yang tidak sedap telinga mendengarnya.

Apatah lagi seseorang yang dikenali ramai seperti Krisdayanti yang dituduh melakukan kecurangan sehingga terjadinya perceraiannya.

Popularitinya membenarkan orang bercakap dan paling sedih menuduhnya menjalin hubungan sulit dengan usahawan Timor Laste, Raul Lemos dan pemuzik Tohpati, Ari Sigit dan Dicky Wahyudi. Bagaimanapun Krisdayanti menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Tegasnya, sepanjang perkahwinannya ada perkara normal yang dilihat daripada sudut negatif, bahkan sikap keterbukaannya disalahertikan orang sekeliling.

“Saya orangnya mesra dan sangat menghargai insan lain dan kadangkala mungkin berlebihan sehingga ia disalahertikan. Misalnya, saya mudah menggunakan perkataan ‘sayang’ kepada sesiapa saja dan ada kalanya anak melihat saya berpelukan dan nampak mesra dengan orang yang saya jumpa.

“Di luar kemampuan saya untuk mengawal apa yang mereka fikir mengenai perkara itu. Sejujurnya, mereka tidak lebih daripada rakan kerja dan penaja program seni saya. Tohpati misalnya, saya menghormati kerja mereka, malah sepanjang dua tahun bekerjasama untuk persembahan saya, ada ketikanya kami berbincang hingga lewat malam.

“Ada mata yang tidak suka, jadi timbul cerita saya berselingkuh. Biarpun pedih saya tidak menyalahkan mereka, apa lagi berdendam. Yang penting, saya terus melangkah dengan hal yang menurut saya benar dengan bersaksikan Yang Esa.

“Segala keputusan yang saya ambil adalah kerana tidak lagi secocok, bukan kerana pihak ketiga. Apa lagi sekarang orang sibuk mencari bukti saya kononnya meruntuhkan rumah tangga orang,” ini kenyataan penyanyi itu kepada media Malaysia.

Aditya sedikitpun tidak menyalahkan Krisdayanti mahupun Anang dalam hal ini. Sebelum ini pun, Aditya pernah bercakap tentang Mawi dan Siti Nurhaliza yang dianggap sebagai manusia contoh kepada masyarakat supaya menjadikan mereka sebagai teladan dan sempadan.

Allah menjadikan mereka di antara kita untuk kita nilaikan mana yang baik dan buruk supaya kita sendiri tidak menjadikan yang buruk sebagai panduan untuk meneruskan hidup ini.

Mereka juga seperti kita, bukan maksum yang selalu leka dalam melakukan kesilapan. Cuma sebagai selebriti, mereka perlu kuat untuk berdepan dengan ketajaman mata penilai dalam masyarakat seperti kita juga yang sering diperhati oleh tukang kira amalan kita seharian.

KD pujuk anak dengan 'oleh-oleh' mahal

KRISDAYANTI (KD) akhirnya bertemu dengan dua buah hatinya, Aurel dan Azriel baru-baru ini.

Bekas isteri komposer Anang Hermansyah itu bertemud engan anak-anaknya di rumah di rumah Anang di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, tempat mereka bekerja sama dalam bermusik sebelum bercerai.

Pertemuan itu berlangsung kaku dan tidak ceria. KD puas cuba mengambil hati Anang dan anak-anaknya.

"Walau sudah berpisah, saya masih menghormati pekerjaannya," jelas KD.

Sementara itu, sahabat dan juga peguam pasangan ini, Elsie Lontoh, berkata meskipun keadaanya tidak selesa, keduanya berusaha memulihkan suasana.

"Suasana memang nampak kurang selesa tapi KD berusaha berjenaka. Mereka makan bersama kerana makanan sudah tersaji," jelas Elsie.

Tambah Elsie, Anang lebih banyak berdiam diri.

"Anang banyak diam dan lebih ke anak-anak saja," katanya lagi.

Menurut Elsie, KD yang paling berusaha mengambil hati Anang dan anak-anaknya.

"Nampak jelas KD yang berusaha keras. Masa Anang main gitar, KD nyanyikan lagu baru Anang ("Separuh Jiwaku Pergi"). Dan Anang ketawa saja," kata Elsie.

Yang lebih membahagaiakan KD, kedua anaknya nampak jelas merindui kehadirannya.

Sebelum ketemu permata hatinya, KD sempat membeli buah tangan untuk Aurel dan Azriel.

"KD mampu mengambil hati hati kedua anaknya dengan oleh-oleh yang dibawanya. Loly (nama manja Aurel) dibelikan tas tangan dan kacamata dan Ziel (Azriel) dibelikan jam tangan," kata Elsie.

"Ziel jelas merindui ibunya hinggakan KD terpaksa balik lambat sikit kerana Azriel nangis," kata Elsie.

Kekok gelaran janda meletup

Sedangkan bekas suami lagukan perceraian, media Indonesia hasut rakyat membenci, tapi KD bersabar

TENTUNYA darjat seorang wanita lebih dihormati dan dipandang tinggi sekiranya mereka berstatus isteri. Namun, hakikatnya dalam sebuah kehidupan tidak semua bernasib baik dan melalui perkahwinan membahagiakan sampai akhir hayat.

Ilahi sentiasa menguji umat-Nya, jika tidak kerana cerai mati, mungkin kegagalan sebuah perkahwinan itu berpunca dari kesilapan sendiri mahupun pasangan kita. Begitulah, situasi sedang dialami penghibur terkenal dari negara jiran Indonesia, Kris Dayanti (KD), 34, apabila rumah tangganya yang dibina bersama komposer terkenal, Anang Hermansyah, 40, selama 13 tahun musnah.

Sewaktu ditemui Jumaat lalu, sempena pelancaran album kompilasi terbaru, Aku Wanita Biasa yang diadakan di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, KD baru dua hari memegang gelaran janda secara rasmi.

Tuntutan cerai KD terhadap Anang disahkan Pengadilan Agama Jakarta Selatan (Jaksel) pada 22 Oktober lalu. Dia diceraikan dengan talak satu. Justeru, KD sempat diusik sekumpulan wartawan dengan gelaran janda meletup sehingga membuatkannya terpinga-pinga.

Akui penyanyi jelita ini, meskipun berasa lega kes perceraiannya berjalan lancar dan dapat diselesaikan dalam masa singkat, namun jauh di sudut hati berat untuk menggalas status baru itu.

"Belum terbiasa, baru dua hari kembali hidup solo. Saya berharap selepas ini saya lebih berwaspada dalam menjalani kehidupan. Sememangnya tidak mudah melangkah sendiri. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

"Selepas mahkamah meluluskan perceraian kami, saya bertekad meneruskan hidup dengan semangat dan mendahulukan kebahagiaan diri. Itu yang lebih penting.

"Biarpun apa yang terjadi, ia sedikitpun tidak menghilangkan rasa hormat mahupun terdetik untuk melupakan pengorbanan mantan suami. Bagi saya, apa yang berlaku hanya saya, Anang dan Tuhan saja yang tahu," katanya.

KD mendirikan rumah tangga bersama Anang pada 22 Ogos 1996 dan ketika itu dia baru berusia 21 tahun. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie, 11 dan Azriel Akbar, 9.

Ini juga bukanlah perceraian kali pertama mereka kerana perkara sama pernah terjadi tiga tahun lalu. Bagaimanapun, pasangan itu mengambil keputusan berbaik semula dan kebenaran hal itu turut dicatatkan dalam biografi KD. Namun, berlainan situasi kali ini KD seolah membayangkan dirinya tidak mungkin kembali ke pangkuan Anang semula.

"Cinta saya sudah tiada. Namun rasa hormat terhadapnya tetap saya junjung tinggi. Walaupun diceraikan talak satu, saya pasti buat masa sekarang tidak mahu kembali bersama.

"Perkahwinan adalah soal kesepakatan dan kerjasama. Andai sama-sama sudah tidak bisa patuh, apa ertinya perkahwinan.

Kita seharusnya melangkah ke hadapan untuk mendapatkan kehidupan lebih baik," katanya.

Penyanyi jelita yang melakar populariti di Malaysia menerusi lagu Menghitung Hari itu menegaskan bahawa dia tidak pernah curang terhadap bekas suaminya seperti diuar-uarkan.

Sekali gus, dia menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan ternama dari Timur Leste, Rahul Lemos, yang didakwa menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangganya dengan Anang.

Mengenai kenyataan isteri Rahul, Silvalay Noor Athalia menerusi program televisyen di Jakarta yang turut disiarkan laman youtube yang mendakwa KD cuba mendekati suaminya malah memanggil Rahul dengan nama 'Amour' (sayang, cinta), KD punya jawapan sendiri.

"Dia sepatutnya memarahi suaminya jika benar suaminya itu selingkuh (curang). Bukannya mengaitkan nama saya. Saya mengenali suaminya ketika memenuhi undangan sempena majlis rasmi di Timor Leste. Malah, saya sempat bertemu wanita berkenaan namun semuanya baik walaupun waktu itu timbul gosip antara saya dan suaminya.

"Saya seorang yang terbuka. Saya mesra dengan semua orang dan akan menyapa mereka dengan panggilan sayang. Mungkin keramahan saya disalah ertikan," katanya.

Berkenaan Separuh Jiwaku Pergi, sebuah lagu gubahan Anang yang mendedahkan kecurangan bekas pemenang Asia Bagus ini, KD berkata, ia barangkali ditulis Anang dalam keadaan sedang marah.

Kisah kecurangan dan perceraian penghibur kelahiran Batu Malang, Jawa Timur, ini bukan saja mendapat liputan meluas media Indonesia malah difahamkan segelintir mereka bersikap prejudis terhadap KD sehingga mempengaruhi rakyat negara membenci wanita itu.

Malah, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya Anang tidak memberi kebenaran pada KD menyanyikan lagu-lagu ciptaannya sekali gus mempengaruhi semua komposer negara itu.

Kata KD, apabila mendengar perkara itu dia jadi tidak selesa menyanyikan lagu Anang lalu penerbit albumnya, Octav Panggabean menghubungi Anang bagi mendapatkan penjelasan.

Ternyata kata KD, Anang tidak punya masalah mengenai perkara itu bahkan Melly Goeslow yang turut dikaitkan dengan hal ini, juga membuat kenyataan menerusi siaran langsung sebuah program televisyen mengatakan dia tidak pernah melarang KD menyanyikan lagunya. Perkara itu cukup melegakan KD.

Mengenai hubungan dingin antara Malaysia dan Indonesia akhir-akhir ini hanya disebabkan hal-hal kecil, KD turut ditanya apakah dia memainkan peranannya sebagai artis untuk memulihkan keadaan yang keruh itu.

Katanya, berada di sini satu penghargaan cukup besar buat dirinya apatah lagi ini tahun ke-11 dia mencipta nama di Malaysia.

"Kalau setiap kali menjayakan persembahan, saya selalu bilang pada peminat atau sesiapa saja saya tidak pernah ada masalah di negara ini. Bahkan saya sangat bersyukur peminat di Malaysia menerima baik kehadiran saya," katanya.

Selepas majlis pelancaran albumnya itu, KD menjayakan persembahan amal untuk mangsa gempa bumi Padang di lokasi sama bermula jam 8.30 malam.

Ia dihadiri lebih 450 orang tetamu pada acara anjuran Tropic Jaya Entertainment dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club. KD menyampaikan 10 lagu antaranya Menghitung Hari, Aku Wanita Biasa, Ku Tak Sanggup, Pilihlah Aku dan Mencintaimu.

Boleh dikatakan persembahan malam itu yang dikendalikan Bill Bora dan Merry Ciaetul (bekas kumpulan Denpasar Moon) sebagai pengacara, menyaksikan nyanyian paling emosi KD di hadapan peminatnya.

Barangkali, masih bersedih dengan keretakan rumah tangga selain dilarang bertemu anak. Keadaan menjadi tambah emosi kerana kebanyakan lagu yang disampaikan malam itu adalah hasil ciptaan bekas suaminya.

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang hadir bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebagai tanda sokongan kepada KD, turut diundang ke pentas berduet menerusi lagu Penasaran dan Kopi Dangdut.

Acara malam itu juga berjaya mencapai matlamatnya apabila berjaya mengutip RM74,234. Ini tidak termasuk sumbangan dari orang perseorangan antaranya Siti dan suami yang menyumbang RM10,000 serta pemilik Sari Ratu, Ramawindra (Datuk Mara Jogadang) yang menyerahkan RM12,000.

Semua sumbangan diserahkan kepada Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Republik Indonesia, Tatang B Razak.

Sementara itu, album Aku Wanita Biasa diterbitkan Anang sebelum rumah tangga mereka bergolak. Ia memuatkan dua lagu baru ciptaan Anang, Aku Wanita Biasa dan Jangan Biarkan Cinta Menangis (duet bersama Anang) sementara enam lagi lagu dari album terdahulu, Ku Tak Sanggup, Pilihlah Aku, Mencintaimu, Menghitung Hari, Dilanda Cinta dan Mahadaya Cinta.

Album yang dilancarkan pada 19 Oktober lalu dengan harga RM25.90 ini turut memuatkan MTV karaoke Aku Wanita Biasa dan Dilanda Cinta

Kris Dayanti bercerai kerana sunyi

TANGGAL 22 Oktober, 12 tengah hari, sewaktu pertemuan kami di Hotel J.W Marriott Kuala Lumpur, Kris Dayanti perlahan memberitahu: "Hari ini hari pengesahan perceraian saya dan Anang. Saya hantar wakil peguam sahaja kerana segalanya sudah berakhir.

"Dan hari ini juga adalah hari keputusan untuk segalanya. Kunci buat saya melangkah ke hadapan dengan status rasmi sebagai wanita baru."

Duduk di sebelah saya, penyanyi Indonesia yang menjadi tajuk utama berita di republik tersebut dan pada Ramadan lalu selepas mengumumkan perceraiannya dengan Anang Hermansyah yang dinikahi selama 13 tahun tampak tenang dan sayu.

Satu-satu ayat disusun perlahan. Kadangkala tersekat-sekat di sebalik hela nafas. Namun, seperti mana kuatnya dia berazam mahu dilepaskan Anang, setabah itu juga dia berkongsi cerita.

"Perceraian ini lebih menyakitkan daripada membuat pembedahan payu dara," kata penyanyi ini lagi membayangkan betapa perit sebuah perceraian berbanding pembedahan yang pernah dilakukannya itu.

Banyak pihak menyalahkan dirinya. Media menghukumnya seperti penjenayah dengan menulis hal-hal yang di luar batasan. Anak-anak, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, hilang kepercayaan dan reputasinya tercalar kerana dituduh curang.

Penyanyi yang hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbarunya, Aku Wanita Biasa dan membuat persembahan amal pada malam Jumaat lalu ini mula bercerita.

Katanya, lima bulan dia mengambil masa, meminta petunjuk daripada Tuhan agar keputusan yang diambil kelak tepat. Akhirnya pulang daripada umrah dia mendapat kekuatan untuk minta diceraikan.

"Keputusan itu bukan saya buat kerana orang ketiga. Kalau mahu bercakap tentang orang ketiga, daripada tahun pertama perkahwinan kami sehingga sekarang, memang tak habis-habis dikaitkan dengan orang ketiga. Saya sudah kebal dengan tuduhan sebegitu.

"Tetapi jujurnya, lima bulan terakhir perkahwinan kami, saya berasa sunyi. Anang tidak mampu mengisi kesunyian itu sedangkan saya mahu jaminan tersebut," katanya yang tidak menyalahkan Anang apabila bekas suaminya itu melahirkan rasa kecewa dan marah terhadapnya.

Cuma yang dikesalkan penyanyi ini adalah hubungannya dengan anak-anak terputus. Kali terakhir dia bertemu dua anaknya 13 Ogos lalu. Sehingga kini, sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu mereka.

"Saya sedih dan rindu sekali pada mereka. Padahal jarak rumah saya dengan kediaman Anang hanya 300 meter. Tapi saya tidak kuat untuk bertemu mereka. Bukan kerana tidak sayang, tapi saya tak mahu mendesak mereka dan membuatkan mereka tidak mahu bertemu saya langsung.

"Sekarang saya berpegang bahawa Tuhan tidak akan menguji saya jika saya tidak kuat. Saya juga kini lebih banyak berdoa seperti anak kecil untuk melalui segala dugaan ini," katanya yang kini memilih untuk lebih banyak berdiam dan bersederhana dalam memberi jawapan kepada media.

Bangkit saban hari daripada kesedihan dengan memegang kalimat 'esok pasti ada kehidupan yang lebih baik', kini masa hadapannya difokuskan kepada kerjaya.

Sebuah single terbaru yang digarap Maia bakal muncul bulan hadapan. Dia juga mahu lari daripada menghasilkan karya curah perasaan atau menumpahkan rasa dalam karyanya. Sebaliknya karya yang bakal dipersembahkan kelak bersifat segar.

Seiring kehidupan solo yang baru bermula, penyanyi ini juga diintai lelaki yang mahu mencuba nasib berkongsi hidup dengannya.

Tetapi pantas dia memberitahu: "Walau ada banyak lelaki yang mahu mendekati, saya akan lebih berhati-hati. Saya menjadi sekuriti untuk diri sendiri. Kalau pun saya jatuh hati lagi kelak, lelaki itu harus menyayangi saya dan keluarga saya."

Kris Dayanti berakhirnya sebuah cinta

MUNGKIN sudah suratan ikatan cinta yang dibina selama 13 tahun berakhir dengan perpisahan. Tidak ada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar cinta itu menemui noktah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Banyak mata yang memandang dengan penuh kesayuan setelah melihat rumah tangga yang dibina oleh Krisdayanti (KD) dan Anang Hermanshah berakhir.

Ramai terkejut dengan perceraian tersebut. Pada masa yang sama tidak kurang juga yang sudah menjangkakan ini akan berlaku kepada pasangan tersebut.

Biar apa pun yang terjadi, Kris Dayanti atau lebih mesra disapa dengan nama KD menganggap hidup mesti diteruskan. Tidak ada apa-apa yang mampu mengubah keadaan tersebut memandangkan mereka sudah sah bercerai talak tiga.

Malah pengadilan agama di sana juga sudah memutuskan bahawa mereka bukan lagi suami isteri pada hari Khamis yang lalu.

Ketika pengesahan itu dibuat, KD sudahpun ada di Malaysia bagi menjayakan persembahan amal di sebuah kelab di Kuala Lumpur bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia selain mempromosikan album terbarunya Aku Wanita Biasa.

Bagi KD, tidak ada gunanya dia terus berada di sana mendengar pengesahan pedih itu memandangkan hatinya sudah hancur apabila ikatan cinta yang dibinanya putus di tengah jalan. Biarpun pelbagai cerita dan kontroversi yang menimpa KD, dia tetap tabah dan menerima apa yang sudah tertulis buatnya.

"Selama ini semua media dan peminat melihat saya sahaja yang salah. Mereka menuduh saya yang bukan-bukan dan membuat pelbagai spekulasi sejak mula-mula berkahwin lagi.

"Tapi cuba anda lihat, semua tuduhan itu hanya kata-kata nista terhadap saya. Mereka hanya pandai menuduh tanpa menunjukkan sebarang bukti.

"Tapi berkat kesabaran saya selama ini semua cerita buruk itu terus senyap dan lenyap begitu sahaja," katanya lagi.

Jelas KD, dia kurang gemar melihat media di negaranya sendiri yang sering mencari kontroversi dan membuat pelbagai cerita yang kadang kala melanggar tata susila.

Sebab itu selepas Anang mengumumkan sudah menceraikan KD, dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memberi apa-apa kenyataan kepada media di sana.

"Diam saya bukan bererti saya tidak bicara. Diam saya juga bukan bermakna saya salah. Biarlah saya mendiamkan diri dari terus menjadi tumpuan media yang secara terus-terusan menghentam saya.

"Saya juga pasrah dengan apa yang telah terjadi. Tapi tak bererti saya kalah dan membiarkan apa sahaja terjadi. Sebaliknya biarlah kebenaran itu datang sendiri nanti," jelas KD yang mula popular dengan lagu Menghitung Hari.

n Konflik tak berpenghujung

Mungkin sudah suratan ataupun hanya satu kebetulan, Yuni Shara yang juga merupakan kakak kepada KD juga menerima nasib yang sama, bercerai!

Musibah yang menimpa dua beradik itu benar-benar membuatkan peminat tertanya-tanya adakah ini harga yang perlu dibayar oleh seorang wanita bergelar artis popular?

KD pula menyifatkan semua itu adalah takdir untuk dirinya memandangkan sejak tahun pertama menikahi Anang, rumahtangga mereka tidak pernah terlepas daripada sebarang cerita buruk.

"Sejak tahun pertama lagi macam-macam cerita dan gosip buruk mengenai saya dimainkan media. Tapi alhamdulillah saya masih berjaya mengawal semua itu selama 13 tahun.

"Saya akui memang saya mesra dengan semua orang termasuklah mana-mana lelaki. Tapi sifat itu sudah sudah ada dalam diri saya sejak dahulu lagi.

"Anang juga melihat perkara tersebut. Anak-anak juga turut sama melihat. Tapi semua itu tak lebih dari sekadar teman sahaja," katanya.

Biarpun ikatan itu sudah berkesudahan tetapi KD tetap menyatakan Anang sebagai seorang suami yang baik dan dirinya sebagai wanita yang kebal.

Tambah KD lagi, walaupun Anang tidak memberikan sepenuh apa yang diminta, itu tidak bermakna ia menjadi penyebab kepada keretakan rumahtangganya.

Akui KD lagi, lima bulan terakhir sebelum Anang melafazkan talak merupakan fasa hitam dalam hidupnya memandangkan pelbagai ujian yang muncul.

"Lima bulan terakhir barulah saya rasa sangat sunyi. Kesunyian itu benar-benar membuatkan saya berfikir tentang masa depan saya dan sering kali memohon kepada Tuhan agar membuka jalan kepada saya.

"Kadangkala saya sibuk, Anang pula lapang. Dan keadaan itu berlaku sebaliknya. Kini saya sedar, setiap apa yang saya dapat pasti ada sesuatu yang akan hilang dan saya pasrah dengan semuanya.

"Mujurlah ibu saya masih ada dan mengerti perasaan saya. Walaupun dia sudah tak bisa berkata-kata kerana sakit tetapi daripada riak matanya dia juga merasai kesedihan yang saya alami.

Sudah hampir tiga bulan kes perceraian KD menjadi mainan media. Dalam tempoh masa itu KD lebih merasakan kesunyian itu dan tetap bermuhasabah diri dengan apa yang telah berlaku.

Mujur ada teman-teman dan kaum keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan semangat kepada dirinya untuk terus menjadi wanita yang tabah.

n KD wanita biasa

Krisis yang berlaku antara KD dan Anang tidak berkesudahan. Malah ada dakwaan yang mengatakan Anang mengharamkan KD menyanyikan lagu-lagu ciptaannya selama ini.

Kolaborasi antara KD dan Anang bukan lagi satu perkara yang janggal. Malah hampir kesemua lagu ciptaan Anang terus popular dan disukai peminat.

Ketika ditemui KD menafikan semua itu dan sehingga kini dia masih lagi boleh menyanyikan lagu ciptaan Anang yang sudah sebati dalam dirinya.

"Mungkin Anang melafazkan kata-kata itu ketika dia sedang marah. Tapi saya masih lagi boleh menyanyikan lagu-lagu ciptaannya seperti biasa," kata KD yang baru sahaja muncul dengan album terbaru yang berjudul Aku Wanita Biasa.

Menariknya mengenai lagu Aku Wanita Biasa ini, Anang menciptakan khas lagu ini kerana keberanian KD menulis buku My Life My Secret yang menceritakan hampir keseluruhan rahsia hidupnya.

Pengakuan yang dibuat oleh KD dalam buku tersebut dianggap "berani mati" tetapi KD sedikitpun tidak pernah kesal memandangkan itu memang kehendaknya. Malah jualan buku tersebut semakin meningkat naik dan mencecah angka 60,000 unit.

Perceraian hanyalah mengubah status seseorang termasuklah KD. Tapi apa yang paling berbekas di hati penyanyi popular Indonesia itu apabila masih lagi tidak berkesempatan menemui kedua orang anaknya.

Zahirnya, KD seboleh-bolehnya tidak mahu penceraian tersebut memberikan kesan kepada Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah yang menjadi permata hatinya.

"Saya tidak mahu menjadikan anak-anak sebagai mangsa perebutan. Biarlah mereka berdua tinggal bersama Anang dan saya pasti Anang merupakan seorang bapa yang baik.

"Jarak antara rumah saya dan tempat tinggal mereka hanyalah 300 meter. Tetapi sampai saat ini saya masih lagi belum menemui mereka.

"Saya langsung tidak pernah berkomunikasi dengan Anang selepas peristiwa tersebut tetapi dengan saya masih lagi menghubungi anak-anak melalui SMS," ujarnya lagi.

Biar terbelah bumi sekalipun, ikatan antara seorang anak dengan ibu memang tidak dapat dinafikan lagi. Untuk itu KD sering kali berdoa kepada Tuhan agar diringankan segala ujian yang menimpanya.

"Saya sering kali mendoakan yang terbaik untuk Anang dan saya juga mahu saya juga menjadi wanita yang lebih baik.

"Apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Biarlah saya menumpukan kerjaya seni saya memandangkan pelbagai perancangan telah diatur selama ini.

"Saya tidak pernah membataskan peminat untuk terus menyukai saya atau tidak. Terpulang kepada mereka untuk menilai siapa diri saya. Sebagai manusia biasa saya juga tidak pernah lari daripada melakukan kekhilafan dan dosa," jelasnya lagi.

[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails