Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
KEJUTAN HARI LAHIR - IZARA AISHAH TERHARU DIRAI PEMINAT
"Early Birthday surprise from shiseidomalaysia! Thank you I love you," begitulah kata Azara Aishah sebaik mendapat surprise kek bertingkat sempena hari lahirnya yang ke-22 kelmarin.
Untuk info, surprise tersebut telah diadakan dalam majlis pelancaran produk terbaru jenama kosmetik Shiseido di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih menarik dan meriah, ia turut disaksikan peminatnya dengan iringan nyanyian lagu 'Happy Birthday’ daripada mereka semua.
"Saya rasa amat terharu dengan kejutan ini terutama sekali apabila dapat meraikan bersama-sama peminat tersayang," ujar Izara ringkas.
Selamat hari lahir Izara!
Izara Aishah Tak Sorok Hal Kahwin
Kalau mahu membuka cerita mengenai kisah cintanya, Izara Aishah antara artis yang sukar berkongsikan tentang perkara itu. Meskipun bintang Vanilla Coklat ini mengakui sudah berpunya. Tetapi, cukup lah sekadar umum mengetahui yang dia kini sedang bercinta dengan seseorang bergelar ahli perniagaan dan mereka saling mengenali sejaka zaman persekolahan lagi.
Namun kata aktres cantik ini, seandainya dia mahu berkahwin kelak, dia tidak akan menyorok atau merahsiakan majlis perkahwinannya daripada pengetahuan umum.
"InsyAllah kalau saya kahwin nanti, saya akan berterus terang. Saya akan jemput semua media datang. Tapi... saya tak nak media buat rakaman, ambil gambar saya dan sebagainya. Pendek kata, media pada hari itu jangan bekerja.
"Saya tak nak anda semua stress di majlis saya nanti. Saya nak semua orang bergembira pada hari perkahwinan saya. Kebiasaannya kalau acara kahwin dalam kelaurga saya, majlis memang sangat happening. Keluarga saya siap adakan tarian bangra. Tapi lambat lagi lah saya nak kahwin. Saya target umur 27. InsyaAllah", katanya kepada ketika ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semprit di Taman Tasik Ampang Hilir, baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Izara Aishah Hashim, 21, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media samada dia juga seperti sesetengah artis, yang menyorokkan perkahwinan mereka.
Mahu Bersihkan Nama
Sementara itu mengenai perkembangan kerjaya, duta Innershine ini memberitahu jadual lakonannya padat sehingga Mac tahun hadapan. Bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus, Izara bagaimanapun tidak dapat mengelak dari dihimpit kontroversi mendakwa diri dia kini sudah sombong.
Kata Izara, isu tersebut timbul ekoran salah faham yang kerap berlaku diantara pengurusnya dan pihak media. Disebabkan isu tersebut, dia kini tidak lagi mengunakan khidmat pengurus. Semua urusan tawaran lakonan diaturkannya sendiri sejak beberapa bulan lalu.
"Sekarang ni saya uruskan sendiri kerjaya saya. Sebelum ni memang saya ada pengurus tapi banyak berlaku salah faham dan timbul kerumitan. Sebelum ni pengurus saya terdiri daipada kawan-kawan dan sepupu saya dan mereka tak berapa pandai uruskan kerjaya saya.
"Disebabkan tu berlaku salah faham dan timbul macam-macam cerita yang akhirnya memburukkan nama saya.
"Misalnya dari segi salah faham untuk sesi fotografi, salah masa dan tarikh. Saya mengaku saya selalu tak dapat penuhi sesi fotografi sebab terlalu sibuk dengan shooting. Tapi ada pihak media yang mungkin tak tahu dan tak faham situasi saya yang sebenar, mereka kata saya dah sombong lah, saya artis berhaluan kiri (tak mahu publisiti) dan macam-macam lagi. Padahal saya sibuk dengan penggambaran.
"Jadi sekarang ni saya nak bersihkan nama saya. Allhamdulillah setakat ni saya boleh uruskan sendiri jadual kerjaya saya", katanya yang sudah empat kali bertukar pengurus.
Dalam perkembangan lain, Izara bakal muncul menerusi telemovie khas Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit, bergandingan dengan Ariel Zafrel. Drama tersebut bakal disiarkan pada 15 Oktober jam 10 malam, di TV3.
Selain itu Izarah bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk tayangan TV9 juga telemovie Oh My English.
- mD
Izara selesa urus diri sendiri
SENYUM melirik yang terbit daripada ulas bibirnya cepat menghantar isyarat. Darah muda dalam tubuhnya tidak sementah yang disangka. Itu yang terzahir sebaik patah bicaranya meluncur laju. Dia bukan Izara Aishah yang pernah dilihat keanak-anakan beberapa tahun lalu.
Dalam waktu yang singkat, langkah kembara seni yang dilalui membawanya ke fasa dewasa. Berdiri atas kaki sendiri atau lebih ringkas disebut berdikari, prinsip itu sedang digalas wanita berumur 21 tahun ini setelah empat tahun berkecimpung dalam industri.
"Sekarang saya dalam proses memperbetulkan banyak perkara," katanya menghela nafas panjang.
Ibarat melepaskan apa yang tersimpan dalam dada, Izara membuka cerita.
"Sekarang saya mahu pihak di luar sana tahu bahawa saya tidak bernaung di bawah mana-mana pengurusan. Saya mengurus karier seni sendiri tetapi jika ada isu berhubung kontrak atau perjanjian melibatkan penjenamaan atau duta produk, hal itu saya serahkan kepada ibu. Dia yang bertanggungjawab," katanya.
Empat tahun cukup sebagai pengenalan buat Izara mengenal sepak terajang bergelar selebriti. Usah diungkit banyak omongan negatif yang pernah terpalit ke mukanya, Izara enggan menyalahkan sesiapa. Dia pernah dituduh budak sombong, tidak berdisiplin dan sukar memberikan kerjasama melibatkan hal-hal tertentu, namun semua itu ditelan penuh optimis.
"Ada perkara berlaku tanpa kehendak kita, ada juga yang berlaku di luar kawalan. Supaya saya tidak keliru dan tidak menyalahkan sesiapa, sekarang, biarlah saya yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya okey juga bergerak sendiri, sudah setahun lebih saya susun jadual dan buat keputusan sendiri berhubung soal kerja. Mula-mula malu juga bila masuk soal bayaran, tapi saya ikut skala dan cara pengurus saya terdahulu mengendalikan hal berkenaan, lama-lama saya selesa," katanya mempamerkan sisi dewasa.
Leka seketika menyaksikan bintang muda itu berterus-terang tentang dirinya, emosi raya yang masih menyelubungi menyerlahkan seri wajah Izara. Masa rehat seminggu bercuti sudah habis, sekarang tumpuan penuhnya adalah tentang rutin pekerjaan.
"Buat masa ini saya tiada penggambaran. Tapi, itu tak bermakna jadual saya kosong, sekarang masa untuk saya penuhi banyak undangan dan permintaan. Kalau tidak, orang kata saya sombong, ikut haluan kiri atau menolak media. Sekarang masa untuk saya bersihkan semua itu," katanya seperti ada rajuk di hati.
Jadi zombi
Sedikit terkilan namun Syawal yang masih bersisa ini memberikan banyak hikmah buat Izara. Semua itu mahu dibilas tanpa prasangka. Sementelah buah tangan pertama yang akan menyaksikan kemunculan pertamanya ke layar perak, KL Zombi akan mula ditayangkan pada 29 Ogos nanti. Itu semua kebetulan yang sangat mengujakan Izara untuk bertemu khalayak.
"Selama ini saya sibuk dengan penggambaran. Bulan lepas, saya habis penggambaran filem Showdown The Movie. Semasa dalam tempoh penggambaran, saya jenis tidak ambil komitmen lain walaupun sesi fotografi. Prinsip saya buta kerja biarlah satu demi satu, mungkin sebab itu juga ada pihak merungut sukar untuk dapatkan komitmen daripada saya," katanya yang lama tidak muncul menghiasi drama-drama televisyen.
Mengumpul perhatian hasil impak daripada siri-siri popular seperti Kasihmu Laila, Vanila Coklat, Soraya dan Oh! My English, seingat Izara judul drama bersiri terakhirnya ialah Naziha yang disiarkan pada pertengahan tahun lepas.
"Ramai ingat saya menyepi tapi sebenarnya tidak. Alhamdulillah, rezeki filem lebih memihak kepada saya ketika ini tapi itu tak bermakna saya lupakan lakonan dalam drama. Saya terima tawaran yang datang terlebih dahulu, banyak juga tawaran untuk drama terpaksa dilepaskan kerana ada komitmen filem.
"Untuk KL Zombi pula, watak saya tidaklah besar. Saya melakonkan watak Ana, seorang guru sekolah rendah yang dijangkiti virus zombi daripada seorang lelaki lakonan Zain Ruffedge," katanya yang belajar untuk menghidupkan karakter zombi daripada YouTube.
Melakonkan watak zombi yang menuntut solekan buruk, karakter watak tanpa dialog yang jelas serta pergerakan tubuh tidak normal sebenarnya bukan satu seksaan buat Izara.
"Mungkin orang ingat, jadi zombi itu senang, saya pun fikir begitu juga semasa mula-mula terima tawaran, tapi bila masuk ke lokasi, karakter itu agak susah juga buat saya. Kena banyak buat rujukan, tengok filem dan belajar daripada YouTube.
"Saya juga tidak kisah dengan karakter sebegitu, bagi saya, apa sahaja watak, walaupun watak hantu, asalkan ia menarik dan beri pengalaman baharu, saya akan terima. Saya tak kisah nampak buruk dalam skrin tapi saya pentingkan lakonan," katanya yang turut membintangi dua buah filem iaitu Sejoli dan Pilot Cafe karya Osman Ali.
Mengenangkan ilmu yang diperoleh dari lokasi penggambaran, pelakon filem Balun itu mengakui banyak mengutip nasihat daripada pelakon hebat yang juga pengarah wanita, Ellie Suriaty Omar. Bertindak sebagai guru lakonannya menerusi filem Pilot Cafe, Izara menyifatkan pengalaman berlakon dalam filem berkenaan sebagai cabaran terhebat buatnya setakat ini.
Bukan sombong tetapi sibuk - Izara Aishah
Izara Aishah Terkilan Dikatakan 'Jual Mahal'
Izara mahu berehat
Bukan senang menjadi pelakon. Ketika masih laku, kata orang, ketika itulah rezeki mencurah dan selalunya tidak ditolak. Begitu juga halnya dengan Izara Aishah yang sentiasa mendapat tawaran berlakon. Namun dalam dalam mengejar cita-cita dan rezeki, Izara Aishah sebenarnya kini sangat mendambakan waktu rehat.
"Buat masa sekarang, saya masih ada lagi penggambaran filem Sejoli dengan Osman Ali. Dalam masa yang sama, saya juga ada penggambaran Oh My English! musim terbaru.
"Kemudian sambung pula dengan filem Pilot Cafe. Kalau nak diikutkan, Mei nanti baru saya betul-betul lapang," ujarnya yang ditemui di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Sebelum ini Izara sendiri pernah memberitahu bahawa dia mahu berehat namun nampaknya rezeki tidak putus-putus datang kepada heroin drama bersiri romantik Vanilla Coklat ini.
"Buat masa sekarang, memang payah nak cuti," katanya yang mengaku kadang-kala tertekan dengan kerja namun menganggap perkara tersebut sebagai lumrah berlakon.
Izzara dilamar Astro
CANTIK menawan, meletup macam pisang goreng panas! Siapa lagi kalau bukan Izzara Aishah yang wajahnya tak ubah macam penari gelek. Eh, bukan penari geleklah tapi pelakon Bollywood!
Amboi! Bukan main popular Diva tengok Izzara sejak meletup dengan Vanila Coklat. Tapi akhir-akhir ini macam senyap dan diam seribu bahasa pula si cantik kacukan Pakistan itu.
Jadi, sambil-sambil minum kopi pada petang yang berkabus baru-baru ini, Diva tercerita pasal Izzara dengan seorang teman. Ibarat simbah petrol ke unggun api jadinya, teruslah marak, meriah.
Izzara dengarnya sudah hebat dan bijak pandai. Bukan macam pelakon baharu masa mula-mula nak naik dahulu, pendek kata, sudah besar kepala. Yelah, sudah banyak tawaran besar-besar, setakat panggilan fotografi kecil-kecilan untuk media, payah benar Izzara nak layan.
Mana tak besar kepala, Izzara ini khabarnya tengah panas di stesen Astro. Silap-silap, tak lama lagi ada pengumuman terbaharu pasal Izzara jadi Wajah Eksklusif Astro, kira sama sebaris dengan Elfira Loy, Erra Fazira dan Aaron Azizlah! Kelas kau Izzara, bersaing-sainglah dengan Erra dan Elfira dalam drama Michael Ang nanti, eh! Jangan marah Michael, Diva gurau sahaja.
Jadi, bila sudah masuk Astro, payahlah nak tengok Izzara dalam Samarinda atau Lestary, Diva peminat tegar slot itu.
Tidak cipta sensasi - Izara Aishah
PERJALANAN meredah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari ibu kota Kuala Lumpur ke daerah kecil di bandar Taiping, Perak hujung minggu lalu membuahkan hasil apabila dapat bersua muka dengan si cantik manis Izara Aishah.
Ketika ditemui, pelakon itu sedang sibuk berlatih untuk babak aksinya bertempur dengan pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof.
Kelapangan seketika bintang Vanilla Coklat usai dikerumuni peminat daripada kawasan sekitar pantas diselitkan dengan temu ramah bersama rakan media.
Menyelak kembali pendedahan sensasi Izara tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka berusia 20 tahun lewat minggu lalu, bicara dimulakan dengan tanda tanya tindakan pelakon itu.
Tegas pemilik nama Izara Aishah Hisham, 20, dia tidak melihat pendedahan kepada khalayak mengenai kekasih hatinya itu sebagai satu propaganda. Malah dia berasa selesa dengan tindakan yang diambilnya.
Pendedahan itu, bagaimanapun tambah Izara tidak memberi kesan kepada karier seninya termasuk peminat. Malah, tindakan tersebut juga disokong oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
"Sebenarnya saya tidak pernah sembunyikan dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya bercinta sebelum ini. Saya dan dia pun sudah lama kenal. Jadi, tidak timbul isu saya cuba menipu atau mencipta sensasi apabila saya membuat pendedahan terlalu mudah dan tidak banyak bermain teka-teki.
"Keputusan untuk memberitahu kepada khalayak adalah keputusan saya sendiri dan untuk merahsiakan perkara tertentu juga keputusan saya. Maka orang ramai perlu menghormati hak privasi saya.
Saya tidak mahu dituduh berbohong atau cuba sembunyikan hakikat. Saya juga tahu batasan saya," katanya ketika ditemui di Taiping, Perak baru-baru ini.
Sebelum ini, Izara pernah memberitahu bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki sebaya yang dikenalinya sejak dari kecil. Namun, hubungannya dengan ahli perniagaan itu bertambah rapat setelah tamat persekolahan tingkatan lima.
Biarpun sedang diulit bahagia, tegas Izara dia tidak pernah terfikir untuk melanjutkan hubungan itu ke peringkat lebih tinggi seperti perancangan bertunang atau berkahwin dalam masa terdekat.
Balun
Berbalik kepada matlamat asal pertemuan bersama Izara, pendukung watak Nurul Ain, seorang anak guru silat kampung dalam filem Balun berkongsi pengalamannya pertama kali membintangi filem aksi.
Filem yang kini masih dalam proses penggambaran memerlukan Izara mendalami ilmu persilatan Melayu iaitu Silat Pulut daripada seorang guru silat Dr. Aziwahija Yeop selama lebih dua bulan.
"Sebelum ini saya pernah belajar seni bela diri Muay Thai sejak berusia 16 tahun, tapi saya hanya tahu teknik asas saja. Apabila sudah terlalu lama tidak berlatih, skil pun tidak sehebat dulu," getusnya berseloroh.
Sepanjang latihan sebelum memasuki set penggambaran filem arahan Bob Singah itu, Izara sudah mengalami beberapa kecederaan kerana tersalah percaturan.
"Saya pernah kena tendang di kepala, muka dan kaki. Lumrah kalau belajar seni bela diri.
"Belajar seni silat berbeza daripada Muay Thai kerana pergerakan yang lembut seakan-akan gerakan tarian. Saya memang minat seni bela diri sejak dulu lagi dan peluang beraksi dalam filem ini sudah lama saya tunggu sebenarnya," kongsinya teruja.
Izara Aishah Mengaku Menari Seksi
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.
Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.
"Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu," ujarnya.
Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.
"Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya," katanya.
Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.
Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis.
Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.
Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.
Izara Aishah Cerewet
Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni lakonan tanah air. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri TV3 Vanila Coklat yang pernah ditayangkan untuk slot Lestary pada Disember tahun lalu.
Selesai sahaja berlakon dalam drama bersiri Vanila Coklat, nama Izara Aishah terus meningkat naik dan kemunculannya mula mendapat perhatian semua pihak. Selain berlakon, Izara turut dipilih menjadi duta untuk produk terkenal Cosry Purple Label, dan yang terbaru duta makanan segera, Burger King.
Izara memaklumkan kepada pihak Sinar Harian bahawa beliau merupakan seorang yang cerewat dalam bab untuk menerima tawaran sebagai duta, dan beliau hanya memilih produk tertentu sahaja.
“Saya memang cerewet dalam bab ini dan hanya memilih produk yang boleh membantu karier saya. Selain itu, saya juga akan meneliti terlebih dahulu tugas saya sebagai duta dan pasaran sesebuah produk,” ujar Izara Aishah.
Izara turut mengaku, dengan penglibatan beliau sebagai duta untuk sesuatu produk, secara tidak langsung ia dapat mendekatkan dirinya kepada peminat-peminat.
Bukan cinta monyet - Izara
zara Aishah mengakui sudah mempunyai teman lelaki istimewa yang dikenali sejak tingkatan dua
MEMILIH untuk tidak berselindung dalam soal peribadi saat namanya semakin mekar dalam dunia seni umpama satu percaturan dan risiko terbesar yang dilakukan Izara Aishah. Namun pengakuan pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 ini mengenai kamar hatinya tidak sesekali disesali.
Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi mengenai status gadis jelita berusia 19 tahun yang juga finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Hatinya memang sudah dimiliki dan percintaan mereka sudah mula bertaut sejak di sekolah menengah lagi. cinta mereka memang serius bukan seperti mana cinta remaja zaman seklah yang lebih dipanggil ‘cinta monyet’. Ini berikutan buah hatinya itu sudah dikenali enam tahun lalu.
Mula mengenali ketika di tingkatan dua, Izara dan arjuna hatinya secara rasmi bercinta di tingkatan lima. Soal jatuh saham atau ‘coverline’ mengenai hakikat sebenar tidak pernah terdetik di hati Izara kerana dia percaya pada rezeki ditentukan Tuhan. Namun, Izara belum bersedia untuk mendedahkan gerangan nama dan kerjaya buah hatinya itu.
Jadi tidak pelik, sekalipun kanvas seni Izara pernah tercemar dek kontroversi ‘manja’ seperti dikaitkan dengan gandingan pelakon lelaki yang berlakon bersamanya, kenyataan dirinya sudah berpunya mengatasi segala spekulasi mahupun gosip.
Gara-gara berlakon drama Soffiya yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini timbul gosip mengaitkannya dengan Fizo Omar yang turut berlakon drama berkenaan. Tidak sesekali melatah, Izara melihat gosip itu tidak lebih daripada usikan.
“Tiada apa yang perlu diperjelaskan. Hubungan Izara dan Fizo tak lebih daripada rakan artis. Lagipun Izara sudah berpunya dan dia hanyalah orang biasa. Kami kenal pun melalui keluarga. Setakat ini masih terlalu awal untuk membicarakan soal kahwin,” katanya membuka bicara.
Tambah Izara yang menangguh pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan di Sunway College selama setahun, peminat sekarang juga sudah bijak menilai dan berfikiran terbuka sekali pun artis yang diminati mereka sedang bercinta atau bergelar suami atau isteri orang.
“Skeptikal atau mentaliti bahawa artis itu sudah berpunya atau berkahwin dan akan menyebabkan saham mereka jatuh serta sukar mendapat kepercayaan pihak produksi hanyalah stereotaip yang bersifat sementara. Pada akhirnya semuanya berpihak kepada rezeki dan bakat,” kata gadis cantik persis pelakon Bollywood itu.
Seboleh-bolehnya Izara tidak mahu terlalu dicop cuba menjaja kisah peribadi. Mujur juga setakat ini, Izara mendapat kepercayaan daripada kekasih yang sedang membiasakan diri untuk mengikut corak dan rentak dunia artis yang penuh dengan perkara tidak terduga.
“Cukuplah orang tahu Izara sudah ada teman istimewa dan setia padanya. Selebihnya biarlah ia menjadi privasi Izara. Kami akan berjumpa jika masing-masing tak sibuk dengan komitmen. Kami akan menghabiskan masa bersama-sama untuk menonton wayang atau makan bersama.
“Alhamdulillah, kompromi dan tolak ansur menjadi rahsia hubungan yang terjalin sekian lama. Kalau bergaduh manja itu biasalah. Tetapi kami akan selesaikan dengan elok. Setiap pertelingkahan kecil yang wujud akan diuruskan dengan tidak kelam kabut, secara matang dan senantiasa berfikiran panjang,” katanya yang seboleh-bolehnya mahu mengikut siri jelajah ABPBH 2011 di setiap lokasi tetapi bergantung kepada jadual berlakon.
Dalam tempoh kembara seninya bermula hingga saat ini, nama Izara jarang menerima tempias kontroversi berbanding rakan seperjuangannya, Neelofa yang juga juara Dewi Remaja 2009/2010. Malah, hingga saat ini juga pacuan kerjaya mereka sering dibandingkan.
Ternyata nama dan rezeki Neelofa lebih awal menyerlah di dalam liga seni. Bagaimanapun, Izara tidak melihat itu sebagai ancaman. Tiada sekelumit perasaan cemburu pun yang menyelinap di hati pelakon drama Vanilla Coklat di TV3 itu terhadap populariti pantas yang diraih Neelofa.
“Baik Izara mahupun Neelofa, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang penting, kami saling menyokong antara satu sama lain. Malah Lofa yang memperkenal dan mengesyorkan nama saya kepada Kak Erma Fatima untuk berlakon berlakon drama Kasih Najihah.
“Izara sedar kontroversi itu ada kalanya membantu dan sebaliknya. Tapi Izara lebih suka jika bakat ini yang dinilai terlebih dulu berbanding cerita kontroversi atau gosip. Izara tak terdesak untuk mencipta kontroversi sebagai batu loncatan untuk dikenali.
“Alhamdulillah, setakat ini, sudah ada yang mengenali siapa itu Izara. Cukup orang nampak bakat dan produk Izara di TV dan insya-Allah di layar perak pada masa mendatang. Itu sudah membuatkan Izara rasa dihargai. Izara juga masih dalam peringkat belajar dan menimba pengalaman,” katanya yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan nasihat dalam aspek lakonan.
Terharu jadi finalis ABPBH 2011
MINAT Izara Aishah berlakon berputik sejak dia kecil, namun hasrat itu dilarang keras ibunya. Pada usia 12 tahun, Izara pernah mendapat bimbingan Fauziah Nawi dalam pementasan teater Tok Rimau. Dengan bantuan dan dorongan bapa saudaranya, gadis cantik persis pelakon Bollywood ini menyertai Dewi Remaja ketika belajar di tingkatan lima.
“Selepas Dewi Remaja, saya mengikuti sesi uji bakat. Saya berpeluang berlakon drama Kasih Najihah, diikuti drama Hantu Gigi. Seterusnya, syarikat Radius One memanggil saya untuk diuji bakat menerusi drama Keranamu Laila yang disiarkan TV3. Buat kali pertamanya saya diberi peranan utama dalam drama Keranamu Laila. Kemudian saya berpeluang berlakon Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih dan Jejaka J. Dalam tempoh permulaan juga saya bergelar bakat naungan KRU Studios selama setahun dan berpeluang berlakon telefilem Cikaro.
“Seterusnya saya berlakon drama Soffiya dan menerusi drama ini juga watak antagonis, Fiona yang dipegang mula dibenci ramai. Sebelum drama Vanilla Coklat, saya sempat berlakon drama Pusing Beraya dan Di Sini Bermula. Alhamdulillah rezeki berlakon semakin murah kebelakangan ini,” katanya yang petah bercakap dalam dialek Utara kerana ibunya berasal dari Pulau Pinang.
Mengenai namanya yang tersenarai sebagai finalis Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011, selain Neelofa, Izara turut bersaing dengan Najwa Latif, Nur Fathia dan Tasha Shila.
“Paling seronok pencalonan untuk kategori ini didominasi rakan seperjuangan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang tak lupa mengundi nama saya. Saya sudah mengagak Neelofa antara calon untuk kategori ini dan terbukti tepat ramalan saya,” katanya.
Kalau mahu dibandingkan empat calon lain dalam kategori itu juga, nama Izara agak ketinggalan jauh di belakang kerana jarang menerima tempias kontroversi. Kalau ada pun, hanya gosip mengaitkannya dengan Fizo dan juga kononnya membenci bapa kandungnya.
“Memang kontroversi terjadi tanpa kita undang. Saya sendiri tidak mampu mengawalnya. Namun selagi boleh menjauhkan atau terpalit dengan kontroversi, saya selesa dikenali dengan bakat. Saya tak mahu dituduh menumpang kontroversi yang mungkin datang sebagai batu loncatan untuk popular,” katanya.
ABPBH 2011 bakal berlangsung pada 8 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands menyaksikan 17 kategori dipertandingkan termasuk kategori baru diperkenalkan bersempena edisi Jubli Perak ke-25 iaitu Anugerah Seri Perak.
Anugerah Seri Perak menyaksikan calon pemenang Bintang Paling Popular musim dulu bersaing bermula dari kejayaan Aishah pada 1990 hinggalah Shaheizy Sam, tahun lalu. ABPBH 2011 turut dipadatkan kerjasama dan tajaan antaranya seperti Rafflesia The Pearl Centre, Lux, Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, Holiday Villa Hotel & Suites dan Sinarmas Travel & Tours.
PROFIL
Nama sebenar: Izara Aishah Hisham
Tarikh lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Bintang: Libra
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Keluarga: Sulung daripada tiga beradik
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama TV: Kasih Najiha Hantu Gigi, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Soffiya, Pusing Beraya, Soffiya dan Vanila Coklat.
Izara penat menunggu
DRAMA Vanila Coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama. Menurut Izara, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur.
"Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya.
" Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat.
Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
"Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau tidak, memang saya kena dahulukan perkara lain jika penggambaran filem ini masih tertangguh," katanya yang bakal terlibat dalam empat buah filem pada tahun hadapan.
Bagaimanapun menurut Izara, jauh di sudut hatinya, dia memang mengharapkan filem itu diteruskan juga.
"Orang kenal saya melalui judul itu. Sudah tentu saya mahu bersama-sama apabila ia diangkat ke filem.
"Bagaimanapun saya perlu akur dan reda jika segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak ada kata putus lagi sehingga September nanti, saya terpaksa bersedia untuk melepaskan watak tersebut kepada orang lain," katanya, mengulangi pendirian.
Mengakui jika keadaan itu terjadi, dia akan bersedih, Izara tidak mahu larut dalam permasalahan lebih serius.
"Sedih memang sedih juga sebab kami yang menaikkan nama Vanila Coklat itu sendiri. Tetapi kami tidak ada pilihan lain.
"Sebelum ini saya sendiri telah korbankan banyak perkara lain semata-mata untuk filem ini, tetapi kali ini agak sukar kerana saya juga perlu memikirkan komitmen dengan pihak lain juga, " katanya dalam nada kecewa.
Cuba pelbagai
Semakin laris menghiasi drama di kaca TV, Izara juga dalam masa yang sama mahu mencari peluang untuk melakonkan pelbagai watak yang berbeza.
Mungkin tidak mahu dilabel dengan hanya membawakan watak yang sama setiap kali muncul di kaca TV, Izara serius untuk mencuba pelbagai watak.
"Buat masa sekarang, saya terima sahaja apa watak yang datang. Bukan apa, kalau boleh saya tidak mahu orang ramai lihat asyik lihat saya bawa watak baik sahaja.
"Kalau dapat watak antagonis pun saya berminat. Sudah lama juga rasanya tidak membawakan watak antagonis.
"Macam mana nak dapatkan feel jadi orang jahat pun, saya dah lupa," katanya berseloroh.
Sebelum ini, Izara pernah memegang watak antagonis dalam drama bersiri Soffiya dan tidak salah kiranya dia memang dibenci dalam drama tersebut kerana penyampaian yang berkesan.
Dan jika dilihat dengan usia Izara yang baru menjengah 20 tahun, mungkin banyak lagi perkara yang terpaksa ditempuhi oleh empunya diri untuk kekalkan prestasi di bidang seni.
Walaupun lakonannya mampu meninggalkan kesan, namun dia harus bijak mencatur karier supaya tidak dianggap sombong dan bongkak.
Berdasarkan usia yang muda, biarlah perjalanan seni Izara terus menebarkan ruang yang besar untuk dia mengaut untung.
Ini kerana, sebagai artis baru, jika tidak kena dengan caranya, sekali tersasar dan tersadung, sangat payah untuk kembali menjejak populariti kerana arus persaingan yang sangat hebat hari ini.
Ingatan untuk Izara Aishah!
Izara Aishah Raih Populariti Selepas Lapan Kali Berlakon
PETALING JAYA: Pelakon kacukan Melayu-Pakistan, Izara Aishah menaruh keyakinan dapat meraih populariti dalam dunia hiburan selepas mendapat kepercayaan syarikat produksi yang memberikannya lapan kali peluang berlakon drama.
Izara, 20, berkata, sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan dia memang berharap untuk cepat dikenali dan bersyukur dengan kepercayaan pengarah terhadapnya.
"Jika diikutkan saya masih baru dalam bidang lakonan tetapi segala usaha saya nampak berbaloi apabila diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak utama.
"Namun itu bukan alasan untuk saya terus hanyut dengan populariti kerana masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam menjadikan saya seorang pelakon yang disegani," ujarnya kepada mStar Online.
Antara drama lakonan Izara yang berjaya menambat hati penonton adalah Kasih Najiha, Soffiya, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Pusing Beraya, Vanila Coklat dan terkini drama bersiri Nazihah di TV3.
Dalam pada itu, pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu bagaimanapun enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.
Izara berkata, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.
Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.
"Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai dan watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi," ujarnya.
Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.
Tidak ambil pusing kata orang - Izara Aishah
Izara Aishah Enggan Berlakon Aksi Ranjang
Izara minta maaf
Bengang dengan Izara Aishah
Izara Aishah Sudah Punya Kekasih Hati
Pelakon Izara Aishah sudah berpunya
“Saya sudah ada kekasih hati dan saya sudah berpunya,” kata Izara saat ditanya perihal cinta hatinya.
Pengakuan jujur dan ikhlas itu cukup untuk menggambarkan yang dia tidak menyorokkan apa-apa. Bagi Izara itu merupakan lumrah hidup setiap manusia yang tidak boleh lari daripada memiliki perasaan ingin dikasihi.
Bila ditanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Izara enggan mendedahkan gerangan lelaki tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berkawan. Sejak di tingkatan dua lagi kami sudah berkenalan dan sehingga hari ini hubungan kami masih baik.
“Paling penting dia pandai mengambil hati saya, bertanggungjawab dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya untuk lebih maju.
“Kalau nak tanya apa akan jadi pada hubungan kami, masih terlalu awal untuk ditelah. Jangan risau saya belum lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni,” kata Izara berjenaka.
Izara dibenci kerana Soffiya
USIANYA baru menjengah angka 20 tahun tetapi populariti yang dikecapi oleh Izara Aishah cukup hebat sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara drama bersiri drama Vanilla Coklat yang sedang bersiaran di kaca televisyen ketika ini.
Semanis orangnya, cukup hebat watak yang dibawa oleh Izara dalam drama yang menggandingkan dirinya dengan Aiman Hakim Ridza. Apatah lagi mereka sama-sama baru, segala-galanya cukup indah buat mereka berdua.
Menariknya nama Izara naik mendadak dek keberkesanan lakonannya. Ramai yang mula buka mata terhadap gadis manis ini yang hadir dengan bakat untuk terus bersaing dan memahat nama ke tempat tertinggi.
Bagi yang belum mengenali Izara, namanya mula popular sejak berlakon dalam drama bersiri Soffiya. Dengan membawa watak antogonis dalam drama itu, ramai yang mula mengenalinya.
Bertemu empunya diri baru-baru ini, Izara memang gadis yang mudah didekati. Segala-galanya didedahkan oleh Izara secara jujur menjadikan dia pelakon yang cukup istimewa.
“Saya sendiri tidak menyangka nama saya akan naik secepat ini. Kalau nak tahu sebelum berlakon Soffiya saya sudah berlakon hampir 10 buah drama tetapi tidak memberi impak yang besar sangat.
“Cuma watak dalam drama Soffiya itu yang membuat orang kenal. Tambah pula bila Vanilla Coklat menemui peminat, impaknya memang saya rasa sangat.
“Setiap minggu saya mendapat maklum balas yang positif mengenai lakonan saya. Ada yang kurang berminat yang terus minat dan tak kurang juga yang memberi kritikan membina untuk saya memperbaiki lakonan.
“Sudah pasti saya gembira dengan perkembangan ini. Kalau orang buat tak tahu pasal saya lagi masalah sebenarnya,” luah Izara jujur.
Diugut bunuh
SAAT langkah semakin panjang, Izara tidak pernah termimpi akan melalui detik yang mencemaskan. Dia pernah menerima ugutan bunuh daripada orang yang tak dikenali satu ketika dahulu dan menjadikan dirinya cukup trauma sehingga hari ini.
Semuanya gara-gara watak jahat lakonannya dalam Soffiya. Bagi Izara dia sendiri tidak pernah termimpi untuk berada dalam situasi yang cukup genting itu memandangkan itu hanya lakonan.
“Watak Fiona itu memang benar-benar melekat dalam ingatan saya. Tak mungkin saya lupa peristiwa diugut bunuh ketika itu gara-gara orang membenci saya.
“Masalahnya ketika itu orang ugut nak bunuh Izara Aishah, bukannya Fiona. Saya tak sangka sampai macam tu sekali orang benci pada saya sebab watak itu.
“Kalau nak tahu sepanjang drama tu bersiaran saya memang tak keluar rumah. Saya keluar rumah pun kalau ada penggambaran dan balik lepas tu. Takut orang tu buat apa-apa pada saya.
“Masa tu memang saya tak melepak kosong. Saya duduk rumah sahaja sampailah isu tu reda. Sampai sekarang saya masih terkesan dengan ugutan tu yang membuatkan saya sangat berhati-hati,” tambahnya.
Bakal membintangi filem KL Zombie bersama Zizan dan Siti Saleha, Izara sedikit memilih soal watak. Dia kini cukup selektif menerima tawaran kerana tidak mahu menimbulkan banyak masalah selepas peristiwa itu.
Pelakon yang lahir pada 28 September 1992 tidak menganggap itu akan menjadi isu besar memandangkan dia ada sebab berbuat demikian.
“Bila bawa watak jahat ni memang orang benci pada kita. Padahal kita tak macam tu pun. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu yang lakonan saya benar-benar berkesan.
“Saya pun tak mahu di cop sebagai perempuan jahat. Masih terlalu awal untuk saya teroka pelbagai watak lain sebelum statik pada satu-satu aliran.
“Agak-agaknya bilalah saya nak dapat watak adi wira versi perempuan? Itu memang watak idaman saya sebenarnya,” kata Izara sambil ketawa.
Tak kejar populariti
MENJADI terkenal dalam usia yang masih muda cukup manis buat dirinya. Akuinya lagi sejak kecil lagi dia memang memasang impian untuk terlibat dalam dunia seni.
Mujur peluang itu datang cepat apatah lagi dalam usia yang baru mencecah dua dekad ini. Tidak mahu menoleh kebelakang lagi, tekad Izara untuk terus memacu kejayaan dalam masa terdekat ini.
Sering menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon yang cukup dikagumi, Izara yakin dia mampu menjadi seperti itu andainya diberi peluang dan mampu bertahan lama dalam industri.
“Tidak mustahil untuk sesiapa sahaja berjaya macam orang lain. Apa yang penting usaha dan kerja keras.
“Ada orang masuk dalam bidang seni nak popular. Bagi saya popular itu tak akan ke mana kalau tak ada bakat.
“Sebab itu, awal-awal lagi saya tolak ke tepi soal populariti ni. Biarlah kerjaya seni saya ke hadapan. Lagi baik kalau orang suka kita sebab lakonan daripada suka sebab lain.
“Tapi semua itu berbalik pada diri seseorang artis juga. Ada orang cakap kena popular untuk dapat banyak tawaran. Soalnya adakah kita betul-betul mampu puaskan hati semua orang?” katanya lagi.
Menyentuh soal peluang, Izara menafikan yang dia melalui jalan mudah kerana dia juga perlu bersaing dengan pelakon lain yang tak kurang hebatnya.
“Ramai lagi pelakon lain yang lebih hebat daripada saya. Kadangkala saya sendiri iri hati sebab mereka lebih pandai berlakon dan mampu buat apa yang saya tak boleh.
“Sebab tu saya selalu tanya mereka apa yang perlu dibuat untuk jadi sehebat itu. Dalam menuntut ilmu ni saya tak boleh malu. Kalau malu macam mana saya nak jadi pelakon yang hebat.
“Bagi saya setiap orang ada rezeki masing-masing. Apa yang penting berusaha untuk jadi yang lebih baik,” jelasnya.
Kekasih hati
“SAYA sudah ada kekasih hati dan saya sudah berpunya,” kata Izara saat ditanya perihal cinta hatinya.
Pengakuan jujur dan ikhlas itu cukup untuk menggambarkan yang dia tidak menyorokkan apa-apa. Bagi Izara itu merupakan lumrah hidup setiap manusia yang tidak boleh lari daripada memiliki perasaan ingin dikasihi.
Bila ditanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Izara enggan mendedahkan gerangan lelaki tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berkawan. Sejak di tingkatan dua lagi kami sudah berkenalan dan sehingga hari ini hubungan kami masih baik.
“Paling penting dia pandai mengambil hati saya, bertanggungjawab dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya untuk lebih maju.
“Kalau nak tanya apa akan jadi pada hubungan kami, masih terlalu awal untuk ditelah. Jangan risau saya belum lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni,” kata Izara berjenaka.
Izara, Aiman kamceng
SEWAKTU jurufoto Hits sibuk merakam foto Aiman Hakim Ridza Abdoh di satu sudut dalam kedai Candylicious, datang seorang kanak-kanak perempuan ke arah Izara Aishah yang leka melihat pelbagai bentuk dan warna gula-gula yang dipamerkan di situ.
Dengan gaya malu-malu kanak-kanak itu bersalam dengan Izara setelah disuruh oleh ibunya. Apabila Hits bertanya kepadanya, "Adik kenalkah kakak ini?.
"Kenal... kakak ni berlakon dalam Vanila Coklat," katanya lancar.
Menurut si ibu, setiap hari anaknya akan bertanya, sudah hari Selasa atau belum kerana si anak tidak sabar untuk menonton drama bersiri romantik komedi itu yang bersiaran pada pukul 9 malam setiap Selasa di TV3 menerusi slot Lestary.
Jika seorang kanak-kanak tidak sabar untuk menonton Vanila Coklat setiap minggu, Hits dapat membuat kesimpulan bahawa drama arahan Emi Suffian Sabhe yang diterbitkan oleh Asia Media Content itu mampu meraih rating tinggi seperti Cinta Elysa.
Izara yang lasak
Mengikut skrip Vanila Coklat, watak Zara lakonan Izara, 20, dan Aamir yang dilakonkan oleh Aiman, 23, pantang bertemu kerana mereka pasti bertelagah seperti anjing dan kucing.
Bagaimanapun, perasaan saling membenci itu hanya dalam drama sahaja. Di luar Izara dan Aiman adalah teman baik biarpun Vanila Coklat merupakan destinasi pertama pertemuan mereka.
"Kami kenal pun dalam waktu singkat tapi tidak ada masalah berlakon bersama sebab masing-masing tahu kerja. Lagipun kami 'satu kepala', saya boleh kutuk dia dan dia boleh kutuk saya.
"Bukan setakat Aiman sahaja, dengan Iqram Dinzly pun pertama kali saya bergandingan dengannya. Setakat ini, saya tidak ada masalah bekerjasama dengan semua pelakon dan krew Vanila Coklat," katanya terus terang.
Izara berkata, wataknya dalam Vanila Coklat tidaklah begitu mencabar berbanding peranan Fiona yang dibawanya menerusi drama bersiri Soffiya.
Katanya, watak Zara dalam Vanila Coklat, sedikit sebanyak berkaitan dengan dirinya iaitu tidak suka ambil kisah hal orang lain dan elak bercinta ketika ini.
"Watak Zara yang brutal itu adalah sikit macam perangai saya yang agresif. Saya ini tak pandailah nak buat manja-manja. Mungkin saya terpengaruh dengan persekitaran adik-beradik lelaki.
"Begitu juga bab lelaki, kalau Zara buat tidak kisah dan marah bila dipaksa berkahwin dengan Aamir, saya pun sama. Buat masa sekarang, saya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya yang baru dibina. Bab cinta ini tolak tepi dulu," katanya yang pernah muncul dalam drama bersiri Keranamu Laila.
Pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu berkata, pengalaman menarik sewaktu berlakon Vanila Coklat adalah ketika penggambaran di Cameron Highlands.
Kata gadis kacukan Melayu-Pakistan itu, ketika penggambaran di sana, keadaan cuaca amat sejuk namun para pelakon perlu menunjukkan wajah tenang seolah-olah tidak diganggu dek persekitaran.
"Kena tunjuk muka cool walhal waktu itu teramatlah sejuk. Ia pengalaman indah bagi saya sebab itulah pertama kali saya menjalani penggambaran di luar ibu kota," katanya turut berlakon dalam telefilem Hantu Gigi.
Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik yang dilahirkan di Johor Bahru itu berkata, walaupun masih baru dalam bidang seni namun dia cukup serius dengan tanggungjawab yang digalas.
Menurut Izara, dia lebih senang jika masyarakat melihat kehadirannya dalam bidang seni berdasarkan bakat dan bukan paras rupa atau cerita-cerita sensasi.
Dia yang menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai platform untuk menembusi dunia seni berharap di masa depan berpeluang melakonkan watak penari.
"Selain berlakon, saya minat menari sejak dulu lagi. Itulah kalau dapat lakonkan watak sebagai penari macam dalam filem Step Up itu kan best.
"Dulu saya memang ada kumpulan menari tapi sekarang kawan-kawan sudah bawa hal masing-masing. Saya boleh menari tarian tradisional, hip hop dan gelek. Selain watak penari, saya juga suka watak pengintip macam Angelina Jolie dalam filem Salt dan cerita Ong Bak," katanya.
Menurut gadis jelita itu, dia mengidam melakonkan watak pertarungan seperti dalam filem Ong Bak kerana tidak ada masalah untuknya melakonkan adegan sebegitu.
Kata Izara, membesar di kalangan adik beradik lelaki mendorongnya untuk turut serta belajar seni mempertahankan diri.
"Saya rapat dengan adik beradik lelaki dan sebab itu jugalah saya belajar seni mempertahankan diri seperti mereka. Saya pilih muay thai," dedahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]






