Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Izara Aishah Tak Sorok Hal Kahwin

Kalau mahu membuka cerita mengenai kisah cintanya, Izara Aishah antara artis yang sukar berkongsikan tentang perkara itu. Meskipun bintang Vanilla Coklat ini mengakui sudah berpunya. Tetapi, cukup lah sekadar umum mengetahui yang dia kini sedang bercinta dengan seseorang bergelar ahli perniagaan dan mereka saling mengenali sejaka zaman persekolahan lagi. Namun kata aktres cantik ini, seandainya dia mahu berkahwin kelak, dia tidak akan menyorok atau merahsiakan majlis perkahwinannya daripada pengetahuan umum. "InsyAllah kalau saya kahwin nanti, saya akan berterus terang. Saya akan jemput semua media datang. Tapi... saya tak nak media buat rakaman, ambil gambar saya dan sebagainya. Pendek kata, media pada hari itu jangan bekerja. "Saya tak nak anda semua stress di majlis saya nanti. Saya nak semua orang bergembira pada hari perkahwinan saya. Kebiasaannya kalau acara kahwin dalam kelaurga saya, majlis memang sangat happening. Keluarga saya siap adakan tarian bangra. Tapi lambat lagi lah saya nak kahwin. Saya target umur 27. InsyaAllah", katanya kepada ketika ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semprit di Taman Tasik Ampang Hilir, baru-baru ini. Pemilik nama sebenar Izara Aishah Hashim, 21, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media samada dia juga seperti sesetengah artis, yang menyorokkan perkahwinan mereka. Mahu Bersihkan Nama Sementara itu mengenai perkembangan kerjaya, duta Innershine ini memberitahu jadual lakonannya padat sehingga Mac tahun hadapan. Bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus, Izara bagaimanapun tidak dapat mengelak dari dihimpit kontroversi mendakwa diri dia kini sudah sombong.
Kata Izara, isu tersebut timbul ekoran salah faham yang kerap berlaku diantara pengurusnya dan pihak media. Disebabkan isu tersebut, dia kini tidak lagi mengunakan khidmat pengurus. Semua urusan tawaran lakonan diaturkannya sendiri sejak beberapa bulan lalu. "Sekarang ni saya uruskan sendiri kerjaya saya. Sebelum ni memang saya ada pengurus tapi banyak berlaku salah faham dan timbul kerumitan. Sebelum ni pengurus saya terdiri daipada kawan-kawan dan sepupu saya dan mereka tak berapa pandai uruskan kerjaya saya. "Disebabkan tu berlaku salah faham dan timbul macam-macam cerita yang akhirnya memburukkan nama saya. "Misalnya dari segi salah faham untuk sesi fotografi, salah masa dan tarikh. Saya mengaku saya selalu tak dapat penuhi sesi fotografi sebab terlalu sibuk dengan shooting. Tapi ada pihak media yang mungkin tak tahu dan tak faham situasi saya yang sebenar, mereka kata saya dah sombong lah, saya artis berhaluan kiri (tak mahu publisiti) dan macam-macam lagi. Padahal saya sibuk dengan penggambaran. "Jadi sekarang ni saya nak bersihkan nama saya. Allhamdulillah setakat ni saya boleh uruskan sendiri jadual kerjaya saya", katanya yang sudah empat kali bertukar pengurus. Dalam perkembangan lain, Izara bakal muncul menerusi telemovie khas Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit, bergandingan dengan Ariel Zafrel. Drama tersebut bakal disiarkan pada 15 Oktober jam 10 malam, di TV3.
Selain itu Izarah bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk tayangan TV9 juga telemovie Oh My English. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails