Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Izara mahu berehat

Bukan senang menjadi pelakon. Ketika masih laku, kata orang, ketika itulah rezeki mencurah dan selalunya tidak ditolak. Begitu juga halnya dengan Izara Aishah yang sentiasa mendapat tawaran berlakon. Namun dalam dalam mengejar cita-cita dan rezeki, Izara Aishah sebenarnya kini sangat mendambakan waktu rehat. "Buat masa sekarang, saya masih ada lagi penggambaran filem Sejoli dengan Osman Ali. Dalam masa yang sama, saya juga ada penggambaran Oh My English! musim terbaru. "Kemudian sambung pula dengan filem Pilot Cafe. Kalau nak diikutkan, Mei nanti baru saya betul-betul lapang," ujarnya yang ditemui di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Sebelum ini Izara sendiri pernah memberitahu bahawa dia mahu berehat namun nampaknya rezeki tidak putus-putus datang kepada heroin drama bersiri romantik Vanilla Coklat ini. "Buat masa sekarang, memang payah nak cuti," katanya yang mengaku kadang-kala tertekan dengan kerja namun menganggap perkara tersebut sebagai lumrah berlakon.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails