Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Maria Farida. Show all posts
Showing posts with label Maria Farida. Show all posts

Hati Maria Farida Belum Terbuka Soal Calon Suami

Pelakon Maria Farida masih belum terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya kerana terlalu memilih dalam menjalinkan hubungan cinta. Maria, 45, berkata, biarpun ramai yang cuba memikat hatinya tetapi pengalaman lalu memberi pengajaran agar dia lebih berhati-hati. “Saya belum bersedia untuk mempunyai suami kerana masih tiada teman yang istimewa biarpun ramai yang cuba memikat hati saya. “Mungkin saya terlalu cerewet disebabkan pengalman lepas dan berasa serik, takut serta susah nak percayakan orang,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Maria berkata anak lelakinya ada menyatakan hasrat untuk menerima ayah tetapi dia perlukan masa bagi memilih lelaki yang sesuai. Tambah Maria, perkahwin bukan sesuatu perkara yang mudah dan dia tidak boleh memilih lelaki sebarangan untuk dijadikan suami. “Anak saya ada juga bertanya mengenai perkara ini memandangkan dia anak tunggal tetapi takkan saya nak kahwin dengan orang yang baru dikenali dan tidak sesuai. “Saya memang nak berikan yang terbaik untuk anak saya tetapi masih belum jumpa lelaki yang mampu menjadi ayah yang baik,” katanya. Sementara itu, Maria menggangap anaknya, Mizan Ashley yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 18 adalah teman terdekatnya. Maria berkata anaknya dianggap sebagai kawan rapat kerana sering menghabiskan masa untuk melepak bersama. Dalam perkembangan lain, Maria akan tampil dalam drama bersiri Fajar Di Bukhara yang akan ditayangkan sempena bulan Ramadan di Tvi dan TV2. Maria juga turut berlakon di dalam tiga filem yang masih belum ditayangkan iaitu Showdown The Movie, Anak Mami Nasi Kandar dan Kuntilanak (filem Indonesia).

Maria Farida Elak Berlakon Artis Bermasalah

Pelakon Maria Farida enggan bekerjasama dengan beberapa artis baharu yang tidak berdispilin dan sering mendatangkan masalah ketika penggambaran di lokasi sesebuah drama. Maria,44, berkata, dia akan memastikan barisan pelakon yang akan terlibat tidak mendatangkan masalah setiap kali ditawarkan untuk berlakon dalam sesebuah drama atau filem. "Setiap tawaran yang datang saya akan pastikan senarai artis yang akan berlakon kerana saya tidak mahu berkerjasama dengan pelakon-pelakon yang sering mendatangkan masalah dan akan menyusahkan jadual artis lain. "Ada beberapa artis-artis baru yang tidak berdisplin sering datang lambat daripada masa yang telah diberikan kepada mereka, mereka tidak fikir tentang pelakon lain," ujarnya. Maria menambah, sebagai pelakon lebih senior, dia pernah menegur sikap beberapa artis tertentu agar lebih menghormati masa pelakon lain bagi melancarkan penggambaran. Malah dia pernah bertindak 'angkat kaki' apabila terlalu lama menunggu kemunculan artis-artis tersebut. "Bila mereka datang lambat, babak mereka akan tertangguh dan menjejaskan pelakon lain untuk menunggu babak seterusnya. "Saya bukan jenis yang pandai nak marah tetapi apabila hilang tahap kesabaran... saya akan angkat beg dan beredar dari lokasi penggambaran tersebut," katanya. Dalam pada itu, Maria bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Mamak Cupcakes yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 Ogos ini. Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Shaheizy Sam, Siti Saleha, Accapan, Azad Jazmin dan Natasha Hudson.

Pergerakan Maria Farida Dikawal Anak Lelaki

Pelakon Maria Farida tidak berasa terkongkong apabila anak lelakinya, Mizan Ashley, 17, sentiasa mengawasi pergerakan dan menemaninya ke acara hiburan yang dihadiri. Maria, 44, berkata, tindakan Mizan itu semata-mata ingin melindunginya sebagai seorang ibu selain berasa bangga dengan tindakan itu. "Dari dahulu lagi Mizan memang bersikap protective dan ia semakin menyerlah apabila dia sudah dewasa. Saya tidak berasa tertanggu dengan sikapnya itu kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk melindungi saya sebagai seorang ibu. "Malah kadang-kadang kalau saya lambat balik dari penggambaran dia akan menelefon dan menunggu sehingga saya pulang," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Maria berkata, sikap anaknya itu yang terlalu melindunginya bukan penyebab dia masih solo biarpun sudah 10 tahun hidup menjanda.
Sebaliknya kata Maria, perkara itu adalah pilihannya sendiri tambahan pula dia masih belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. "Setakat ini saya masih solo dan tidak bertemu dengan mana-mana lelaki. Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama anak saya selain memberi fokus kepada kerjaya lakonan," jelasnya. Bagaimanapun kata Maria, sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya mereka perlu bijak mengambil hati anak kesayangannya itu terlebih dahulu. "Mizan bukan seorang yang mudah mempercayai orang dan jika ada lelaki yang ingin berkawan dengan saya orang itu mesti memenangi hati anak saya kerana pendapatnya sangat penting. "Saya tidak akan membelakanginya dalam soal tersebut kerana dia paling penting dalam hidup saya," katanya. Dalam perkembangan lain, Maria berkata, dia akan kembali sibuk di lokasi penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi beberapa projek drama.

Isu Bikini, Maria Farida Tegur Peminat Kaitkan Agama

Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai. Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan. "Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu? "Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya kepada mStar Online. Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm). Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.
Bagaimanapun kata Maria, disebalik dia dihentam teruk kerana gambar berkenaan, dia juga bersyukur apabila masih ramai yang memberikan kata-kata teguran membina dan positif kepadanya. "Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah. "Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya. Sementara itu, Maria berkata, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian berkenaan untuk dipertontonkan kepada peminat di Instagram. Kata Mariah, sebagai seorang wanita dia masih tahu menjaga batasan berpakaian tambahan pula usianya kini sudah mencecah 40-an. Dalam perkembangan lain, Maria berkata, sepanjang bulan Ramadan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin menggunakan kesempatan ini untuk melakukan solat Terawih. "Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri juga dibuat secara sederhana sahaja," katanya.

Isu Bikini, Maria Farida Anggap Pengikut Instagram Fikiran Kotor

Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor. Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut. "Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram. "Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin. Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm). Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut. "Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam. "Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut. "Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya. Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut. Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.

Maria Farida Tak Terkejut, Sudah Jangka Kontroversi Shahz Jaszle

Dramatis jelita, Maria Farida memberitahu beliau tidak terkejut malahan sudah menjangkakan kontroversi yang menghimpit diri Shahz Jaszle @ Sharizal Jaszle termasuklah kes baru-baru ini, aktor itu ditangkap basah. Begitu pun, kata Maria dia sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle namun berita kes khalwat yang mengaitkan Shah Jaszle itu sampai ke pengetahuannya apabila kru-kru di lokasi penggambaran serta orang sekeliling sibuk bercerita tentang hal tersebut. "Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. "Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar", kata Maria Farida kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu dan kontroversi yang mengaitkan pelakon muda itu. Maria dan Shahz Jaszle sikit masa dulu pernah menjalin hubungan cinta. Kisah cinta mereka tersebar ke pengetahuan umum apabila Maria dan Shahz mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter. Namun ikatan kasih mereka tidak berpanjangan dan hanya mampu bertahan beberapa bulan.
Dalam pada itu, aktres yang pernah membintangi filem Datin Ghairah ini berkata dia merasa simpati terhadap Redzwani Puteri iaitu tunang Shah Jaszle. Dari cerita-cerita yang didengarnya, Maria menyifatkan gadis itu sebagai seorang yang sangat baik. "Kasihan lah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu", ujarnya yang baru saja selesai dengan penggambaran drama bersiri Pujangga Budiman untuk siaran TVi. Terkini, Maria bakal menjalani penggambaran filem Showdown The Movie. Dalam filem tersebut Maria memegang watak sebagai pemilik studio tarian dan pakar dalam tarian klasik bersama anak perempuannya, yang dilakonkan oleh Izara Aishah. - mD

Maria Farida Semakin Mengancam

Kalau tak silap , umur Maria Farida sudah pun mencecah angka 40 tahun. Semoga Maria Farida akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Lagi beberapa keping gambar si panas Maria Farida ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram Maria Farida.

Anak dara ke Mak Datin - Maria Farida

SEPANJANG 22 tahun bergelar pelakon, ia bukan suatu tempoh yang sekejap. Maria Farida telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis dalam dunia lakonan. Dalam tempoh waktu itu, dia telah berlakon dalam lebih 30 buah drama, telemovie dan lebih 15 filem cereka. Pembabitannya dalam bidang lakonan turut menyaksikan Maria telah melakonkan pelbagai jenis watak. Namun katanya pada awal pembabitannya dalam dunia glamor itu iaitu pada usia awal 20-an dia lebih banyak melakonkan watak gadis remaja yang sentiasa kelihatan ceria. Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, watak-watak yang ditawarkan kepadanya itu bersesuaian dengan keadaan dirinya pada ketika itu yang masih muda remaja. Bagaimanapun pada usianya kini, dia sedar watak sebagai anak dara atau remaja sudah kurang sesuai lagi. Justeru, Maria menganggap dia tidak terkecuali melalui proses perubahan dalam kerjayanya sebagai pelakon sama seperti pelakon-pelakon lain. Dia kini lebih realistik dengan kesesuaian watak-watak yang akan dilakon sama ada menerusi drama, telemovie ataupun filem. "Bukan sahaja pelakon tetapi setiap orang akan melalui peredaran zaman yang banyak dipengaruhi oleh faktor usia. Begitu juga dengan saya yang perlu menyesuaikan diri dalam banyak aspek termasuklah dalam bidang lakonan yang saya mula ceburi pada awal 1990-an. "Tidak selamanya pelakon itu sesuai melakonkan watak hero atau heroin, dan saya juga tidak terkecuali bagi memilih watak-watak yang sesuai saya lakonkan. Kalau dulu, saya banyak ditawarkan melakonkan watak-watak anak dara yang kelihatan moden dan ceria. "Tetapi sekarang ini watak-watak seperti itu tidak lagi ditawarkan kepada saya. Sebaliknya, ramai penerbit dan pengarah yang mahukan saya melakonkan watak-watak Mak Datin atau watak-watak perempuan yang sudah agak berusia tetapi hidup kaya raya," katanya kepada Hits baru-baru ini. Maria atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza berkata, dia menganggap sedang melalui fasa perubahan dalam watak-watak yang akan dilakonkannya dalam bidang yang diminati. Baginya itu adalah lumrah terutama dalam dunia lakonan tempatan yang sentiasa tidak putus-putus melahirkan ramai pelakon muda yang sesuai bagi melakonkan watak-watak tersebut. Malah, pelakon kacukan Melayu dan Filipina ini tidak berasa kecil hati. Sebaliknya semakin berasa teruja kerana berpeluang meneruskan bidang lakonan dengan mencuba pelbagai watak yang sesuai dengan peningkatan usia, status dan pengalaman sebenar dalam kehidupannya seharian. "Saya telah melakonkan pelbagai watak gadis remaja termasuklah wanita seksi yang menggoda dalam drama, telemovie dan drama. Itu mungkin imej yang sinonim dengan saya suatu ketika dulu tetapi sekarang ini zaman itu akan beransur-ansur berubah mengikut kesesuaian usia saya. "Sekarang ini watak yang diberikan kepada saya lebih kepada watak seperti seorang ibu. Misalnya dalam filem terbaru lakonan saya berjudul Mamak Cupcake saya melakonkan watak Datin Nora. Walaupun watak ini tidak seksi dan menggoda tetapi ia mungkin sesuai dengan saya. "Watak kepada ibu Juliana iaitu lakonan Siti Saleha itu tetap kelihatan ceria, bergaya dan mewah yang mana ia masih menyerlahkan watak itu sama seperti watak-watak lain yang saya lakonkan sebelum ini. Saya anggap ini suatu peralihan dan pengalaman baru buat saya," ujarnya.

Maria Farida Sudah Serik Kongsi Kisah Cinta


PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida enggan mengulangi kesilapan dengan mendedahkan kisah cintanya kepada umum selepas laporan mengenai hubungannya dengan aktor kacak, Shahrizal Jaszle mendapat perhatian umum.

Maria, 42, berkata, dia serik untuk berbuat demikian kerana sebelum ini kisah cintanya mendapat liputan meluas selain pelbagai cerita negatif menjadi perbualan masyarakat.

"Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu seperti mana berlaku sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan atau bercinta bukan lagi untuk tatapan umum," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Maria, dia tidak mahu lagi mengenang semua kisah lalu yang pernah berlaku kepadanya dan terus optimis terhadap kehidupan dan kerjayanya sebagai pelakon.

Dia senang dengan kehidupannya kini di samping anak tunggalnya iaitu Mizan Ashley yang berusia 15 tahun.

"Semua kisah lama tidak perlu diingat kerana ia telah menjadi sejarah. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan dan cuba memperbaiki diri untuk lebih berjaya," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjayanya, Maria berkata dia lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang diterima bersesuaian dengan usianya.

Maria berkata, dia perlu berbuat demikian kerana tidak mahu membawa watak yang tidak sesuai dengan usianya selain ingin memberikan tumpuan kepada kehidupan peribadinya.

"Bukannya saya berlagak atau 'demand' tetapi usia saya kini mungkin tidak lagi sesuai untuk peranan wanita muda atau perempuan jahat.

"Jadi perlu lebih memilih supaya lakonan itu tidak nampak pelik dan dapat diterima oleh penonton," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Maria berkata dia juga mengehadkan projek yang diterimanya kerana bimbang gagal menyempurnakan amanah yang diberikan.

Ujar Maria, dia hanya mengambil satu tawaran setiap bulan dan melunaskannya sebelum menerima tawaran lain.

"Usia begini selalu penat dan tak dapat nak kejar semua benda dalam satu masa. Sebelum menimbulkan masalah lebih baik saya buat satu perkara itu mengikut kemampuan saya," katanya.

Lakonan terbaru Maria boleh ditonton menerusi drama bersiri berjudul Pesona Kasih di TV1 setiap hari Khamis pukul tiga petang.

Kenapa saya suka berahsia? - Maria Farida


JELITAWAN ini punya alasan sendiri untuk mengunci mulut tatkala persoalan menyentuh isu peribadi dibangkitkan. Pasti dia akan memberikan senyuman sebagai ganti jawapan. Sebab itu, wanita ini tetap tidak berganjak dari keputusannya.

Biarpun diasak beberapa kali untuk mengorek cerita dirinya, namun dia tetap tersenyum lawa. Bahasa badan yang diberikan memberi penunjuk kurang selesa. ‘Amaran’ kecil meminta agar segera menamatkan usaha mencungkil cerita sisi personalnya.

“Maaf ye, saya tak selesa untuk menjawab sebarang persoalan berbentuk peribadi. Kalau perkara lain boleh saja,” jujur aktres Maria Farida pada pertemuan di Kelab Saujana Golf Subang, Selangor baru-baru ini.

Baginya, perihal diri merupakan isu sensitif. Ia amat dititik beratkan kerana itu adalah satu-satu ruang memisahkan antara dunia glamor dengan lingkup dirinya. Menerusi lingkungan itu juga Maria boleh bernafas normal. Mampu menjalani kehidupan sebagai individu biasa di atas bumi ini.

Tidak boleh membayangkan andai soal kerjaya dan peribadi dicampuradukkan. Pasti seluruh kehidupannya kucar kacir apabila tiada fokus.

“Jangan salah tafsir apabila saya enggan membuka cerita peribadi. Sebenarnya, saya bimbang kalau-kalau disalah erti yang kemudiannya merebak menjadi spekulasi. Lebih teruk kalau diperpanjangkan sampai tidak mampu dikawal.

“Sebab itu lebih baik jangan bangkitkan soal personal. Itu adalah lebih baik berbanding membesar-besarkan benda yang tak betul,” jelasnya menerangkan terperinci tentang keengganannya untuk mengulas perkara yang satu itu.

Meskipun begitu, Maria akui bahawa asam garam kehidupan seorang artis tidak terlepas dari bercerita tentang soal peribadi. Walau bagaimanapun, dia nekad untuk ‘menghentikan’ soal berkenaan.

“Saya sudah berkecimpung dalam dunia lakonan lebih 20 tahun lamanya. Saya lalui pelbagai rentetan peristiwa dan mempelajari banyak benda. Saya tahu apa yang disukai oleh orang tempatan kita atau mana yang boleh mengundang rasa jengkel.

“Sebab itu, saya tak mahu lagi menimbulkan perkara yang boleh menyebabkan orang salah anggap terhadap saya. Tambahan pula kerjaya sebagai anak seni banyak mendedahkan diri dengan persepsi negatif di kalangan masyarakat,” dedahnya tentang apa yang dirasai tatkala ini.

Tambahan pula dengan memikul status ibu tunggal menyebabkan dirinya terdedah dengan pelbagai cerita kurang manis. Bergelar wanita belum bersuami sedikit sebanyak memberi ‘ancaman’ kepada dirinya.

Disebabkan kedudukannya itu, pelbagai cemuhan diterima daripada pihak yang tak pernah dikenalinya. Mengaitkan dirinya dengan cerita kisah masa silamnya.

“Saya seorang yang penyabar. Disebabkan itu, saya tak suka membesar-besarkan perkara kecil. Tapi selalunya, kesabaran saya ini sering jadi bahan mainan.

“Sebab sesiapapun tak gemar kalau namanya berterusan dikaitkan dengan cerita masa silam. Tapi jangan hairan apabila saya boleh bertindak lebih jauh. Mengheret mana-mana persoalan yang membengangkan fikiran kepada tindakan undang-undang,” amaran wanita ini.

Cukup berani

Ditanya tentang ‘keberanian’ pelakon sitkom Agen 44 & 88 ini yang siap untuk memperjuangkan maruah diri andai ada pihak yang sengaja mempermainkan namanya, tegas Maria, sememangnya dia tidak kompromi soal tersebut.

Sebagai perisai utama, Maria kini mengambil pendekatan berhati-hati. Dia tidak mahu ‘bersemuka’ lagi dengan individu yang pandai bermuka-muka di hadapannya.

Apatah buat mana-mana individu yang secara terang-terangan mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Saya ada pengalaman bertemu dengan individu yang sengaja menggunakan keupayaan saya untuk pergi lebih jauh. Menumpang populariti diri kita sendiri untuk tujuan diri sendiri. Tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan. Jenis macam ini sudah lenyap dalam kehidupan saya. Cukup-cukuplah.

“Sebab itu, saya memilih untuk kekalkan persahabatan dengan rakan-rakan sedia ada. Saya percaya bahawa orang yang paling dekat dengan kita lebih jujur berbanding dengan orang yang baru setahun dua mengenalinya,” katanya jujur.

Ditanya signifikan tentang pandangan peribadinya itu dengan situasi yang sedang dialami sekarang, wanita ini menyifatkan bahawa itu sekadar pemerhatian sahaja.

Pelakon drama rantaian Astana Impian terbitan Astro dan Small Fries Pictures ini juga tidak merujuk mana-mana pihak. Apa yang dilaluinya itu sekadar pengalaman hidup sebagai figura awam semata-mata.

Berbunga bahagia

Menyentuh tentang kehidupan harian merubah wajah ibu Mizan Ashley, 14, ini. Wanita berkulit putih ini dilihat cukup riang tatkala menyentuh soal aktiviti terkini.

Katanya, hatinya kini cukup tenang tanpa sebarang permasalahan. Lebih bahagia selepas pulang dari bercuti selama 10 hari di kota Paris, London dan Abu Dhabi pada awal Jun lalu.

“Alhamdulillah, percutian kali ini cukup bermakna. Saya bersama rakan-rakan terdekat menghabiskan masa bersama. Kami berborak dan berkongsi cerita tentang kehidupan harian.

“Langsung tidak memikirkan soal kerja atau permasalahan apa jua. Itu yang menjadikan saya cukup gembira sekarang ini,” katanya membius bahagia.

Mengusik persoalan sama ada kebahagiaan yang dikecapi dikaitkan dengan kehadiran insan istimewa di hatinya tatkala, perlahan-lahan wanita ini menafikan.

Katanya, perkara tersebut tidak berhubung langsung. Apa yang lebih penting dengan kehadiran keluarga yang cukup memahami dan menyokong apa juga yang dilakukan.

“Cukuplah saya mengatakan bahawa sekarang saya berada dalam fasa bahagia. Sedang dalam situasi tenang,” katanya yang tetap enggan berkongsi punca kebahagiaan yang diraih itu.

Bukan kosmetik

Pelakon drama keluarga berjudul Pesona Kasih untuk siaran RTM ini turut mengakui bahawa dia kurang muncul di mana-mana penerbitan majalah atau akhbar sejak akhir-akhir ini. Alasannya, dia tak mahu dilabel sebagai artis ‘majalah’.

“Ada banyak artis majalah ketika ini. Semuanya keluar dengan macam-macam cerita. Ada yang buat gimik murahan. Walaupun hasil kerjanya tak seberapa. Orang sekarang pun sudah pandai menilai.

“Ada juga yang bermekap habis-habisan. Sedangkan sebenarnya mekap tidak membuatkan seseorang itu lebih lawa. Pokok pangkalnya terletak pada kecantikan dalaman.

“Saya tabik kepada artis seperti Farahdhiya, Fazura mahupun Fasha Sandha yang punya bakat yang begitu memberangsangkan. Di samping cerita sampingan mereka yang disiarkan, ada hasil kerja yang bagus di televisyen,” ceritanya.

Melihat fenomena berkenaan, menyebabkan bintang filem Bisikan Cinta ini berkira-kira sebelum menghadiri fotografi. Bimbang andai wujud persepsi seperti itu.

Wanita besi

Walaupun secara fizikal, Maria dilihat seperti wanita lembut. Tapi sebenarnya, dia adalah individu gemarkan aktiviti mencabar. Antara kegiatan yang disertai adalah selam skuba, menembak dan menunggang kuda.

“Nampak saja saya seperti wanita sofistikated. Tapi sebenarnya, jiwa saya penuh agresif. Jangan nilai buku itu pada kulitnya sahaja sebab apa yang dilihat pada luaran saya ternyata berbeza dengan dalaman.

“Jika ada masa lapang sekali pun, saya pasti tak akan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti kegemaran saya itu,” katanya menguntum senyuman.

Semua aktiviti wanita ini boleh diketahui menerusi laman sosial Facebook miliknya iaitu di www.facebook.com/mariafaridafc atau di mengikuti perkembangan hariannnya di Twitter iaitu @mariafarida.

Maria tak akan maafkan Shahz


PERCINTAAN pelakon Maria Farida, 42, dengan aktor baru, Shahz Jaszle, 23, sudah berakhir kira-kira dua bulan lalu, namun artis seksi itu tampil membuat kenyataan apabila berasakan dirinya menjadi mangsa sindiran artis baru berkenaan. Maria mendakwa Shahz terus memberi kenyataan palsu berhubung isu bila mereka putus cinta menerusi beberapa kenyataan kepada media massa, baru-baru ini.

“Saya ni jenis orang yang tak suka menghebohkan kisah peribadi kepada umum. Namun, apabila ada orang baru berlakon setahun jagung, tiba-tiba nak mencalar nama saya, saya perlu bersuara. Saya dah terima kenyataan, percintaan kami sudah berakhir kira-kira dua bulan lalu. Saya dah senyap, tak beri apa-apa kenyataan, tapi penipuannya masih diteruskan kepada media massa lain!

“Yang membuatkan saya tak puas hati ini, dia siapa nak mempertikaikan profesionalisme saya. Kenyataannya kepada sebuah tabloid mingguan, baru-baru ini, adalah satu sindiran. Saya dah bergelumang dalam industri ini lebih 20 tahun, dia baru saja nak berjinak-jinak. Bagi saya, dia adalah satu-satunya artis yang berani mencalarkan nama saya. Belum pernah selama 20 tahun ini, ada orang cuba mempertikaikan profesionalisme saya.

“Dia tahukah perbualan saya dengan pengurus produsksi Asmara 2 sehingga saya terpaksa menolak tawaran berkenaan? Saya dah terangkan kepada produksi, saya tak boleh beri komitmen kerana masih bercuti di Singapura bersama anak. Jadi, siapa dia ni nak sindir saya dalam akhbar,” soal Maria berkali-kali.

Maria berkata demikian mengulas kenyataan Shahz dalam tabloid mingguan yang mempertikai dirinya apabila tidak mahu membintangi drama bersiri Asmara 2 apabila menggunakan istilah profesional seolah-olah menyindir beliau.

Tambah Maria, apa dilakukan Shahz memberikan kesan mendalam kepada dirinya dan keluarga sehingga dia tidak mampu memaafkan aktor baru itu sampai bila-bila.

Menerusi artikel sama juga, Shahz mendakwa Maria adalah kekasih selebriti pertamanya.
“Janganlah nak menipu lagi... Sebelum ini pernah tersebar di majalah hiburan dan akhbar, dia pernah bercinta dengan Syira Aiyob, pengacara TV3 dan pelakon filem Karak terbitan KRU Studios. Sebelum itu, dia juga pernah bercinta dengan Faralyna Idris yang berlakon drama Asmara dan Asmara 2.

“Jadi, saya bukanlah cinta selebriti pertama dia. Sudah-sudahlah, janganlah nak menipu lagi,” kata Maria.

Shahz juga terus memberikan kenyataan, dia putus cinta dengan Maria sebelum beliau ke Paris dan London membintangi filem Azura arahan Aziz M Osman. Bagi Maria, itu adalah satu pembohongan berterusan daripadanya. Shahz kini dilaporkan sedang bercinta dengan heroin Azura, yang juara Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22.

“Itu adalah satu penipuan yang besar! Kenapa dia perlu mengulangi penipuan itu dalam kenyataannya baru-baru ini? Sebelum dia ke Paris, saya masih dalam penggambaran drama Bola Cinta 2, dia pula dalam pembikinan drama Gemilang. Setiap kali dia habis shooting, dia kerap datang ke lokasi saya. Dia juga akan bawa saya ke set Gemilang kalau saya tak terbabit dengan penggambaran. Hubungan kami memang baik sebelum dia ke Paris. Hari terakhir sebelum dia berlepas ke Paris, dia masih sempat ke lokasi saya.

“Beberapa jam sebelum dia berlepas, ketika dia masih di lapangan terbang, dia masih menghubungi. Saya juga menolak dakwaan, kononnya saya menghalangnya daripada membintangi Azura sehingga dia sedih, malah saya yang memberi galakan kepadanya. Ketika dia di Paris, dia masih kirim SMS kepada saya. Hanya ketika di London, saya dapat rasakan dia dah mula dingin. Saya juga dah dengar macam-macam cerita. Akhirnya berlaku pertengkaran besar di telefon dan Shahz minta hubungan kami diputuskan.

“Akhirnya selepas Shahz pulang ke Kuala Lumpur, barulah kami ambil keputusan untuk sama-sama memutuskan perhubungan ini. Itu insiden yang sebenar, cerita lain, adalah satu pembohongan besar! Bagi saya, dia nak bercinta dengan sesiapa pun, teruskan, tapi jangan menipu! Saya harap dia jangan memalukan saya lagi dengan penipuan. Ini adalah satu kesilapan besar dalam hidup saya, pernah bercinta dengan orang muda. Ini satu pengalaman dan pengajaran,” kata Maria.

Lelaki muda pertama dan terakhir


PUTUS cinta lagi. Sebelum ini, pernah putus juga sekejap tapi sambung balik. Kali ini, dramatis Maria Farida betul-betul nekad berpisah dengan kekasihnya yang juga pelakon baru, Shah Jaszle.

Tegas ibu tunggal yang masih jelita dan bergetah itu, jangan sesekali mengaitkan namanya lagi dengan Shah Jaszle.

Biarlah lelaki itu bahagia dengan kehidupan barunya apatah lagi dia mendakwa Shah Jaszle sudah mempunyai teman wanita baru yang juga heroinnya dalam filem Azura 2011, Neelofa.

Amboi, marah betul Maria dengan Shah Jaszle. Malah sepanjang perbualan dengannya, Maria lebih selesa menggelarkan pelakon berusia 22 tahun itu dengan panggilan ‘dia’.

“ Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Tak mungkin saya jatuh cinta lagi dengan lelaki muda selepas ini.” katanya berterus-terang kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH.

Apakah benar Maria seorang wanita yang kuat cemburu hingga menyebabkan hubungan cinta dengan pelakon drama Gemilang itu putus di tengah jalan? Apakah pesona yang ada pada wanita bernama Maria Farida sehingga menyebabkan lelaki muda seperti Shah Jaszle boleh angau dalam cinta? Baca jawapan Maria.


Kenapa suara lemah saja dan bunyi macam sedih sangat?

Saya tak sihat. Saya sedang sakit sekarang ini.

Sakit sebab putus cintakah?

Tak adalah (ketawa manja). Saya baru habis penggambaran drama. Itu yang penat sangat.

Nak tanya ni, betulkah Maria dan Shah Jazle sudah putus cinta atau saja buat cerita?

Kenapa tanya saya? Kenapa tak tanya ‘dia’ dulu. Saya tak nak komenlah.

Tapi Shah Jaszle kata cinta kalian sudah berakhir, iyakah?

Biarlah ‘dia’ bercakap apa yang dia nak cakap. Saya tak nak terlibat dengan dia lagi, jangan babitkan saya dengan dia. Kami memang sudah putus cinta dan semuanya sudah berakhir, saya tak mahu ada kaitan apa-apa dengan dia lagi.

Bila putus ni? Masa sebelum dia ke Paris atau selepas dia jumpa kekasih baru di sana?

Masa dia buat penggambaran di sanalah. Di situlah bermula cerita dia dengan perempuan tu.

Betulkah Shah Jaszle yang hantar SMS untuk minta putus?

Entahlah, saya rasa sudah tak penting untuk saya bercakap soal itu sekarang ini. Biarlah dia dengan hal dia, saya pun ada hidup sendiri.

Orang kata awak ni kuat cemburu, budak muda mana suka wanita cemburu?

Itu dakwaan yang tak betul. Saya putus cinta dengan dia bukan sebab cemburu buta. Awak nak tahu kenapa kami putus? Sebenarnya saya sudah meluat dengan perangai dia.

Perangai macam mana? Teruk sangat ke?

Perangai buruk dia yang kaki perempuan. Tak habis-habis. Cukuplah!

Tapi Neelofa ada kata Maria selalu telefon dia nak tanya pasal Shah Jaszle? Berani pula dia kata macam tu?

Alah, pada saya senang saja. Biasalah, budak baru nak naik. Cari kontroversi untuk popular. Kita kenalah faham.

Mungkin Maria boleh kongsi pengalaman cinta bersama Shah Jaszle?

Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Saya ingat dia matang walaupun umur dia muda lagi. Rupa-rupanya perangai macam budak-budak. Awak tahu tak, sejak jumpa dia, hidup saya kucar-kacir. Saya kena cakap benda ini supaya orang tahu perkara sebenar.

Shah Jaszle di mata Maria sebagai kekasih?

Dulu saya tak percaya nasihat kawan-kawan agar jangan berkawan dengan dia. Kawan-kawan kata sebagai artis baru, sudah tentu dia nak gunakan saya, tapi saya tak dengar kata kawan-kawan. Akhirnya sekarang saya tahu juga, memang betul dia suka kontroversi. Setiap lokasi berlakon, mesti saya dengar cerita dia dengan heroin yang berlakon sekali dengan dia.

Maria rasa diperguna-gunakan?

Entahlah, tapi saya rasa memang silap besar sebab saya pernah jatuh cinta dengan dia.

Lepas ni kalau jatuh cinta lagi, masih nak dengan lelaki muda juga?

Taklah kot. Dia yang pertama dan terakhir untuk saya bercinta dengan lelaki muda.

Mungkin isu putus cinta dengan Maria merupakan strategi dia untuk popular, boleh menang Pelakon Lelaki Baru Paling Popular?

Saya tak tahulah. Mungkin juga.

Maria berkahwin dan bercerai pun tak kecoh macam sekarang. Bercinta dengan ‘budak-budak’ tiba-tiba jadi kecoh pula. Apa yang Maria rasa?

Saya memang tidak suka dengan kontroversi. Saya seorang artis yang clean sebelum ini. Saya mahu kehidupan saya kembali normal. Tolonglah jangan kait nama saya lagi dengan dia selepas ini.

Shahz hantar SMS minta putus


Keintiman aktor muda, Neelofa di lokasi Azura punca Maria diketepi

MASIH terngiang-ngiang di telinga Zubir pengakuan cinta dan sayang aktor remaja Shahz Jaszle, 23, terhadap pelakon jelita Maria Farida, baru-baru ini. Pengakuan itu dibuat ketika Zubir menemui Shahz pada majlis sidang media pengumuman Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 di Holiday Villa Hotel & Suites Subang pada 12 Januari lalu apabila dia tercalon menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular. Selepas lebih enam bulan menyulam cinta secara berteka-teki tanpa sebarang pengakuan dibuat, akhirnya Shahz tidak mampu berselindung lagi apabila dia didesak supaya beliau berterus terang mengenai status hubungannya bersama Maria. Difahamkan, Shahz dan Maria mulai intim apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri, Asmara yang pernah disiarkan di TV3 sedikit masa lalu.

“Saya akui, memang saya dan Maria (Farida) tidak mahu berterus terang mengenai hubungan kami sebelum ini. Yang tahu hanyalah keluarga masing-masing. Bukan kami mahu berahsia, sebaliknya kami bimbing sekiranya berterus terang, ramai yang tidak boleh menerima hakikat kerana jurang usia kami yang begitu ketara.

“Namun, selepas memikirkan perkara ini masak-masak, saya membuat keputusan untuk berterus-terang. Saya mengaku memang saya menyintai Maria,” kata Shahz kepada B*POP terbitan 16 Januari lalu.

Namun, semua itu cerita dulu... Terbaru, ada sumber di kalangan kru produksi membisikkan ke telinga Zubir, hubungan cinta Shahz-Maria sudah pun berakhir kira-kira tiga minggu lalu! Berdasarkan risikan, cinta Shahz-Maria tidak mampu bertahan lama selepas berlakunya pertengkaran besar menerusi telefon antara kedua-duanya ketika Shahz masih menjalani penggambaran filem terbaru arahan Aziz M Osman, Azura versi 2011 di Paris dan London pada 20 hingga 29 Januari lalu.

Difahamkan, Maria bengang apabila dia mendapat perkhabaran Shahz berkawan rapat dengan heroin Azura, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22. Khabarnya keintiman Shahz dan Neelofa yang juga Dewi Remaja 2010 bukan saja ketika penggambaran yang menuntut mereka bercinta serta berkahwin sebagai Zack dan Azura, malah berlarutan di luar lokasi. Inilah yang dinamakan sebagai cinta lokasi. Sama halnya ketika Shahz dan Maria ketika penggambaran Asmara pertengahan tahun lalu.
Menurut sumber sama, cinta lokasi antara Shahz dan Neelofa tidak berakhir di Paris dan London sebaliknya masih berlarutan hingga ke hari ini, sekali gus menuntut Shahz memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria hanya menerusi SMS saja!

“Disebabkan mereka putus cinta secara tiba-tiba, bukannya berbincang secara baik, membuatkan Maria (Farida) menolak daripada membintangi drama Asmara 2 yang turut menampilkan Shahz (Jaszle),” kata sumber tadi penuh yakin.

Zubir juga dimaklumkan, Shahz sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 10 Februari lalu semata-mata untuk bersama model jelita berkenaan menyambut majlis ulang tahunnya yang ke-22. Bagi Zubir, kalau sekadar teman sesama artis, takkan Shahz sanggup berkorban memandu jauh-jauh balik hari! Cinta baru berputik semuanya indah belaka. Neelofa pula baru putus cinta, sudah pun ada pengganti.

Shahz Jazle Bermesej 'Sayang' Di Twitter Dengan Maria Farida


PETALING JAYA: Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.

Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.

Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.

Bagaimanapun, Shahz yang dihubungi mStar Online, Ahad, enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.


"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.

"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.

"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.

Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.

Saya Bukan Murah Untuk Punyai ‘Anak Ikan’ – Maria Farida


PETALING JAYA: Selepas aktor Shah Jazle menafikan hubungannya dengan aktres Maria Farida (gambar), kini giliran wanita itu pula tampil memberikan kenyataan.

Menerusi wawancara bersama wartawan rancangan hibutran sebuah stesen televisyen pada Ahad, Maria, 40, turut menafikan hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan pemuda berusia 22 tahun itu setelah foto mesra mereka berdua tersebar.

Malah dia menepis dakwaan bahawa Shah merupakan ‘anak ikan’nya memandangkan jurang usia pasangan ini agak jauh bezanya iaitu 18 tahun.

“Saya bukan murah untuk mempunyai ‘anak ikan’,” jawabnya sambil tersenyum.

Saat mengesahkan hubungan mereka, Maria tidak mengiya mahupun menafikan hubungan mereka berdua sebaliknya menjawab: “Saya berkawan dengan semua artis.”

Maria bagaimanapun berkata hubungan yang terjalin itu ibarat seperti kakak dan adik ketika diminta mengulas tentang mesej twitter Shah yang berbunyi “I love Maria Farida”.

“Mungkin dia sayangkan saya sebagai seorang kakak. Apa yang akan berlaku selepas ini, saya terserah. Kami sedang berkawan,” katanya lagi.

Pasangan ini pernah bergandingan dalam dua drama bersiri iaitu Asmara dan Bola Cinta yang kini sedang disiarkan di televisyen.

Maria Farida Teruja Dengan Miss Kronika


RAUT wajahnya yang jelita membuatkan ramai yang tidak jemu memandang aktres Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza.

Sukar untuk menelah perasaannya apabila bergelar wanita cantik berstatus janda beranak satu sepertinya. Tidak dinafikan ada yang cuba ‘masuk jarum’ termasuk golongan VIP namun dia pandai menepis setiap tawaran itu.

Andai kata dia sudah bersedia mengisi kekosongan hatinya, bukan suami orang yang menjadi pilihannya.

“Saya mahukan lelaki bujang atau duda untuk menjadi suami saya. Setakat ini, saya belum bertemu dengan lelaki yang boleh mendorong saya meninggalkan dunia lakonan.

“Selain itu, kesibukan dengan kerja membataskan saya untuk mencari pasangan hidup. Lagipun bukan mudah untuk mendapat lelaki yang boleh memahami kerja saya,” katanya yang telah 10 tahun bergelar ibu tunggal.

Memandangkan anak tunggalnya, Mizan Ashley, 13, sudah meningkat remaja, lantas dia mampu memfokuskan waktu kerja sepenuhnya.

Biarpun masa senggangnya akan dibahagikan untuk menemani anaknya menjalani aktiviti luar, namun Maria sendiri turut memanfaatkan masa untuk diri-sendiri.

Jelasnya, mungkin ada mata di luar memandang dan menafsirkan dirinya agak berlainan berbanding di depan kamera.

Biarlah apa pun kata orang, asalkan dia tahu kerja yang telah dilakukan sejak 20 tahun lalu itu. Ternyata banyak pengalaman yang dikutip dalam industri ini.

Yang pasti, berdisiplin dan berdedikasi kepada kerja adalah prinsip yang dipegang sejak awal lagi.

“Saya akan cuba memberikan 100 peratus komitmen kepada kerja yang dilakukan. Saya ceburi bidang ini bukan untuk mencari glamor tetapi disebabkan rasa cinta kepada kerja,” ujar pelakon filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, My Spy dan Jalang itu.

Atas semangat yang dipegang itu menyebabkan ramai produser yang menyenangi sikapnya lantas memberikan banyak tawaran lakonan.

Buat pertama kalinya, dia berlakon dalam drama bercorak superhero. Maria melakonkan dua watak iaitu watak saintis yang baik bernama Dr. Wawa dan akhirnya bertukar jahat bernama Miss Kronika.

Menariknya, setiap episod drama bersiri Kapoww!!! Lagenda Astromen itu menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI) dengan dia perlu menggunakan imaginasi untuk merealisasikan sesuatu babak itu.

“Banyak perkara yang menarik dan cabaran yang perlu saya hadapi dalam drama ini. Saya bukan sahaja perlu melakukan aksi pergaduhan dalam drama ini malah perlu memakai kostum yang tebal dan menyebabkan kita cepat berasa tidak selesa dan hendak pengsan apabila berada di tempat bercuaca panas.

“Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan watak Miss Kronika sebab saya menjadi seorang yang sangat jahat dan mahu membunuh semua superhero.

"Jika ditawarkan cerita superhero lagi selepas ini, saya tidak akan menolak jika sesuai dengan skrip dan jalan ceritanya,” tuturnya yang turut menyukai watak berkonsepkan superhero X-Men itu.

Drama 15 episod arahan Azizi Chunk Adnan itu akan disiarkan mulai 7 Mei ini, setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Takut pisang berbuah dua kali


Maria Farida tidak serik berkahwin lagi tetapi sering dihantui peristiwa hitam 10 tahun lalu

BUKAN serik nak berkahwin lagi, sebaliknya pelakon jelita, Maria Farida tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kegagalan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta hampir sedekad lalu cukup membuatkannya berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Apatah lagi berkahwin bukan soal main-main, ia membabitkan masa depan.

Lebih bahagia bersama satu-satunya permata hati, Mizan Ashley, 12, pelakon kacukan Melayu-Filipina itu bagaimanapun tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Cuma di kala hidup bersendirian selepas sekian lama, Maria tidak mahu kebahagiaan yang dimiliki hari ini direntap dengan permasalahan rumah tangga.

Masih cantik seperti dulu, pelakon yang kini tampil menerusi filem Jalang itu mengakui: “Bukan saya tak percaya pada lelaki selepas rumah tangga saya dulu berkecai di tengah jalan, tetapi saya belum bertemu lelaki yang sesuai. Bohonglah, kalau tiada lelaki yang mahu mendekati, tetapi rasanya mereka hanya sesuai dijadikan kawan, bukan pasangan hidup.

“Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, saya tak mahu merana selama-lamanya. Ada kalanya rasa serik masih menebal dalam diri saya, apatah dulu saya berdepan dengan konflik rumah tangga yang mencengkam jiwa. Jika ditakdirkan hidup sendiri lebih baik, saya reda. Jika bertemu jodoh dengan lelaki bertanggungjawab, punya kerjaya dan bukan suami orang, itu sudah memadai. Saya tak pilih nak berkahwin dengan lelaki kaya, berharta atau berpangkat, cukuplah ada kerjaya dan pendapatan tetap.

“Paling penting, lelaki itu menerima saya dan anak saya seadanya. Saya sudah melalui kesulitan dulu apabila mempunyai suami yang tidak bekerja, habis duit simpanan saya ketika bergelar model dan pelakon dikeluarkan untuk menyara hidup, saya tak sanggup lagi melalui keperitan itu. Alhamdullilah, selepas terlepas cengkaman bekas suami dulu, saya kembali berlakon semula dan hari ini, rezeki saya tak putus-putus sehingga ada yang terpaksa ditolak.”

Maria berkata, dia tidak pernah menyesali takdir apabila mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan ketika namanya sedang berada di puncak. Ketika itu, dirinya mahu mendirikan rumah tangga dan berhasrat menumpukan perhatian pada suami dan anak-anak.

“Suatu percaturan yang silap apabila saya berhenti berlakon dulu, tetapi saya tak pernah kesal. Saya terlalu letih bekerja, maklumlah saya sudah bergelumang dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun. Dari seorang model, akhirnya saya ke layar perak, jadi saya sudah merasai perit jerih sebagai anak seni.

“Jadi bila berkahwin, saya rasa ada baiknya saya memberikan tumpuan pada suami dan anak. Saya tidak mahu lagi sibuk di lokasi penggambaran sehingga awal pagi, sedangkan suami dan anak terbiar di rumah. Bagaimanapun, saya sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari, percaturan saya silap. Ketika berkahwin, saya tukar nombor telefon dan berpindah ke rumah lain, jadi saya terputus hubungan dengan kawan-kawan.

“Peringkat awal mahu kembali semula berlakon memang susah, ramai yang tak dapat mencari saya, tetapi kini, selepas hampir 10 tahun berlalu, saya semakin selesa. Saya bersyukur bakat yang dikurniakan Tuhan memberi saya peluang meneruskan hidup seperti insan lain.

“Kini, anak pun sudah meningkat dewasa dan hikmahnya, biarpun rumah tangga menemui kegagalan, tetapi Tuhan menghadiahkan saya seorang anak sebagai peneman hidup,” katanya yang baru selesai penggambaran drama 20 episod, Rias Mutiara dan filem komedi romantik, Datin Ghairah.

Tiga filemnya, selain Jalang, My Spy dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys juga bakal berada di pawagam serentak dalam masa terdekat.

Secara jujur, Maria berkata, dia sering ditawarkan watak antagonis dalam lakonan, termasuk watak wanita elit dan golongan datin. Mungkin disebabkan perwatakan dan rupa paras yang kelihatan sombong menyebabkannya diberikan watak sedemikian.

Terbaru, menerusi Jalang, arahan Nazir Jamaluddin dan terbitan De’Baron Sdn Bhd, Maria melakonkan watak Puan Sri Salina, isteri Tan Sri Jamaudi yang mempunyai skandal dengan seorang wanita pelacur kelas atasan, Maria.

“Saya akui watak Datin atau Puan Sri sudah sinonim dengan saya. Saya tidak kisah membawa apa saja watak asalkan ada kelainan dan mencabar kemampuan. Watak ibu, anak dara atau remaja, asalkan menarik, saya akan terima. Bagi saya, bila ditawarkan bermakna penerbit serta pengarah percaya saya mampu galas tanggungjawab itu.

“Jalang adalah filem kelapan saya sejak bergelar anak seni. Bila melakonkan watak Puan Sri Salina, mungkin orang luar menilai watak biasa saja, tetapi kelainan kali ini, apabila saya berdepan dengan konflik hidup setelah suami mempunyai perempuan simpanan dan wanita itu adalah seorang jalang.

“Kesudahan cerita, watak saya tersangkut pula dengan orang kanan suami dan menjalinkan hubungan sulit hingga ke ranjang. Memang sukar kerana saya juga seorang `jalang’ yang menduakan suami dalam filem ini.

“Saya melihat filem ini mempunyai mesej berguna dan jangan sesekali menghukum seseorang, terutama golongan pelacur atau jalang, hanya Tuhan yang mengetahui segala-galanya,” katanya.

Maria Farida Ghairah Jadi Datin?


Maria Farida tidak kisah sering 'disambar' produser untuk watak wanita seksi

HAMPIR 20 tahun aktres jelita ini berkecimpung di dalam bidang seni, namun tidak sekali pun dia mengeluh apabila dirinya sering ditawarkan dengan watak wanita seksi.

Akui Maria Farida, dia sendiri tidak tahu mengapa produser-produser gemar 'mencarinya' untuk watak-watak sedemikian, sedangkan dia juga pernah membuktikan keupayaan membawakan watak lain seperti gadis kampung dan sebagainya.

Namun kata pelakon berusia 39 tahun ini, jika imej seksinya yang dikatakan menjadi faktor dirinya sering diberikan dengan tawaran sedemikian, dia tidak kisah dengan tanggapan seperti.

Kata Maria, perkara itu tidak pernah melunturkan semangatnya. Malah, ibu tunggal kepada Mizan Ashley, 12, ini sentiasa berfikiran positif dan menganggap ia sebagai kepercayaan yang diberikan oleh pihak penerbit.

"Saya sudah lalui macam-macam perkara dan sudah lali dengan kata-kata orang tentang diri saya. Mereka boleh bercakap apa saja. Saya akui, dulu saya selalu risau kenapa asyik watak seksi, jahat dan mak datin yang sering saya dapat.

"Tapi lama-kelamaan saya terfikir, mengapa perlu saya risau dengan perkara seperti ini. Saya tidak mahu terlalu memilih kerana bidang lakonan adalah periuk nasi saya.

"Kalau saya asyik menolak saja tawaran untuk watak macam tu, nanti orang kata saya ni memilih sangat. Bagi saya, jika mereka tidak mahu letak saya untuk watak-watak lain, nak buat macam mana, kan?

"Sekurang-kurangnya, saya harus bersyukur kerana mereka masih percaya dengan bakat saya dan terus memberikan peluang walaupun ketika ini begitu ramai muka-muka baru di dalam bidang ini," kata Maria.

Terbaru, aktres ini sekali lagi diberikan peranan yang 'sama' menerusi filem terbarunya, Datin Ghairah yang selesai penggambarannya baru-baru ini.

Filem yang menyaksikan Maria memegang watak utama di layar perak setelah lebih 10 tahun ini bukan saja dilihat mampu menarik perhatian penonton menerusi tajuknya saja, malah penampilan Maria yang agak 'daring' di dalam filem arahan Sabree Fadzil itu juga dijangka bakal menjadi satu tarikannya.

Ujar Maria, walaupun filem itu belum lagi ditayangkan, dia sudah pun bersedia dengan kritikan yang mungkin akan dilemparkan kepadanya kelak gara-gara imej seksi dan menggoda yang ditonjolkannya di dalam filem tersebut.

"Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu 'over'. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga.

Maria akan memegang watak utama di dalam filem Datin Ghairah yang akan ditayangkan tahun depan

"Orang dulu-dulu rasanya lebih 'daring' daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan. Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja.

"Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau," katanya.

Mengulas lanjut tentang filem tersebut, ujar Maria, dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran membintangi filem tersebut kerana begitu teruja untuk bekerja di bawah arahan Sabree.

"Itu adalah sebab utama saya terima, selain kerana selesa bekerja dengan produksi De Baron Sdn Bhd yang menerbitkan filem ini. Apatah lagi saya juga berpeluang bergandingan dengan hero pujaan ramai, Aaron Aziz.

"Memandangkan saya sendiri sudah lama tidak memegang watak utama di dalam filem setelah Bisikan Cinta pada tahun 1995, saya rasa peluang seperti ini tidak patut saya sia-siakan," katanya lagi.

Filem ini berkisarkan tentang seorang datin bernama Gairiah yang mewarisi harta yang banyak setelah kematian suaminya. Kehidupannya yang kaya-raya membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya.

Datin Gairiah bagaimanapun jatuh hati dengan guru tusyen anaknya lakonan Aaron Aziz.

"Karektor saya bukan saja seksi, tetapi seorang yang moden, bergaya dan penggoda. Dari segi watak, rasanya tidak terlalu sukar buat saya kerana saya memang sudah biasa dengan watak-watak seksi seperti ini.

"Apa yang pasti, filem ini memang menyeronokkan. Nantikanlah saja tayangannya tahun depan, ye," tutur Maria dalam nada ceria.

Sementara menantikan tayangan filem itu, pelakon ini juga akan muncul di dalam tiga buah filem iaitu Senario The Movie Episode 2, My Spy dan Jalang.

Senario The Movie dan Jalang masing-masing akan ditayangkan pada 19 November dan 26 November manakala My Spy akan berada di pawagam pada 3 Disember depan.

Walaupun hanya membawakan watak sampingan di dalam ketiga-tiga filem itu, namun kata Maria, dia puas kerana masih berpeluang untuk beraksi di layar perak.

"Walaupun wataknya tetap seksi seperti biasa, tetapi saya gembira kerana dapat kembali berlakon filem. Agak lama juga saya tidak muncul di layar perak dan hanya fokus kepada drama saja," ujarnya yang bahagia dengan hidupnya kini meskipun sudah 10 tahun hidup menjanda.

Ditanya tentang kehidupannya kini, kata Maria, dia selesa menguruskan hidupnya sendirian bersama anak tercinta.

Malah, dia juga menyedari bahawa anaknya itu turut menunjukkan minat untuk bergelar pelakon.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak mahu dia berlakon. Biarlah dia belajar dulu dan lepas habis sekolah nanti, barulah fikir sama ada untuk masuk bidang seni atau bidang yang lain," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails