Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eina tiada masa fikir tentang cinta

SEJAK kebelakangan ini pelakon Eina Azman tidak sudah-sudah digosipkan bercinta dengan Afiq Muiz, seorang pendatang baharu yang kini sedang meningkat naik. Nama kedua-dua pelakon itu mula menjadi sebutan ramai apabila digandingkan bersama-sama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella pada akhir tahun lalu. Terbaharu mereka kembali bergandingan dalam drama untuk siaran TV3, Bangkitnya Seorang Perempuan yang sudah memulakan siaran pada 13 Mac lalu. Biarpun masing-masing menafikan menjalinkan hubungan cinta dan mengakui sekadar teman rapat, tiba-tiba timbul pula gosip yang mendakwa bahawa hubungan mereka kini sudah berakhir. Berkesempatan bertemu dengan Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, semasa majlis pelancaran drama tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini, anak saudara kepada penyanyi Juliza Adlizan itu menjelaskan status terkini mengenai hubungannya dengan Afiq yang kebetulan tidak dapat hadir sama pada acara tersebut. Kosmo!: Baru-baru ini ada dakwaan yang mengatakan Eina sudah putus cinta dengan Afiq. Boleh komen sedikit mengenai perkara tersebut? EINA: Putus cinta? Bagaimana pula kami dikatakan putus cinta memandangkan selama ini kami sekadar berkawan. Sehingga kini hubungan saya dan Afiq tidak lebih dari seorang teman rapat. Memang ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan saya rapat dengan Afiq. Sejujurnya saya lebih gemar berkawan dengan lelaki berbanding perempuan setelah segala yang pernah terjadi ke atas diri saya dahulu. Adakah ia ekoran kemelut yang timbul antara Eina dan pelakon BKay Nair gara-gara kontroversi Eina menuduh Bkay mempunyai skandal? Tidak dinafikan ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya lebih ramai kawan lelaki sekarang. Saya tidak lagi mahu perkara yang sama berulang, terutama apabila ditikam dari belakang oleh rakan sendiri. Adakah Eina dan Afiq masih lagi rapat sehingga sekarang? Buat masa ini kami masih lagi rapat setelah berkawan selama tiga tahun. Cuma, kami agak kurang berjumpa memandangkan masing-masing kini sibuk dengan jadual lakonan yang agak padat. Secara jujurnya saya tiada masa sangat untuk memikirkan tentang cinta kerana saya lebih mengharapkan dapat diberi peluang yang lebih besar untuk mengembangkan kerjaya sebagai pelakon. Selepas bergandingan dalam drama Mimpi Cinderella, adakah kamu berdua ditawarkan berlakon bersama-sama lagi? Tentang tawaran sebegitu memang ada, cuma kami sepakat untuk menolaknya. Kalau boleh kami tidak mahu selalu bergandingan dan biarlah Afiq diberi peluang bergandingan dengan pelakon wanita yang lain pula. Bagaimanakah sokongan keluarga terhadap pembabitan Eina dalam bidang seni? Kedua-dua ibu bapa saya memberikan sokongan yang sepenuhnya. Namun begitu, ayah saya nampak lebih tegas dengan meletakkan beberapa syarat seperti tidak boleh berpenampilan seksi dan bercinta buat masa sekarang. Ketika berlaku kontroversi semasa membintangi filem Ratu, ayah saya pernah menyuruh saya berhenti berlakon terus. Bagaimanapun, ibu yang banyak memberi sokongan dan memujuk ayah memandangkan dia tahu minat saya yang mendalam terhadap bidang lakonan. Tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan. Jadi, apakah perancangan Eina setelah mendapat keputusan nanti? Jika mendapat keputusan SPM yang baik saya mungkin menyambung pelajaran dan ingin mengambil kursus perniagaan. Apabila belajar nanti mungkin saya akan kurangkan aktiviti lakonan dan hanya berlakon semasa cuti semester. Bagaimana pula dengan perkembangan mengenai kejadian Eina hampir ditipu seorang lelaki bergelar Datuk baru-baru ini? Berkenaan dengan perkara itu saya tidak boleh mengulas panjang kerana saya sudah membuat laporan polis, tetapi saya tidak boleh memberitahu bila dan di mana laporan itu dibuat. Ketika ini biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails