Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Qazem Nor. Show all posts
Showing posts with label Qazem Nor. Show all posts
Siapa khianati Qazem?
NASIB malang yang terjadi kepada pelakon Qazem Nor bermula seminggu selepas bergelar suami kepada Nor Azuriana Amirudin atau mesra dipanggil Embun pada 20 Oktober tahun lalu.
Pada waktu itu, kesabaran Qazem cukup diuji kerana majlis resepsi perkahwinan yang dijanjikan gilang gemilang oleh pihak penaja dibatalkan pada saat-saat akhir.
Nampaknya nasib malang Qazem terus bertimpa-timpa apabila kini dia dikatakan kehilangan punca pendapatan dalam dunia lakonan angkara perbuatan khianat seseorang.
Benar saya tertekan sebab tak ada kerja selepas berkahwin dengan Embun. Pada mulanya saya beranggapan mungkin semua orang ingat saya masih dalam mood pengantin baru tapi apabila keadaan yang sama berterusan, terus jadi tanda tanya.
Saya juga perasan yang rakan-rakan terdekat yang selalu lepak bersama turut menyepi seribu bahasa. Kalau dahulu, ramai yang telefon bertanyakan khabar, bertanyakan peluang dan tawarkan kerja, sekarang ini langsung tak ada. Kadangkala saya rasa seolah-olah orang sekeliling tak sedar kehadiran saya.
Keadaan tak ada kerja ini turut menjejaskan keharmonian hubungan saya dengan Embun. Kesannya kami sering bertegang leher walaupun dalam soal remeh-temeh sedangkan sebelum ini tak pernah," katanya dalam nada kesal pada pertemuan pagi Isnin lalu.
Mungkinkah ketiadaan tawaran berlakon disebabkan kehadiran Qazem tidak lagi menepati kehendak pasaran, bapa kepada tiga anak daripada perkahwinan terdahulu itu menafikannya.
Tak pernah berlaku dalam sejarah kerjaya saya apabila langsung tak ada kerja. Duduk di rumah goyang kaki sampaikan telefon bimbit langsung tak berdering. Selama ini rezeki saya dalam industri hiburan tak pernah putus.
Saya juga bukan jenis yang suka reka cerita. Apa yang berlaku pada saya ini memang kisah benar. Saya tak rasa cerita tentang khianat yang terjadi pada saya ini wajar direka untuk raih publisiti murahan," katanya bersungguh-sungguh.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi, pemilik nama Mohd. Nazim Atim dan bapa kepada Aqif Anaqy, 10, Muhammad Darial Ivan, 8, dan Nur Jasmien, 4, itu mengakui dia mengambil keputusan untuk menjalani sesi rawatan Islam di kampungnya di Teluk Intan, Perak.
Ini adalah kali kedua saya mengalami kisah ganjil sebegitu sebab sebelum ini berlaku masa duduk bujang. Masa itu, ada banyak kejadian pelik berlaku termasuk tumbuh tompok-tompok di kepala.
Saya anggap itu adalah kesan daripada amalan pemakanan tak menentu tapi sebenarnya adalah kerja khianat seseorang setelah diberitahu oleh seorang pakar agama," dedahnya.
Bagaimanapun pelakon yang bakal berusia 40 tahun pada 23 November ini enggan mendedahkan siapa yang mengkhianati dirinya.
Embun seri hidup Qazem
PASANGAN mana yang tidak gembira apabila hari bahagia yang dirancang selama ini bakal ditaja oleh pihak yang dilihat begitu berwibawa. Walaupun tidak meminta, pelawaan pihak Malaysia Wedding Expo 2012 (Mawex) untuk menaja perkahwinannya membuatkan pelakon Qazem Nor, 39, tidak ragu-ragu menerima tawaran tersebut.
Qazem dan pasangan, Nor Azuriana Amirudin atau mesra dipanggil Embun, 28, sepatutnya dirai dalam satu majlis resepsi gilang gemilang di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Seri Kembangan, Selangor pada 20 Oktober ini. Ia sempena ekspo dan pameran perkahwinan anjuran Mawex Sdn. Bhd., yang berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober ini di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Selangor.
Majlis pernikahan mereka pula berlangsung pada pukul 9 pagi di Masjid As-Sabirin, AU4, Keramat, Kuala Lumpur.
Namun impian bersanding di pelamin berkonsepkan syurga cinta itu tidak kesampaian. Pada 12 Oktober lalu, pasangan ini mendapat panggilan telefon mengatakan pihak penaja tidak mampu meneruskan perancangan kerana masalah kewangan.
"Sebaik mendapat panggilan telefon daripada Izwan (wakil Mawex) dia tanya saya, macam mana ya Qazem...Kami tidak dapat meneruskan perancangan kerana masalah kewangan, majlis resepsi awak terpaksa dibatalkan.
"Mudah sahaja saya jawab. Kalau macam itu saya terpaksa ambil tindakan undang-undang terhadap pihak Mawex kerana telah memalukan saya sekeluarga. Pada 14 Oktober lalu, saya buat laporan polis di Balai Polis Jalan Pudu tentang kes itu," katanya kepada Hits pada Selasa lalu.
Jelas Qazem, dia tidaklah berasa terlalu sedih sekalipun pembatalan itu menyebabkan keluarganya terpaksa mencari lokasi lain untuk majlis resepsi.
"Biar apa pun terjadi, saya tetap akan bernikah Sabtu ini. Cuma majlis resepsi sahaja perlu ditunda awal November nanti. Saya sudah bertanya beberapa tempat untuk meneruskan majlis resepsi pada hari Sabtu ini tapi tidak ada kekosongan dan sebab itulah perlu ditunda.
"Bagi saya apa yang terjadi ini ada hikmahnya yang mungkin tidak nampak lagi sekarang ini. Sekarang ini kami sekeluarga terpaksa menelefon semula para jemputan untuk memberitahu yang majlis tersebut ditunda," kata pelakon drama Skuad D6 Putrajaya itu.
Selepas kejadian ini nama Qazem yang sebelum ini jarang diingati peminat, mungkin akan terus terpaku di minda mereka.
Selama ini Qazem menganggap dirinya tidak popular kerana jarang mendapat publisiti seperti mana artis lain lantaran sikapnya yang tidak mudah terjebak dengan gossip liar sebab tumpuan utamanya dalam bidang seni adalah untuk bekerja.
Jelas Qazem, selama membabitkan diri dalam bidang seni, dia tidak pernah bermimpi untuk mencari calon isteri di kalangan artis kerana baginya, tempat seorang isteri adalah di sisi suami.
"Nama saja artis tapi saya tidak mempunyai ramai kawan di kalangan artis yang rapat sebab habis kerja saya balik rumah. Kawan artis yang rapat dengan saya adalah seorang dua sahaja.
"Susah kalau berpasangan dengan artis kerana masing-masing sibuk. Sebab itulah saya lebih selesa memilih pasangan di luar golongan kerjaya saya," katanya.
Jelas Qazem, dia telah berkenalan dengan Embun sejak 2009 melalui seorang rakan. Pada mulanya hubungan mereka sekadar rakan dan selepas setahun barulah mereka menjadi pasangan kekasih.
"Saya senang berkawan dengan Embun sebab dia seorang wanita yang matang, rasional dan tidak mudah marah. Kelakarnya, mula-mula kenal dia tidak tahu pun saya ini pelakon.
"Sikapnya yang tidak mudah putus asa itu ada persamaan dengan saya sewaktu mula-mula menceburi bidang ini sebab saya bermula dari bawah.
"Lagi satu sikapnya yang cepat mesra dengan kanak-kanak, memikat hati saya dan kami mempunyai pengalaman hidup yang hampir sama," akui Qazem tentang calon isterinya.
Pada awalnya pasangan tersebut merancang untuk bernikah pada Disember ini tetapi dipercepatkan tarikh mengikut kehendak penaja Mawex. Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.
Biarpun terasa sedikit kesal dengan kejadian tersebut, Qazem dan Embun yang bercadang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia menganggap apa yang terjadi tetap ada hikmah di sebaliknya.
Nak kembangkan ilmu silat
Qazem yang sudah sembilan tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan berkata, tempoh tersebut belum dapat memberi kepuasan kepadanya.
Ujarnya, masih banyak perkara yang ingin dilakukan selain berlakon terutamanya kerja-kerja di belakang tabir.
"Saya bermula sebagai pelakon pembantu. Atas nasihat pelakon Esma Daniel, saya cuba 'jual' diri kepada pengarah. Awal-awal dulu bila jumpa pengarah saya akan memperkenalkan diri sebagai pelakon baru dan tidak segan silu bertanya kalau ada peluang berlakon.
"Dari situ saya mula diberi peluang menjadi pelakon berkarakter dan sedikit demi sedikit saya berjaya membentuk diri hingga keadaan sekarang. Semua itu saya lakukan dengan usaha sendiri kerana saya percaya kalau kita baik dengan semua orang, insya-Allah rezeki mesti ada," katanya tanpa berselindung.
Jelas Qazem, setakat ini pelbagai watak sudah dilakonkan namun pada awal kemunculan dia kerap diberi watak antagonis bermula drama Misi XX Ray.
"Kalau dulu sering diberi watak jahat, sekarang ini orang nampak saya lebih kepada komedi pula. Sebenarnya saya tidak pernah membataskan watak apa yang hendak dilakonkan.
"Setiap watak yang diberi ada perbezaan dan menjadi tugas saya untuk mewarnakan watak tersebut mengikut jalan cerita. Kalau jadi jahat pun ada pelbagai gaya. Begitu juga komedi, setiap karakter berbeza," katanya.
Dia yang bercita-cita menjadi pengarah suatu hari nanti berharap lebih banyak filem atau drama tempatan yang memberi penekanan kepada aksi silat kerana kebanyakan aksi pertarungan yang dipamerkan sekarang lebih terdorong gaya tae kwan do.
"Saya memang suka cerita aksi, sebab ketika bertarung saya berpeluang untuk menunjukkan langkah silat. Siapa kata ilmu silat tidak boleh dikomersialkan.
"Orang yang belajar ilmu mempertahankan diri tahu mana satu gaya silat atau tae kwan do. Sebenarnya bunga-bunga silat ini cantik kalau dipraktikkan untuk drama atau filem tempatan. Sekurang-kurangnya kita boleh menunjukkan budaya Melayu kepada orang luar," katanya penuh harapan.
Malahan dia juga tidak menolak jika dipanggil untuk mengajar pelakon cara-cara bertarung kerana Qazem memang mempelajari ilmu seni silat sendeng.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121018/hi_01/Embun-seri-hidup-Qazem#ixzz29iMvFm5L
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saya berkahwin untuk elak fitnah - Qazem Nor
PELAKON ini bebas daripada cerita kontroversi sejak menceburi bidang lakonan kira-kira sembilan tahun lalu. Kalau ada pun cerita remeh temeh mendakwa dia seorang lelaki yang berminat terhadap kaum sejenis lantaran pernah membawakan watak seorang homoseksual.
Bagaimanapun, tanggapan kurang enak itu terhapus apabila Qazem Nor menghulurkan kad undangan perkahwinan baru-baru ini. Hati pelakon berusia 39 tahun itu sudah terpaut dengan wanita bernama Nor Azuriana Amirudin, 28, atau mesra disapa Embun sejak dua tahun lalu.
Pasangan itu bakal mengadakan majlis perkahwinan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor pada 20 Oktober ini.
Kini timbul pula desas-desus mengatakan Qazem menyembunyikan status dirinya duda beranak satu hasil perkahwinan terdahulu.
"Saya tak nak jawab soalan itu. Tak payahlah," ringkasnya menepis pertanyaan yang diberikan.
Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Qazem diasak dengan persoalan kebenaran gosip itu kerana ada sumber terdekat memberi bukti perkahwinan pertamanya.
"Saya sedar tak popular dan tak menang anugerah apa-apa pun. Sebab itu, tak ramai yang tahu cerita peribadi saya. Buat masa sekarang saya lebih suka tutup mulut. Tumpuan saya kepada majlis perkahwinan kami minggu depan," jawab anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini penuh pengertian.
Dalam pada itu, pelakon drama Misi XX Ray ini turut menghormati institusi perkahwinan yang mempunyai peranan besar buat seorang lelaki dewasa sepertinya. Katanya: "Mendirikan masjid adalah satu tanggungjawab yang besar. Saya berkahwin untuk elak fitnah."
Embun cukup istimewa Ditanya istimewanya Embun di matanya, Qazem mendedahkan dia terpesona dengan budi baik wanita itu.
"Embun adalah seorang pakar motivasi yang boleh mendorong saya untuk bekerja kuat. Walaupun dia muda 11 tahun daripada saya, tapi pemikirannya jauh ke hadapan. Kami serasi dalam semua perkara," kata Qazem.
Majlis perkahwinannya ditaja oleh Malaysia Wedding Expo 2012 (Mawex 2012). Sebagai duta Mawex 2012, segala persiapan perkahwinan Qazem ditaja termasuk baju nikah oleh Liza Azulkarnain dan tata rias sentuhan Lela Touch.
Qazem Nor nikah 20 Oktober ini - Qazem Nor
Pelakon Qazem Nor akan menamatkan alam bujang pada 20 Oktober ini. Dia memilih Nor Azuriana Amirudin atau Embun sebagai pasangan hidupnya.
Majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Qazem mengenali Embun sejak tiga tahun lalu dan hubungan mereka berjalan lancar tanpa sensasi.
Kisah peribadi Qazem juga tidak diperkatakan, malah Qazem juga kurang publisiti berbanding pelakon seangkatannya.
Tanpa banyak publisiti, Qazem terus mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit berlakon sebuah demi sebuah telemovie dan drama bersiri. Qazem banyak berlakon watak antagonis dalam drama lakonannya.
Mangga Online mengucapkan selamat pengantin baru buat Qazem. Semoga ikatan perkahwinan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Qazem dan Embun datang sendiri menghantar kad undangan cantik berupa passport kepada media. Mereka datang ke pejabat Mangga Online hari ini.
Bila datang sendiri, penerima akan rasa lebih senang. Ada sesetengah artis yang mengirim melalui orang tengah sebab jadual terlalu sibuk.
Foto-foto ini ialah gambar pre wedding yang mereka rakam bersama Sweet Pictures yang dilantik sebagai jurugambar rasmi pernikahan nanti.
Cantik foto-fotonya sebab pasangan ini pun sepadan, bagai pinang dibelah dua, kata orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
