Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya berkahwin untuk elak fitnah - Qazem Nor

PELAKON ini bebas daripada cerita kontroversi sejak menceburi bidang lakonan kira-kira sembilan tahun lalu. Kalau ada pun cerita remeh temeh mendakwa dia seorang lelaki yang berminat terhadap kaum sejenis lantaran pernah membawakan watak seorang homoseksual. Bagaimanapun, tanggapan kurang enak itu terhapus apabila Qazem Nor menghulurkan kad undangan perkahwinan baru-baru ini. Hati pelakon berusia 39 tahun itu sudah terpaut dengan wanita bernama Nor Azuriana Amirudin, 28, atau mesra disapa Embun sejak dua tahun lalu. Pasangan itu bakal mengadakan majlis perkahwinan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor pada 20 Oktober ini. Kini timbul pula desas-desus mengatakan Qazem menyembunyikan status dirinya duda beranak satu hasil perkahwinan terdahulu. "Saya tak nak jawab soalan itu. Tak payahlah," ringkasnya menepis pertanyaan yang diberikan. Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Qazem diasak dengan persoalan kebenaran gosip itu kerana ada sumber terdekat memberi bukti perkahwinan pertamanya. "Saya sedar tak popular dan tak menang anugerah apa-apa pun. Sebab itu, tak ramai yang tahu cerita peribadi saya. Buat masa sekarang saya lebih suka tutup mulut. Tumpuan saya kepada majlis perkahwinan kami minggu depan," jawab anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini penuh pengertian. Dalam pada itu, pelakon drama Misi XX Ray ini turut menghormati institusi perkahwinan yang mempunyai peranan besar buat seorang lelaki dewasa sepertinya. Katanya: "Mendirikan masjid adalah satu tanggungjawab yang besar. Saya berkahwin untuk elak fitnah." Embun cukup istimewa Ditanya istimewanya Embun di matanya, Qazem mendedahkan dia terpesona dengan budi baik wanita itu. "Embun adalah seorang pakar motivasi yang boleh mendorong saya untuk bekerja kuat. Walaupun dia muda 11 tahun daripada saya, tapi pemikirannya jauh ke hadapan. Kami serasi dalam semua perkara," kata Qazem. Majlis perkahwinannya ditaja oleh Malaysia Wedding Expo 2012 (Mawex 2012). Sebagai duta Mawex 2012, segala persiapan perkahwinan Qazem ditaja termasuk baju nikah oleh Liza Azulkarnain dan tata rias sentuhan Lela Touch.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails