Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Que Haidar. Show all posts
Showing posts with label Que Haidar. Show all posts
Saya sedar diri! – Que Haidar
AKTOR terkenal, Que Haidar dan Khir Rahman telah memukau ramai peminat sewaktu mereka menyanyi secara langsung ketika mengadakan persembahan di pentas majlis Anugerah Lawak 2013 yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.
Gaya persembahan mereka mirip penyanyi profesional dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton meski- pun persembahan itu hanyalah tribute khas untuk filem lakonan mereka, Rock Oo.
Bertemu dengan Que selepas majlis anugerah tersebut selesai, suami kepada pereka tari, Linda Jasmine itu hanya tertawa apabila ramai yang memuji persembahannya. Namun kata Que, dia langsung tidak berniat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjayanya.
“Saya sedar diri, ramai lagi penyanyi yang bagus. Sebenarnya saya malu untuk jadi penyanyi kerana itu bukanlah bidang saya walaupun saya boleh menyanyi sikit-sikit.
“Persembahan saya bersama abang Khir Rahman pada majlis ini sebenarnya hanya untuk filem Rock Oo. Saya tidak keberatan kerana kami berdua di atas pentas bukan sebagai diri kami sendiri, sebaliknya watak yang dijayakan dalam filem,” katanya.
Tambah Que, keberaniannya untuk menyanyi secara langsung itu timbul bukan untuk menunjukkan bakat nyanyian semata-mata, sebaliknya memberi momentum kepada peminat filem tersebut.
“Mula-mula takut juga sebab kami hanya jalani latihan sehari sebelum persembahan tetapi bila difikirkan balik, persembahan ini bagus untuk mengingatkan peminat pada filem Rock.
“Selepas filem Rock, Rock Oo, pengarah Mamat Khalid akan membikin filem Rock 3 selepas ini. Kami baru sahaja berbincang dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi,” ujarnya yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah dalam filem itu.
Walaupun tidak terfikir untuk bergelar penyanyi, Que dan kumpulan Rimba Bara (kumpulan di dalam filem Rock) pernah mengadakan persembahan pada majlis makan malam.
“Lucunya, ada orang tawarkan kami buat persembahan selepas filem Rock Oo ditayangkan (ketawa). Saya dan kumpulan Rimba Bara ada membuat persembahan pada majlis makan malam dan kami mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ditukar kepada genre rock.
“Sekadar suka-suka bolehlah tetapi kalau ada orang tawarkan kumpulan Rimba Bara untuk buat persembahan secara serius, saya rasa tidak mungkin sebab kami semua pelakon bukannya penyanyi dan pemuzik,” balasnya.
Namun kata Que, dia hanya bersetuju untuk menyanyi jika melibatkan filem lakonannya.
“Saya akan menyanyi jika tawaran itu datang untuk lagu runut bunyi filem yang saya lakonkan atau apa sahaja yang melibatkan kerjaya saya sebagai pelakon,” balasnya.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, selain filem Rock 3, Que terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor dan sedang menantikan tawaran daripada pengarah filem Bunohan, Din Said.
“Sepatutnya saya terlibat dalam filem Bunohan tetapi ketika waktu penggambaran, jadual saya tidak mengizinkan. Jadi, abang Din Said sendiri berkata dia berhutang satu filem dengan saya.
“Sebagai pelakon, bagi saya dia seorang pengarah yang hebat dan sangat kreatif. Biarpun agak lambat dan menunggu lama, saya pasti hasil karyanya tidak pernah mengecewakan pencinta seni seperti saya,” tuturnya yang masih sibuk di bengkel lakonan yang diusaha- kan bersama isterinya.
Que Haidar Pilih 4 Pengarah Sahaja
Que Haidar menangis dimarah Mamat
Que Haidar Ajak Linda Jasmine Pusing Felda Taib Andak!
“Saya Memang Seorang Yang Demand” – Que Haidar
Diperangkap rakan sendiri - Que Haidar
Biar dialah nama apa pun - Que Haidar
ADA yang mengadu kepada Joyah isu nama anak pelakon Que Haidar dengan Linda Jasmine, Tengku Cleopatra ini yang dikatakan mirip nama Firaun. Tapi biarlah, bukan isu besar pun. Biasalah sesetengah artis kita tak berfikir jauh. Biarlah artis tu nak bagi nama apa kepada anak mereka. Apa salahnya?
Joyah fikir jangan buang masa berdebat pasal nama anak Que Haidar. Lagi debat, lagi banyak publisiti yang dia dapat. Kalau nak difikir memanglah perlu nama yang membawa maksud yang baik-baik. Tapi nak fikir buat apa sebab mak ayah budak itu tak fikir pun. Buat apa kita buang masa nak fikir bagi pihak mereka.
Joyah pun hairan kenapalah ada yang mempersoalkan nama Tengku Cleopatra itu. Bagi Joyah isunya bukan nama anak itu sahaja tapi ia memberi gambaran yang sesetengah artis tidak peka kepada soal begini. Kerana itu tak hairanlah kalau banyak yang dilakukan artis kita melanggar tata susila.
Satu lagi tak payahlah nak bising Que Haidar tak nak tunjuk anak dia. Bukan eksklusif sangat pun. Biar sajalah. Aras tanda pemikiran masyarakat tak berubah sama ada Que Haidar tunjuk atau tidak anak dia. Itu soal kecil dan sangat remeh. Tak perlulan diremehkan.
Que akui selektif
BAKAT Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, atau lebih mesra disapa Que Haidar dalam bidang lakonan tidak perlu disangkal lagi.
Kehebatannya beraksi dalam filem-filem pecah panggung seringkali meninggalkan kesan yang mendalam di hati para peminat. Antara filem-filem popular lakonannya termasuklah KL Menjerit 1, Zombie Kampung Pisang, Castello dan Cinta.
Walau bagaimanapun, selepas mengakhiri zaman bujangnya dengan pereka tari terkemuka, Linda Jasmine kira-kira dua tahun yang lalu, pelakon yang pernah menerima anugerah Aktor Harapan Festival Filem Malaysia ke-19 ini mengambil keputusan untuk memperlahankan langkahnya dalam bidang lakonan.
Keputusan yang diambil olehnya ketika itu nyata mengejutkan banyak pihak termasuklah penggiat industri filem tanah air dan juga para peminatnya. Ada yang mengatakan Que 'memilih bulu' dan hanya akan bekerja dengan orang-orang tertentu sahaja.
Ada juga cakap-cakap nakal yang menuduh Que agak cerewet dalam pemilihan skrip yang ditawarkan kepadanya.
Ikuti penjelasan Que mengenai isu berkenaan ketika ditemui di majlis cukur jambul anak keduanya yang kini berusia kira-kira tujuh bulan, Tengku Cleopatra Haidar.
Majlis yang berlangsung di Restoran Songket, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur kelmarin itu turut dihadiri dua lagi anak mereka iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 tahun, dan anak Linda daripada perkahwinan terdahulu, Qalif Khan, 12 tahun.
Kosmo!: Benarkah Que cerewet dalam memilih skrip filem?
QUE: Memang tidak dinafikan, saya agak selektif dalam pemilihan skrip. Saya kini telah bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata, jadi saya harus peka dengan beberapa perkara sebelum saya menerima tawaran berlakon sesebuah filem. Antara perkara yang harus diambil kira termasuklah waktu penggambaran, lokasi serta jalan cerita itu sendiri.
Jadi, adakah itu sebab utama Que menghilangkan diri selama ini?
Tidak juga. Walaupun saya jarang muncul di kaca TV dan layar perak, saya sebenarnya masih aktif di belakang tabir. Saya agak sibuk mengajar di bengkel serta kelas lakonan. Saya juga sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Adakah Que akan terus berhenti berlakon selepas bergelar usahawan?
Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Seperti yang saya katakan tadi, saya harus meneliti sesebuah skrip itu terlebih dulu sebelum saya menerima tawaran untuk berlakon. Terbaharu, saya akan muncul dengan filem Rock 2, arahan Mamat Khalid yang bakal ditayangkan awal tahun hadapan.
Boleh ceritakan sedikit mengenai filem tersebut?
Dalam filem itu, saya memegang watak sebagai Amy Mat Piah yang tidak mempunyai bakat tetapi menyimpan impian dan bercita-cita tinggi untuk bergelar seorang penyanyi.
Setelah lama menghilang, mengapa Que memilih untuk berlakon filem di bawah arahan Mamat Khalid?
Setelah membaca skrip filem Rock 2, secara peribadi, saya rasakan filem ini adalah antara filem terbaik garapan Mamat Khalid. Dari situ, saya berasa teruja dan timbul minat untuk berkerjasama dengannya buat kali kedua.
Bagaimana kehidupan setelah bergelar seorang bapa?
Alhamdulillah, saya seronok menjadi seorang bapa. Kehidupan saya sekarang tidak hanya tertumpu kepada kerjaya semata-mata. Kini, keluarga menjadi fokus utama bagi saya.
Boleh ceritakan hubungan Que dengan Qalif?
Saya menganggap Qalif seperti anak saya sendiri. Dia rapat dengan saya dan kami sering menghabiskan masa bersama-sama. Qalif sangat sukakan cabaran. Jadi, saya selalu membawanya keluar melakukan aktiviti-aktiviti riadah termasuklah berkhemah di dalam hutan.
Bagaimana pula hubungan Ratu dan Cleo?
Ratu sangat 'gilakan' adiknya Cleo. Di rumah, dia seolah-olah badut dan sering membuat Cleo ketawa.
Sebagai seorang ketua keluarga, bagaimana Que menghabiskan masa bersama-sama isteri dan anak-anak?
Sudah menjadi tradisi, pada setiap malam Jumaat, kami akan berkumpul di ruang tamu dan menonton televisyen bersama-sama. Bagi saya, itu adalah masa yang sesuai untuk bertukar-tukar cerita dan bermesra dengan anak-anak.
Apakah pandangan Que jika anak-anak mahu mengikut jejak langkah Que dan Linda?
Saya rasa setiap kanak-kanak haruslah diberi peluang dan kepercayaan untuk melakukan perkara yang mereka suka. Jika anak-anak saya cenderung ke arah bidang hiburan, saya pasti akan menyokong seratus peratus. Anak kedua saya, Ratu yang kini berusia tiga tahun sangat suka menari. Jadi, saya dan Linda bercadang untuk mendaftarnya masuk ke kelas tarian ballet tahun hadapan.
Nama Anak Que Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun
PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.
Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.
"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya kepada mStar Online.
Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.
Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.
Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.
Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.
Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.
Hobi Que kini berlakon
Que Haidar 'Langgar Pantang' Buat Keputusan Berlakon
KUALA LUMPUR: Pelakon Que Haidar yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu tidak dapat berbohong kepada dirinya bahawa dia sebenarnya merindui dunia seni itu.
Justeru, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, terpaksa “melanggar pantang” apabila muncul dalam teater Primadona... Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.
"Saya terlibat dalam karya ini kerana saya suka dengan naskhahnya. Paling tidak ia dapat juga mengubat kerinduan saya sebagai pelakon," katanya kepada mStar online.
Que juga menafikan dia terlibat dalam teater itu kerana ia diterbitkan sendiri oleh isterinya iaitu Linda Jasmine menerusi Linda Jasmine Performing Arts Studio.
Que berkata, Linda tiada kena mengena dengan keputusan itu kerana dia juga berhak terhadap sebarang tindakan disebabkan studio tersebut adalah hak milik mereka bersama. "Saya sudah letih orang asyik mengaitkan sebarang keputusan saya adalah menurut kehendak isteri walaupun dia langsung tidak bersalah.
"Saya tidak mahu lagi melayan perkara itu kerana apa lebih penting sekarang adalah kebahagiaan kami berdua.
"Sudah penat saya melayan permintaan orang dan sudah tiba masanya saya buat apa yang menggembirakan saya dan teater ini adalah salah satu daripadanya," kata Que.
Bercakap mengenai teater berkenaan, Que berkata, Primadona...Perahu Mimpi turut menandingkannya dengan pelakon seperti Emelda Rosmila, Maulana (AF), Emma (AF) dan Datin Shima yang memegang watak utama.
Teater yang diarahkan oleh Zamri Pangat ini turut melibatkan ramai pelakon teater dari Johor yang berulang alik ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.
"Ini juga adalah satu sebab mengapa saya setuju untuk terlibat kerana terharu dengan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan pementasan teater ini.
"Ia juga dihasilkan untuk tujuan amal yang mana sebahagian wang daripada jualan tiket akan didermakan kepada Pride Foundation bagi membantu pesakit kanser payudara," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai tawaran berlakon drama atau filem, Que menjelaskan dia ada menerima tawaran daripada syarikat produksi tetapi hatinya masih belum terbuka untuk ke dunia berkenaan.
"Kebanyakan tawaran yang saya terima masih watak yang sama seperti mana pernah saya bawa dulu namun sekiranya ada naskhah yang baik, saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya," kata Que.
Tiket bagi menyaksikan teater Primadona...Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.
Linda Jasmine Selamat Melahirkan Tengku Cleopatra
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.
Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.
"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.
Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.
Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.
"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.
Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.
Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.
"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.
'Misteri Jalan Lama' Filem Terakhir Que Haidar
PETALING JAYA: Wajah pelakon Que Haidar masih boleh ditonton di pawagam menerusi filem terbarunya, Misteri Jalan Lama yang akan ditayangkan pada 24 November depan.
Filem ini dilakonkan Que sebelum dia nekad mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.
Bagaimanapun apabila meminta pendapatnya tentang kemunculannya di pawagam, Que enggan memberikan apa-apa komen.
"Saya tidak mahu beri apa-apa komen," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online.
Kini, dia banyak menumpukan kepada kariernya sebagai guru lakonan. Namun, baru-baru ini dia menerima tawaran berlakon filem Rock 2 arahan Mamat Khalid.
Kali terakhir Que muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan.
Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat dalam Misteri Jalan Lama adalah Hans Isaac, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar dan Yalal Chin.
Tak Jadi Bersara, Que Haidar Kembali Berlakon?

PETALING JAYA: Aktor Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, yang dikhabarkan bakal berlakon semula selepas mengumumkan persaraan pada November tahun lalu masih belum membuat keputusan tentang tawaran filem sekuel Rock 2 arahan Mamat Khalid yang diterimanya, baru-baru ini.
Kata Que, sehingga hari ini dia masih belum menerima skrip filem komedi itu walaupun mengakui sudah bertemu dengan Mamat untuk berbincang tentang tawaran berkenaan.
"Saya belum buat apa-apa keputusan lagi. Memang ada perbincangan tetapi saya sendiri belum dapat skrip filem itu.
"Biarlah saya lihat skrip dulu dan fikirkan masak-masak. Sebenarnya saya sibuk dengan komitmen mengajar dan perniagaan keluarga sekarang.
"Buat masa ini saya masih belum bersedia dan belum membuat keputusan sama ada untuk kembali berlakon atau tidak," katanya kepada mStar Online.
Jelas Que lagi, keputusan sama ada untuk kembali berlakon atau tidak adalah bergantung kepada keadaan semasa, kekuatan skrip dan keinginannya sendiri untuk menerima sesebuah tawaran itu.
"Sama ada saya akan menerima tawaran itu atau tidak, semuanya bergantung pada diri saya sendiri.
"Saya hanya akan terima sesuatu tawaran jika dirasakan perlu dan bukan kerana perasaan simpati, kasihan atau kerana mahu memuaskan hati pihak tertentu.
"Biarlah saya terlibat dalam sesebuah produksi itu kerana keinginan sendiri dan bukan atas sebab lain," katanya.
Dalam filem Rock yang diterbitkan pada 2005, Que memainkan watak utama sebagai Amy Mat Piah.
Que membuat pengumuman tergempar pada November tahun lalu apabila memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan demi memberikan tumpuan pada tugasan dengan perniagaan keluarga.
Sejak menceburi bidang lakonan pada 2005, Que sudah membintangi 19 buah filem termasuk yang bakal ditayangkan tahun ini, Misteri Jalan Lama (arahan Afdlin Shauki).
Nekad bersara-Que Haidar

APABILA pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009, Que Haidar, memaklumkan hasratnya untuk berhenti berlakon, ramai di kalangan peminat dan penggiat filem yang berasakan betapa ‘persaraannya’ itu satu kerugian besar pada dunia perfileman negara.
Que dilihat antara bintang muda yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia lakonan tempatan, kerana bakat hebat yang ada dalam dirinya. Daripada filem Rock hingga Lagenda Budak Setan, dia sentiasa memberikan persembahan terbaik apabila beraksi di layar lebar, mahupun drama TV. Daripada usahanya itu, pelakon lelaki berusia 31 tahun ini selayaknya digelar sebagai anak wayang sejati. "Saya tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat, cuma suatu hari nanti mungkin saya akan rindu untuk berlakon semula"
Que Haidar
Pelakon Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam dan pelakon Rosyam Nor pernah melahirkan rasa terkilan apabila pelakon berbakat besar dan pada usia semuda Que menyuarakan hasrat mengundurkan diri dari dunia lakonan.
Mereka berasakan, masih banyak peluang hebat yang mampu digapai pelakon lelaki ini sekiranya dia terus aktif sebagai bintang filem.
Namun, Que mempunyai perancangannya tersendiri untuk masa depan lebih baik, buat dirinya dan keluarga. Bukan menganggap lakonan tidak memberikan rezeki, tetapi dia melihat keutamaan diri sudah berubah sejak mendirikan rumah tangga dan kini mempunyai anak.
“Jika dulu, saya berlakon untuk kepuasan dan diri saya seorang, tetapi kini tidak lagi boleh berfikiran sedemikian. Saya sudah ada keluarga yang perlu diberikan perhatian. Saya harus bekerja lebih keras untuk memastikan keperluan mereka ditunaikan.
“Berlakon ada pasang surutnya. Sewaktu kita popular, mungkin tawaran berlakon tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana setelah kita kurang masyhur? Jadi, saya memerlukan pelan sokongan bagi menjamin masa depan lebih baik untuk diri dan keluarga,” katanya.
Mengaku sedang merangka perniagaan yang tiada kena- mengena dengan dunia seni, bagaimanapun Que enggan mendedahkan dulu bentuk bidang yang diceburinya. Perniagaan yang pada awalnya ingin dilakukan itu juga menarik minat si isteri, Linda Jasmine, untuk terbabit sama.
Ketika ini, Que turut menumpukan perhatian kepada pengurusan Studio Linda Jasmine, selain mengendalikan beberapa kelas lakonan yang diadakan di studio terbabit, serta beberapa lokasi lain.
“Jika dilihat kepada pelakon berjaya yang lain, mereka mempunyai sokongan. Contohnya Rosyam. Dia berlakon dan turut menerbitkan drama mahupun program televisyen. Farid (Farid Kamil) pula boleh mengarah dan menulis skrip, begitu juga Zul Huzaimi. Pierre Andre juga menulis skrip dan mengarah, selain bergelar pelakon. Saya pula hanya berlakon semata-mata.
“Saya pernah ditawarkan mengarahkan filem, tetapi saya tolak. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara yang ‘cuba’ mengarah dan akhirnya menjadi sampah. Saya ialah seorang pelakon,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Begitupun, katanya, ‘persaraannya’ daripada lakonan bukanlah bersifat mutlak. Dia tidak menolak kemungkinan kembali beraksi di depan kamera sekiranya tiba-tiba ditawarkan watak yang benar-benar menarik, serta datang kepadanya pada waktu yang sesuai.
“Jika masih ada produser yang sudi memanggil saya berlakon, dan tawarkan pula watak yang betul-betul menarik minat saya, sudah tentu saya akan melakukan pertimbangan sewajarnya. Saya tidak berkata yang saya akan berhenti berlakon untuk selama-lamanya.
“Saya tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat, cuma suatu hari nanti mungkin saya akan rindu untuk berlakon semula.
“Semua orang tahu, sejak kecil saya berangan ingin menjadi seorang pelakon. Kini saya berjaya menunaikan impian itu. Cuma saya sedar, berlakon di Malaysia bukanlah seperti berlakon di Hollywood. Kita tidak dapat menjadi kaya dengan hanya berlakon, di sini,” katanya.
Kata Que, industri perfileman negara sedikit pun tidak akan terjejas dengan ketiadaannya kerana masih ramai pelakon berbakat, sama ada baru ataupun lama, yang mampu melaksanakan tugas mereka.
Profil
•Nama sebenar Que Haidar ialah Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
•Dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
•Menceburi bidang lakonan sekitar 2005. Filem pertama yang dibintanginya ialah KL Menjerit 1 arahan Bade Azmi. Que juga pelakon untuk filem Rock, Zombie Kampung Pisang, Castello, Maut, Syaitan, Haru Biru, Duhai Si Pari Pari dan Papadom.
•Sepanjang pembabitannya, Que pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem ke 19.
•Bekas pelajar Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) ini juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2009.
Que akui Linda terlalu cerewet

LEWAT kebelakangan ini namanya dicanang dengan pelbagai spekulasi kurang sihat. Que Haidar didakwa harus berhenti berlakon kerana dipaksa isteri, Linda Jasmine yang dituduh terlalu cemburu. Pasangan yang bernikah tahun lalu ini turut dituduh pernah bergaduh di khalayak ramai. Dan banyak lagi nista yang dilempar kepada aktor hebat ini.
Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, tenang dengan segala tuduhan itu. Dia tahu, semua yang diperkata orang kurang tepat. Ini kerana hanya dirinya yang tahu hal sebenar di sebalik isu yang digembar-gemburkan. Sedikit pun Que tidak melenting. Tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, satu persatu hal dihuraikan Que.
"Cemburu dalam rumah tangga itu perlu. Kalau isteri saya mahu cemburukan saya, itu hak dia. Sebab dia isteri saya. Begitu juga saya. Saya pun cemburu kalau lelaki lain pandang isteri saya.
"Tapi kami berdua berjaya mengawal emosi cemburu itu. Jangan tuduh Linda macam-macam. Kasihan dia. Orang patut berfikir, kami datang daripada latar belakang seni yang sama. Linda juga sudah terbiasa bergaul, begitu juga saya. Jadi seharusnya tidak timbul isu dia cemburukan saya untuk berlakon dan sebagainya.
"Macam yang saya katakan tadi, kalau dia cemburu pun, dia berhak. Saya juga berhak cemburu ke atas isteri saya. Tapi kami berdua tahu batas cemburu itu dan tidak pernah membebankan sesiapa," ulas Que tenang tentang isu dirinya dicemburui Linda yang menyebabkan dia kini tidak lagi aktif sebagai pelakon.
Kata Que, keputusan untuk memperlahankan langkah dalam pentas lakonan bukan disebabkan Linda. Sebaliknya ia datang daripada dirinya sendiri. Dan kebetulan pada saat dia mengendurkan tali 'anak wayang', dia masih di puncak dan serentak itu berkahwin.

Tegas aktor yang harum dengan kredibiliti lakonannya dalam sederet filem seperti Castello, Haru Biru, Zombie Kampung Pisang, Duhai Si Pari Pari dan terbaru dalam Lagenda Budak Setan, keputusan untuk memilih kehidupan yang lebih sederhana tanpa menonjol glamor seperti dahulu adalah pilihannya sendiri.
Barangkali, kerana keputusan itu telah mengheret spekulasi yang menuduh Linda banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikirannya kini. Masih lagi tenang saat dilemparkan soalan sebegitu, Que berkata, dalam rumah tangga adalah normal untuk saling mempengaruhi antara pasangan. Pandangan Linda amat penting bagi dirinya, begitu juga sebaliknya.
Selepas berkahwin, akui Que, berlakon bukan lagi keutamaan. Tapi keluarga berada dalam piramid paling atas kehidupannya. Namun, itu tidak bermakna dia mahu karier lakonannya berkubur. Hanya kepentingan kehidupan sekarang bagi Que sudah mula berubah.
Terutama selepas dia sendiri yang bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Malah dengan hati terbuka dia mahu memastikan segala isi rumahnya lebih terurus. Dia juga dengan rela hati untuk tidak lagi keluar melepak atau sibuk mengejar duit lakonan seperti zaman bujang. Kerana kata Que, dia dengan lapang dada, selesa dengan kehidupannya yang tidak terlalu sibuk seperti dahulu lagi.
Katanya: "Saya tahu sukar untuk membuang pandangan orang. Mungkin orang nampak saya memperlahankan rentak dalam dunia lakonan selepas saya berkahwin sedangkan nama saya berada di puncak pada waktu itu.
"Jadi orang fikir, saya berhenti berlakon sebab Linda dan ramai yang mula terpengaruh dengan hal itu. Walhal, saya sebenarnya sudah lama memikirkan untuk memperlahankan rentak lakonan bagi memberi tumpuan kepada keluarga. Dalam masa yang sama, saya mencari ruang lain untuk berkongsi ilmu lakonan saya dengan sesiapa yang berminat."

Que juga menegaskan, kehidupan rumah tangganya dengan guru tari popular dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, setahun enam bulan dan anak tiri Qalif Khan, 10 tahun, sangat bahagia.
"Linda memang seorang yang terlalu cerewet. Saya pula seorang yang terlalu asal boleh. Pertembungan sifat ini telah banyak menyatu dan saling melengkapi kehidupan kami. Kami juga senang beradaptasi dalam dua keluarga. Saya kira hal-hal seperti ini yang telah mengeratkan kasih sayang kami," katanya yang percaya Linda sentiasa menyokong serta menjadi tulang belakang dalam keadaan susah dan senang.
Bengkel Que
Sepanjang memperlahankan rentak lakonan, Que sebenarnya sedang memicu laju keupayaannya dalam bidang lain.
Mengaku tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengarahan atau penulisan skrip seperti teman seperjuangan lain, Pierre Andre atau Farid Kamil, kata Que, dia tahu dia perlu melakukan sesuatu sebelum bakatnya tidak diperlukan lagi kelak.
"Jujur saya katakan, sebenarnya selepas melihat Farid Kamil atau Pierre Andre mula menjurus ke arah lain, selain berlakon, saya bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan saya lakukan kalau saya sudah tidak laku lagi?
"Mengarah memang saya tak pandai. Pernah menulis satu skrip, tapi saya rasa skrip itu sangat teruk. Jadi saya menggali kualiti diri yang lain dan saya temui bahawa apa yang saya boleh kongsi dengan orang lain atau individu yang berminat dalam dunia lakonan adalah mengadakan bengkel lakonan atau memberi ceramah.
"Jadi sekarang, saya sebenarnya sibuk dengan bengkel lakonan yang saya buka di studio milik Linda selain mengadakan ceramah. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya akan menyertai satu bengkel ceramah anjuran belia Johor Bahru.
"Sekurang-kurangnya, saya mahu memberi kembali kepada masyarakat dan berkongsi dengan mereka apa yang saya ada untuk sama-sama memajukan industri. Saya tahu saya mungkin tidak cukup bagus atau 'masak' untuk membuka bengkel, tapi saya percaya ilmu yang kita kongsi bersama-sama ini dapat memberi sesuatu yang lebih baik kelak," katanya panjang lebar.
Tambah Que, kesibukan menguruskan bengkel dan ceramah inilah yang menjadi faktor utama mengapa dia tidak lagi punya banyak masa untuk berlakon.

Malah, tanpa disedari, dia telah mula membuka bengkel kepada teman-teman artis yang rapat dan berminat menyertainya sebelum dia berkahwin lagi. Hanya kini, dia semakin serius memberi fokus terhadap apa yang sudah dilakukannya sejak lebih setahun lalu.
"Macam yang saya katakan tadi, berlakon kini sudah bukan satu keutamaan berbanding zaman bujang dulu. Saya juga tidak lagi mementingkan kuantiti atau mahu terus-terusan muncul di layar lebar atau kaca televisyen supaya orang terus mengingati saya.
"Sebaliknya lakonan kini sudah menjadi satu hobi. Saya akan tetap berlakon. Tapi mungkin setahun satu atau dua filem, kalau masih ada tawaran. Saya mahu walaupun saya hanya berlakon satu atau dua filem setahun sahaja dan ia bukan watak utama sekali pun, kualiti yang saya bagi dalam lakonan saya memberi impak besar terhadap industri," katanya yang tahun hadapan hanya akan muncul dengan sebuah filem, Misteri Jalan Lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
