Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Biar dialah nama apa pun - Que Haidar

ADA yang mengadu kepada Joyah isu nama anak pelakon Que Haidar dengan Linda Jasmine, Tengku Cleopatra ini yang dikatakan mirip nama Firaun. Tapi biarlah, bukan isu besar pun. Biasalah sesetengah artis kita tak berfikir jauh. Biarlah artis tu nak bagi nama apa kepada anak mereka. Apa salahnya? Joyah fikir jangan buang masa berdebat pasal nama anak Que Haidar. Lagi debat, lagi banyak publisiti yang dia dapat. Kalau nak difikir memanglah perlu nama yang membawa maksud yang baik-baik. Tapi nak fikir buat apa sebab mak ayah budak itu tak fikir pun. Buat apa kita buang masa nak fikir bagi pihak mereka. Joyah pun hairan kenapalah ada yang mempersoalkan nama Tengku Cleopatra itu. Bagi Joyah isunya bukan nama anak itu sahaja tapi ia memberi gambaran yang sesetengah artis tidak peka kepada soal begini. Kerana itu tak hairanlah kalau banyak yang dilakukan artis kita melanggar tata susila. Satu lagi tak payahlah nak bising Que Haidar tak nak tunjuk anak dia. Bukan eksklusif sangat pun. Biar sajalah. Aras tanda pemikiran masyarakat tak berubah sama ada Que Haidar tunjuk atau tidak anak dia. Itu soal kecil dan sangat remeh. Tak perlulan diremehkan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails