Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Raja Ilya. Show all posts
Showing posts with label Raja Ilya. Show all posts
Jahat kekuatan saya - Raja Ilya
TIDAK ramai pelakon cantik merelakan sisi hitamnya dirakam dan dipersembahkan sebagai bahan berita. Ada ketikanya karakter jahat digeruni kerana bimbang impak karakter jahat itu terbawa-bawa ke luar tabir.
Jika tidak, masakan ada pelakon yang awal-awal lagi membuat kenyataan tidak akan menerima tawaran watak jahat kerana gusar lakonan negatif itu akan menjatuhkan imej diri dan keluarga di mata khalayak.
Watak jahat dibenci manakala watak baik disayangi sudah menjadi satu kelaziman dalam dunia lakonan namun bagi pelakon berwajah Bollywood, Raja Ilya , satu demi satu pintu-pintu kejayaan diraihnya melalui watak jahat.
"Mungkin bagi pelakon lain perkara itu bukan hal besar, tapi bagi pelakon yang kena mendaki daripada 'kosong' seperti saya, penerimaan dan kepercayaan industri kini harus saya sanjung," katanya sambil mengaku pernah menerima luahan kebencian peniaga di bazar Ramadan kerana impak watak jahat di skrin televisyen.
Watak jahat yang dimaksudkan Raja Ilya ialah watak Haliza menerusi drama Dahlia. Pernah membintangi drama-drama lain seperti Mana Hilangnya Juwita, Kekasihku Seru dan Biru Cinta Laguna, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Raja Mohd., 27, itu juga membawakan karakter wanita gedik dalam Epilog Cinta Kirana selain Tasha Shilla, Nazim Othman dan Alif Aziz.
Enam tahun dia bergelumang dalam industri lakonan membuatkan Ilya pernah terfikir untuk berhenti menjadi perempuan jahat dalam drama.
"Saya pernah merasa kurang yakin untuk watak hitam atau penggoda namun, selepas Dahlia dan Epilog Cinta Kirana, rasa itu hilang beransur-ansur.
"Sekarang saya percaya, kejahatan mungkin kekuatan buat saya. Maksud saya watak jahat," katanya yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Malaysia Tamil 2011 di Chennai, India pada tahun 2012.
Raja Ilya turut mengimpikan untuk dikenali di persada filem antarabangsa melalui filem Tamil atau Kollywood di Malaysia. Dia yang pernah berlakon drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli dan Agguran selain menjadi teraju utama filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil.
"Tapi, perjalanan itu tidak mudah mungkin kerana industri hiburan India di Malaysia tidak meluas dan kurang pendedahan," katanya yang juga fasih berbahasa Tamil.
Di sebalik populariti serta penerimaan ramai terhadap dirinya, Raja Ilya sebenarnya menyimpan sebuah episod hitam yang hampir-hampir meragut nyawanya. Terhimpit dek kontroversi gambar panas dua tahun lalu, kemudian putus tunang bahkan pernah cuba membunuh diri, namun semua kepahitan itu sudah tinggal sejarah dan menjadi iktibar buat dirinya.
Sehingga hari ini, karier lakonan yang dibina semula selepas kemusnahan gara-gara silap percaturan dan kerakusan usia muda itu semakin membuahkan sukses.
"Saya anggap comeback ini lebih menjadi berbanding mula-mula saya berlakon dan kemudian menghilang diri dahulu. Dulu saya ditolak oleh industri kerana ramai beranggapan wajah saya tiada ciri kemelayuan tetapi setelah menjayakan beberapa drama dengan watak beremosi, saya makin diterima.
"Kepercayaan Erma Fatima memberikan watak kecil dalam Aku Bukan Malaikat juga sangat saya sanjung. Osman Ali juga berikan saya watak kecil dalam filemnya Pilot Cafe. Saya hargai sangat-sangat kepercayaan mereka," tutup Raja Ilya yang bakal muncul menerusi drama Dendam Terindah di RTM.
Raja Ilya Gembira Dikecam Peminat
Kontroversi, seksi dan Raja Ilya
Raja Ilya Rela Bergelar Andartu
Raja Ilya Ratu Filem Tamil
Saya diperdaya - Raja Ilya
JALUR kesedihan jelas kelihatan pada wajah wanita ini tatkala menyingkap episod malang membabitkan maruah diri kira-kira setengah tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia hanya mampu berserah kepada Tuhan kerana bersikap cuai dan membenarkan orang lain mengambil kesempatan terhadap kenaifan diri.
Hanya orang gila saja yang bertepuk gembira bila melihat gambar panas sendiri tersebar luas dan sampai ke pengetahuan media. Pun begitu, dia sedia maklum bahawa bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Dia juga perlu berdepan dengan situasi berkenaan walau dengan apa cara sekali pun.
"Saya dah tak nak ungkit cerita lama itu sebab saya dah terima balasannya. Tapi saya tak boleh lupa wartawan (bukan dari Kumpulan Utusan) yang menyebabkan kehidupan saya huru-hara.
"Ya, saya mengaku terpedaya dengan pujuk rayu wartawan itu yang kata mahu bersihkan nama saya di surat khabar. Saya mengaku yang gambar panas itu adalah gambar saya. Tapi rupanya, kenyataan saya itu mengeruhkan keadaan.
"Saya dihentam teruk dari pelbagai penjuru. Reputasi kerjaya yang baru nak bermula terus jahanam dan saya hilang punca hidup sebab terlalu memikirkan tohmahan orang pada saya," dedah Raja Ilya, 27, pada pertemuan pagi Khamis lalu.
Adakah pelakon filem Janin ini tidak fikir masak-masak sewaktu memberi kenyataan terhadap wartawan hiburan tersebut? Raja Ilya berkata, dia memang keberatan pada mulanya.
"Saya tak nak ulas pasal gambar itu pada dia. Tapi dia desak saya untuk mengaku. Lepas saya mengaku, dia cakap dia akan tolong saya bagi jawapan selamat untuk ditulis dalam artikel dia. Tapi bila keluar, isu itu rupanya semakin teruk. Saya minta dia bertanggungjawab, bantu jernihkan nama saya semula, dia janji nak bantu. Tapi dia buat senyap saja sampai saya bertemu dengan dia di lapangan terbang. Saya yang pergi tegur dia dan nampaknya dia buat macam tak kenal saya. Sebab itu juga, saya tetap nak tagih janji dia walau apa pun yang terjadi," nekad bekas pramugari ini.
Adakah duta kanta lekap Phantasee ini menyalahkan pihak lain sedangkan sepatutnya masalah itu tak timbul andai gambar panas itu tidak wujud? Katanya: "Memang masalah itu adalah kesilapan saya, tapi isu ini tak akan besar kalau tidak ada orang yang memperbesarkan sehingga heboh satu Malaysia."
Justeru, adakah Pelakon Wanita Terbaik Malaysian Tamil Awards 2012 menerusi filem Appalam ini terima pengajaran daripada peristiwa itu, Raja Ilya mengangguk.
"Saya tak sangka laluan industri seni ini banyak dugaan. Banyak hati busuk, saling mendengki, kalau boleh nak tengok kita jatuh telungkup. Sekarang adalah masa kebangkitan saya dalam bidang seni.
"Jadi saya kena lebih berhati-hati. Lagi pun setiap manusia ada sejarah masing-masing. Lepas ini, saya kena bersikap selektif untuk berkongsi cerita peribadi sebab nak pulihkan kembali kepercayaan masyarakat pada saya. Insya-Allah," harap pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini di hujung perbualan.
Raja Ilya Putus Tunang Kerana Gambar Kontroversi
SHAH ALAM: Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengakui dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua tahun lalu.
Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu.
"Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.
"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu.
"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.
"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini pada Isnin.
Tambah Raja Ilya, akibat perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.
"Alhamdulillah saya kembali pulih dan saya sedar itu adalah tindakan bodoh yang pernah saya lakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Ilya mengakui telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah.
Dia terserempak dengan wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.
"Saya tidak faham mengapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir musnah.
"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan menghidap kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya. Saya akan pegang pada janji itu," ujarnya.
Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bangkit dan membina nama sebagai pelakon yang disegani di negara ini.
Katanya, cukuplah setahun setengah dia membazirkan masa dengan bersembunyi dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.
"Saya sudah tidak kisah apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa yang saya buat.
"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar," katanya.
Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, pukul 10 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
