Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jahat kekuatan saya - Raja Ilya

TIDAK ramai pelakon cantik merelakan sisi hitamnya dirakam dan dipersembahkan sebagai bahan berita. Ada ketikanya karakter jahat digeruni kerana bimbang impak karakter jahat itu terbawa-bawa ke luar tabir. Jika tidak, masakan ada pelakon yang awal-awal lagi membuat kenyataan tidak akan menerima tawaran watak jahat kerana gusar lakonan negatif itu akan menjatuhkan imej diri dan keluarga di mata khalayak. Watak jahat dibenci manakala watak baik disayangi sudah menjadi satu kelaziman dalam dunia lakonan namun bagi pelakon berwajah Bollywood, Raja Ilya , satu demi satu pintu-pintu kejayaan diraihnya melalui watak jahat. "Mungkin bagi pelakon lain perkara itu bukan hal besar, tapi bagi pelakon yang kena mendaki daripada 'kosong' seperti saya, penerimaan dan kepercayaan industri kini harus saya sanjung," katanya sambil mengaku pernah menerima luahan kebencian peniaga di bazar Ramadan kerana impak watak jahat di skrin televisyen. Watak jahat yang dimaksudkan Raja Ilya ialah watak Haliza menerusi drama Dahlia. Pernah membintangi drama-drama lain seperti Mana Hilangnya Juwita, Kekasihku Seru dan Biru Cinta Laguna, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Raja Mohd., 27, itu juga membawakan karakter wanita gedik dalam Epilog Cinta Kirana selain Tasha Shilla, Nazim Othman dan Alif Aziz. Enam tahun dia bergelumang dalam industri lakonan membuatkan Ilya pernah terfikir untuk berhenti menjadi perempuan jahat dalam drama. "Saya pernah merasa kurang yakin untuk watak hitam atau penggoda namun, selepas Dahlia dan Epilog Cinta Kirana, rasa itu hilang beransur-ansur.
"Sekarang saya percaya, kejahatan mungkin kekuatan buat saya. Maksud saya watak jahat," katanya yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Malaysia Tamil 2011 di Chennai, India pada tahun 2012. Raja Ilya turut mengimpikan untuk dikenali di persada filem antarabangsa melalui filem Tamil atau Kollywood di Malaysia. Dia yang pernah berlakon drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli dan Agguran selain menjadi teraju utama filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil. "Tapi, perjalanan itu tidak mudah mungkin kerana industri hiburan India di Malaysia tidak meluas dan kurang pendedahan," katanya yang juga fasih berbahasa Tamil. Di sebalik populariti serta penerimaan ramai terhadap dirinya, Raja Ilya sebenarnya menyimpan sebuah episod hitam yang hampir-hampir meragut nyawanya. Terhimpit dek kontroversi gambar panas dua tahun lalu, kemudian putus tunang bahkan pernah cuba membunuh diri, namun semua kepahitan itu sudah tinggal sejarah dan menjadi iktibar buat dirinya. Sehingga hari ini, karier lakonan yang dibina semula selepas kemusnahan gara-gara silap percaturan dan kerakusan usia muda itu semakin membuahkan sukses. "Saya anggap comeback ini lebih menjadi berbanding mula-mula saya berlakon dan kemudian menghilang diri dahulu. Dulu saya ditolak oleh industri kerana ramai beranggapan wajah saya tiada ciri kemelayuan tetapi setelah menjayakan beberapa drama dengan watak beremosi, saya makin diterima. "Kepercayaan Erma Fatima memberikan watak kecil dalam Aku Bukan Malaikat juga sangat saya sanjung. Osman Ali juga berikan saya watak kecil dalam filemnya Pilot Cafe. Saya hargai sangat-sangat kepercayaan mereka," tutup Raja Ilya yang bakal muncul menerusi drama Dendam Terindah di RTM.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails