Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya diperdaya - Raja Ilya

JALUR kesedihan jelas kelihatan pada wajah wanita ini tatkala menyingkap episod malang membabitkan maruah diri kira-kira setengah tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia hanya mampu berserah kepada Tuhan kerana bersikap cuai dan membenarkan orang lain mengambil kesempatan terhadap kenaifan diri. Hanya orang gila saja yang bertepuk gembira bila melihat gambar panas sendiri tersebar luas dan sampai ke pengetahuan media. Pun begitu, dia sedia maklum bahawa bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Dia juga perlu berdepan dengan situasi berkenaan walau dengan apa cara sekali pun. "Saya dah tak nak ungkit cerita lama itu sebab saya dah terima balasannya. Tapi saya tak boleh lupa wartawan (bukan dari Kumpulan Utusan) yang menyebabkan kehidupan saya huru-hara. "Ya, saya mengaku terpedaya dengan pujuk rayu wartawan itu yang kata mahu bersihkan nama saya di surat khabar. Saya mengaku yang gambar panas itu adalah gambar saya. Tapi rupanya, kenyataan saya itu mengeruhkan keadaan. "Saya dihentam teruk dari pelbagai penjuru. Reputasi kerjaya yang baru nak bermula terus jahanam dan saya hilang punca hidup sebab terlalu memikirkan tohmahan orang pada saya," dedah Raja Ilya, 27, pada pertemuan pagi Khamis lalu. Adakah pelakon filem Janin ini tidak fikir masak-masak sewaktu memberi kenyataan terhadap wartawan hiburan tersebut? Raja Ilya berkata, dia memang keberatan pada mulanya. "Saya tak nak ulas pasal gambar itu pada dia. Tapi dia desak saya untuk mengaku. Lepas saya mengaku, dia cakap dia akan tolong saya bagi jawapan selamat untuk ditulis dalam artikel dia. Tapi bila keluar, isu itu rupanya semakin teruk. Saya minta dia bertanggungjawab, bantu jernihkan nama saya semula, dia janji nak bantu. Tapi dia buat senyap saja sampai saya bertemu dengan dia di lapangan terbang. Saya yang pergi tegur dia dan nampaknya dia buat macam tak kenal saya. Sebab itu juga, saya tetap nak tagih janji dia walau apa pun yang terjadi," nekad bekas pramugari ini. Adakah duta kanta lekap Phantasee ini menyalahkan pihak lain sedangkan sepatutnya masalah itu tak timbul andai gambar panas itu tidak wujud? Katanya: "Memang masalah itu adalah kesilapan saya, tapi isu ini tak akan besar kalau tidak ada orang yang memperbesarkan sehingga heboh satu Malaysia." Justeru, adakah Pelakon Wanita Terbaik Malaysian Tamil Awards 2012 menerusi filem Appalam ini terima pengajaran daripada peristiwa itu, Raja Ilya mengangguk. "Saya tak sangka laluan industri seni ini banyak dugaan. Banyak hati busuk, saling mendengki, kalau boleh nak tengok kita jatuh telungkup. Sekarang adalah masa kebangkitan saya dalam bidang seni. "Jadi saya kena lebih berhati-hati. Lagi pun setiap manusia ada sejarah masing-masing. Lepas ini, saya kena bersikap selektif untuk berkongsi cerita peribadi sebab nak pulihkan kembali kepercayaan masyarakat pada saya. Insya-Allah," harap pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini di hujung perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails