Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Sharifah Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Sakinah. Show all posts
DIKRITIK MUATNAIK GAMBAR CIUM MULUT - SHARIFAH SAKINAH DAH LALI
Sharifah Sakinah telah dikritik oleh peminat susulan gambar cium mulutnya bersama suami yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini.
Menurut Sakinah, dia sudah lali dengan kritikan yang diterimanya kerana ini bukan kali pertama dirinya dikeji mahupun dicela. Dia sudah malas untuk memperbesarkan hal ini kerana dia berpendapat isu ini adalah sangat remeh
Ini bukan kali pertama Sakinah berhadapan dengan kontroversi, sebelum ini dia cukup terkenal dengan aksi gila-gila dalam beberapa siri video yang dimuat naik ke Keek.
Bagi Sakinah, mungkin pada mulanya pengkritik akan menyerangnya secara bertalu-talu atas tindakannya itu, tetapi lama-kelamaan mereka akan senyap jika tiada siapa yang melayan.
"Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain.
"Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak 'delete'. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu," ujar Sakinah dipetik sebagai berkata.
Tiada Liputan Media Majlis Nikah Sharifah Sakinah
Akad nikah pelakon Sharifah Sakinah dan pasangannya Aliff Adha Jamil pada 28 Mac ini dilakukan tanpa liputan media kerana kedua-dua pihak mahu melalui detik berkenaan dengan tenang.
Sakinah, 26, berkata, majlis itu terpaksa dilakukan secara tertutup kerana dia mahu saat-saat bersejarah itu hanya dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut akan jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan akan terjejas.
"Kalau boleh saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Namun katanya, satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas majlis berkenaan berakhir.
Sakinah bakal melangsungkan pernikahan bersama Aliff Adha Jamil, 27, yang merupakan juruterbang di Hotel Shangri-La, dekat sini.
Dalam pada itu, Sakinah berkata, larangan liputan itu dilakukan selepas dia melihat pengalaman yang dilalui oleh kakaknya Sharifah Shahira dan rakan-rakan artis lain.
"Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain yang terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga mereka tiada masa untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang.
"Kalau boleh saya tidak mahu la jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama," ujarnya.
Bagaimanapun dia tetap akan meraikan hari bahagia tersebut bersama pihak media pada majlis resepsi yang akan diadakan pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Sementara itu, Sakinah berkata, majlis perkahwinan tersebut merupakan masa yang ada untuk dia berkumpul bersama rakan-rakan lain.
Jelasnya, sejak bergelar artis dan sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, dia jarang dapat meluangkan masa bersama rakan-rakannya.
"Saya adakan beberapa majlis ini juga semata-mata untuk bersama rakan-rakan kerana kami memang tiada masa untuk keluar bersama-sama lagi kerana masing-masing sibuk dengan kerja," katanya.
Sakinah turut mengadakan majlis malam berinai pada 21 Mac ini di kediamannya di Taman Melawati, dekat sini.
Dalam pada itu, berkongsi perasaan bergelar isteri, Sakinah berkata, dia sudah merasakan debaran untuk memikul tanggungjawab berkeluarga.
Dia juga yakin sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan bakal suaminya.
"Perasaan memang sudah berdebar-debar dan takut untuk memasuki fasa baru dalam hidup berkerluarga. Tetapi saya yakin dapat menjalankan tanggungjawab itu.
"Sekarang belum fikir banyak tentang perancangan lepas kahwin, saya hubungan ini sah dahulu sebagai suami isteri barulah fikir yang lain-lain," ujarnya.
Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2014.
Kahwin Mac depan? - Sharifah Sakinah
MULA-MULA Aida mahu ucapkan tahniah buat pelakon cantik kita Sharifah Sakinah yang dikatakan bakal melangsungkan majlis pertunangannya hujung bulan ini. Mengenali Sakinah, dia memang seorang yang suka berterus terang sebab itu Aida memang tidak terkejut untuk mendengar kisah dia mahu bertunang ini. Sebelum ini lagi memang Sakinah sudah menjelaskan dia senang menjalinkan hubungan dengan seorang juruterbang. Malah sudah hampir setahun pun mereka berkenalan, memang elok sangatlah kalau sudah buat keputusan untuk bertunang.
Menurut kata seseorang, Sakinah akan membuat pengumuman mengenai majlis perkahwinannya pada hujung tahun ini. Tetapi kalau ikut cerita yang didengar pertunangan ini nanti hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja sebelum mereka diijabkabulkan pada bulan Mac depan. Tidak lama lagi lah sebenarnya.
Menurut kisahnya, kekasih Sakinah ini agak pemalu sebab itu kisah percintaan mereka tidak terlalu digembar-gemburkan. Tetapi mahu buat macam mana kan, memandangkan sudah berkawan dengan artis mahu tidak mahu kenalah terima kenyataan berita-berita sebegini akan sentiasa mendapat tempat di media.
Walaupun sibuk dengan Fitness Sakinah nampaknya pelakon ini tetap ada masa mengisi hatinya dengan cinta. Malah pada waktu ini tentunya Sakinah sedang sibuk merangka majlis pertunangannya. Sama ada dia akan menjemput media, Aida tidak tahu, tetapi rasanya tidak payah pun untuk mendapatkan kepastian memandangkan Sakinah ini memang seorang yang mudah memberikan jawapan.
Kita doa sahaja majlis Sakinah nanti akan dimudahkan. Cuma Aida musykil lah, mungkinkah akan ada gambar pra perkahwinan Sakinah dan bakal tunang di awan biru nanti.
Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang
Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.
"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.
"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.
Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.
Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.
"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.
"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.
Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.
"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.
Suka cakap lepas - Sharifah Shakinah
MUNGKIN ramai mengatakan dia gila dan hanya ingin mengejar populariti murahan, namun ketahuilah itu semua bukan dibuat-buat kerana natijahnya itulah dirinya yang sebenar.
Kebelakangan ini, nama Sharifah Sakinah, 25, semakin melonjak naik. Bukan disebabkan kerjaya lakonannya, namun disebabkan kerja gila yang dia sering lakukan iaitu dengan memuat naik video dalam laman sosial sehingga menjadi viral.
Ketika berpeluang menemu bual Sharifah Sakinah yang sememangnya mudah mesra dan gila-gila, diakui kadangkala sifat semula jadinya itu sering disalah erti oleh sesetengah pihak.
Saya buat itu semua sekadar suka-suka sahaja. Siapa kenal saya, mereka akan tahu perangai saya macam mana.
Saya tidak mahu hipokrit dan buat semua perkara atas sebab terpaksa," jelasnya memulakan perbualan.
Pelakon yang senang disapa sebagai Kina ini tidak memandang semua kontroversi itu sebagai sesuatu yang mampu menjatuhkan kariernya.
Saya tidak rasa semua itu sebagai satu benda yang serius sebab saya tidak mengaibkan orang lain.
Saya rasa orang suka dengan apa yang saya buat, sebab kalau mereka tak suka, benda (klip video) ini tidak akan jadi viral macam apa yang diperlihatkan di media sosial.
Sekecoh-kecoh saya, tidaklah sampai tak tahu batasan. Saya tahu di mana had saya," tambahnya.
Figura ini bagaimanapun bijak mengatur pendirian kerana prinsipnya hanya satu iaitu profesional.
Orang luar berpandangan saya tidak serius dan banyak main ketika sedang bekerja. Tapi itu semua hanya pandangan jahat mereka sahaja, saya sebenarnya seorang yang sangat komited dengan kerja.
Saya sama sahaja seperti orang biasa. Namun bila tiba waktu sesi penggambaran dan kerja-kerja yang melibatkan kerjaya, saya akan berubah jadi lebih profesional," tutur Kina yang ada sahaja perkara lucu yang diperkatakannya.
Ketika ditebak soalan, adakah keluarga turut terkesan dengan perbuatan yang dilakukannya itu, dengan tenang Sakinah yang merupakan adik kepada pelakon Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira, tenang menjawab, keluarganya tidak melarang apa yang dilakukannya, asalkan dia tahu batas-batas pergaulan dan mengelakkan perkara yang boleh menconteng arang ke muka orang tuanya.
Banyak yang tanya kakak, kenapa saya buat video bodoh macam tu, kakak saya hanya menjawab, biarlah dia kerana keluarga semua tahu saya tidak buat benda yang keterlaluan.
Lainlah kalau saya buat kerja mencuri atau ambil duit orang sewaktu sedang sibuk di set penggambaran, itu memanglah keluarga akan marah saya," jelasnya lagi menerangkan situasi sebenar.
Mengaku dirinya punya karakter happy go lucky, Sakinah sedar bahawa sikapnya itu kadangkala membuatkan orang berasa tidak selesa untuk mendekati dirinya.
Biarpun baru-baru ini, isu dia dengan sengaja mendedahkan perut di Instagram ditempelak hebat oleh para pengikutnya, dia tidak mudah melatah kerana tujuannya hanya mahu beri motivasi kepada umum.
Saya bukan saja-saja tayang perut. Saya tayang perut cuma untuk dijadikan model kepada peminat-peminat yang menyaksikannya supaya lebih bersemangat untuk menjadi cantik, kurus dan sihat.
Bukan senang sebenarnya hendak dapat perut yang kekal langsing, pandanglah ia dari sudut positif. Semua mahu hidup sihat dan ceria," ujarnya sambil berkata dia telah memadam semua gambar yang menayangkan perutnya itu kerana tidak mahu lagi dihimpit pelbagai kritikan negatif dari semua pihak.
Ajak orang hidup sihat
Dalam pada itu, ketika sedang asyik berbual, Sakinah turut berkongsi tentang program kecergasan Sakinah Fitness yang ditubuhkan untuk mereka yang taksub kepada kesihatan.
Alhamdulillah, hobi yang pada mula sekadar suka-suka sahaja, kini sudah menjadi ikutan ramai orang.
Dulu waktu zaman saya di bangku sekolah, saya selalu pergi gimnasium milik kakak saya (Sharifah Haslinda) jadi dari situ saya sudah terbiasa bergaul dengan jurulatih di situ.
Secara tidak langsung saya sendiri jadi tahu tentang cara penjagaan dan senaman yang betul untuk memastikan kesihatan kita kekal sihat," jelasnya lagi.
Sakinah juga akui, dia sering dijadikan tempat rujukan untuk bertanyakan soal cara pemakanan yang betul termasuklah cara senaman yang betul bagi mendapatkan tubuh badan menarik.
Benda ini semua tidak perlukan kelayakan pun, cuma kita perlu tahu mana satu yang betul dan perlu ikut langkah tepat. Dari situlah saya akan berkongsi ilmu yang saya ada kepada semua," katanya.
Setakat ini Sakinah sudah mempunyai ramai pengikut baik di sekitar Kuala Lumpur dan juga di luar negara.
Kalau tidak terikat dengan jadual penggambaran, Sakinah sering ke Pulau Pinang sebab dekat sana lebih ramai permintaan. Sakinah akan ke sana bersama dengan pasukan Sakinah.
Guna populariti
Kita turut akan ke tempat lain jika ada yang panggil dan dapat kumpulkan seramai 20 orang pun sudah memandai, pasti kami akan pergi. Kalau dapat lebih lagi bagus," ujarnya yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM20 hingga RM30 sahaja.
Sakinah turut menegaskan bukanlah bayaran yang dipandangnya, cuma niatnya hanya untuk sama-sama berkongsi hobi yang sama kepada semua.
Duit itu pun untuk bayar jurugambar yang kami bawa sekali setiap kali program diadakan," tutur Sakinah yang turut terpilih menjadi sebahagian daripada jurucakap pakaian sukan Adidas.
Di samping itu juga, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai bagi menyertai kelas kecergasannya.
Secara tidak langsung menurut Sakinah, menerusi cara itulah dia dapat menarik peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Seperti yang saya katakan, tidak semua orang membenci saya. Sebab itulah saya gunakan populariti dengan cara yang betul, contohnya seperti galakkan mereka untuk ubah gaya hidup yang lebih sihat.
Setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya yang turut terharu dengan penglibatan selebriti terkenal seperti Fara Fauzana, Tasha Shila, Nad Zainal dan Marsha yang turut hadir di setiap program yang dianjurkan olehnya.
Selain itu juga, dia turut mengusahakan pusat senaman dan kecergasan dan menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar di MuayFit yang terletak di Damansara Perdana.
Pusat senaman ini dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Banyak jenis senaman dan rutin kecergasan ditawarkan di sini. Untuk slot saya pula, saya akan berada di sana setiap hari Ahad dari pukul 10.30 pagi," katanya yang mengajar kelas Zumba dan Body Pump.
Sharifah Sakinah Perjelas Tunjuk Perut Di Laman Sosial
Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebaliknya berkata, tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan sejak dua bulan lalu menerusi program Fitness Sharifah Sakinah.
"Sebelum mengadakan program kecergasan tersebut bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang dan tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.
"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada mStar Online.
Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas di sini, Khamis.
Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya berfikiran positif.
Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.
Kata Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.
"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.
"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.
Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.
Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.
"Itu adalah antara projek terbesar saya setakat ini dan kepada yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian malah bayaran yang dikenakan sangat istimewa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan dan tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.
"Seperti sekarang saya akan sibuk dilokasi penggambaran filem Pekak yang akan memulakan penggambaran minggu hadapan," katanya.
'Dia Hanya Jurulatih Gim' - Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah masih belum temui pengganti selepas berpisah dengan kekasih yang juga anak angkat kepada pengarah drama Erma Fatima iaitu Ahmad Albab beberapa bulan lalu.
Sakinah, 23, berkata, dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan.
"Saya belum mempunyai kekasih baru, lagipun saya masih muda dan kalau boleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada pratonton filem Ular, di E@Curve, di sini, Selasa.
Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang status dirinya selepas dilihat bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris yang sering dibawa ke majlis-majlis hiburan selepas putus cinta.
Jelas Sakinah, lelaki tersebut merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium yang berminat untuk mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air.
Tambahnya, disebabkan lelaki tersebut juga berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 12 kilogram dalam tempoh enam bulan.
"Berat badan saya dulu 63 kilogram kini sudah 51 kilogram, dia banyak mengawal pemakanan saya dan memberi nasihat untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat," katanya.
Sementara itu, Sakinah yang berlakon dalam filem Ular berharap filem pertama lakonannya itu dapat diterima masyarakat.
Filem Ular akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Disember ini (Khamis).
Sharifah Sakinah putus cinta
SYED ingatkan hubungan cinta Sharifah Sakinah dengan Ahmad Albab tu bertahan lama rupa-rupanya kisah cinta mereka sudahpun berakhir kira-kira 2 bulan yang lalu.
Betulkah dah putus? Syed tak percaya juga pada mulanya tapi bila ada yang menyampaikan cerita tersebut sebab kisah cinta artis ni boleh putus dan sambung bila-bila masa.
Bila Sakinah jadi muka depan Pancaindera minggu lalu, ada sumber rapat yang menyampaikan cerita pada Syed tentang kesahihan cerita tersebut.
Kata sumber ini sudah dua bulan Sakinah dan Albab putus cinta. Tak diberitahu pula apa sebabnya sampai pasangan ini ambil keputusan untuk berpisah.
Kalau ada yang tak tahu, Albab merupakan anak angkat kepada pasangan Erma Fatima dan Bade Haji Azmi. Malah sebelum ini pun mereka ada memberikan reaksi baik terhadap hubungan cinta anaknya bersama Sakinah.
Baik Erma mahupun Bade masing-masing tak kisah jika Sakinah menjadi menantu mereka walaupun ramai yang tahu perangai 'gila-gila' Sakinah sejak dulu lagi.
Tak mengapalah masing-masing pun masih muda tak perlu nak meratap sangat kisah putus cinta ini. Banyak lagi hal-hal lain yang perlu diberi perhatian.
Ini cara Sakinah
APA yang dia fikir" itu mungkin merupakan kata-kata awal penonton laman sosial Keek milik pelakon wanita ini. Bukan soal terlalu berani yang membuatkan nama dia terus dihurung kontroversi tetapi mengapa dia tidak pernah mahu berhenti untuk terus melakukan perkara yang sama.
Menjawab persoalan itu, Hits mengatur sesi fotografi bersama pelakon yang mula dikenali melalaui drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini.
Mahu menjadi diri sendiri, serta berkongsi kegembiraan merupakan jawapan padu yang diberikan Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ketika ditanya tujuan sebenar dia memuat turun video yang dianggap menyinggung oleh sesetengah pihak. Bukan mahu bersikap degil atau sengaja mempamerkan keegoan diri, bagi Sakinah mereka di luar sana sentiasa diberi peluang untuk tidak menonton dan seterusnya mencemuh dirinya.
"Saya hanya mahu menjadi diri saya, bukan soal serik atau tidak serik tetapi saya mahu mereka di luar sana menerima saya seadanya.
"Jangan hanya melihat video itu untuk mencari bahagian yang negatif, cuba amati betul-betul ada kisah yang ingin saya sampaikan sebenarnya," katanya.
Ketika dia terus-terusan ditekan perkara ini, Hits ajukan soalan tidakkah dia berfikir kesan tindakan ini, sebelum memuat turun video sebegitu. Menjawab soalan ini Sakinah memberitahu, bukan sebab sengaja mencari publisiti murahan menyebabkan dia kelihatan begini.
"Saya hanya melakukan aktiviti harian saya, dan bila saya terfikir untuk berkongsi langsung saya kongsikan bersama peminat. Soal kesan itu sebenarnya, memang saya ada fikirkan, cumanya percaturan itu salah apabila saya fikirkan artis yang tidak terlalu popular seperti saya ini tidak akan membawa impak, mungkin saya silap soal itu.
"Tetapi itu bukan bermakna saya akan bersikap plastik, ia seharusnya menjadi video yang mampu membuat penonton ketawa sebab itu yang saya mahu," katanya.
Bersikap 'bodoh' seperti yang dilabel oleh sesetengah pihak, bagi Sakinah itu merupakan pendirian masing-masing, sungguhpun tujahan kritikan itu agak pedas namun bagi adik kepada pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) dia lebih mementingkan kehendak dirinya.
"Jika ada artis yang memilih untuk berkongsi aktiviti harian mereka dengan cara yang berbeza, itu cara mereka. Tetapi saya bukan mereka, saya ada cara saya sendiri.
"Saya mahu peminat mengenali saya ketika saya di luar bebanan kerja, bukan sebagai pelakon tetapi sebagai Sakinah," katanya.
Berkongsi perasaan sebenarnya ketika perbuatannya ini terus dipersoalkan, menurut Sakinah dia sesekali tidak akan berubah menjadi orang lain demi memuaskan hati mereka di luar sana.
"Saya tidak akan jadi hamba kepada mereka yang membenci saya, bagi saya perasaan saya dan keluarga lebih penting dari semuanya.
"Ironinya ketika saya sangka ramai yang tidak menyukai saya, ada juga peminat yang mahu saya terus menjadi diri saya yang dilihat mereka sebagai sesuatu yang berani dan jarang dilakukan artis lain," katanya.
Keluarga lebih kenal siapa Sakinah
Kedua-dua kakaknya mempunyai reputasi yang agak hebat di kancah dunia lakonan. Menjelaskan situasi dirinya dengan keluarganya, menurut Sakinah dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami. Malah dia turut memberitahu kakaknya Shira juga tidak pernah menyalahkan dirinya.
"Kakak saya okay, ketika perkara ini diperkatakan, dia cuma memberi nasihat. Bagi saya nasihat mereka sangat ikhlas, yang saya sendiri tahu ia lebih kepada kebaikan.
"Memandangkan mereka lebih mengenali saya lebih dari mereka di luar sana, antara nasihat yang mereka sertakan agar lebih berhati-hati pada masa hadapan. Tetapi mereka lebih faham dengan diri saya, yang tetap mahu adik mereka ini menjadi diri sendiri," katanya.
Ditanya sampai bila dia akan berterusan berkelakuan seperti ini memandangkan perjalanannya di dalam industri ini masih jauh, bagi Sakinah dia sendiri tidak tahu.
Namun ada sesuatu yang tidak akan dikompromi dirinya iaitu untuk sentiasa berkongsi keceriaan.
"Ia bukan sesuatu yang buruk, kalau mereka di luar sana faham ia lebih kepada cara untuk saya menghiburkan mereka.
"Mungkin saya terlibat secara langsung dengan industri menyebabkan perkara ini menjadi lebih besar," katanya.
Menggodam laman Keek pelakon Anzalna sewaktu video kontroversinya tersebar, Hits sekali bertanyakan bagaimana sebenarnya hubungan kedua-dua pelakon remaja ini. Menjelaskan Anzalna sebagai antara rakan artis yang rapat dengannya, perkara yang terjadi sebelum ini sedikitpun tidak menjejaskan hubungan mereka.
"Hubungan kami masih baik, malah sewaktu video itu dilakukan dia ada bersama saya. Senang cerita Anzalna kenal siapa saya.
"Sebab itu saya agak marah ketika ada pihak yang cuba melagakan kami sewaktu perkara ini belum reda," katanya.
Memang sudah terkenal dengan sikap bersahaja, Hits mencadangkan Sakinah untuk kekal menjadi pelakon komedi yang sebelum ini Shira juga memang terkenal dengan gelaran pelakon komedi. Enggan berbuat begitu, bagi Sakinah sebagai pelakon dia sebenarnya lebih senang untuk menerima pelbagai watak berbeza.
"Walaupun perangai saya macam ini, bukan bermakna saya selesa untuk dikenali sebagai pelakon komedi, saya mencari kepuasan dalam lakonan dan saya mahu kekalkan itu.
"Tetapi saya tidak kisah sebenarnya jika ditawarkan watak komedi sekali sekala," katanya yang sebelum ini terkenal melalui drama bersiri Bunga Merah Punya.
'Saya memang gila-gila' - Sakinah
SHARIFAH SAKINAH, sekali pandang wajahnya cukup manis, ditambah dengan ketinggian yang dimilikinya.
Gayanya di hadapan lensa kamera persis seorang model profesional. Namun, apabila dia berceloteh, gelak tawa pasti menyambut, terserlah jelas perangai gila-gilanya.
Sakinah faham 'isi' pertemuan kami pada petang Isnin lalu. Ia tentu berkisar tentang klip video Keek yang dimuat naiknya sejak beberapa bulan lalu.
Perkara pertama yang diberitahu wanita ini, dia mengaku dirinya tidak popular menyebabkan dia memuat naik video ke laman sosial itu dengan sangkaan tiada siapa yang akan peduli.
Bagaimanapun, jangkaannya meleset. Klip video pertama yang ada menyebut tentang warna pakaian dalam yang dipakainya dikritik ramai. Video seterusnya yang dimuat naik juga mendapat reaksi yang sama.
Ada yang menganggap Sakinah tidak peka kerana video itu dikatakan berunsur lucah tetapi ada juga yang menyukainya kerana menganggapnya sebagai lawak dan hiburan semata-mata.
"Bagi saya, memuat naik video yang gila-gila ke dalam Keek merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Itulah diri saya. Tetapi reaksi yang luar biasa daripada orang ramai membuatkan saya terkejut.
"Saya ingatkan tiada siapa yang ambil peduli tentang saya sebab itulah saya berani buat video yang sebegitu. Bila video itu keluar, banyak pula komen negatif mengenai saya.
"Saya akui memang terkejut dan rasa bersalah pada mulanya tetapi lama-kelamaan saya sudah tidak kisah apa orang ingin kata tentang diri saya," balasnya.
Walaupun dikritik kurang bijak dan tidak sopan, Sakinah terus memuat naik video sebegitu dengan niat untuk menghiburkan orang yang menontonnya.
"Dalam drama Mimpi Sampai Ke Bintang, saya bawa watak seorang wanita yang kurang cerdik, jadi saya tidak kisah kalau orang nak kata saya bodoh atau gila. Memang saya seorang yang gila-gila dan nakal, sebab itu saya suka kacau orang serta menghiburkan orang di sekeliling.
"Selagi video itu menghiburkan dan tidak melampaui batas, saya akan terus melakukannya," jawabnya.
Diakui, sejak kontroversi video Sakinah di laman Keek, tiba-tiba sahaja namanya menjadi popular. Malah setiap video yang dimuat naik olehnya pasti ditonton ramai orang.
Namun, lain pula pendapat Sakinah yang mengatakan kehidupan dan kerjayanya sama sahaja seperti dahulu.
"Popular ke saya? Saya rasa sama saja, tidak ada perubahan. Mungkin saya popular di laman sosial kerana berjaya menarik perhatian tetapi kerjaya saya masih seperti dulu.
"Tawaran berlakon masih ada dan saya juga sibuk dengan penggambaran drama. Semuanya masih seperti biasa. Saya bukannya mencari populariti atau perhatian dengan video tersebut. Itu bukan cara saya untuk popular," luahnya serius.
Dua orang kakaknya yang juga selebriti, Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahira selalu menasihatinya supaya mengawal tindak-tanduknya, tetapi mereka tidak pernah memarahinya hanya disebabkan memuat naik video yang dikritik ramai itu.
"Dua orang kakak saya sangat faham dengan perangai saya. Kak Shira tidak marah, tetapi minta saya supaya mendiamkan diri buat seketika sehingga kontroversi itu reda.
"Dia tidak pernah menghalang saya daripada memuat naik video yang seterusnya. Pesannya jangan kerap sangat memuat naik video yang terlalu gila-gila sebab nanti orang menyampah," tuturnya.
Siti anggap Sakinah bergurau
Sharifah Sakinah minta maaf rakam video berbaur lucah
Cerita tilam Izzue, lagu Sakinah
Julia Ziegler Bertegas Enggan Berbaik Dengan Sharifah Sakinah
Julia Ziegler sedia maafkan Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah Belum Sedia Jadi Penyanyi
Kakak Tidak Campur Hasrat Sharifah Sakinah Berlakon
Sharifah Sakinah versi serius
TIDAK dinafikan wataknya sebagai Kinah menerusi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang telah memberi impak yang tersendiri buat pelakon Sharifah Nurul Sakinah Al-Khaired Syed Abu Bakar.
Berlakon di samping Elfira Loy dan Randy Pangalila dalam telefilem tersebut, karakter Sakinah yang membawakan watak anak orang kaya yang kebodohan ternyata berhasil mencuit hati penonton.
Biarpun namanya semakin dikenali ramai selepas itu, ternyata Sakinah tidak mampu lari daripada berhadapan dengan beberapa kisah kontroversi yang melanda dirinya.
Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, Sakinah pernah berselisih faham dengan pelakon Julia Ziegler dan Gambit Saifullah.
Kemudian pelakon berusia 23 tahun itu juga pernah dilabel sebagai seorang artis sombong gara-gara kerap menolak permintaan pihak media yang ingin mengadakan sesi fotografi dengannya.
Berkesempatan menemuinya semasa siri jelajah Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini, pelakon berkenaan menafikan dia seorang yang suka mencipta kontroversi.
"Seboleh-bolehnya saya mahu menjadi seorang individu yang lebih matang dan tidak mahu mengingati lagi semua kontroversi yang pernah melanda diri saya dahulu.
"Sekarang ini saya enggan menoleh ke belakang lagi dan ingin dikenali sebagai seorang pelakon yang berbakat, bukannya pelakon yang sarat dengan kontroversi," jelasnya.
Menurut Sakinah, memandangkan minat yang begitu mendalam dalam bidang seni, dia pernah berhadapan dengan dilema sama ada memilih untuk bergelar pelakon atau memberikan fokus kepada pelajarannya.
Sebelum ini dia pernah menuntut di Kolej Universiti HELP di Damansara, Selangor dalam bidang pengajian undang-undang, tetapi hanya belajar separuh jalan dan kemudian mengambil keputusan untuk berhenti.
"Pada mulanya saya memang pernah bercita-cita mahu menjadi seorang peguam, namun akhirnya saya sedar bidang tersebut tidak sesuai dengan diri saya. Ternyata, jiwa saya lebih kepada bidang lakonan," ujarnya.
Berkenaan dengan gelaran artis sombong yang pernah dilabelkan pihak media sebelum ini terhadap dirinya, Sakinah memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang masalah atau enggan memberikan kerjasama.
Ujarnya, dia bukan sengaja menolak tawaran untuk mengadakan sesi fotografi yang diaturkan media, tetapi dia sebenarnya seorang individu yang kurang gemar bersolek.
"Dulu saya tidak serius untuk bergelar pelakon. Saya terbabit dalam dunia lakonan pun sekadar suka-suka sahaja dan tidak terlampau mengejar populariti sangat serta tidak kisah kalau cerita mengenai diri saya kurang didedahkan dalam media.
"Bagaimanapun, lakonan sudah menjadi keutamaan saya sekarang dan sedar populariti itu memang penting jika hendak pergi lebih jauh. Kini, saya bersedia memberikan kerjasama terutamanya untuk mengadakan sesi fotografi dengan mana-mana media," ujarnya.
Rakan baik
Sejak namanya menjadi sebutan ramai selepas membintangi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ternyata Sakinah dilihat banyak terbabit dengan drama dan telefilem arahan Michael Ang dan syarikat penerbitan Cube Film sehinggakan dia dilabel sebagai anak emas pengarah popular tersebut.
Mengakui pengarah itu merupakan antara individu yang memainkan peranan menaikkan namanya dalam bidang lakonan, namun dia menafikan dirinya merupakan pelakon kegemaran Michael.
"Saya tidak pernah melihat diri saya ini merupakan anak emas atau pelakon kegemaran Michael. Lagipun, banyak lagi pelakon-pelakon lain yang selalu berlakon di bawah arahannya seperti Elfira Loy, Didie Alias dan Marsha Milan Londoh.
"Mengenai hubungan dengan Michael saya bukan sekadar menganggapnya sebagai pengarah, malah dia merupakan rakan baik yang banyak membantu sehingga nama saya dikenali ramai seperti sekarang," jelasnya.
Sakinah turut memberitahu, dia langsung tidak pernah terikat untuk berlakon di bawah syarikat Cube Film sahaja dan turut diberi kebebasan berlakon dengan produksi atau pengarah lain.
"Mungkin ramai tidak sedar yang saya juga sudah banyak terbabit dengan produksi lain, misalnya seperti Zeel Production yang memang banyak memberikan tawaran lakonan kepada saya.
"Terbaharu, saya juga berpeluang berlakon di bawah arahan pengarah tersohor iaitu Erma Fatima menerusi drama bersiri 13 episod berjudul Aku Bukan Untukmu," ujarnya sambil mengakui tidak terlalu selektif dalam memilih setiap tawaran berlakon yang diterimanya.
Berdikari
Pastinya ramai yang sudah tahu tentang status Sakinah yang merupakan adik kepada Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahirah, dua orang pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama dalam dunia lakonan.
Walaupun kedua-dua orang kakaknya itu sudah lama bergelar pelakon, Sakinah menyatakan dia tidak mengambil kesempatan menggunakan nama mereka untuk mendapatkan tawaran berlakon.
"Memang tidak dinafikan, mereka merupakan sumber inspirasi yang membuatkan saya menjadi minat dan jatuh cinta kepada lakonan, malah mereka juga banyak memberikan galakan kepada saya untuk serius dalam bidang ini.
"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya akan mengambil kesempatan dengan menjaja status saya sebagai adik kepada Norhaslinda dan Shahirah, sebaliknya saya lebih gemar berdikari dan mencari sendiri peluang lakonan tanpa mengharapkan bantuan mereka," tegasnya.
Ditanya sama ada dia sudah bersedia berlakon bersama-sama kakaknya, terutama Shahirah yang masih lagi aktif berlakon, Sakinah menyatakan dia menerima seadanya tentang hal tersebut.
Ini memandangkan memang ramai peminat yang ingin melihat gandingan mereka berdua sama ada dalam drama atau telefilem.
Peminat Tegur Perkataan ‘Oh Jesus!’ Dalam Twitter, Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Sharifah Sakinah, yang belum reda isu beliau bersama Gambit Abdullah & Julia Ziegler.
Hujung minggu lalu, kami menerima sepucuk surat elektronik (e-mail) dari pembaca dan peminat hiburan yang mengadu bahawa Sharifah Sakinah ada menyebut Oh Jesus!.
Awal’nya kami ingatkan yang Sharifah Sakinah tersasul di’program televisyen dan mula menyiasat sumber yang boleh di’percayai dan keterlanjuran aktress ini hanyalah di Twitter.
Lantas kami sampaikan keprihatinan peminat hiburan ini kepada empunya badan dan beliau memberikan response seperti di’bawah.
“Jesus adalah nama Tuhan untuk Michael Ang, saya tidak berniat untuk menyembah atau apa apa sekali pun. Saya mohon maaf jika ini mengusik sensitiviti masyarakat kita”
Mungkin ada antara anda yang berkata ini adalah isu kecil sahaja namun bagi kami ia’nya masih memerlukan response yang ringkas tetapi matang dari pelaku. Kes selesai dan semua boleh hidup gembira. Yay!
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

