Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sharifah Sakinah minta maaf rakam video berbaur lucah

Pelakon Sharifah Sakinah hari meminta maaf diatas penyebaran video berbaur lucah yang dirakamnya melalui telefon bimbit seorang lagi rakan artis, Anzalna Nasir beberapa hari lalu. Menegaskan perbuatanya itu sekadar gurauan, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia sedikitpun tidak menyangka video yang dimuat naik melalui laman Keek Anzalna itu mengundang kontroversi hebat. "Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan. "Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu," katanya yang turut memberitahu Anzalna yang memadamkan video tersebut selepas dimuat naik. - UTUSAN ONLINE
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails