Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Yasmin Hani. Show all posts
Showing posts with label Yasmin Hani. Show all posts
Yasmin Hani Jadi Pelupa Sejak Bersalin Anak Sulung
Pelakon Yasmin Hani menjelaskan dia mengalami masalah yang pelik iaitu mudah lupa sejak bersalin anak sulung, Noah Ismail Wong pada 13 November tahun lalu.
Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa risau kerana sukar untuk memberi fokus dalam kerjaya lakonannya.
"Sebenarnya sejak mengandungkan Noah lagi, saya mengalami masalah mudah lupa. Risau juga dibuatnya.
"Apatah lagi sekarang ini saya terlibat dengan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang akan dipentaskan pada Mei depan dan dialog yang digunakan dalam pementasan itu adalah Melayu Nusantara.
"Harap-harap saya dapat melakukannya dengan baik memandangkan ia merupakan pementasan teater pertama saya," katanya kepada mStar Online.
Selain Yasmin, teater yang diarahkan Rosminah Mohd Tahir itu turut dibarisi pelakon Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah dan Dayana Roza.
Ia bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.
Harga tiket serendah RM30 hingga RM200 boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.
Sementara itu, ditanya pula mengenai pengalamannya sebagai seorang ibu, Yasmin berkata, dia kini cukup bahagia dan menyifatkan Noah merupakan sebahagian pelengkap rumah tangganya bersama suami iaitu Sha'arin Razali.
Bagaimanapun, Yasmin berkata, dia kini seorang yang sensitif berbeza dengan sebelum ini.
"Entah, pelik pula jadinya apabila hati saya mudah tersentuh dan saya tidak suka dengan sikap seperti ini.
"Sebelum ini saya sangat tegas dan tidak pernah menangis. Ini tidak, apabila melihat sesuatu di televisyen berkaitan kanak-kanak yang ditimpa musibah, hati saya terus sebak membayangkan sekiranya ia terjadi pada Noah pula," tuturnya.
TAHNIAH, YASMIN HANI LAHIRKAN BAYI LELAKI
"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy," demikian kata Yasmin Hani Richardson melalui Instagramnya semalam.
Untuk info, Yasmin baru-baru ini ada membuat Baby Shower yang berkonsep 'Little Angel' dan majlis doa selamat sempena menanti kelahiran bayinya. Tahniah diucapkan atas kelahiran bayi lelaki tersebut dan moga Yasmin terus berbahagia selepas ini.
MAJLIS BABY SHOWER YASMIN HANI
Ha ha... agaknya sudah menjadi tradisi bagi artis yang berduit untuk buat Party Baby Shower. Ramai yang sudah buat, contohnya seperti Fasha Sandha, Rebbeca Nur Al- Islam, Nurul Wahab, Marion dan entah siapa lagi.
Namun party yang dibuat oleh pelakon dan pengacara, Yasmin Hani beberapa hari lalu di Grand Duches, Fraser Place... kami terlepas pandang pula. Ini kerana, Yasmin yang hamil 34 minggu itu juga punya tema yang berbeza iaitu konsep 'Little Angel Baby Shower'.
Dalam majlis tersebut, ramai rakan artis yang hadir seperti Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Ning Baizura, Daphne Iking, Aishah Sinclair dan lain-lainnya.
Untuk info, mungkin niat mereka buat baby shower tu untuk majlis meyambut baby serta kurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan. Yalah... nanti rakan-rakan dan saudara mara yang hadir beri hadiah seperti pet-pet dan sebagainya.
Bagaimanapun, apabila artis yang berduit membuatnya secara berlebihan, maka ia sekaligus bertukar menjadi ala western yang agak melucukan. Tak gitu?
Yasmin Hani teringin buat fotografi dalam air
BEBERAPA hari lalu di blog-blog dan laman sosial tersebar beberapa keping gambar pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Yasmin Hani yang mendedahkan lukisan pokok pada perutnya.
Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon berusia 34 tahun yang kini sedang mengandung 32 minggu itu dikritik hebat oleh orang ramai.
Ada yang memberi komen geli melihat perut Hani dilukis sedemikian rupa.
Ada juga komen mengatakan dunia di akhir zaman apabila Hani berani bergambar dalam keadaan seperti itu dan yang paling teruk, ada yang menyifatkan perbuatan bakal ibu itu sebagai sesuatu yang menjijikkan.
Kesan daripada penyebaran dan komen-komen negatif itu, pelakon dan juga pengacara itu berasa sedih. Perasaan sedih dan terkilannya itu dikongsikannya bersama Kosmo!.
Kosmo!: Boleh Hani komen mengenai penyebaran gambar perut anda yang tertera lukisan pokok?
HANI: Sebenarnya ia adalah gambar fotografi mengandung yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi saya. Sejujurnya, bukan saya yang memuat naik gambar tersebut di Instagram.
Jadi, bagaimana gambar tersebut boleh tersebar?
Kalau boleh, saya tidak mahu soal ini diperbesar-besarkan lagi. Sebenarnya, anak saudara saya yang muat naik gambar itu di Instagramnya tetapi dia tidak berniat menyebarnya. Dia seorang pelukis yang telah melukis gambar tersebut di perut saya. Selepas menyedari gambar tersebut, saya telah menegurnya dan dia sudah memadamkan kesemua gambar-gambar itu. Namun, ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri gambar tersebut di Instagramnya lalu menyebarkannya di alam maya.
Apakah perasaan Hani selepas mendapat tahu mengenai penyebaran gambar tersebut?
Saya berasa sangat sedih dengan sikap orang yang cuba membuka aib orang lain. Barang siapa yang membuka aib orang lain nescaya Allah akan membalasnya. Orang yang tiada akal sahaja yang melakukan perbuatan tersebut.
Ada yang beranggapan untuk apa Hani melakukan fotografi seperti itu?
Sebagai seorang yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya, saya sangat gembira dan teruja untuk melakukan fotografi seperti itu. Ia adalah hak saya dan tiada kena-mengena dengan hidup orang lain. Kalau boleh, saya teringin hendak buat fotografi dalam air atau letakkan tanah liat di atas perut. Namun, saya tidak mahu terlalu teruja dan akhirnya cuma melakukan lukisan pokok di atas perut sahaja.
Apakah kata-kata yang boleh Hani sampaikan kepada pihak yang dapat akses gambar-gambar anda itu?
Sesiapa yang sudah berkongsi atau menyebarkan gambar tersebut tindakan mereka adalah salah. Saya akan mengambil tindakan. Bagi mereka yang dapat gambar tersebut, saya mohon agar tidak menyebarkannya lagi di laman sosial masing-masing. Begitu juga pihak media, saya berharap sangat supaya tidak memperbesar-besarkan isu ini.
Bagaimanakah penerimaan keluarga mengenai gambar tersebut?
Keluarga saya tiada masalah kerana ia adalah untuk simpanan peribadi sahaja.
Beralih pada soalan lain, bilakah Hani dijangka bersalin?
Sekarang kandungan saya sudah mencecah 32 minggu. Saya dijangka bersalin pada bulan November nanti.
Sudah tahu apakah jantina bayi tersebut dan sudah buat sebarang persiapan?
Kalau boleh, saya tidak mahu beritahu lebih lanjut mengenai kandungan saya. Mengenai persiapan, adalah sikit-sikit buat masa ini.
Apakah projek anda buat masa ini?
Buat masa ini saya berhenti berlakon seketika. Siapa mahu ambil ibu mengandung berlakon? Bagaimanapun, dalam masa terdekat ini saya akan terlibat dalam satu dokumentari khas tentang kehamilan. Ia adalah terbitan syarikat Blublack Production milik suami saya, Sha’arin Razali.
Yasmin Hani minta henti sebar gambar hamilnya
Pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 34, merayu kerjasama semua pihak agar tidak terus menyebarkan gambar peribadinya dalam keadaan menayangkan perut yang sedang hamil.
Menjelaskan bahawa gambar itu bukan untuk tatapan umum, bagaimanapun secara tidak disengaja telah dikongsi seorang ahli keluarganya di laman sosial, semalam.
Gambar yang diambil ketika sesi fotografi beberapa minggu lalu itu memaparkan Yasmin hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya yang dilukis dengan gambar pokok-pokok.
Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya ada saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun.
Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?," katanya kepada Utusan Malaysia.
Meminta agar gambar tersebut tidak terus di sebarkan, Yasmin turut membidas beberapa kritikan yang dilemparkan kepada dirinya juga di laman sosial.
Orang kata saya urban, tiada agama. Apakah tindakan mereka dengan memalukan saya adakah ini perkara yang betul?" kata Yasmin yang merupakan isteri Sha arin Mohammed Razali.
Yasmin Hani dijangka bersalin anak pertama hasil pernikahannya dengan pemain drum kumpulan Black Rose itu pada pada November depan.
Penantian November - Yasmin Hani
Yasmin nafi hamil
Yasmin Hani Mahu Zuriat Pandai Masak
Semakin bahagia - Yasmin Hani
SELEPAS hampir setahun berumah tangga nampaknya pengacara, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson semakin bahagia di samping suami tercinta, Sha'arin Mohammed Razali Wong.
Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 21 Oktober ini, buat pasangan ini tiada apa yang lebih penting buat mereka selain untuk menikmati setiap detik yang berlalu seperti pasangan lain.
Seperti lazimnya pasangan yang baru berkahwin, pasti ada banyak perancangan untuk meraikan sambutan ulang perkahwinan mereka.
Pun begitu lain halnya dengan Yasmin dan Sha'arin apabila tarikh keramat itu bakal disambut sendirian oleh Yasmin memandangkan sang suami akan berada jauh di utara tanah air.
"Kami tidak merancang apa-apa lagi. Sha'arin juga tidak akan berada di sini memandangkan sedang bekerja di Langkawi. Jadi kami tidak pasti bagaimana sambutan ulang tahun pertama kami nanti," katanya tersenyum.
Dengan usia perkahwinan yang masih hijau, Yasmin percaya proses pembelajaran sebagai seorang isteri masih lagi berlangsung malah sedaya upaya ingin melunaskan janjinya menjadi peneman setia terhadap lelaki yang dicintai.
Di usia 33 tahun, wanita matang ini mempunyai cara pemikiran yang lebih relevan untuk menjawab setiap persoalan yang ditanya. Mengakui agak jarang berada di dada-dada akhbar kini, Yasmin memberitahu itu bukan bermakna rezekinya di dalam industri ini sudah tiada.
Selain sibuk menguruskan karier, Yasmin kini juga banyak menghabiskan masa dengan urusan perniagaan fesyen dalam talian yang baru sahaja bermula.
"Alhamdullilah, kehidupan saya semuanya baik. Kerjaya juga sama seperti dahulu, tiada apa yang berubah," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Destinasi Cinta Bersama AirAsia, terbitan Astro di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bakal muncul sebagai pengacara untuk program Chef Cilik musim kedua, menurut Yasmin, melalui kehidupan sebagai seorang isteri memberi definasi berbeza kepada jadual hariannya kini.
"Sebenarnya tiada banyak yang berubah, mungkin tanggungjawab itu lebih sedikit. Suami saya juga sering bekerja luar.
"Jika tiada urusan saya akan mengikutnya, jika tidak saya hanya akan meneruskan kerja saya di sini. Dan selalunya di dalam mengimbangi waktu bermasa kami berdua akan pergi bercuti," katanya.
Menyentuh soal anak, menurut Yasmin percaturan yang dibuat untuk tahun pertama perkahwinan memberi ruang buat mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama. Walaupun begitu pasangan ini tetap mempunyai rancangan masa depan yang rapi.
"Kami mahu menghabiskan masa berdua dahulu, saya percaya dengan kehadiran anak nanti semuanya akan berubah.
"Saya tidak ada masalah untuk mempunyai anak pada masa hadapan, saya sendiri sangat biasa dengan budak. Cuma kami tidak mahu terlalu tertekan dengan perkara ini," katanya yang juga mempunyai dua anak tiri, Narissa, 26, dan Armand, 24, melalui perkahwinan pertama Sha'arin.
Bakal diterbangkan ke China hujung bulan ini, menurut Yasmin kesempatan yang diberikan pihak program Destinasi Cinta Bersama AirAsia memberi kelebihan buat dia dan suami untuk merasai kembali kehangatan bulan madu.
"Kami suka menyelam malah saya dan dia juga sudah mempunyai lesen. Dulu Bali menjadi destinasi pilihan bulan madu kami.
"Diberi kesempatan untuk berbulan madu kali kedua tentunya sangat dihargai selain dapat bersama, percutian kali ini juga boleh dianggap sebagai hadiah ulang tahun pertama kami," katanya sambil merenung manja ke arah Sha'arin.
Kisah diboikot
Terus bercerita perjalanan hidupnya kini, menurut Yasmin, sejak dari dahulu lagi dia bukanlah seorang yang suka berahsia. Walaupun banyak selebriti kini lebih senang tidak berkongsi kehidupan peribadinya, Yasmin mempunyai falsafah berbeza mengenai privasi.
"Sejak dari dahulu lagi saya bukan jenis yang berahsia, saya suka berkongsi dengan peminat saya.
"Bagaimanapun sebagai manusia kita perlu menghormati hak orang lain. Sama seperti orang lain, artis juga berhak untuk memilih cara kehidupan mereka," katanya.
Pernah menimbulkan kontroversi melalui salah faham yang berlaku ketika majlis perkahwinannya setahun lalu, Yasmin mengakui dia merasai akibatnya kini. Walaupun begitu wanita ini yakin tiada sebab untuk dirinya meminta maaf di atas kejadian tersebut memandangkan ia berlaku di luar pengetahuannya.
Menjelaskan apa yang berlaku, menurut Yasmin bukan niatnya menghalang mana-mana wartawan daripada membuat liputan di majlis bahagianya itu tetapi tempat yang terhad memaksa mereka yang bertanggungjawab pada hari tersebut menghalang wartawan yang tidak memberi persetujuan awal.
"Saya percaya kejadian ini berlaku kerana salah faham malah apa yang berlaku tersebut langsung tidak diketahui sehingga kami membaca akhbar. Jadi sebenarnya bukan saya yang menghalang mereka dari masuk, mahu berlaku adil kami hanya membenarkan pihak media yang sudah memberi persetujuan awal.
"Saya tahu ada beberapa wartawan yang memilih untuk memboikot kami melalui insiden ini, saya percaya tiada apa yang mampu di lakukan saya untuk membetulkan keadaan memandangkan kami sudahpun menjelaskan apa yang berlaku.
"Bagi saya, rezeki saya terletak di tangan Allah. Kalau ada sesiapa yang nak temu bual, saya dengan berbesar hati boleh datang dan bagi yang nak boikot, terpulang kepada mereka," katanya panjang lebar.
Langkah pertama
Memilih untuk meneruskan minat berfesyen dalam bidang peniagaan, menurut Yasmin, dia dan dua lagi rakan baiknya, Daphne Iking serta Atilia kini sedang bertungkus lumus memperkenalkan jenama pakaian, Baajookoo.
"Kami memulakannya secara dalam talian dahulu dan masih tidak membincangkan soal membuka butik lagi.
"Syukur kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat keputusan bersama. Mungkin ini yang memberi keberanian kepada kami untuk mengusahakan perniagaan ini secara bersama," katanya.
Memilih untuk menyediakan fesyen santai buat wanita, Yasmin percaya dengan permulaan secara kecil-kecilan ini dia berjaya memberi peluang untuk dirinya mencuba sesuatu yang baru.
"Fesyen pilihan kami adalah sesuatu yang santai dan mudah, ada yang diimport dari luar dan ada juga yang kami reka sendiri.
"Memandangkan perniagaan ini baru sahaja bermula, jadi semuanya bergantung kepada usaha kami bertiga. Walaupun agak letih namun saya percaya semuanya amat berbaloi," katanya yang baru sahaja melancarkan jenama itu bulan lepas.
Yasmin Hani Ingin Mengandung Hujung Tahun
PETALING JAYA: Pelakon Yasmin Hani yang mengaku telah merancang kehamilan selepas mendirikan rumah tangga tetapi akhirnya berhasrat untuk mengandung pada hujung tahun ini.
Yasmin berkata, buat masa ini dia dan suaminya, Shahrin Razali sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dan mereka telah bersetuju menyekat hasrat untuk memiliki anak buat masa ini.
"Saya memang merancang kehamilan kerana jadual kerjaya saya dan suami yang agak padat buat masa ini tetapi Insya-Allah hujung tahun ini baru semua perkara selesai dan boleh fokus kepada keluarga dan memiliki anak," katanya.
Shahrin dan Yasmin sah bergelar suami isteri pada 21 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, Yasmin berkata, dia kini semakin bahagia bergelar isteri kepada pemain dram bekas kumpulan Black Rose.
Sementara itu, Yasmin berkata, antara sebab lain dia belum bersedia untuk mengandung kerana bakal menyertai sebuah program realiti yang memerlukan komitmennya.
Ujar Yasmin, program realiti itu memerlukan dirinya bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti mencabar.
"Bayangkan kalau saya mengandung nanti, takut jadi perkara yang tidak diingini pula dan lebih baik saya fokus kepada program itu dahulu sebelum mengandung," katanya.
Majlis Perkahwinan Yasmin Hani Dan Sha’arin
Jarak usia tidak halang cinta Yasmin, Sha'arin
PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.
Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.
Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.
"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.
"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.
Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.
Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.
"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.
"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.
Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.
Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.
Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.
"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.
"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.
"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.
Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.
Majlis Persandingan Yasmin Hani, Sha'arin Meriah
KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, di sini, malam Jumaat.
Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.
Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu 'chandelier' dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.
Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.
"Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.
"Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar," katanya.
Sha'arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.
"Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan," ujarnya ringkas.
Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.
Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.
Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.
Meterai kasih hingga ke syurga - Yasmin Hani
Dia tidak mampu menyembunyikan perasaannya ketika ini. Malah air muka turut berseri sewaktu mengupas cerita tentang ‘hari besar’ dalam hidupnya pada 21 Oktober nanti. Jujurnya, dia sama sekali tidak menyedari masa yang pantas berlalu. Penantian untuk memegang status ‘isteri’ selama 32 tahun akhirnya menemui noktah. Pada tarikh tersebut, dia disatukan dengan pilihan hati bernama Sha’arin Mohd. Razali.
“Berdebar... cukup berdebar. Susah nak bayangkan saat itu,” kata Yasmin Hani sewaktu didandan rapi oleh jurusolek terkenal Kay Azman pada petang Rabu lalu.
Sama seperti wanita yang bakal ke jenjang pelamin, pelakon dan pengacara ini mendambakan perjalanan perkahwinan bersama insan tersayang lancar.
Sehingga hari ini, semua persiapan sudah selesai dibuat secara tempahan. Pelakon yang mudah disapa Hani ini bakal menggunakan khidmat perunding perkahwinan Adly Zaihardi. Tema taman dalam bangunan menjadi pilihan pada tarikh keramat itu.
Sementara khidmat pelamin dan hantaran, Hani memilih Adi Wedding Couture. Untuk persandingan, Hani memakai khidmat Ari Wedding Couture sementara pelamin untuk pernikahan pula Professor Mohd. Ali Yusop dari Shah Alam, Selangor.
Mengikut perancangan, Sha’arin akan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur bakal mencatat sejarah dalam hidup pelakon filem Duyung ini. Dedahnya, lokasi tersebut telah memikat hatinya dan dia mahukan ia menjadi tanda peringatan indah.
Merisik bagaimana wujudnya percikan cinta antara Hani dan Sha’arin telah menimbulkan rona bahagia pada raut wajah wanita berusia 32 tahun ini.
“Ia berlaku secara semula jadi selepas pertemuan tidak sengaja di Damansara hujung tahun lalu. Selepas berhubung menerusi Facebook, kami semakin akrab. Senang cakap, mungkin masing-masing sudah sedia, kami memutuskan untuk ke tahap lebih serius tanpa berlengah-lengah,” ujar Hani yang memancarkan bahagia.
Pemilik nama Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson ini juga berkongsi perkara utama yang membuatkan dia terpesona dengan teman hatinya itu.
Kata adik kepada bekas pelakon Yasmin Suraya ini, sudah lama dia mencari lelaki sarat dengan sifat kekeluargaan.
Maksudnya, cukup rapat dan sensitif dengan keperluan keluarga. Menjadikan hujung minggu sebagai hari wajib untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Selain itu, Sha’arin juga banyak menyedarkan dirinya tentang kepentingan penjagaan makanan dan gaya hidup harian.
Selain itu, sifat kelakar Sha’arin juga telah banyak mewarnai hidupnya. Banyak membuatkan dirinya ketawa dan tersenyum lebar setiap masa.
“Mungkin jarak beza umur selama 10 tahun banyak membantu hubungan kami. Dia matang dan banyak pengalaman hidup. Banyak nasihat dikongsi bersama.
“Paling penting, dia boleh terima saya seadanya. Sama ada baik atau buruk, lemah atau kuat Yasmin Hani dia reda. Itu yang buat saya rasa terpikat,” dedah pengacara program hiburan, Muzik @ Ria terbitan Astro, Wacha! beberapa tahun lalu.
Hari bahagia Hani itu juga bakal dikongsi bersama dengan kedua-dua anak Sha’arin menerusi perkahwinan pertama terdahulu iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23. Hani memberitahu, dia beruntung kerana bakal bergelar ibu segera. Apatah lagi, jarak usia mereka tidak jauh dan memudahkan untuk berkongsi cerita dan minat yang sama.
“Ada yang bertanya, berapa anak yang saya idam kalau berkahwin nanti. Jawapannya, ia terlalu awal kalau nak cakap pasal perkara itu. Apa yang penting sekarang adalah majlis perkahwinan dulu.
“Selebihnya, urusan tersebut dipanjatkan kepada Ilahi. Dia lebih berhak tahu tentang soal anak. Sebagai hamba-Nya, saya hanya berdoa agar perkahwinan kami ini bahagia sampai ke syurga,” bicara Hani sambil melirik mesra bakal suaminya yang duduk di sebelahnya.
Yasmin Hani Mula Edar Kad Kahwin
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 32, dan bekas pemain dram Black Rose, Sha'arin Razali telah mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 21 Oktober depan di Duchess Place, Jalan Ampang.
Difahamkan, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.
Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi, pada hari yang sama.
Kata Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang merupakan masa yang paling sesuai.
"Saya anggap, kehadiran Sha'arin ibaratnya seperti pelengkap hidup saya.
"Apa-apapun, kami hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan pada hari yang sama," katanya.
mStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna ungu,Rabu.
Walaupun kadnya sederhana, warna ungu lembut itu sahaja telah menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.
Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan gaun rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat.
Kad Undangan Perkahwinan Sahkan Yasmin Hani Kahwin 21 Oktober
Maafkan kami jika tersilap, rasanya ini merupakan pertama kali rasanya seorang selebriti reka setem sendiri untuk kad undangan perkahwinan.
Tetapi itu bukan perkara yang mustahil kerana Pos Malaysia sendiri menawarkan khidmat rekabentuk setem sendiri — tetapi masih, ia’nya sesuatu yang unik.
Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan beliau bulan ini akhirnya mendedahkan kepada para jemputan melalui kad undangan khas.
Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose (gambar, yang handsome) akan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang seperti yang di’rancang pada 21 Oktober 2011.
Menurut Yasmin Hani sebelum ini, beliau akan mengenakan baju pengantin rekaan pereka fesyen muda terkenal, Hatta Dolmat dan majlis resepsi mereka akan berkonsepkan majlis dalam taman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





















