Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yasmin Hani minta henti sebar gambar hamilnya

Pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 34, merayu kerjasama semua pihak agar tidak terus menyebarkan gambar peribadinya dalam keadaan menayangkan perut yang sedang hamil. Menjelaskan bahawa gambar itu bukan untuk tatapan umum, bagaimanapun secara tidak disengaja telah dikongsi seorang ahli keluarganya di laman sosial, semalam. Gambar yang diambil ketika sesi fotografi beberapa minggu lalu itu memaparkan Yasmin hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya yang dilukis dengan gambar pokok-pokok. “Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya ada saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun. “Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?," katanya kepada Utusan Malaysia. Meminta agar gambar tersebut tidak terus di sebarkan, Yasmin turut membidas beberapa kritikan yang dilemparkan kepada dirinya juga di laman sosial. “Orang kata saya urban, tiada agama. Apakah tindakan mereka dengan memalukan saya adakah ini perkara yang betul?" kata Yasmin yang merupakan isteri Sha’ arin Mohammed Razali. Yasmin Hani dijangka bersalin anak pertama hasil pernikahannya dengan pemain drum kumpulan Black Rose itu pada pada November depan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails