Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yasmin Hani teringin buat fotografi dalam air

BEBERAPA hari lalu di blog-blog dan laman sosial tersebar beberapa keping gambar pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Yasmin Hani yang mendedahkan lukisan pokok pada perutnya. Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon berusia 34 tahun yang kini sedang mengandung 32 minggu itu dikritik hebat oleh orang ramai. Ada yang memberi komen geli melihat perut Hani dilukis sedemikian rupa. Ada juga komen mengatakan dunia di akhir zaman apabila Hani berani bergambar dalam keadaan seperti itu dan yang paling teruk, ada yang menyifatkan perbuatan bakal ibu itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesan daripada penyebaran dan komen-komen negatif itu, pelakon dan juga pengacara itu berasa sedih. Perasaan sedih dan terkilannya itu dikongsikannya bersama Kosmo!. Kosmo!: Boleh Hani komen mengenai penyebaran gambar perut anda yang tertera lukisan pokok? HANI: Sebenarnya ia adalah gambar fotografi mengandung yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi saya. Sejujurnya, bukan saya yang memuat naik gambar tersebut di Instagram. Jadi, bagaimana gambar tersebut boleh tersebar? Kalau boleh, saya tidak mahu soal ini diperbesar-besarkan lagi. Sebenarnya, anak saudara saya yang muat naik gambar itu di Instagramnya tetapi dia tidak berniat menyebarnya. Dia seorang pelukis yang telah melukis gambar tersebut di perut saya. Selepas menyedari gambar tersebut, saya telah menegurnya dan dia sudah memadamkan kesemua gambar-gambar itu. Namun, ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri gambar tersebut di Instagramnya lalu menyebarkannya di alam maya. Apakah perasaan Hani selepas mendapat tahu mengenai penyebaran gambar tersebut? Saya berasa sangat sedih dengan sikap orang yang cuba membuka aib orang lain. Barang siapa yang membuka aib orang lain nescaya Allah akan membalasnya. Orang yang tiada akal sahaja yang melakukan perbuatan tersebut.
Ada yang beranggapan untuk apa Hani melakukan fotografi seperti itu? Sebagai seorang yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya, saya sangat gembira dan teruja untuk melakukan fotografi seperti itu. Ia adalah hak saya dan tiada kena-mengena dengan hidup orang lain. Kalau boleh, saya teringin hendak buat fotografi dalam air atau letakkan tanah liat di atas perut. Namun, saya tidak mahu terlalu teruja dan akhirnya cuma melakukan lukisan pokok di atas perut sahaja. Apakah kata-kata yang boleh Hani sampaikan kepada pihak yang dapat akses gambar-gambar anda itu? Sesiapa yang sudah berkongsi atau menyebarkan gambar tersebut tindakan mereka adalah salah. Saya akan mengambil tindakan. Bagi mereka yang dapat gambar tersebut, saya mohon agar tidak menyebarkannya lagi di laman sosial masing-masing. Begitu juga pihak media, saya berharap sangat supaya tidak memperbesar-besarkan isu ini. Bagaimanakah penerimaan keluarga mengenai gambar tersebut? Keluarga saya tiada masalah kerana ia adalah untuk simpanan peribadi sahaja. Beralih pada soalan lain, bilakah Hani dijangka bersalin? Sekarang kandungan saya sudah mencecah 32 minggu. Saya dijangka bersalin pada bulan November nanti. Sudah tahu apakah jantina bayi tersebut dan sudah buat sebarang persiapan? Kalau boleh, saya tidak mahu beritahu lebih lanjut mengenai kandungan saya. Mengenai persiapan, adalah sikit-sikit buat masa ini. Apakah projek anda buat masa ini? Buat masa ini saya berhenti berlakon seketika. Siapa mahu ambil ibu mengandung berlakon? Bagaimanapun, dalam masa terdekat ini saya akan terlibat dalam satu dokumentari khas tentang kehamilan. Ia adalah terbitan syarikat Blublack Production milik suami saya, Sha’arin Razali.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails